Panda's house ni kiteorang pergi masa hari ke-empat berada di Beijing. Semangat. Sebab orang kata kalau pegi china tak tengok panda rasa macam tak lengkap gitu, walaupun tengok luar cermin je kan haha.Panda's house ni dekat Beijing zoo,kira ada je binatang lain kalau nak tengok, tapi kiteorang just pergi untuk tengok panda sahaja,ye lah, sesejuk beku camtuh nak jenjalan tengok binatang, binatang pun tido kot. Pastu kat malaysia takda panda je kan kan kan haha. Dekat panda house ni ada 6 ekor panda je tak salah aku, itu pun panda yang glamour wakil negara untuk sukan olimpik tahun 2008 tuh.Kira dieorang ni dapat special treatment lah kan.
Si John ( tourist guide kiteorang ) kata kat china ada lebih kurang 1000 ekor panda je weh, punya lah sikit kalau nak dibandingkan dengan ayam ke apa. ( bandingkan ngan ayam banyak skit, sebab ayam lom nak pupus) , kalau korang nak tengok yang habitat bebetul panda ni, korang bleh lah pegi ke
Chengdu. Kat sini memang lah lagi banyak panda ada. Ok nanti next time aku cite pasal chengdu tuh k.
Picture worth a thousand words, ewah. Padahal aku tatau nak tulis apa dah, plus kat panda's house ni, bebarang panda cecomel nye lahh, boleh jadi gila kejap ( tiada motif pun sebenarnye nak gila , saja dramatik sket ) . Ok mempersembahkan :
|
Ini time korang jenjalan nak masuk je zoo akan nampak. |
|
Tadaa, Panda's house ni die berasingan sikit dengan Beijing Zoo, nak masuk ada pintu lain |
|
Kawasan Panda Jeng Jeng Jeng |
|
Siapakah panda? ekeke |
|
Yang ni Kategori panda asian games. |
|
Alalalaalal menyampah tau memalu nak pandang camera ! |
|
Die ni besar weh, ye lah size beruang lah kan. Tengok die ni aku terbayang Po yang kungfu Panda tuh hahaha |
|
alala comel2 manja2 muka innocent. |
|
Dia ni kelakor weh, dah makan-makan,pastu die jalan g belakang cage die, ingatkan nak apa, rerupanya cari
tempat nak landing tidur,Comel gila. susah nak gambarkan ngan kata-kata ewah |
|
Semua pun berunsurkan panda lah kan. |
|
Kimi dapat ear warmer baru , comel |
|
pergh dia ni serius macam garfield , warna je hitam oren,punya lah gebu ! |
|
Hye kemkawan. |
|
Ini kalau korang nak datang sini naik subway lah kan , betul-betul akan turun depan zoo. |
Ok itu sahajalah hari ini. Selamat mencuci mata dengan gamba panda gebu-gebu-ee-geram-nye-lah. For more info regarding the
Beijing Zoo boleh pergi ke sini .
leh tak nak mitak contact john @tourist guide tu.dia caj berapa yer
ReplyDeletehye eka.sorry ye sebab mas atu kit apegi ikut travel agency, so semua die uruskan... travel agency tu kat area holiday plaza JOhor bahru. :)
ReplyDelete