Posted using BlogPress from my iPad
Sunday, 15 January 2012
lazy sunday
Testing the blogpress application on the ipad.not bad
btw all picture are edited with instagram and text with PixiTag Lite (free) . these pic are taken at Universal Studio Singapore . never get bored with uss,am going there for the 3rd time soon 



Posted using BlogPress from my iPad
Posted using BlogPress from my iPad
Friday, 13 January 2012
Mendaki Tembok Besar China.
Great wall, mesti semua orang pun tau kan, sejarah-sejarah dia aku takde lah tau sangat, time si John tu explain-explain aku duk sibuk tengok jalan kat luar bas, musim sejuk, semua pokok kering & rumput warna kuning-kuning gold, berhabuk tapi angin sejuk. Sambil tu layan mata tidur , sebab time jam kul 7am kot.Memang awal bertolak dari pusat bandar Beijing nak ke arah daerah Badaling ni, sebab nak elakkan jam semua.Pastu perjalanan dia lebih kurang sejam lebih jugak lah.
Jalan nak ke arah Great Wall ni tak banyak kereta sangat, dia kira lalu highway lah kan,tapi masuk area-area perkampungan,luar bandar Beijing.Rumah-rumah kat situ style-style tanah liat lagi yang macam Hutong house.Walaupun matahari terpacak kat atas kepala, tapi sejuk dia boleh tahan jugak -2 ke -1 camtuh lah.Pastu great wall ni dia ada banyak jalan masuk, tapi yang glamour dekat Badaling ni lah, tourist ramai datang sini, kalau tempat lain tuh, jarang sikit, sebab katanya view tak cantik sangat dan banyak pencopet. 3 kali aku pegi sini, 3 kali masuk ikut Badaling. Tempat lain tak pernah try lagi. Mungkin jauh sikit & kerajaan dia tak repair lagi great wall kat sana. Tiket untuk masuk Great Wall Badaling aku perasan arituh ialah 45 RMB. ( RMB - Ren Min Bi ) .
List-list jalan masuk ke Great Wall : ini aku jumpa kat page Beijing Made Easy ni .For more details boleh lah ke sini.
- 1 ) Badaling Great Wall : paling famous dan terpelihara ekek.
- 2) Gubeikou Great Wall .
- 3) Huanghua Great Wall .
- 4) JinShanLin Great Wall.
- 5) JuyongGuan Great Wall : ini dekat dengan Badaling, 2nd famous.
- 6) MuTianYu Great Wall : Entrance fee termahal 85RMB
- 7) Simatai Great Wall
![]() |
| Jalan nak kearah Great Wall lalu Badaling |
![]() |
| Yang ni pulak melalui Juyongguan ( kira pintu mausk berbeza, akan bawak korang ke tower yang berbeza, sebab great wall kan panjang ) |
![]() |
| Ini permandangan sepanjang nak kearah Great Wall tu, Kalau dah nampak bangunan2 macam ni, great wall dah tak jauh dah eheh. |
Time ni awal lagi tapi hari dah terang. Lake yang korang nampak tu dalam proses nak membeku. Tapi ni kitaorang tak turun pun, aku snap dari atas bus je. Sesampai je Badaling Great Wall, orang tak ramai sangat. Maybe sebab pagi lagi.
![]() |
| View yang korang akan nampak sebaik sahaja turun bus. Memang panjang. |
![]() |
| bagunan bumbung hijau tuh aku rasa baru buat agaknya, die bukan guna batu asal. |
![]() |
| At Beacon Tower No 7. ini je mampu sampai hahahaha |
![]() |
| tangga dia tak sekata. Kalau tengok bebetul bahagian hujung tepi tanga kiri kanan semua dah ternggelam, sebab semua orang naik lalu tepi, tengah-tengah ni cantik lagi. |
![]() |
| Adik aku ni setiap kali pegi sini memang semangat nak mendaki. |
![]() |
| Yeah dah berjaya.Seriau bila ingat balik tengok jalan nak turun ni. |
Ok itu je. Kalau nak baca pasal aku pegi Great Wall time musim panas boleh lah ke entry Beijing yang ni , kat post yang tu banyak sikit info. Sebab tengah rajin ekekek
Labels:
Beijing,
Great Wall Of China,
tembok besar china
Location:
Beijing, China
Saturday, 7 January 2012
Meluncur salji di Beijing
Tadaaa pergh tajuk macam best je ski ski kan, tapi memang pergi skiing pun. Walaupun time kiteorang pergi Beijing tu salji belum turun lagi.Ada satu tempat ni nama die Badaling Ski Resort, kat sini kita boleh sewa peralatan untuk nak main ski ni, cuma snow dia artificial. But still macam betul jugak lah & tempat dia luas. Kalau korang pergi time disember ke Beijing, mesti ada tempat ni dalam itenary korang. Selalunya akan pergi selepas singgah ke Great Wall of China.
![]() |
| Ok dah nak sampai selepas sesat beberapa minit. |
Perjalanan nak ke badaling ni memang jauh sikit daripada bandar Beijing, macam dah keluar dari bandar dan masuk ke kawasan perkampungan.Kat badaling ni ada jalan nak masuk great wall juga ni glamour dengan Great Wall of course. Msa pergi musim sejuk, so pokok-pokok kat sepanjang perjalanan semua kering dah.
![]() |
| In front of the ski resort |
![]() |
| Time ni baru jam 5pm, dah gelap dah |
Dekat sini, kornag jangan risau kalau tak pakai attire yang betul sebab semua boleh sewa, tapi kalau dah ada tuh tayah lah kan. Nak sewa pakaian kene bayar lain, sewa equipment nak ski bayar lain. Sewa equipment die RMB160 lebih kurang RM80.Tak kisah nak main berapa jam pun, tapi jam 5pm dah tutup tempat ski ni sebab dah malam. Ok sebelum aku tulis beberapa tips yang korang perlu tahu sebelum sampai kat sana. meh la cuci mata tengok gambar adik-adik aku dulu k. aku ni tukang amik gambo je.
![]() |
| Posing dulu sebelum jatuh tegolek |
![]() |
| nak pakai mende alah ski ni pun susah jugak sebenarnye kalau dieorang adjust tak betul size |
![]() |
| practice dulu kat bawah |
![]() |
| lalu kat escalator ni untuk naik kat atas bukit |
![]() |
| Muka excited nak meluncur salji |
![]() |
| yeahhh dari atas turun bawah laju bukan main. |
![]() |
| tahniah,jatuh pun sempat senyum |
Ok dah gedebuk-gedebuk sorang-sorang jatuh sambil telanggar orang sana-sini. Ni aku tulis sikit tips sebelum korang sampai sana.
1. Sesampai je korang kat resort tuh, masuk je pintu utama, korang akan di greet oleh sekumpulan jurulatih pakai winter jacket merah, kebanyakkan nya tulis russia kat winter jacket dieorang,memang begaya, tapi jangan tertipu dengan kekacakan mereka ala-ala pelakon korea. Dieorang ni sebenarnya jurulatih, but of course not for free, time dia tarik-tarik tangan korang, die akan cakap nak tolong korang, tapi tak bitau harga. Maka kalau kita mintak dia tolong, nanti last-last dia akan mintak duit ngan kita. Kalau ada 2 orang tolong, 2-2 kena bayar harga berlainan.
2. Make sure bila korang dah dapat equipment untuk ski, korrang tak tinggal kan sepah-sepah, conoth macam pemegang die tuh, walau tengah pakai kasut ke apa, jangan terlepas pandang, sebab kekadang dieorang akan amik equipment tuh, pastu bila ilang dia akan suh lah kita bayar. Konon-konon macam kita hilangkan tapi sebenarnya dieornag yang amik.
3. Kalau tengah-tengah main ski tuh korang jatuh tegolek, kalau boleh bangun sendiri bangun lah sendiri . Kot-kot kalau abang-abng baju merah ni tolong korang dia mintak duit pulak. Ye aku pun tak pasti dieorang tolong ikhlas ke tak, tapi berhati-hati lah kan tempat orang katanya.
Ok itu je tips yang korang kene tau kat ski resort Badaling ni, kalau agak2 korang ada masa lebih boleh la pergi ke Harbin, dengar cerita sana winter time lagi seronok . Ye lah siap ada ice festival semua.
Last but not least. ewah
![]() |
| Dapat begambo dengan ski set ni pun jadilah kan hahaha |
Friday, 6 January 2012
Panda's House At Beijing Zoo
Panda's house ni kiteorang pergi masa hari ke-empat berada di Beijing. Semangat. Sebab orang kata kalau pegi china tak tengok panda rasa macam tak lengkap gitu, walaupun tengok luar cermin je kan haha.Panda's house ni dekat Beijing zoo,kira ada je binatang lain kalau nak tengok, tapi kiteorang just pergi untuk tengok panda sahaja,ye lah, sesejuk beku camtuh nak jenjalan tengok binatang, binatang pun tido kot. Pastu kat malaysia takda panda je kan kan kan haha. Dekat panda house ni ada 6 ekor panda je tak salah aku, itu pun panda yang glamour wakil negara untuk sukan olimpik tahun 2008 tuh.Kira dieorang ni dapat special treatment lah kan.
Si John ( tourist guide kiteorang ) kata kat china ada lebih kurang 1000 ekor panda je weh, punya lah sikit kalau nak dibandingkan dengan ayam ke apa. ( bandingkan ngan ayam banyak skit, sebab ayam lom nak pupus) , kalau korang nak tengok yang habitat bebetul panda ni, korang bleh lah pegi ke Chengdu. Kat sini memang lah lagi banyak panda ada. Ok nanti next time aku cite pasal chengdu tuh k.
Picture worth a thousand words, ewah. Padahal aku tatau nak tulis apa dah, plus kat panda's house ni, bebarang panda cecomel nye lahh, boleh jadi gila kejap ( tiada motif pun sebenarnye nak gila , saja dramatik sket ) . Ok mempersembahkan :
Ok itu sahajalah hari ini. Selamat mencuci mata dengan gamba panda gebu-gebu-ee-geram-nye-lah. For more info regarding the Beijing Zoo boleh pergi ke sini .
Si John ( tourist guide kiteorang ) kata kat china ada lebih kurang 1000 ekor panda je weh, punya lah sikit kalau nak dibandingkan dengan ayam ke apa. ( bandingkan ngan ayam banyak skit, sebab ayam lom nak pupus) , kalau korang nak tengok yang habitat bebetul panda ni, korang bleh lah pegi ke Chengdu. Kat sini memang lah lagi banyak panda ada. Ok nanti next time aku cite pasal chengdu tuh k.
Picture worth a thousand words, ewah. Padahal aku tatau nak tulis apa dah, plus kat panda's house ni, bebarang panda cecomel nye lahh, boleh jadi gila kejap ( tiada motif pun sebenarnye nak gila , saja dramatik sket ) . Ok mempersembahkan :
![]() |
| Ini time korang jenjalan nak masuk je zoo akan nampak. |
![]() |
| Tadaa, Panda's house ni die berasingan sikit dengan Beijing Zoo, nak masuk ada pintu lain |
![]() |
| Kawasan Panda Jeng Jeng Jeng |
![]() |
| Siapakah panda? ekeke |
![]() |
| Yang ni Kategori panda asian games. |
![]() |
| Alalalaalal menyampah tau memalu nak pandang camera ! |
![]() |
| Die ni besar weh, ye lah size beruang lah kan. Tengok die ni aku terbayang Po yang kungfu Panda tuh hahaha |
![]() |
| alala comel2 manja2 muka innocent. |
| Dia ni kelakor weh, dah makan-makan,pastu die jalan g belakang cage die, ingatkan nak apa, rerupanya cari tempat nak landing tidur,Comel gila. susah nak gambarkan ngan kata-kata ewah |
![]() |
| Semua pun berunsurkan panda lah kan. |
![]() |
| Kimi dapat ear warmer baru , comel |
![]() |
| pergh dia ni serius macam garfield , warna je hitam oren,punya lah gebu ! |
![]() |
| Hye kemkawan. |
| Ini kalau korang nak datang sini naik subway lah kan , betul-betul akan turun depan zoo. |
Ok itu sahajalah hari ini. Selamat mencuci mata dengan gamba panda gebu-gebu-ee-geram-nye-lah. For more info regarding the Beijing Zoo boleh pergi ke sini .
Labels:
Beijing,
beijing panda,
beijing zoo,
beijing zoo station,
olympics panda,
Panda,
panda house,
panda in beijing
Location:
Beijing, China
Wednesday, 4 January 2012
Summer Palace - Beijing
Summer Palace ( Yihe Yuan ): Taman diraja, nak tau lebih lanjut sila ke sini Summer Palace. Di sini, seni bina dia lebih kurang forbidden city, tapi dia ada tasik ( Kunming Lake ). Kalau time musim panas ke musim bunga ke,kita boleh tengok banyak bunga-bunga cantik, naik bot naga ,dengar pelbagai bunyi alat muzik tradisional china contohnya seperti Er-hu yang dimainkan oleh pengunjung-pengunjung setia Summer Palace ni. Tapi ni pergi musim sejuk, tak ramai orang, then tasik semua dalam proses nak membeku. Kietroang jalan pun tak lama dalam ni. Tapi boleh lah naik benda ice amende ntah die bawak pusing2 sambil lake duk atas tuh. bayar dalam 20 yuan camtuh, tapi tak berani lah iolls, kang ice tu pecah, tak ke naya . sebab time ni ice tak mengeras betul lagi, ada yang belum keras.
![]() |
| Tasik Kunming dalam proses nak membeku. |
![]() |
| Kebanyakkan bangunan kat China semua bentuk macam ni, Kalau pergi Tian An Men Square pun macam ni jugak. Warna pun merah hijau biru. |
![]() |
| Cuaca masa ni around -1 ºC ke -2 ºC memang sejuk tapi ada matahari. |
![]() |
| Ada ala-ala macam aquarium tak? tapi ni dalam tasik, atas tuh air yang dah beku. Cantik je tengok seaweed ke rumput dalam air ni goyang-goyang |
![]() |
| Singa yang popular di china, setiap tempat pun ada dia.Nak bezakan yang jantan dan betina senang je, kalau betina dia pijak anak,kalau yang jantan singa nya pijak bola. |
![]() |
| berselubung kau.pakcik belakang tuh relax je, feeling2 tourist la katakan ekekek tapi memang sejuk, kalau time angin dia datang menghembus fuhh beku muka. |
![]() |
| Lapar dik? ok singgah laa di BIANLI kedai snek anda, menda alah ni ada banyak kat sepanjang jalan beijing ni, yang aku perasan la ekeke. |
Ok ini waktu winter lepas kitaorang pergi melawat Beijing, 16-22 December 2011. Kalau agak2 nak tengok salji,datang lah around 26th ke 27th ke, tapi salji turun pun dah tak banyak sebab global warming. Sedih ye. Next entry aku post tempat lain yang menarik di Beijing lagi ok. Harga ticket nak masuk dalam Summer palace ni ialah 50 yuan kalau tak salah aku. ok later.
Labels:
Beijing,
Snow Beijing,
Summer Garden,
Summer Palace,
Winter in Beijing
Location:
Beijing, China
Subscribe to:
Posts (Atom)










































