Ravioli ni sebenarnya dia pasta jugak, tapi macam karipap, kulit pasta tu die tekapkan 2 pastu dalam pasta tu dia letak lah inti. Kemudian direbus, dan dimakan dengan sos2 pilihan. Selalunya tomato gravy yang macam kita makan spaghetti bolognaise tu. Inti dalam dia ikut kesukaan masing-masing, ada yang letak cheese, spinach, sayur-sayur lain, tapi selalunya diaorang letak sayur-sayur kot.
Maka nak dijadikan cerita ( takde lah cerita sangat) weekend lepas, family kita datang jb ( memang tetiap minggu pun datang heheh) maka tanpa melengahkan masa lagi, ajak mak makan di The Marco Polo Kitchen, ingat tak post yang sambut birthday Sallihin tu, haa restoran yang sama lah ni. Setakat dah pegi 3-4 kali ni makanan dia tak mengecewakan lagi. Staff dia pun baik-baik je.
Mak, Amalina. Amalia. Aimi |
No comments:
Post a Comment