Showing posts with label top spot sarawak. Show all posts
Showing posts with label top spot sarawak. Show all posts

Wednesday, 14 December 2011

Bertandak di Sarawak

Hola. ! Last week aku pergi Sarawak, semangat gila ni nak cerita juga. Memang excited nak pergi sana, sebab utama nak makan dekat top spot ( seafood ) & pisang goreng cheese chocolate. hahah padahal pisang goreng je kot. Ok jap lagi aku tunjuk lah gambo makanan sikit, tapi ni nak cerita pasal budaya perkahwinan melayu die sarawak. Memang lain sikit daripada di semenanjung.

♥ Welcome To Sarawak 

Majlis perkahwinan  tuh dekat Kota Samarahan,kiteorang pulak stay kat Kuching, memula ingat majlis macam dekat semenanjung lah start jam 11am sampai lah ke petang, so dah planning lah nak pegi lewat sikit, Rerupanya di Sarawak ni, majlis bermula seawal jam 9am dan berakhir jam 12pm. Kira jam 12pm tuh dah sesiap nak kemas lah sennag cite. Disebabkan jam 9am start, dan perjalanan dari Kuching ke Kota Samarahan lebih kurang 1 jam, kiteorang bertolak dari Bandar Kuching jam 7am. Kiteorang kira beruntung jugak lah sebab ada kawan dekat sana, so transport semua dia yang aturkan, kalau naik taxi, mungkin RM30-RM40 jugak.

Kampung yang nak pegi ni dekat Kampung Tambirat,Asajaya Kota Samarahan, nak pegi kampung die ni ada 2 options samada nak lalu jalan darat atau naik ferry ( jimat 30minit ) , ferry pulak ada masa-masa die,sebab tengok air pasang surut. Sebab kiteorang gerak pagi, so dapatlah merasa naik ferry sarawak hehe. Waktu operasi Ferry ialah jam 4.30am hingga 8am dan petang jam 4pm hingga 9.30pm ni pun bergantung pada faktor air lah.
♥ Perkhidmatan Ferry ke Asajaya 


Sampai seberang, dalam 30 minit jugak perjalanan nak sampai ke Kampung Tambirat , Asajaya ni. Sesampai je memang dah siap sedia lah semua. Ini majlis menyambut menantu belah lelaki. Jam 9 tepat tetamu dah ramai dah datang ke rumah pengantin. Bayangkan makan nasi minyak pepagi. This is new to me ekeke. Ye lah biasanya makan nasi minyak tengah hari. Kat kampung ni takda buffet-buffet, semua dihidangkan kat atas meja makan. memang syok lah, mengimbau kenangan pergi rumah orang kawin dulu-dulu. Masih mengamalkan rewang atau gotong-royong memasak. Setiap 4 orang akan dapat 1 hidangan nasi dan lauk-pauk.

♥ Nasi Minyak 

♥ Pertandingan Bertandak 


Setelah habis makan,pengantin sampai semua macam biasalah kan ada kompang semua. Menepung tawar pengantin. Sebelum menepung tawar pengantin, ada satu pertandingan yang dianjurkan oleh tuan rumah, kawan aku kata, pertandingan ni namanya Bertandak, memang menjasi tradisi orang Sarawak untuk bertandak di majlis-majlis perkahwinan. Bertandak ni macam menari, kalau kat Johor Bahru macam berzapin. memang seronok tengok, kebanyakan peserta semua yang veteran, yang muda-muda adalah lah 2 orang. Ini aku rasa macam acara yang ditunggu-tunggu penduduk kampung , sebab memang ramai orang yang tengok pertandingan bertandak ni di rumah pengantin, meriah dengan sorakan mereka. Pakcik-pakcik yang masuk pertandingan ni semua segak-segak berbaju melayu. Setiap kumpulan diwakili 2 orang. Pastu ada lah kumpulan muzik  ( ada gendang, violin dan penyanyi ) yang mengiringi tarian mereka.

Ok tu je nak cerita. haha. By the way, datang sarawak of course lah kena makan mee kolok kan. Dekat sini aku dapat try dekat 2 tempat, satu dekat pasar satok, kedua dekat medan selera belakang pullman hotel , muhamad Lim's Kolo Mee. memang sedap dan terbaik serta halal so don't worry . Sapa peminat ayam penyet, mungkin akan frust sikit dengan ayam penyet kat sarawak ni  memang berbeza dengan yang dekat semenanjung.

♥ Mee Kolok Muhamad Lim 

♥ Pisang Goreng Cheese Chocolate 


Sesapa peminat pencuci mulut boleh lah try Pisang Goreng Cheese Susu . Basically dia just pisang goreng, cuma ditabur dengan cheese & susu manis, kalau dekat area waterfront dia tak guna susu tapi guna chocolate syrup . Boleh buat kat rumah sebenarnya :) Dan roti pisang cheese chocolate dekat RJ Ayam Penyet memang terbaik.



♥ Kerang Berlada Top Spot 

♥ Oyster Pancake Top Spot 

p/s: Datang Kuching ni memang kena sediakan tambang transport yang banyak. Kalau ada saudara mara dekat sana syoklah. Kalau jalan kaki lagi lah syok.ehe.

p/s/s: make sure beli kak lapis sarawak ada tanda halal ok :)

Wednesday, 8 December 2010

• Cerdik Bagi Ekor Kerbau •

Assalamualaikum semua, sihat tak semua? Alhamdulillah. Pejam celik dah masuk tahun baru dah kita kan, harap tahun ni kita semua dapat lah apa yang kita harapkan & menjadi lagi bagus daripada tahun-tahun lepas kan. Insyallahh.Amin.

Ok, tentang tajuk hari ni, ade sesapa tau ke maksud peribahasa kat atas tuh? aku pun baru tau weh. Cerdik Bagi Ekor Kerbau . Aku nampak peribahasa ni kat botol air summer, bagus lah aku rasa botol air mineral ni sebab letak peribahasa yang tak pernah aku dengar & belajar kat sekolah. Maksud peribahasa tu ialah melakukan sesuatu pekerjaan yang merugikan diri sendiri. Contohnya laa macam kau buat sesuatu kerja yang kau tay payah buat, tapi tetap kene blame gak. Kan rugi tuh. Lepas ni boleh lah praktikkan penggunaan peribahasa ni yerp.

Sebut pasal kerbau, aku smalam pegi lah satu kedai ni kat area Bangi, nama kedai dia Warung Dusun Gearbox, fuhh walaupun nama kedai start dari Warung, tapi jangan pandang sebelah mata, takde warung-warung pun, restoran la sebenarnye dan agak glamor jugak lah dengan sup gearbox dia,masin skit ah aku rasa ( mungkin time aku je la kot masin,time korang tak) . Tapi aku rasa tetap tak bleh lawan sup gearbox yang dekat Restoran ZZ Johor Bahru yang sebelah JKR ( dekat dengan Anjung Warisan Johor Bahru )  jalan petri, tuh aku rasa terbaik lah dengan mee rebus + gearbox. Sebut pasal Johor Bahru, Serious la aku memang rindu nak duduk JB balik.sobs. But What to do, merantau untuk mencari rezeki yang halal * poyo abis * har3. - tiba-tiba kan lari tajuk -

♥ Sup Gearbox _ ada pisau bagai disediakan ♥



Ok lah kepada sesapa yang duk kat area selangor nak try sup gearbox, boleh lah ke Warung Dusun Gearbox ni, make sure korang datang awal la, sebab kedai die bukak jam 6 petang, so kalau datang lambat, lambat lah korang dapat makanan. Dekat sini pun korang boleh order ikan bakar gak, ikan ikut size * normal la nie * , sebut ikan bakar aku terus terindu dekat Top Spot Sarawak! Omg terbaik lah ikan bakar kat sana, Seafood lah. Murah, banyak, fresh dan sedap. Tak lupa juga rindu dekat udang-udang ngan ketam-ketam kat Mersing, nanti i balik i confirm akan makan korang k xoxo.

♥ Ikan bakar- okay lah ♥


Lagi satu aku jumpa dekat The Malaysian Life punya blog tentang sup gearbox, and Top 5 places to find Gearbox, ( dekat warung dusun tuh pun ada banner tulis benda ni )



Top five places to find soup gearbox:


Kuala Lumpur:

1. Raja Sup in Taman Tun Dr Ismail. Here, one can find every conceivable type of soup. Yet despite its fame, Raja Sup is a small outlet, occupying just half a shoplot tucked between Secret Recipe and a fancy looking restaurant at No.46, Jalan Datuk Sulaiman. The cook is from Kelantan.

Selangor:

2. Warung in Bandar Baru Bangi which has a kampung feel to it. From the PLUS highway, exit through the Kajang toll. Then at the traffic lights, go straight towards Bandar Baru Bangi. You will come to a long straight. Towards the end of that straight, you will see Shell and Mobil petrol stations on your right and the restaurant on your left (with many cars parked by the roadside).

** ini aku rasa yang warung dusun tuh lah kan.




Kota Baru:

3. This particular restaurant in Panji, some 3km from Kota Baru town, specialises in sup gearbox, daging bakar and kerabu. Many Government officers go there for lunch (the restaurant is closed at night).

Penang:

4. Sup Hamid. A well-patronised restaurant serving many kinds of soup dishes, located in front of Hotel Malaysia at the end of Penang Road. Sup gearbox is usually available at night.

Johor Baru:

5. There is this particular corner shop very well known among locals located at the Simpang Mariaman corner of Jalan Petri. It specialises in mee rebus gearbox.

** ini aku confirm dekat Restoran ZZ Jalan Petri :) , korang try la  mee rebus gearbox yummy!.


Ok lah jap lagi aku ada benda nak update lagi, later bye. :)