Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Wednesday, 12 September 2018

Welcome Back

Hye,
Assalamualaikum semua, apa khabar? ada lagi ke yang masih melawat blog kita ni? Sejak berkahwin tahun 2012, kita terus stop blogging , 1 of the reason is because terlupa password hahaha & that time maybe malas nak update, too busy dengan life seorang yang dah berkahwin. Wahhh gitu aahhahaa.

Pendekkan cerita, after kahwin tahun 2012, kami masih menetap di Johor Bahru. Setahun kerja & kami mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan pulang ke kampung halaman kami iaitu Mersing Johor. Maka bermulalah kehidupan kami sebagai young married couple yang duduk di kampung & berniaga sendiri. Alhamdulillah tak sampai 3 bulan kami pindah ke Mersing, we are finally expecting our 1st baby ( ni pun 1 of the reason kenapa kami mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan pindah berniaga sendiri di Mersing ).

Muhammad Danish Imran was born on 4th of August 2014 ( 2 tahun setelah kami mendirikan rumah tangga ), kita memang dah jadi fulltime housewife di Mersing ni & jaga anak sendiri di rumah , bersyukur sangat sebab keputusan yang kami buat setahun lepas adalah tepat sekali. Kehidupan kita memang dengan familuy sahaja , i spend 24hours 7 days a week with my son & husband , tak pernah rasa menyesal berhenti kerja hehehe.

Aisya Zahra pula anak kedua kami, lahir pada 16th April 2018 , alhamdulillah puteri sulung kami hadir tepat pada waktunya, masa abang Danish dah bijak, dah pandai berdikari, dah boleh tolong ibu jaga adik. Ramai juga orang tanya kenapa jarak jauh sangat Danish & Aisya - 4 tahun. Tapi nak jawab apa je pun kan, bukan kita yang tentukan. Semuanya ketentuan Allah , bersyukur seadanya.

Dan hari ini, kita start blogging balik, and it will be about my family ehehe, Jangan bosan pulak ye,
Saja nak rekodkan kenangan kami sekeluarga di sini. Kita pun dah bahasakan diri kita Ibu Danish Aisya . Bagi yang tertanya-tanya , apa ibu Danish Aisya buat sekarang, well i am a mumprenuer , saya buat online business dari rumah , menjual Tasneem Balm & Luggage Murah ( ini nanti kita sharekan di post yang lain okeh ) .

ok till next time, banyak kena catch up balik ni, banyak benda dah terlupa hahahahah.

bites365
my family 

Friday, 5 July 2013

Dah raya yeay!

Assalamualaikum.awal bebeno raya kan, ekkeek takde lah, aku baru dapat ganti puasa dengan jayanya. Harini last day, maka esok kiranya raya lah tak berhutang dah.Tak senonoh perangai kan , dah nak masuk Ramadhan baru nak puasa ganti. Harap tahun ni berubah lah ye aimi.

Excited sebenarnya nak menempuh Ramadhan tahun ni, 1 of the reason is because 1st time berpuasa dengan Sallihin as husband & wife. Bulan Ramadhan last year (2012)  memang bz membuat persiapan perkahwinan, sampai tak rasa pun yang puasa, berbuka pun beli kat bazar je selalu, beli mesti ada murtabak untuk abah. Time single, duduk dengan abah dekat Jb berdua je, maka kami berbuka pun simple-simple je.

Tahun ni insya allah akan buat semua bersama-sama dengan suami. Bebuka, sahur, tarawikh. Berdebar ni tak tahu nak masak ke nak beli time bulan puasa ni hahahahahahaha. Over, padahal memang dah planning nak beli kikikiki

Ramadhan pertama, dekat Jb je , sebab tak cuti, kalau cuti memang dah balik rumah dah bebuka bersama family.Kalau bebuka kat kampung ni lain sikit sebab mak mesti masak macam-macam kan. Ok lah, tetiba terlapar pulak cerita pasal makanan.
#FMSphotoaday 5. Love , untuk play along boleh pergi ke sini.
Gambar diambil pada tahun 2009, di Tavira Portugal, kampung kecik je.
seberang tu bandar tavira tu.semua bangunan pun warna putih.
 Kalau kat  malaysia tengok bangunan dekat melaka, sama.

Ok sekarang ni cuba tengok gambar dekat atas  ni. Haa comel kan edit.korang boleh je edit gambar macam ni guna phone korang terus, ( iPhone)  boleh pergi app store dan beli  Rhonnadesigns app , kalau selalu kita kena beli package dia satu-satu contohnya macam fonts, shape , semua harga lain-lain, tapi dengan app ni, semua dia dah gabungkan, memang best lah . app ni dijual dengan harga $1.99 US dollars, for more info pasal app ni kornag boleh pergi tengok dekat Rhona Designs Blog ok.

Link
Ok bye.

Wednesday, 3 July 2013

what you really want?

Assalamualaikum. Sorry terlupa nak transfer gambar ke Tioman haritu, kalau tak memang dah boleh buat entry pasal tu. Esok-esok lah yer. Ok, aku ni ada 1 problem, masalahnya aku taktau aku sendiri nak apa untuk masa depan aku , sebab sekarang ni aku rasa macam semua dah cukup. Alhamdulillah.

Tapi, bila ada suatu masa perlu untuk berubah, aku jadi stress sebab aku dah selesa dengan kehidupan macam ni. Yes, memang kita kena berani nak move forward, keluar dari zon selesa, tapi kalau tak ada satu source yang betul-betul padu,planning yang betul-betul jitu, aku jadi serabut. Tak tau nak buat apa. Macam mana nanti if things goes wrong? Takkan nak patah balik kan? How to survive?

Berdoa dan istikharah mungkin jalan terbaik buat  masa ini.Semoga Allah permudahkan segalanya untuk aku & juga Sallihin. Rezeki ada dimana-mana kan? insya Allah. Terlalu banyak "What if " pun tak boleh juga. Ok I know, I just want to be happy & stress free. That's easy right?

Happiness :) 

Our travel Photobook, baru ada 2 je semua pun travel time baru lepas kawin tahun 2012.more to come.
Photobook ni aku tempah dekat Photobook Malaysia. Setakat buku yang kedua ni, memang sangat berpuas hati. Korang boleh lah try juga.


Sekarang ni aku taktahu lah apa kene dengan badan aku ni. selalu lah pening kepala. pastu emosi asyik lah tak stabil, cepat marah, cepat sedih, semua yang negative-negative semua ada. Sesikit kang nak nangis. Ntah apa-apa. Aku sendiri pun dah tak faham dengan diri aku, apa lagi orang lain kan? Hye diri sendiri, behave please.

Tuesday, 11 June 2013

Penangan Fabio Viviani

Macho kan nama fabio haha, sebenanrnya Fabio ni perseta Top Chef All Star Season 8, biasalah duduk rumah takda buat apa, asyik laa tengok tv , rancangan masak-masak pun dah jadi favourite sekarang ni. Fabio ni dia orang italy , ok bukan nak cerita pasal Fabio sangat pun, tapi pasal dia lah aku tetiba teringin nak makan Ravioli. hahaha mengada sangat tau.

Ravioli ni sebenarnya dia pasta jugak, tapi macam karipap, kulit pasta tu die tekapkan 2 pastu dalam pasta tu dia letak lah inti. Kemudian direbus, dan dimakan dengan sos2 pilihan. Selalunya tomato gravy yang macam kita makan spaghetti bolognaise  tu. Inti dalam dia ikut kesukaan masing-masing, ada yang letak cheese, spinach, sayur-sayur lain, tapi selalunya diaorang letak sayur-sayur kot.

Maka nak dijadikan cerita ( takde lah cerita sangat) weekend lepas, family kita datang jb ( memang tetiap minggu pun datang heheh) maka tanpa melengahkan masa lagi, ajak mak makan di The Marco Polo Kitchen,  ingat tak post yang sambut birthday Sallihin tu, haa restoran yang sama lah ni. Setakat dah pegi 3-4 kali ni makanan dia  tak mengecewakan lagi. Staff dia pun baik-baik je.

Mak, Amalina. Amalia. Aimi
Menu yang menjadi pilihan kami ialah, salmon salad ( amalina kata salmon salad yang dekat delicious lagi best), grilled salmon, spaghetti bolognaise, pumpkin ravioli & the famous MP Meat Lovers pizza The Boss, ok tengok lah gambo weolls ehhe  . Time ni Sallihin tak dapat join, maka semua perempuan je hehe. Ok lah till next time. Jom makan blue cheese + Pumpkin ravioli yums !

Thursday, 30 May 2013

Week 21 & 22

Assalamualaikum. Its been awhile yup? haha biasalah malas, plus bulan 4-5-6 ni minggu bz dekat office, dengan nak ada home fair nye la apa la, stress kejap rasa.Tapi banyak benda best berlaku last week, hilang stress sikit, so here goes my week 21 & 22 ewah.


Ini tasya, our niece, 23rd may haritu birthday dia, disebabkan kami semua bz, so after work sempat la kidnap tasya ni bawa pergi makan-makan. sadly her family & my husband tak dapat join, maka pergi makan berdua je lah dengan birthday girl. Sweet 18 dear tasya, semoga semua yang dihajati menjadi kenyataan insya allah. Tempat pilihan kami ialah di black canyon bukit indah, 1st time makan dekat sini, not bad jugak lah makanan nya , ada western & thai's food. Mak & angah yang kenalkan tempat ni sebenanrnya.



25th May 2013 . Our darling Noor Irliana dah selamat disatukan dengan Fadzlee Syah. 
Lepas ni kita tunggu turn siapa pula, mungkin kan cik Intan . Insya allah, tak sabar. hehe
Gambar kat atas ni di sebelah rumah perempuan, time ni kekasih gelap aku intan tak datang,
macam tak meriah sangat bila penghibur hati tak datang eheh. kejap je lepak. tapi best laa dapat gather balik dengan kawan-kawan sekolah, erin,bai, zahidi, cuma khidir  je tak datang time ni, kalau tak lengkap laa corumn ahli-ahli tenis kiteorang hahaha. ( masa aku & nana masih lagi single, kiteorang ber-5 ni selalu pergi main tenis dekat court utm ,memories hahah )
lepas amik gambar dengan pengantin dah balik dah semua. Gambar last bawah bersama pengantin
baru Puan Erin , beseri-seri lagi muka. Nana ni cantik macam model.


26th May 2013. Semangat kami berdua bangun pagi sebab nak pergi breakfast sama-sama.
kalau dah dedua kerja masa tak sama, camni lah , setiap masa tu digunakan sebaiknya.
tidur rasa macam rugi pulak. Ahad pagi ni kami breakfast Kacang Pool yang famous di Johor Bahru ni.
Kacang pool haji, medan selera dekat sebelah bomba. Juga ada lempeng kelapa.
Punya laaa lama nak tunggu order sampai, last-last bila pergi balik tanya, dia kata dah habis lempeng,
hoi mengidam tahu hahah. Nasib baik ada satu akak ni, die let go lempeng yang die bungkus kat aku 
dua keping. Alhamdulillah dapat juga hahaha.


Petang 26th May, ini majlis di pihak lelaki pulak. Tengok la kawan aku nana tu, macam model dah haa posing.Cantik sangat pengantin, Pengapit pengantin pun apa kurangnya, cun melecun ehehe.
Anyway , time ni Sallihin tak ikut, dia bagi peluang dekat isteri dia ni pergi berjimba-jimba dengan kawan baik. Walaupun dapat jumpa sekejap je, jadi lah daripada tak jumpa langsung kan.
Dah amik-amik gambar sikit dekat wedding nana, terus bawa intan keluar dari dewan pergi jalan-jalan cari makan. Tak jauh pun pergi, bawak pergi makan dekat IT ROO Cafe jalan dhoby, perkena best chicken chop in JB. Best ke tak? itu kita tanya pada yang pakar hehe. Anyhow, Ahad yang memang best pada aku, dapat spend time dengan insan-insan tersayang. Hope lepas ni dapat jumpa lagi ok girls.

Ok lah banyak lagi nak update sebenarnya, tapi takpe lah proceed pergi instagram je la ok. Keep creating sweet memories ok! tata 

Monday, 8 April 2013

week 14

My week 14 ( April 1st - April 7th ) photo post in instagram :)

Tengok dari atas kiri ke kanan ok. ( siap explain cemana ) hahah tapi ni gambar tak cukup seminggu dari 1-4 April takde apa yang menarik kecuali kerja kerja dan kerja.

05 April 2013 : Birthday Mr S. Ini first time celebrate bersama, masa tima tunang dulu, tak dapat celebrate birthday dia bersama, sebab time tu die kerja dekat sabah & kita dekat Johor bahru tercinta ni. Walaupun hanya ada 2 slice cake, i managed to surprise him ewah . Takpe lepas ni ada banyak lagi hari nak celebrate hehe. Gambar menunjukkan Mr.S birthday dinner dekat The Marco Polo Kitchen, Bukit Indah Johor Bahru. 1sttime pergi makan dekat sini, berdebar juga takut tak sedap ke apa kan, tapi nasib baik sedap haha, ok kedai ni boleh recommend kan dekat korang kalau nak makan western food. harga lebih kurang macam tgi friday. Dan kalau nak makan ice cream sedap fresh fruit ( PopStar) boleh pergi ke Jusco Bukit Indah, kedai Stone Grilled depan Maybank, sedap ice cream dia.

06 April 2013 : Dapat ikut pergi tengok bola dekat Stadium Larkin! yeay! Excited sebab ni 1st time pergi stadium, selalu just tengok kat rumah je,memang lain perasaan nya. hahah walaupun Johor kalah dengan Selangor, tapi die punya feeling & experience dekat stadium tu yang best! haha, ok pasni boleh pergi lagi

07 April 2013 : Rutin setiap minggu kalau adik tak balik rumah, kiteorang akan pergi tengok dia dekat Kolej Vokasional Azizah, alhamdulillah adik dah besar, dah tak ngengada nak balik dah, tengok makin seronok dia duduk kat hostel, lagopun dah tingkatan 4 kan. kalau nangis juga tatau lah nak cakap apa ekeke. Petang pulak, kiteorang pergi menghadirkan diri ke Majlis Perkahwinan Erin & Muaz dekat Dewan Taman Universiti, ni best sebab dapat tengok kawan kawin ( memang lah best) then dapat gather dengan kawan-kawan sekolah yang lain, dimana kalau hari biasa memang sangat laa jarang nak berjumpa. Maka peluang-peluang untuk melepak gossip sesama macam ni memang takkan dilepaskan. Walaupun dapat jumpa kejap je, tapi memang best! hopefully pasni sesiapa punya majlis kawin kita dapat datang dan melepak sambil makan nasi minyak ok!

Sehingga berjumpa lagi. Ini kira macam project life aku lah, orang lain semua letak dalam album cecantik , tapi takpe lah asalkan aku tak lupa moment-moment macam ni yang tak boleh nak ulang balik. ehheeh insya allah


aimilaili🙈🙉🙊

Tuesday, 12 March 2013

Tetamunya

9th march dengan excitednya kami semua telah pergi ke KLIA untuk hantar mil pergi umrah, seawal jam 6.30am dah bertolak dari mersing. semangat kan? sebab nak sampai ke KLIA sebelum jam 12pm. anggaran perjalanan +- 5 jam ( ini termasuk behenti rehat/ makan/toilet/ bawak slow) . ngam2 memang jam 11.30am sampai di KLIA .

09032013 KLIA (kidnap niece sallihin daripada Kluang, supposed tumpangkan die pergi sekolah, tapi terlajak terus bawak ke KL ) kah kah kah 
Settle daftar ,check in bag ,dengar taklimat apa semua,bermula lah journey mil ke tanah suci makkah. risau juga sebab mil pergi sorang-sorang, tapi bila tengok ramai juga makcik-makcik yang travel alone, so tak rasa risau sangat. cuma harap kalau mil ada masalah apa-apa ada yang sudi menghulurkan tangan membantu.

Family Sallihin, tu fil kita tu tak pernah berjauhan dengan my mil, kesian dia kene tinggalkan 2weeks.

Dan setelah lelambai pelok2 mil, kiteorang terus balik mersing, 2 jam je dekat KLIA , day trip sangat kann, mcm member kita laa buat day trip ke penang, ke melaka, tapi dah trip dia bestt, sebab pegi jalan2, ini day trip ke KLIA sahaja ok! hahahha kesian Mr.S penat drive je seharian. tapi takpe sekali sekala. pasni nak ajak dia day trip g kl jenjalan plak hahaha, memang tak lah kan. :p

dinner ramai-ramai, my family & my inlaws before mil pergi menunaikan umrah.

ok nanti 23rd march kita day trip dari Mersing pergi KLIA lagi ok kekeek


aimilaili🙈🙉🙊

Monday, 31 December 2012

9 of 2012

assalamualaikum, semalam jalan-jalan dekat instagram, ternampak lah 1 hashtag ni #9of2012 , dia macam himpunan 9 gambar /perkara terbaik happend dalam hidup kau. tak kisah lah pergi holiday ke, dapat good results in exam ke etc2 .

as for me 9 of my best 2012 are :

gambar kat atas ni sebenarnye banyak berkisarkan tentang waktu perkenalan & perkahwinan aku, dan juga raya terakhir sebagai orang single with the family :) 2012 banyak benda yang suprise2 je untuk aku & family. haha

ok the next picture is combination of 9 best pic i took using my iphone on my recent trip to macao & hong kong


so what's your #9of2012 pictures? jom serbu instagram :) aku ni tak teror nak tulis-tulis ni, ayat mesti lintang pukang, so tengok-tengok gambar je lah ok ehhe
mine is : aimilaili

-Posted using BlogPress from my iPhone

Saturday, 19 May 2012

Friday, 17 December 2010

• family collage •


Family . Keluarga . 家人 Jiārén / 家庭 Jiātíng



♥ family collage - using instagram ♥




A collage (From the French: coller, to glue) is a work of formal art, primarily in the visual arts, made from an assemblage of different forms, thus creating a new whole.

A collage may include newspaper clippings, ribbons, bits of colored or hand-made papers, portions of other artwork, photographs and other found objects, glued to a piece of paper or canvas. The origins of collage can be traced back hundreds of years, but this technique made a dramatic reappearance in the early 20th century as an art form of novelty.

From Wikipedia.

Wednesday, 1 September 2010

• Saya Sayang Dia - Part 1•


Walaupun selalu bertegang leher, selalu tak sependapat, tapi saya sayang dia, sebab dia adik saya,susah senang dia tetap akan ada dengan saya. Terima kasih angah, ateh, amalina, adik.(gambar korang nanti eh,along nak tido ) Goodnite.


p/s: Duit raya tahun ni tak payah lah mintak banyak-banyak. Haha