Showing posts with label red velvet. Show all posts
Showing posts with label red velvet. Show all posts

Friday, 11 February 2011

• Whisk . macaron. red velvet •

Assalamualaikum. Semakin menjadi-jadi kegilaan terhadap benda manis. Macam mana nak kururs? hahah elak dapat kencing manis je phew. Mintak dijauhkan lah. Semalam ajak angah pergi ke Empire Shopping Gallery semata nak cari benda manis.



♥ comel tak tulisan ni .? haha . apa ntah nama die, nnt aku bitau ♥


ok laa tipu je, sebenarnye ada hal la sket kat sana, dah alang-alang sampai, makan laa kan. Setelah settle hal-hal yang sepatutnya disettle kan, jenjalan laa cari benda manis. Kat sini banyak benda manis ok pastu tak ramai orang sangat tuh yang best. (atau mungkin time aku pergi tak ramai orang,aku tatau laa kan) By the way, ok angah suggest kat aku pegi try kat Whisk Bake Shop, di mana kawan aku juga pernah lah sebut-sebut nama kedai ni.   Kedai ni bebetul kat sebelah Jaya Groceries kat Ground floor tuh.



♥ Ini pintu depan. tapi xde pintu belakang.♥


Kedai die takde la besar.Kecik kot! memula aku diri kat cashier, sebab kene pegi order sndrik, style ala-ala macam starbucks kan, kalau sorang-sorang takpe, cuba kalau 3-4 orang nak oreder skali, ok memang boleh lemas. Tapi ada banyak pilihan cake korang boleh order, contoh nya Red Velvet cake, Apple cake, carrot cake. Then cupcake smalam aku nampak red velvet je. Kemudian ada macaron 3 size, small,large dengan extra large.



Harga  untuk satu slice cake ialah rm 11.90 , tapi puas laa weh nak makan,manis gila. hahah ye puas hati.



Ini macaron tu, kiteorang amik yang medium ke large size tatau lah, tapi mcm normal size lah kot. Yang small tuh kecik gila, macam skali ngap je dah habis. Yang ni harga RM 5.5/pcs, kalau yang extra large tuh RM 8, yang small tuh aku rasa RM 2.50 kot. Ini pun tak habis ok. Aku take away satu kasik kat kawan aku hahaha.



Ini biasalah peneman aku kat Kotaraya ni hahaha. Adik aku ni tak kuat makan , die slalu pun teman je, tu laa die kurus. hahaha aku ni pantang nampak. Air tu pun kiteorang share 2 orang, tapi aku rasa air die agak mahal lah. RM 17.80 maybe guna caramel mahal ke apa tatau la.


Ok itu sahaja aku nak kongsi dengan korang hari ini. Kali ni aku tulis sesiap harga, sebab nanti kalau korang nak try makan kat sana, dah tau lah harga die. Senang sikit takde tertanye-tanye. Ok bubye semua. Hari ni aku ada order macaron dekat fb, tapi nanti la dah dapat baru aku bitau korang k.


Tuesday, 1 February 2011

• Semua pun manis-manis belaka •

Assalamualaikum semua. Seperti biasa banyak nak cerita,banyak yang buat aku sakit hati memaki-maki tapi dalam hati . Tapi tu semua sekejap je, 2-3 hari aku lupalah. Insyallah. Maka dengan itu mari aku sajikan korang semua benda yang manis-manis sahaja.



♥ Fatal attraction ♥


Nama tak bleh blah kan, nak makan pun pikir-pikir jugak lah. Ini korang bleh dapatkan di cupcake chic kat sunway pyramid ada, pavillion ada. Rasa die ok la not bad, tapi aku tak berapa suka sangat, sebab cake die tak manis. Walaupun coklat die tuh manis, tapi kan aku jenis makan layer by layer, maka cake die tak dapat lah rasa manis coklat tuh. ok sekian.



♥ Red Velvet ♥


Ok kengkawan ini bukan red velvet cupcake yang selalu hanis zalikha twitpic tuh, bukan juga aku oder daripada ibu die puan nani tuh kan, tapi sebab asyik tengok twitpic cik hanis tuh laa aku tetiba macam nak pegi rasa lah red velvet ni. Maka dengan semangat nye pegi cari kat cupcake chic. haha ofcoz laa ada, biasalahh aku ni mana laa pandai nak baking2 nie.makan terer lah. :) nak balik rumah suh mak tercinta buatkan pun tak berkesempatan nak balik, how lah ! ok tayah nak emo sangat lah amy!


Baideway,semua harga cupcake kat cupcake chic ni ialah RM 4.90,tapi sedap. okbai. ouh ada lagi satu, smalam malam baru lepas jumpa adik-adik yang comel,cun,hemsem smua ni hahah, dieorang ni satu junior club foto UTM skudai dulu, lagi 3 orang ni aku baru kenal laa from twitter. Nice to know u guys, ok kalau nak blanje lagi nanti panggil lah hahaha. ok patutnye aku yang belanje sebab korang adik-adik kan. nanti laa ada rezeki tak kemana cewah.


♥ Gambar blur,biasalah aku snap daripada pc je nie. lagi sorang takde dalam gambar,lelaki melayu terakhir hehe. sebenanrnye kiteorang tak offer nak amik gambar die, mesti die patah hati. sorry weh ♥


Dari kiri: @naomiashikin, yang mata tak nampak tuh aku lah as usual, pipi terlebih, then @AyongQiela & adik manis yang belanja kiteorang makan *malu tutup muka * @Reenamuhamad, yang takde dalam gambar ialah @fzren.


Aku tatau laa dieorang ni bagi ke tak aku tulis twthandle dieorang ni. haha takpe la agak tak bagi kang aku remove. ok thanks semua. Panjang umur murah rezeki jumpa lagi. Insyallah.