PKK singkatan bagi Pusat Khidmat Kontraktor. PKK ni bukan kontraktor tapi merupakan satu organisasi kerajaan di bawah Kementerian Kerja Raya yang membantu selesaikan masalah untuk kontraktor bumiputera. Kira macam kalau korang nak jadi kontraktor,kene pegi sini mintak lesen apa bagai. Kalau tak salah aku kalau korang nak buat lesen kontrak kelas A,B,C kene pegi PKK Ibu Pejabat, tapi kalau lesen kelas D,E,F boleh je pegi PKK Negeri. Kalau Johor, pejabat PKK terletak kat Wisma Persekutuan, Jalan Air Molek.
Oke tu je serba sedikit tentang PKK.Sebab selalu kalau aku sebut kerja kat pusat khidmat kontraktor,mesti orang akan ingat kerja sebagai kontraktor la tuh.Tak,bukan ye kawan-kawan. Kontraktor lain.untuk info lebih lanjut boleh pegi laman web rasmi PKK .
Kenapa tiba-tiba je kan cerita pasal pkk? haha mukadimah panjang. Sebenarnye nak update pasal Family Day PKK negeri Johor untuk tahun 2010 ni. Bertempat di Air Papan,Mersing 11 family telah mengambil bahagian. ye tak ramai pun, sebab bukan kontraktor nak ramai-ramai kan . Ni la gambar-gambar kat sana, kot-kot korang suka,boleh buat family day kat air papan jugak.
Diatas adalah gambar chalet yang kiteorang duduk.Ni chalet baru,kira cawangan Sri Mersing Air Papan Resort punya gak. Cantik sebab die guna kayu pine, lain dari yang lain kan
Gambar kat atas ni pulak adalah makanan yang dihidangkan, biasalah kalau datang Mersing mesti lah ada seafood. Makanan yang ada seperti udang bakar,sotong telur masin,ikan bakar,kambing bakar pun ada. memang puas dan sedap lah makanan semua.
Gambar yang ni pulak adalah barisan staff-staff pusat khidmat kontraktor negeri Johor.Then warna tema untuk family day kali ni ialah color orange, dari ke topi hingga baju semua pun oren,meriah uolls~ ehe. Setiap keluarga yang datang akan dapat satu doorgift macam dalam gambar tu,bakul yang ada macam-macam makanan dalamnya, ada roti,kek,muffin,jajan dan lain-lain. Yang gambar encik pakai baju belang tuh pulak ialah artis jemputan yang juga menjadi pengacara majlis pada malam tu - Encik Ayai dari kumpulan Ilusi. sedap lagu dia exspecially lagu Puisi Cinta Thanks to his family too for joining our family day . Sporting!
Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Semua seronok,ada jugak yang kelakar. Yang penting semua happy dan sporting. Takde sorang pun yang kata tidak,smua pun redah je ! Best.hadiah yang ada pun semua best-best, menang dapat hadiah,kalah pun dapat.bagus kan ehe.
Perserta-peserta semua semangat-semangat belaka. eke dan yang bertudung pink tu salah seorang ajk pada hari tersebut. Ok tu je laa yang aku boleh share. semoga PKK Johor buat lagi aktiviti macam ni, mengeratkan lagi hubungan antara staff-staff dan ahli keluarga,disamping dapat release tension dengan kerja .
p/s: tak,aku bukan kerja di PKK, aku ni tukang amik gambar je.cheers
wohhhh~ family day rupanya. ingatkan jadi kontraktor huhu =P
ReplyDeleteBuildings are not cheap and not everyone can buy it. Nevertheless, credit loans was created to help people in such kind of hard situations.
ReplyDelete