Saturday, 2 July 2011

• Sambutan Bulan Penuh •

Assalamualaikum semua. Ceh ceh perayaan amenda laa plak kan amy ni. ekek.


Ok aku kan kerja kat tempat yang majoriti nya chinese, so telah menjadi tradisi, kalau ada sesiapa staff yang dah nak dapat baby, kiteorang kumpul-kumpul duit beramai-ramai untuk belikan hadiah untuk baby yang baru nak kenal dunia tu. Selalunya kan kalau bagi hadiah mesti lah kita bagi macam gift set untuk baby tu kan, tapi kalau chinese ni dieorang akan belikan barangan kemas untuk baby tu. Tapi zaman sekarang ni, macam-macam jenis dah hadiah dieorang bagi.


♦ Ini the gift box ♦


Sambutan bulan penuh ni, ialah untuk menyambut kehadiran baby tu genap pada hari ke 30 selepas dilahirkan, celebrate kehidupan sebulan dia camtu, so satu sambutan akan diadakan untuk memperkenalkan baby tu kepada ahli keluarga jauh dan juga rakan-rakan parents dia.



♦ Red Eggs ♦


Semasa celebration, makanan tradisional yang wajib ada ialah Ang Ku Kueh dan juga telur bewarna merah. Kenapa telur bewarna merah? ok sebab merah kan dianggap sebagai warna yang bertuah di kalangan orang cina, dan telur pula dianggap sebagai kesuburan dan harmony. Kalau anak lelaki bagi telur dalam angka ganjil contoh 3 biji, kalau baby girl bagi angka genap contoh 2 laa kan.



♦ Ang Ku Kueh- kenyal macam kuih koci & ada peanut paste dalam dia ♦


Kalau Ang Ku Kueh pun ada perbezaan die , kalau untuk baby boy, ang ku kueh berbentuk bulat biasa akan diberikan, kalau dapat baby girl, ang ku keuh akan ada bentuk-bentuk macam kura-kura.Kira yang macam aku dapat ni bentuk kura-kura la pastu telur merah die ade 2 biji, sebab baby girl kan. :smile:



♦Salah Satu full month yang officemate aku dapat ♦



♦ Ha yang ni da moden sikit laa, comel gila ♦


Sekarang ni dah jadi macam trend bagi cake skali dengan ang ku kueh dan telur merah. Macam-macam packaging ada, cantik-cantik.ada juga yang bagi cupcake, chocolate, ikut lah mak ayah die nak bagi apa dan juga budget .



♦ Ms Lai Leng And her princess. ♦


♦ Ini isi kangdungan kotak atas tadi, butter cake, 2 Ang Ku Keh, 2 Red Eggs ♦


Ini lah ibu dan baby girl yang bagi aku box set tuh ekeke. comel nyum2 geram tengok rambut die lebat nye alahai.


Ok itu sahaja. Tata take care.  kalau orang melayu selalu nya lepas 44 hari laa kan, ada cukur jambul, makan pulut kuningm doa selamat. :smile:

Saturday, 25 June 2011

• Makanan Yaman Di Johor Bahru •

Assalamualaikum semua. Harini aku nak share pasal satu restaurant ni. aku tak try lagi pun ekeke. Tapi nampak macam menarik.

Nama die Hadramawt , lokasi restaurant ni dekat Puter Pan Pacific Johor Bahru, and sekarang boleh pergi Singgah Selalu Danga Bay . Kire ade 2 cawangan lah kat JB ni. Waktu Operasi: 11am hingga 12 midnight, tapi aku rasa yang kat Singgah Selalu Danga Bay tu mesti bukak sampai lewat lagi kot.



Harga makanan takde lah mahal sangat aku tengok around RM 8- RM 40 , kira affordable la kan. Aku tengok menu online die, memang yummylicious laa kan. hahaha Walaupun pagi, tapi memang dah lapar macam waktu tengah hari dah ni.

kalau nak tengok menu online boleh pergi ke website dieorang : Hadramawt . ok bai.

Location in JOHOR BAHRU : SInggah Selalu Danga Bay. &  B1 floor of the Puteri Pacific Hotel.

Business Hour: 11am – 1am on weekdays, 11am – 2am on weekends.  ( ini copy paste from their website )



ok gambar semua aku amik kat web dia ehehe. ok bye. kali kedua.

Friday, 17 June 2011

• #twtupKaseh •

Assalamualaikum semua. Tajuk kita pada hari ini ialah :: hoi tengok tajuk kat atas pun dah tau.



Ok #twtupKaseh ni charity event yang dikendalikan oleh cik @AidaSue dan rerakan dari twitter, hence the name laa kan tweetup. Sebab aku ni nak kata jauh takde la jauh, kat Johor Bahru je, tapi tak berkesempatan lah nak join #twtupKaseh ni dekat shah alam, maka aku tolong sebar-sebarkan lah dekat blog ni, boleh la kalau korang terbaca ke tersinggah ke kat blog ni nak buat sumbangan pape yang patut kan. Nak tau pasal e


Tadaaaaaa : ok scroll down lagi . kat bawah ni.



Haa camni senang sikit aku nak faham ekeke. Ok kalau nak tau lebih lanjut , jgn lupa singgah tumblr cik aidasue tuh tau. Malam ni pegi laa jumpa2 kat rasta ttdi tuh. Bagi pape yang patut. :smile: okeh selamat beramal.






Thursday, 16 June 2011

• Selamat hari bapa •

Assalamualaikum. Aku bukan nak karangkan ucapan hari bapa utk ayah aku kat sini, sebab ayah aku bukan baca pun blog ni. maka dekat sini aku nak share ini je :) kot-kot korang nak belanja ayah korang makan sesedap makanan swiss ke kan. rosti best weh! tapi malangnya, kat jb takde marche, mungkin kene pegi singapore kalau nak ke marche, lagi satu masalah nye pulak tatau kat sana halal ke tak. ehehe. was-was gituh.



Ok semua tata take care.


Tuesday, 14 June 2011

• Cake comel-comel sedap dimakan •

Assalamualaikum. Heyho. malas nak type bye ekeke. takde lah, harini aku nak share gambar cupcake & mini cake yang ada satu budak office ni bagi sebab die baru kawin.


Chinese people ni dieorang suka bagi macam cake ke tart ke bila dieorang dah sudah majlis perkahwinan, die bagi pada semua yang bagi dieorang hadiah or duit or pergi majlis dieorang. Kalau yang nak dapat anak pun ada bagi jugak bila anak dieorang dah cukup sebulan. macam full moon lah dieorang panggil. Yang ni pun bagi kat kengkawan yang ada bagi hadiah time baby baru lahir.


Bila tengok dieorang beli cake ni kecik-kecik comel dalam kotak, nanti time aku kawin pun nak bagi goodies letak cake camni lah. comel dan sedap pulak tu. tapi tatau lah lagi bila nak kawin ekekek. Sekarang pun memang popular kan goodies bagi cupcake, kek kawin pun cupcake. Tapi cake kecik-kecik ni lain sikit. Nah tengok gambar ok.



♥ ada banyak flavour, pastu theme mmg lah love2 baru kawin la katakan ♥


♥ Cake yang belah kanan tuh ok ekek. Tulisan cina tuh bermaksud happiness. Tuh white chocolate. Yummyliciousss ♥


♥ Nanti nak suruh mak buat macam ni banyak-banyak untuk bengawan solo eheh, comel kann nak makan pun sayang ♥


Pada pendapat aku, cake-cake kecik camni sesuai lah nak bagi time tunang ke, time nikah ke or even baby showe, letak satu-satu dlm box kecik bagi kat orang, takde laa bagi cake butter plain je kan. :) aku rasa sekotak camtuh 12pcs cake harga die RM 14.90 ke RM 12.90 camtuh lah.


Kalau kat jb ni korang boleh tempah kat season ke lavender ke, kalau kat mersing, korang boleh pegi tempah dekat Bengawan Solo Cafe ok , insyallah memuaskan hati :smile: