Showing posts with label Summer Palace. Show all posts
Showing posts with label Summer Palace. Show all posts

Wednesday, 4 January 2012

Summer Palace - Beijing

Summer Palace ( Yihe Yuan ): Taman diraja, nak tau lebih lanjut sila ke sini Summer Palace. Di sini, seni bina dia lebih kurang forbidden city, tapi dia ada tasik ( Kunming Lake ). Kalau time musim panas ke musim bunga ke,kita boleh tengok banyak bunga-bunga cantik, naik bot naga ,dengar pelbagai bunyi alat muzik tradisional china contohnya seperti Er-hu yang dimainkan oleh pengunjung-pengunjung setia Summer Palace ni. Tapi ni pergi musim sejuk, tak ramai orang, then tasik semua dalam proses nak membeku. Kietroang jalan pun tak lama dalam ni. Tapi boleh lah naik benda ice amende ntah die bawak pusing2 sambil lake duk atas tuh. bayar dalam 20 yuan camtuh, tapi tak berani lah iolls, kang ice tu pecah, tak ke naya . sebab time ni ice tak mengeras betul lagi, ada yang belum keras.

Ini jambatan dah 500 tahun tak salah aku.Time musim panas memang tak lah nak jalan atas ni,haha naik bot aja.ni time musim sejuk, bot pun tak boleh lalu kan.maka slow-slow lah jalan pergi ke seberang.

Tasik Kunming dalam proses nak membeku.

Kebanyakkan bangunan kat China semua bentuk macam ni, Kalau pergi Tian An Men Square pun macam ni jugak. Warna pun merah hijau biru.

Cuaca masa ni around -1 ºC  ke -2 ºC  memang sejuk tapi ada matahari. 


Ada ala-ala macam aquarium tak? tapi ni dalam tasik, atas tuh air yang dah beku. Cantik je tengok seaweed ke rumput dalam air ni goyang-goyang 

Singa yang popular di china, setiap tempat pun ada dia.Nak bezakan yang jantan dan betina senang je, kalau betina dia pijak anak,kalau yang jantan singa nya pijak bola.

berselubung kau.pakcik belakang tuh relax je, feeling2 tourist la katakan ekekek tapi memang sejuk, kalau time angin dia datang menghembus fuhh beku muka.

Lapar dik? ok singgah laa di BIANLI kedai snek anda, menda alah ni ada banyak kat sepanjang jalan beijing ni, yang aku perasan la ekeke.

Ok ini waktu winter lepas kitaorang pergi melawat Beijing, 16-22 December 2011. Kalau agak2 nak tengok salji,datang lah around 26th ke 27th ke, tapi salji turun pun dah tak banyak sebab global warming. Sedih ye. Next entry aku post tempat lain yang menarik di Beijing lagi ok. Harga ticket nak masuk dalam Summer palace ni ialah 50 yuan kalau tak salah aku. ok later.

Thursday, 25 June 2009

• Beijing sampai 16th June •

Ok la lama sangat plak rasa nak update seminggu. Aku gabungkan je la, senang kan. Ok hari ketiga. 12.06.09 telah pergi ke :




  1. Peking University : Biggest medical university, ditubuhkan pada Dinasti Ching, 1st national university. Time pergi, mahasiswa-mahasiswi di sini tengah bz untuk final exam,so kami dibawa pusing-pusing di kawasan taman/istirehat para pelajar sahaja. Besar kawasan taman ni, lebih kurang besar fakulti awam+fakulti sains komputer+ fakulti sains+ fakulti pendidikan = digabungkan  bersama. Lake die cantik. Boleh baring-baring kat tepi lake sambil ulangkaji pelajaran.


  2. Freesky pearl : Melihat bagaimana pearl diperolehi. Tengok produk-produk yang dihasilkan daripada pearl, kalau makin bulat sebiji pearl,harga die lebih mahal daripada yang bentuk bujur atau lonjong.

  3. Summer Palace ( Yihe Yuan ): Taman diraja, nak tau lebih lanjut sila ke sini Summer Palace. Di sini, seni bina dia lebih kurang forbidden city, tapi dia ada tasik ( Kunming Lake ). Kat sini kita boleh dengar & lihat pelbagai bunyi alat muzik tradisional china contohnya seperti Er-hu yang dimainkan oleh pengunjung-pengunjung setia Summer Palace ni. Kalau dengar betul-betul, ada dengar bunyik orang tiup seruling. Best-best.

  4. Beijing Herb centre : Pegi urut kaki free di sini.

  5. Shopping di Yashow Market : Belajar untuk tawar menawar dulu.


Pada 13.06.09 , takde aktiviti sangat kecuali shopping je. Singgah di Hard Rock Cafe Beijing, snap-snap gambar. Kemudian ke Hong Qiao Market, Sari Gold Market, Fushan Market, dan Russian Market.Panduan Shoping di Beijing





  1. kesabaran dan tenaga yang banyak. Sabar sebab kita kene usaha untuk dapatkan harga yang terbaik bagi barang yang kita nak beli, tenaga yang banyak sebab, kite kene sedia untuk ditarik tangan oleh pekerja-pekerja kedai. Tarik kuat woo, sapa yang tak kuat tuh kompem terseliuh tangan.

  2. Menurut Ah Hua, sesuatu barang tuh kita boleh mintak kurang sampai 70% atau pun lebih. Ikut ke-terer-an masing-masing la ketika tawar menawar.

  3. Then bila dah bukak satu harga tuh, stick pada harga tuh, jangan beganjak,kalau die taknak jual pada harga yang kita nak, jalan je pegi kedai lain, nanti pekerja kedai tuh akan tarik tangan anda, dan bagi harga yang murah dan seterusnya sampai dapat harga kita nak. Contohnya kalau barang tuh harga 1500 yuan, korang boleh tawar harga tuh sehingga 100 yuan. Tapi dekat sejam jugak lah duk kat kedai yang sama. So kesabaran itu penting ketika bershopping. :grin:

  4. Survey sesuatu barang yang kita nak tuh di banyak kedai untuk dapatkan harga yang the best. ( ni kalau korang ada banyak masa la). Kalau tak banyak masa, dah nampak tuh beli je.tayah pikir lagi.

  5. Penggunaan kalkulator adalah sangat penting. Setiap kedai ada kalkulator. So tekan jer harga yang korang nak pada kalkulator. Penggunaan bahasa adalah kurang. Yang ada cuma : I lost money, add a little bit, u crazy! , impossible, 100 yuan last price!, ok la ok la miss your price your price. etc.


14.06.09 hari ke 5, kami telah dibawa pergi ke Stadium Sarang Burung atau National Stadium Of Beijing ( Bird's Nest Stadium - niao chao ) dan water cube ( Beijing National Aquatics Center ) tempat dimana olympic 2008 berlangsung. Bird's nest stadium telah di bangunkan oleh arkitek bernama Jacques Herzog and Pierre de Meuron dan juga arkitek tempatan china iaitu Ai Wei Wei, for more details baca sini, National Stadium Of Beijing. Manakala water cube pula merupakan gabungan idea daripada 4 Arkitek iaitu PTW Architects (Australia), Arup international engineering group, CSCEC (China State Construction Engineering Corporation), dan CCDI Shanghai (China Construction Design International), Keterangan lanjut juga boleh check out di Beijing Water Cube. Dah penat pusing-pusing kawasan nie, kami dibawa ke Gems Stone Place. Shopping Gems stone pulak.




Hari terkahir 15.06.09, telah pergi ke kedutaan Malaysia di Beijing. Di sini kami bertemu dengan Mr Chuah Chee Meng ( Counsellor - Education ) . Embassy of Malaysia di Beijing, China merupakan embassy yang ke-5 terbesar seluruh dunia, kedutaan Malaysia yang pertama terbesar ialah di US , 2:UK, 3:Mesir dan 4:Jepun. Tugas utama education section di kedutaan ialah untuk memperkenalkan Malaysia melalui education. Menggalakkan pelajar daripada China untuk belajar di Malaysia, juga menjaga kebajikan pelajar-pelajar Malaysia yang belajar di China. Selain daripada menerangkan tentang tugas-tugas, banyak juga perkara-perkara lain yang diterangkan kepada kami, termasuklah tentang gaya hidup di Beijing.


Ok kira last day la 15.06.09 ni, lepas ke embassy, Shopping some more. Crocs kat sini murah gile, ok memang la tak original punyer. tapi tak nampak kecacatan pun. Serious sama macam yang ori. Satu pasang kanak-kanak leh dapat 25 yuan, dewasa 30 yuan. Ni pun kat kedai terakhir. Memula kat market lain harga die 100 yuan.


Till then bubye Beijing.Hello Malaysia. Next time ke Portugal pula. Haha berangan. More pic will be uploaded to flickr soon. nanti aku link la. mekaseh~ :wink:


Amy's Flickr