Wednesday, 4 January 2012

Summer Palace - Beijing

Summer Palace ( Yihe Yuan ): Taman diraja, nak tau lebih lanjut sila ke sini Summer Palace. Di sini, seni bina dia lebih kurang forbidden city, tapi dia ada tasik ( Kunming Lake ). Kalau time musim panas ke musim bunga ke,kita boleh tengok banyak bunga-bunga cantik, naik bot naga ,dengar pelbagai bunyi alat muzik tradisional china contohnya seperti Er-hu yang dimainkan oleh pengunjung-pengunjung setia Summer Palace ni. Tapi ni pergi musim sejuk, tak ramai orang, then tasik semua dalam proses nak membeku. Kietroang jalan pun tak lama dalam ni. Tapi boleh lah naik benda ice amende ntah die bawak pusing2 sambil lake duk atas tuh. bayar dalam 20 yuan camtuh, tapi tak berani lah iolls, kang ice tu pecah, tak ke naya . sebab time ni ice tak mengeras betul lagi, ada yang belum keras.

Ini jambatan dah 500 tahun tak salah aku.Time musim panas memang tak lah nak jalan atas ni,haha naik bot aja.ni time musim sejuk, bot pun tak boleh lalu kan.maka slow-slow lah jalan pergi ke seberang.

Tasik Kunming dalam proses nak membeku.

Kebanyakkan bangunan kat China semua bentuk macam ni, Kalau pergi Tian An Men Square pun macam ni jugak. Warna pun merah hijau biru.

Cuaca masa ni around -1 ºC  ke -2 ºC  memang sejuk tapi ada matahari. 


Ada ala-ala macam aquarium tak? tapi ni dalam tasik, atas tuh air yang dah beku. Cantik je tengok seaweed ke rumput dalam air ni goyang-goyang 

Singa yang popular di china, setiap tempat pun ada dia.Nak bezakan yang jantan dan betina senang je, kalau betina dia pijak anak,kalau yang jantan singa nya pijak bola.

berselubung kau.pakcik belakang tuh relax je, feeling2 tourist la katakan ekekek tapi memang sejuk, kalau time angin dia datang menghembus fuhh beku muka.

Lapar dik? ok singgah laa di BIANLI kedai snek anda, menda alah ni ada banyak kat sepanjang jalan beijing ni, yang aku perasan la ekeke.

Ok ini waktu winter lepas kitaorang pergi melawat Beijing, 16-22 December 2011. Kalau agak2 nak tengok salji,datang lah around 26th ke 27th ke, tapi salji turun pun dah tak banyak sebab global warming. Sedih ye. Next entry aku post tempat lain yang menarik di Beijing lagi ok. Harga ticket nak masuk dalam Summer palace ni ialah 50 yuan kalau tak salah aku. ok later.

No comments:

Post a Comment