Tuesday, 5 March 2013

hye march

fuhh penatnya! tak sangka hidup sebz ini! hahaahhha ok take care semua.

selamat pengantin baru bagi yang nak bernikah, selamat menimang cahaya mata bagi yang dah nak dapat baby tu, selamat jenjalam bagi travellers smua, ewah . ok bye ( bz kan) . tak termasuk bz bejalan ke sana sini hahaha. ok take care






- Posted using BlogPress from my iPhone

Tuesday, 8 January 2013

a week of 2013

pejam celik dah seminggu dah kita masuk tahun baru 2013, taktau lah tapi masa kecik-kecik rasa lambat je masa berlalu, hari-hari rasa tak sabar nak masuk tahun baru sebab dapat naik kelas kan. Tapi bila dah dewasa ni rasa macam " omg, apsal kejap sangat dah tahun 2013 ni? rasa macam baru semalam sambut birthday tahun 2012" camtu lah lebih kurang terkejut dia. Mungkin masa kecik takde nak fikir banyak masalah , just tau belajar, time exam dapat good result dah. Tapi bila dah dewasa ni, macam- macam kene fikir, nak bayar bill, fikir tentang kerja, fikir tentang bila nak balik kampung, bila nak pergi beli groceries, and the list go on and on.List berhenti bila waktu kita tidur je, itupun kadang-kadang terbawa dalam mimpi.

05012013 Celebrate Birthday Ana at La Gourmet Dessert Johor Bahru. Dinding kedai ni cantik,aku rasa die memang buat untuk tempat bergambar .

Seminggu berlalu di tahun 2013,tiada apa yang berbeza pun, sama je macam last year. Azam aku nak datang awal je pegi office macam tak berapa nak berjaya, sebab haritu dah terlambat. Frust betul, terus bercita-cita nak datang awal je bulan depan. Insya allah hehe.


Aimi, Sallihin & Ana with our dessert, mine is Durian+ Mango+cincau ( grass jelly) with  sagu + santan,
Pearl + green tea ice cream & last tu yang banyak isi dia tu mango+ banana+pearl + jelly apa ntah + mata kucing with sgau and santan la jugak ehee sedap & mengenyangkan 
Sister in law bergambar di barisan kasut yang Banyak gila dekat Cotton on yang baru bukak di Jusco Tebrau Johor Bahru. Dah murah, murah lagi bila sale.

dan tahun ni, aku harap aku dapat explore Malaysia with Sallihin. berangan nak road trip, tapi kene fikirkan pro & cons jugak, tengok ada org siap road trip pusing Thailand lagi, macam best, harap berjaya lah kali ni :) yang penting duit kene ada lah tu je aku rasa hehe . btw gambar aku letak ni tak ada kene mengena pun dengan apa aku tulis. Cuma ni antara aktiviti hari minggu, pergi makan dessert haha.


- Posted using BlogPress from my iPhone

Saturday, 5 January 2013

its been friday

bila ada kawan-kawan or adik-adik datang jb, aku mesti akan bawak pergi lepak kat roost salad bar ni, i just love to be in that cafe, so relaxing. and love all the deco. its vintage style + recycle furniture. but as i told u guys before, they only served salads , frozen yogurt & very limited drinks, so kalau planning nak lepak untuk makan kenyang2 boleh pergi makan kedai lain dulu.


so semalam, since sis in law aku datang bercuti, aku pun bawa laa dia ke roost (again) . sesuai nak melepak & gossip session kan . ajak our niece untuk join melepak sekali, kesian lepas SPM boring duk rumah hehe, kidnap kejap bawa jenjalan.


before ke roost, pergi lah jalan kat pasar karat tu kejap, fenomena tribal melanda, kebanyakkan kedai yang jual baju, mesti ada jual aztec tribal punya peplum lah, tshirt lah, leggings , and they also have tribal pashmina. masa tribal fashion ni baru mula2 nak famous, susahnya nak cari kat malaysia ni. sekarang ni dah berlambak-lambak. tapi kalau kat overseas, especially winter time memang sentiasa in je aku tengok tribal pattern ni, ingat lagi masa pergi Beijing, sehelai legging tribal yang comfy tebal gebu ( khas untuk winter wear) murah je dalam rm10-rm20, pattern macam-macam. kini rasa menyesal sebab buta fashion tak beli banyak-banyak kat sana and jual kat malaysia hahah.


ok lepasni kita tengok apa pattern yang paling in pulak. walaupun aku takde nak fashion2 tapi aku suka tengok & aku suka nak belikan adik-adik aku sebab diaorang pakai heheeh.

lastly happy birthday to my dearest sister in law , Siti Aisyah Abdullah :)

gambar biasalah semua stok sama macam dalam instagram, nanti sudi-sudi lah stalk gallery igers iolls hahaha , gallery katanya igers: aimilaili, plus aku dah deactivate twitter, sebab aku rasa aku tak productive time kerja ,tahun baru kene lebih focus ( heharap dah tak activate balik lah kan kekeke)

Posted using BlogPress from my iPhone

Monday, 31 December 2012

9 of 2012

assalamualaikum, semalam jalan-jalan dekat instagram, ternampak lah 1 hashtag ni #9of2012 , dia macam himpunan 9 gambar /perkara terbaik happend dalam hidup kau. tak kisah lah pergi holiday ke, dapat good results in exam ke etc2 .

as for me 9 of my best 2012 are :

gambar kat atas ni sebenarnye banyak berkisarkan tentang waktu perkenalan & perkahwinan aku, dan juga raya terakhir sebagai orang single with the family :) 2012 banyak benda yang suprise2 je untuk aku & family. haha

ok the next picture is combination of 9 best pic i took using my iphone on my recent trip to macao & hong kong


so what's your #9of2012 pictures? jom serbu instagram :) aku ni tak teror nak tulis-tulis ni, ayat mesti lintang pukang, so tengok-tengok gambar je lah ok ehhe
mine is : aimilaili

-Posted using BlogPress from my iPhone

Wednesday, 26 December 2012

friends

Alhamdulillah semalam 25/12 our friend noor irliana dah selamat bertunang dengan pasangannya, tak lama lagi dah nak kawin dah. suka tengok kawan kiteorang ni cantik, dah laa memang cantik, bertambah-tambah cantik semalam.

time-time kawan tunang ke kawin ke, memang aku suka pergi, not just because nak jumpa kawan yang diraikan, tapi kira jadi macam mini reunion, bila kawan-kawan lain pun datang. ye la semua pun bz kerja, duduk dah jauh-jauh, time camni lah dapat kumpul ramai-ramai and gossip haha. and this time ada sallihin join sekali, i always wanted to bring him to meet all of my friends. alhamdulillah dia ok je, boleh join sekepala :)

masa weekend pulak, dapat jumpa dengan kawan masa di utm dulu , dapat lah bawa aina pegi pusing2 bandar johor bahru, ye lah dah lama tinggalkan utm kan, banyak perubahan dekat jb ni ehehe . tempat yang aku bawa mesti lah tempat2 urban( urban sangatt) hahhaa .

dengan cik nor intan ezreena ( nama pun dah cantik, inikan pula tuan punya nama)
cik aina yang nampak je senyum malu-malu tapi dah mengelilingi separuh dunia ( lebih kurang lah) ehe best tengok family aina yang rajin travel.



ok nanti i turun kl bawa la i jenjalan kat sana.diaorang ni je la yang rajin layan aku kalau kat kl. terutamanya intan, rajin bawa pergi makan jalan sana sini.tapi time aku single dulu lah, ni dah berdua tatau lah dia sudi temankan lagi ke tak haha (tetiba lapar- takde kene mengena langsung)

ok bye, aku perasan macam manager aku lalu lalang kat belakang aku ni tengok aku main telepon update blog. assalamualaikum.


Posted using BlogPress from my iPhone

Monday, 24 December 2012

4 months

Alhamdulillah pejam celik dah 4 bulan aku begelar seorang isteri. 24/12/12 genap. tahun lepas pada tarikh ni, aku still berjimba jalan sana sini as a single woman hehehehe. on 25/12/11 keluarga sallihin datang merisik, sejujurnya memang aku tak pernah kenal dia. tapi syukur alhamdulillah, pilihan ibu bapa yang terbaik. now i just cant stop thinking bout my darling husband ( poyo lahh amy hahah) but seriously , memang macam tengah bercinta. becinta lepas kawin katanya memang indah :)


our first honeymoon/ trip as husband & wife : singapore


2nd honeymoon to macao & hong kong :)

many years to come dear insya allah amin.

Posted using BlogPress from my iPhone

Tuesday, 27 November 2012

roost salad bar

harini nak share satu tempat untuk relax dekat jb ni, tempat ni nak kata baru takde lah baru, dah lama juga ada. kalau korang penah dengar roost juice cafe, ini adalah cawangan die lagi satu, roost reproduce & recycle, salad bar.


ini adalah beberapa keping gambar interior yang terdapat kat dalam roost salad bar ni. semua kat sini diperbuat daripada barangan recycle, contoh mcm kerusi ada yang diperbuat daripada toilet paper roll, ada daripada newspaper, kalau tak caya boleh pegi tengok dekat sana heheh.then die ada satu rak buku yang sangat unik, bila tengok memang macam nak roboh rak buku tu, tapi tidak, memang pattern die macam tu. Sambil2 duduk minum makan froyo, boleh juga baca magazine ke apa semua. Dah baca letak balik dekat rak ok.


Atas ni korang boleh tengok rak tu kat belakang adik aku tu, pastu gambar last adik aku duduk atas troley untuk kanak-kanak yang macam kat ikea tu, cuma die macam dah transform jadi kerusi.makanan kat sini tak variety,kalau korang betul-betul lapar jangan datang kat sini, kecuali korang diet ataupun korang nak minum-minum. korang boleh order salad, drinks & froyo je ( frozen yogurt) kalau nak relax santai2 bebual dengan kawan2 ok lah, nak dating pun sesuai ok kat sini sebab senyap je, lagu pun oldies ekke. Ada 2 section kat sini, tempat duduk semua kat bahagian atas, ada outdoor ( boleh smoke semua) & indoor (air-cond).

cafe ni terletak di jalan dhoby ( dekat pasar karat yang famous amos kat jb tu)

ok bye

Posted using BlogPress from my iPhone