Tarikh 2 mei, aku dengan semangat nye naik bas dari Segamat pergi ke Dungun, nak jumpa adik aku : Akmal, yang skang ni dah abis blaja kat sana. So, alang-alang die da nak balik terus for good, aku pun ajak la die jenjalan kat Kuala Terengganu (aku tak penah jenjalan kat sini). Nanti kalau lain kali mesti tak dapat.
Naik bas jam 11pm, sampai Dungun dalam kul 4-5am kot. ( tak ingat la aku) tapi yang aku igt sampai je kat Kerteh aku dah g duduk kat tangga sebelah pakcik driver bas, sebab aku takut telajak plak , tak pasan sampai Dungun. ( 1st time la katakan, wahahah gile jakun). Sesampai je, tedo dulu kat Dungun. kul 11am baru lah bertolak ke Kuala Terengganu. Before tuh, aku n angah nak g carik la nasik dagang untuk breakfast. tetapi malang skali, dah abis plak, kempunan nak makan nasik dagang terengganu haha. Ok, teruskan perjalanan, lebih kurang kul 1 lebih kiteorang pun sampai kat Kuala Terengganu, singgah jap kat Masjid Tengku Tengah Zaharah atau Masjid Terapung then pusing-pusing nak carik tempat nak tedo. Last-last Sri Malaysia juga yang jadi pilihan, sebab tempat parking kereta rasa macam selamat je. Dan ia juga berdekatan dengan Chinatown.
♥ Masjid Terapung ♥
♥ me & angah kat lagoon area masjid terapung ♥
Dah check in smua , guling-guling jap kat atas katil. Kiteorang pun terus gerak pegi ke destinasi pertama. Iaitu :: Muzium Negeri Terengganu, muzium terbesar di Malaysia. ( ye memang besar, nak tecabut lutut jalan ), banyak benda-benda menarik dalam muzium ni, ada batu bersurat,sejarah2 terengganu, tapi sayang nye takleh nak amik gamba. So kiteorang bergambar kat luar muzium je la. Time kiteorang pergi ni dah lepas musim cuti, so memang tak ramai orang , cakap pun bergema je kat dalam tuh.
♥ Muzium Negeri Terengganu ♥
Tiket bagi dewasa RM2 je, then tiket boleh buat poskad plak tuh. ( jakun nie ) hahah.Kebetulan masa kiteorang pegi ada pameran Evolusi Alat muzik Malaysia, so dapat lah tengok alat-alat muzik tradisional malaysia , yang ada daripadanya memang aku tak penah tau. Pameran ni bermula dari 28 April hingga 30 Jun 2009 jer. tak lama. Oklah untuk sesiapa yang tak pernah sampai lagi kat sini mari kita baca sket info pasal Muzium ni. ( salin kat brochure kiteorang amik ).
♥ Gambar peta diambil dari Portal Rasmi Lembaga Muzium Negeri Terengganu ♥
Muzium Terengganu telah dirasmikan pada 20 April 1996 oleh Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, Sultan Negeri Terengganu. Meliputi kawasan seluas 27 hektar, kompleks ini mempunyai keluasan lantai keseluruhan berjumlah 75,075 meter persegi. Terdiri daripada 4 blok bangunan Muzium Utama. Kompleks ini juga mempunyai Muzium Maritim, 5 buah tradisional serta kawasan landskap.
Galeri yang terdapat pada bangunan utama:
- galeri islam ( ada replika kubur ngan jasad die skali. scary woo )
- galeri tekstil
- galeri diraja
- galeri sejarah ( ni sejarah terengganu, bukit besi etc2 )
- galeri kraf
- galeri petroleum
- galeri ilmu kejadian ( kat sini ada binatang-binatang yang diawet, ada ikan naga , agak scary gak jalan kat kawasan ni, sebab aku berdua je ngan angah )
Galeri di Muzium Maritim: ( aku ngan angah tak pegi,sebab jauh gile + dah penat
)
- galeri perikanan dan taman laut
- galeri pelayaran dan perdagangan
Untuk maklumat lanjut pasal muzium ni, korang boleh pegi layari website die kat sini: Muzium Terengganu . Ar nanti aku sambung pula dengan destinasi kedua kiteorang iaitu Taman Tamadun Islam & Masjid Kristal. Lepak jap . Tata
Ps: Dapatkan maklumat tentang tempat-tempat menarik di Terengganu kat sini Tourism Terengganu