Showing posts with label beach. Show all posts
Showing posts with label beach. Show all posts

Saturday, 8 June 2013

Hidden gem #1 in Mersing Johor

Assalamualaikum.

Pernah dengar Teluk Gorek ataupun Gorek Bay ? mesti ada yang pernah dengar kan, teluk gorek ni terletak di antara Mersing & Endau ( Tanjung resang ) . Kalau daripada mersing, korang lalu jalan baru yang dari arah air papan tu, cepat je dah sampai ke teluk gorek ni. Tak payah lalu jalan bukit bukau tu, jalan mersing -endau.Kalau pernah tengok cerita yang Liyana Jasmay berlakon tu, "diva masuk kampung" macam tu kot tajuk dia, haa diaorang berlakon dekat tanjung resang ni lah. Famous uolls.

So masa cuti hari keputeraan Agong haritu, kitaorang balik mersing, so takda apa nak buat, kebetulan cuti sekolah pulak tu kan, so family in-laws ajak pergi berkelah dekat gorek bay ni. Memula ingat diaorang nak bawak pergi yang dekat Teluk gorek Chalet tu, tak best sangat sebab ada banyak monyet suka curi makanan haha, then ramai orang kat situ. Tapi rupa-rupanya pergi dekat satu termpat yang memang mencbar lah nak masuk ke pantai dia, masih lagi di Gorek Bay, cuma jalan masuk hutan sikit. Pasir putih cantik gilaa hahaha.  So meh la aku sajikan dengan gambar je ok. Gambar ni semua aku snap guna iphone je. Amacam cun kan? aku suspek awna dia yang buat gambar ni nampak cantik. Ada macam dekat phuket tak? hahah

Permandangan  di teluk gorek. Dia teluk, so memang kalau nak mandi , kana-kanak lebih selamat lah kat sini,
sebab takde ombak, tapi kene hati-hati bila air pasang.

Panorama view taken using iphone 4s ( perlu lahh bagitahu ni) 
makanan & niece . nephew . Lunch tepi pantai memang seronok,mata bertambah layu dengan angin sepoi-sepoi bahasa.
Sallihin sempat main layang-layang tepi pantai, cuaca memang baik masa tu.

Ok tu je lah, nanti next week kalau ada pergi memana, aku share la kat sini ok.Happy travelling ekekek , aku travel dalam johor je.

Sunday, 7 December 2008

Pantai

Cuti-cuti sem macam ni duduk umah memang agak membosankan.Lagi pulak duk kat mersing nie, asyik duk umah menghadap laptop je . Takder cinema, takder shopping complex,takde tempat hang out.ehe


Salah satu aktiviti yang kiteorang buat ialah jenjalan kat pantai mersing.Kat sini tak boleh mandi, just bleh jalan-jalan, jogging, makan-makan *ada warung-warung jual pisang goreng dan keropok lekor* so tahap kebosanan tuh dapat dikurangkan bila dapat dengar bunyi ombak, suara burung, amik-amik gambar, lari-lari kat pasir pantai.


Ombak begelora gak semalam, sebab sekarang kan musim tengkujuh kan. Kat bawah ni ada la gegambar sket suasana kat pantai semalam :)



Jala yang dah terbiar



Bebatu yang diselaputi kulit cengkerang



dah nak malam nie



amalina