Showing posts with label Panda. Show all posts
Showing posts with label Panda. Show all posts

Friday, 6 January 2012

Panda's House At Beijing Zoo

Panda's house ni kiteorang pergi masa hari ke-empat berada di Beijing. Semangat. Sebab orang kata kalau pegi china tak tengok panda rasa macam tak lengkap gitu, walaupun tengok luar cermin je kan haha.Panda's house ni dekat Beijing zoo,kira ada je binatang lain kalau nak tengok, tapi kiteorang just pergi untuk tengok panda sahaja,ye lah, sesejuk beku camtuh nak jenjalan tengok binatang, binatang pun tido kot. Pastu kat malaysia takda panda je kan kan kan haha. Dekat panda house ni ada 6 ekor panda je tak salah aku, itu pun panda yang glamour wakil negara untuk sukan olimpik tahun 2008 tuh.Kira dieorang ni dapat special treatment lah kan.

Si John ( tourist guide kiteorang ) kata kat china ada lebih kurang 1000 ekor panda je weh, punya lah sikit kalau nak dibandingkan dengan ayam ke apa. ( bandingkan ngan ayam banyak skit, sebab ayam lom nak pupus) , kalau korang nak tengok yang habitat bebetul panda ni, korang bleh lah pegi ke Chengdu. Kat sini memang lah lagi banyak panda ada. Ok nanti next time aku cite pasal chengdu tuh k.

Picture worth a thousand words, ewah. Padahal aku tatau nak tulis apa dah, plus kat panda's house ni, bebarang panda cecomel nye lahh, boleh jadi gila kejap ( tiada motif pun sebenarnye nak gila , saja dramatik sket ) . Ok mempersembahkan :

Ini time korang jenjalan nak masuk je zoo akan nampak.

Tadaa, Panda's house ni die berasingan sikit dengan Beijing Zoo, nak masuk ada pintu lain

Kawasan Panda Jeng Jeng Jeng 

Siapakah panda? ekeke

Yang ni Kategori panda asian games.

Alalalaalal menyampah tau memalu nak pandang camera !

Die ni besar weh, ye lah size beruang lah kan. Tengok die ni aku terbayang Po yang kungfu Panda tuh hahaha 

alala comel2 manja2 muka innocent.

Dia ni kelakor weh, dah makan-makan,pastu die jalan g belakang cage die, ingatkan nak apa, rerupanya cari
tempat nak landing tidur,Comel gila. susah nak gambarkan ngan kata-kata ewah 

Semua pun berunsurkan panda lah kan.

Kimi dapat ear warmer baru , comel 

pergh dia ni serius macam garfield , warna je hitam oren,punya lah gebu !

Hye kemkawan.

Ini kalau korang nak datang sini naik subway lah kan , betul-betul akan turun depan zoo.

Ok itu sahajalah hari ini. Selamat mencuci mata dengan gamba panda gebu-gebu-ee-geram-nye-lah. For more info regarding the Beijing Zoo boleh pergi ke sini .

Wednesday, 13 October 2010

• 09101010 •

Assalamualaikum semua. :) Tajuk entry kali ni ialah nombor! yeah nombor laa kan 09101010. Tuh tarikh weekend arituh, ehe di mana pada 101010 tuh yang semua orang pakat2 nak kawen,nak tunang, & yang ada kes accident bas & kereta kat Simpang Ampat Melaka,yang ngeri sesangat. Al-fatihah untuk mangsa-mangsa yang meninggal dunia.


Ok masa 09.10.10 tu aku dengan semangat nye telah pergi ke Muar Johor, untuk jumpa akak angkat aku. Seronok & time tu gak laa kira macam 1st time in this year aku drive jauh. Penat kot, selalunya kalau balik kampung adik aku yang drive, aku dah biasa tidur je sepanjang perjalanan. Tapi masa hari sabtu tu aku sorang-sorang je drive. Phew penat rupanye ye. Kat Muar tak pegi memana sangat,just petang tu kiteorang pegi jenjalan kat Melaka. Dekat gila Muar & Melaka lalu jalan dalam, 30minit je. Kereta pun tak banyak, jalan pun cantik. Ala-ala macam federal highway laa kan.


Pagi 10.10.10 aku bersiap-siap laa nak balik Puchong semula. Memula akak angkat aku tu macam nak suh aku balik lewat-lewat skit, tapi disebabkan aku ade janji ngan kawan aku yang lagi sorang ni kat klang, aku pun gerak laa dalam kul 12 tengah hari.


Malam tuh,masa tengah lepak-lepak,makan cake,tengok wayang,minum-minum tetiba dapat berita yang ada accident dekat Highway Plus tuh. Fuhh bederau darah, kalau lah aku balik petang daripada Muar, kemungkinan aku terlibat sekali atau tersekat dalam jem tu adalah besar. Syukur alhamdulillah aku gerak pagi. Sedih dengar berita macam tuh. Sebab masa lalu kat jalan tu,memang takde lah expect akan jadi menda-menda tak baik kan.fuhh.. tarik nafas lega aku. Pulak tu ayah aku call, dia kata masa dia tengok bawah bas tuh Myvi merah, die dah risau dah, tapi bukan kereta aku, lega dia.


Alfatihah sekali lagi & takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat. :cry:


Lupakan sebentar perkara yang sedih. Disini aku juga nak ucapkan Selamat hari jadi kepada kawan aku, Dr.Noel ewah dah 26 tahun. Pegi Klang sebab nak beraya dan sambut beday dia. Sian sambut sorang-sorang dengan Dee je. Kawan aku ni dia gila kan Panda. Cake,perhiasan,meja,muka dia pun da macam panda hahaha.Then we went to Jusco Bukit Tinggi & watched Sammy's Adventure. Weee seronok rasa macam nak pegi travel round the world & experience the adventure for ourself. Huhuh kalau laa kan kalau.



♥ Nyum2 Kak yati & Dina ♥



♥ Birthday girl @ Panda's lover ♥


♥ Special by Dr.Noel ♥



Sorry quality gambar iphone kurang memuaskan. Gituwww kan! haha poyo ok.


Ok semua.Jumpa lain kali, dengan gambar2 dari camera baru,ehe.