Thursday, 30 September 2010

• Makan.Berdoa.Cinta •

Assalamualaikum.Salam sejahtera semua :) Apa benda tajuk macam tu kan. hahah tapi tu direct translation untuk eat,pray,love. Hari ni kan 30th September, dah start ditayangkan dah dekat cinema. Aku memang dah lama tunggu nak tengok cerita ni,memandangkan novel dia aku dah baca, ceh ceh :razz: Excited lebih kan. Cerita ni is based on a true story , so kira excited lah kalau nak tengok. Baca novel pun dah excited ini kan pula movie kan. Kalau nak tengok Eat Pray Love movie trailer, pegi kat sini link: Eat Pray Love







♥ Ini Novel dia ♥



♥ Ini poster cerita ni ♥




Liz Gilbert (Roberts) had everything a modern woman is supposed to dream of having - a husband, a house, a successful career - yet like so many others, she found herself lost, confused, and searching for what she really wanted in life. Newly divorced and at a crossroads, Gilbert steps out of her comfort zone, risking everything to change her life, embarking on a journey around the world that becomes a quest for self-discovery. In her travels, she discovers the true pleasure of nourishment by eating in Italy; the power of prayer in India, and, finally and unexpectedly, the inner peace and balance of true love in Bali. Written by Sony Pictures




Buku kat bawah ni pun best! Dia sambungan siri untuk novel Confession of a Shopaholic, tapi yang ni cerita pasal anak dia, hence the mini kan. Mini shopaholic, masa mula-mula baru beli buku ni, ingatkan cerita pasal anak dia yang gila shopping, tapi rerupanya still cerita pasal becky lagi, but this time dia gila belikan anak dia Minnie barang-barang mainan & pakaian yang branded-branded macam dia. Kecik-kecik si Minnie ni dah di ajar untuk shopping barang yang branded, sampai ada orang kata Minnie dah spoiled, tapi Becky tak dapat terima kenyataan tu, so setiap kali Luke ( suami Becky ) nak carikan nanny atau pembantu yang dapat didik Minnie, Becky akan buat hal. Seterusnya korang baca la sendiri. hehe nanti kalau aku cerita semua mesti la macam dah tak suspend gituu kannn .


♥ Mini Shopaholic ♥







The world's favourite economically challenged heroine is back... with a small friend in tow...


Becky Brandon (née Bloomwood) thought motherhood would be a breeze and that having a daughter was a dream come true a shopping friend for life! But it's trickier than she thought as two-year-old Minnie has a quite different approach to shopping.



She can create havoc everywhere from Harrods to Harvey Nicks to her own christening. She hires taxis at random, her favourite word is Mine, and she's even started bidding for designer bags on eBay.

On top of everything else, there s a big financial crisis. People are having to Cut Back including all of Becky's personal shopping clients and she and Luke are still living with Becky's Mum and Dad. To cheer everyone up, Becky decides to throw a surprise birthday party on a budget but then things become really complicated.

Who will end up on the naughty step, who will get a gold star and will Becky's secret wishes come true?

Bestt tak baca sinopsis ni? aa pegi laa baca novel dia :grin: SInopsis ni aku cedok kat Sophie Kinsella website .


So enjoy the movie & the books smua tata take care all.

Tuesday, 28 September 2010

• 6 years and counting •

Assalamualaikum. Hye semua, sehat ke? alhamdulillah la kalau sehat. Good-good. raya amacam best ke tak? open house ribu-ribu tak? hahah by the way, aku sempat pergi 2 open house je sepanjang raya nie. Open house kat rumah sendiri pun aku tak attend, kacak tak kacak laa kan.


Open house pertama kat rumah kawan UTM aku dulu, Cik aina the bomb and 2nd house kat rumah kawan aku Encik Daus yang aku kenal kurang lebih 6 tahun la menerusi Myspace *zaman remaja biasalah* tapi tak pernah jumpa. Ni kira pertama kali laa aku jumpa dia & adik angkat dia yang comel itu ehem. Thanks to aini & aslina sebab teman aku pergi ke rumah terbuka ni semua. Tajuk entry macam friend forever lah.insyallah ehehe. Kawan-kawan UTM pun aku kenal 6 tahun juga. Tahun 2004. A'a lah sama aku kenal korang & Daus. wow. baru aku perasan. Ok la ayat aku tunggang langgang, tengok gambar je la ok.ouh Thanks juga kepada tuan rumah Aina & Daus sebab jemput ke rumah korang. :) jemput lah datang open house rumah aku,tapi aku takde hehe


♥ Kami yang hadir. Aku ofcoz laa tgh snap gambar.Then ade Kapten(baju adidas), Jard( tudung pepel),Aini(tudung hijau),Tuan rumah(baju hitam) .Yang muka blur-blur tuh minta tidak di expose kan di blog ehe.♥


♥ Laksa  at Daus's house ♥


♥ Nasi Arab at Daus's house ♥


♥ Bukti cuaca sangat baik pada hari Ahad 260910 ♥


♥ Kawasan rumah daus cantik , siap ade kolam ikan yang besar ♥


Ok tu je lah, gamba kat rumah aina tak dapat lagi. Reunion pptb yang kecil hehe. Just 3 orang out of 6 dapat bertemu. Insyallah panjang umur kita jumpa lagi oke.

Thursday, 23 September 2010

• Kalau aku lapar .. •

Assalamualaikum. Yeah rajin tak ingat asyik update blog.Minggu ni je dah dua kali mengupdate. Sebenarnye tengah stuck kepala memikirkan game baru yang kitaorang kene buat. Design level tak lepas-lepas. Oleh sebab itu, aku pun menyimpang lah sekejap, release tension la katanya.


Dan sekarang ni aku tengah lapar. Dah terikut dengan jadual makan rakan sekerja aku, tepat kul 12pm je lapar. Pagi kene breakfast plak tuh. Sebelum ni pagi kalau tak minum/makan pun still bleh survive, *takde la mati ke apa* survive kira macam tak lapar lah. Tu laa orang kata kalau dah terbiasa, nak buat macam mana kan. Ikut je la jadual makan ni haha.


Jadi bila lapar, aku suka tengok gambar makanan, konon-konon macam boleh bayangkan tengah makan makanan tu. Hahah gila. Sekarang ni aku teringat dekat lontong yang makan masa raya 2 minggu lepas. Pagi raya makan lontong, petang raya makan lontong, raya kedua lontong lagi. Majoriti rumah yang aku pergi beraya semua ada lontong. Memang tak jemu lah makan. :eek:


♥ tadaaaaa ♥


Tengok gambar je perut aku dah mula pasang lagu keroncong ke nasyid ke apa haha.sungguh-sungguh aku lapar. kalau sekarang ni ada kat kedai mak, mesti laa dah lama dah jadi arwah lontong ni aku makan. Tapi apa kan daya, dekat area-area ofis aku ni semua kedai makan cina, mana lah ada jual lontong kan. Nak masak sendiri, hoi takde maknanya :roll:


Selamat menjamu mata. Harap hari minggu akan datang ni,pergi beraya ada lah lagi orang masak aminnnn.Lontong ni asal dari mana ye? kalau dapat lontong goreng pun sedap juga.slurrrp!

Wednesday, 22 September 2010

• One Step Higher •

Assalamualaikum. :cool: halu semua. Sekarang :




Dah abis cuti.
Dah pindah rumah lain.
Dah tak duduk Shah Alam.
Dah mula buat game baru.
Dah kena belajar banyak benda baru.
Dah ngantuk.

Thursday, 16 September 2010

• Selamat Hari Lahir •

16 September 2010. Tahun 2010 semua orang dapat cuti free pada tarikh ni, dan akan berterusan pada tahun-tahun akan datang. Hooray !!  Kebetulan pada tarikh Hari Malaysia ni adalah tarikh hari jadi adik aku yang ke-empat, Amalina. Suka aa kan beliau sebab tetiap kali birthday lepas ni , semua pun cuti.


Sedikit info tentang Hari Malaysia ni yang aku copy daripada Wikipedia :




Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Malaya, Borneo Utara, Sarawak, dan Singapura bagi membentuk Malaysia.



Dan sedikit info tentang adik aku : *nak juga* hahah .Nama diberi Amalina bte Laili, sekarang ni berumur 16 tahun, sweet sixteen la katanya. Ni kira boleh laa masuk rancangan kat mtv dulu tuh Sweet sixteen yang tiap kali show pun mesti tunjuk dapat hadiah kereta walaupun budak tu takde lesen kereta lagi. Banyak duit tahap tatau dah nak bagi apa untuk birthday present. Haha. ouh ye adik aku sekarang ni tingkatan 4 . Dia memang takde lesen kereta so takde la dapat hadiah kereta, hahah.



♥ Birthday Girl ♥


Celebration birthday Amalina kali ni di sambut awal sebab kebetulan time raya, so kami sepakat sambut birthday dia dekat kampung la sama-sama saudara mara. Ok aku takde idea nak tulis apa, sebab aku rasa ayat aku macam tunggang terbalik ni, takde pembuka dan penutup. So aku tutup cerita kali ni dengan gambar-gambar time birthday Partaay *party la sangat kan* plus gambar time raya arituh sket. Gambar credit to abang sepupu aku Azizi Liow .Thank You :cool:



♥ Ronda-ronda kampung naik motor. * Kantoi motor pakai stand je * ♥



♥ With the cuzzin . Tiup-tiup lilin. Amalina & Ateh . The sisters ♥



♥ The Family ♥



♥ The cousins again ♥



♥ Raya Best ! ♥


Ok nanti aku update lagi yerp. Sesapa yang kebetulan beraya di Mersing, JOhor, jemputlah datang rumah oke. Insyallah aku ada kat sini sampai hari Sabtu nie . Then kerja-kerja hahah dan sesi menghabiskan duet raya akan bermula. :razz:

Tuesday, 7 September 2010

• Dah lama tak jumpa •


Memang dah lama tak jumpa. Ni gambar masa kecik-kecik. Adik beradik aku nak kenal senang je, semua pakai baju sama color. Kalau tak sama color pun, design yang sama. Hahaha macam nak pergi marhaban . Time kecik-kecik macam ni seronok, main bunga api sama-sama, pergi beraya sama-sama. Sekarang ni semua dah besar, yang dah kawin ada anak. Semua buat hal masing-masing laa of course. Tak sangka kan, rasa macam kanak-kanak lagi. hehe


Harap raya tahun ni dapat berkumpul lagi  macam ni, ambil gambar macam ni lagi. Insyallah.:grin: Tahun ni aku raya dekat Segamat Johor & Rompin Pahang & Mersing Johor. Korang raya dekat mana? Semoga happy-happy & jangan gaduh-gaduh ok :cool:


Selamat hari raya maaf zahir dan batin semua !


Semua tulisan pada gambar tulis guna bamboo wacom, huhu terabur tulisan tangan aku ek. Seni beb seni hahahahahah