Sunday 27 December 2009

• Feewit •

AKtiviti setiap tahun dijalankan. Cuti-cuti & shopping-shopping di Kuala Lumpur. ehe, kalau sesapa yang duduk kat kl,mesti takde rasa apa kot. tapi bagi mereka ( contohnya aku la ) yang duduk di Mersing kesayangan tuh mesti aa rasa teruja hahah. teruja ayat tak leh blah lah. Macam jakun gila nak datang kl hahaha.biasa aa dramatik sket cerita.Tapi selalunya time pertengahan tahun & akhir tahun kiteorang akan ke sini sebab semua pun tengah cuti, birthday ateh akhir tahun, adik-adik dah nak beli kelengkapan sekolah, dan perabih ( abiskan ) duet.Sale babyy~


Tiap kali birthday ateh pun,mesti lah time christmas. So tiap kali datang sini pun,deco christmas mesti ada, tahun lepas pun sana,konon-konon untuk sambut birthday dia skalik lah kan haha. Tapi jauh a 25 dengan 29. Tinggal saki baki decoration je. Korang tengok gamba ni dulu, aku rajin update sebab dapat wireless sesat kat atas ni. hahahahahha terima kasih.budiman sungguh u !kalau tak takde makna nye aku nak online time bercuti.




Bila time christmas, decoration kat mana-mana pun mesti cantik. Warna-warni.Smalam siap ada fake snow kat depan pavillion. Cuba lah kalau time Hari raya ke kan,ada giant Ketupat kat tengah ( ganti xmas tree ) then turun hujan satay ke apa. ke duet raya ke kan haha, pastuh ada kuali besar ke apa letak rendang,so smua orang yang dtg shopping kat sana boleh amik rendang tuh  bawak balik sorang sikit. Kuih raya ke bagik mcm santa kasik hadiah hahaha. kalau laa ada kan.. nanti aa tunggu aku dah jutawan tawan tawan aku buat shopping complex yang buat decoration utk raya macam tuh hehe. Later.

Friday 25 December 2009

• Portuguese Basic Words : Part 1 •

Nah amik ni pegi belajar. Nanti dah pandai, kita belajar part 2 plak.


Pasni sapa nak request blajar basic mandarin, bley bitau aku nak blaja apa,nanti aku ajarkan. tata



Berguna time nak adakan perbualan ringkas bila terserempak dengan orang portugal. Rasa lebih mesra la kot hahaha :lol:


• Congrats •

Congrats to my sis,Amalina for doing well in PMR's. Kan dah dapat hadiah awal :evil: nanti celebrate skali lagi dengan birthday ateh.And to Amalia,ye congrats gak for ur UPSR's result,sorry along tak bagi pape,hahaha dah jatuh mesken skang. Tunggu okeh. :lol: All the best untuk masa-masa yang akan datang,banyak lagi yang korang kene tempuh,jangan lalai & jangan cepat puas hati dengan apa yang dah dapat. Kene usaha lebih lagi oke.




p/s: credit to angah.:cool:


Tuesday 22 December 2009

• Kenapa Boneka Tak Sakit Calon BF Terbaik Untuk Mereka •

Hahaha sorry weh,tajuk tertuka aa seh. tapi still aku sapot ko kan nie. wewiit bersemangat waja hahha pape pun nah amik lukisan nie. seperti yang ko nak, 6 packs bebeh.


Btw, ni contest kawan aku buat, Mr.Daus ( nama hemsem tak? )  sempena nak beri sokongan kat dia,aku dengan rela hati men-joinkan diri.Setiap pertandingan mesti ada syarat-syarat kan,tapi syarat dak daus ni pelik sket,pape pun suka hati dia aa kan,contest die. heh


Syarat pertama:


entry mesti lah di serta kan dgn lukisan tangan perserta wanita akan bentuk badan aku hahaha  dgn hanya berpakain spedor!



Kacak ko kan aku lukis haha. Posing stok model wa cakap lu. 6 packs tuh jangan ko tak nampak plak. haha



3 benda yang aku suka pasal boneka:


1. Hardworking & Talented.


2. Funny.


3. Sempoi.



3 benda yang aku tak suka pasal boneka:


1. Suka blah tanpa kata-kata akhir.


2. Over confident kacak. hahaha


3. Aku tak suka nak nyatakan actually takde bende pun aku tak suka kat ko ah daus. haha



Terima Kasih. Sila lah sila vote haha

• Ola Portugal •

Assalamualaikum. Waalaikumsalam. Patutnya dah lama aku update pasal tajuk harini. Tapi malas nak type-type ni,huhu.So,while im kinda in the mood to write, i'll update you guys about our trip to Portugal last month (which is November 2009). Been month already haha dah basi dah cerita. :mad:



♦ My sisters,angah & ateh tak dapat ikut sebab final exam.:oops:


Sebenarnya, aku takde menaruh harapan yang tinggu pu


n nak ikut family aku pergi Europe trip kali ni,sebab runsing takut thesis tak sempat siap pada waktu yang sepatutnya. Tapi,Alhamdulillah ngam-ngam 4 hari sebelum nak pergi, semua perkara berkaitan dengan thesis aku settle. Lega-lega, berjalan sakan ehe.





4th November, dari KLIA jam 11.30pm, tapi tak terus sampai ke Lisbon,Portugal tapi kene transit dulu kat Amsterdam. Sampai-sampai kat Schipol Airport 5.19am, aa kedai apa smua belom bukak,5 hours plak tuh,nak g jenjalan kat Amsterdam pun pepagi camni takde apa,so lepak je la kat dalam airport,layan2 snap gambar,tunggu sampai kedai bukak,kira orang yang kuar masuk lalu lalang. But not bad la,dapat gak beli souvenier dari netherlands ni. Bunga tulip fresh pun ada jual,tapi tak dapat la nak beli, jauh lagi kot perjalanan. Tahan je la :cry: April & May is the perfect month kalau nak pergi tengok bunga tulip. So planning lah dari sekarang ye untuk next trip.






On 5th November, we arrived at Lisboa international airport around 2.30pm. Tapi perjalanan jauh lagi,sebab tempat tujuan kami ialah Tavira,Algarve,harapan nak ronda-ronda di Lisbon pun tak kesampaian.Tengok bandar dia dari jauh je la.Naik bas ,dalam 5 jam setengah baru sampai ke destinasi yang nak dituju. Jauh kot,penat gila weh.Turun-turun flight terus naik bas. Tapi takde la bosan sangat sebab pemandangan sepanjang perjalanan tuh agak menarik. ( Benda takde kat negara sendiri,so macam teruja ).



♦ Lisbon City ♦



Kalau kat Malaysia kita nampak banyak pokok kelapa sawit & pokok getah, kat sana banyak tanaman pokok olive. Teratur bebaris-baris .




Around 8pm, we arrived at Eurotel Tavira - Quintas Das Oliveiras ( nama jalan la nie aku rasa ) , kat sana peserta-perserta  Malaysia untuk UCI indoor cycling dah tunggu kiteorang,siap masak apa smua. So, check in bilik settle smua,pergi menjamu selera. Cuaca kat sana macam 17 degrees camtuh la, agak sejuk jugak. Lepas makan, acara seterusnya mestilah tidur ! haha esok pagi da nak bangun pergi jalan-jalan & ke Stadium.


Kenapa nak kene pergi stadium kan ? Then kenapa Tavira ? Bandar kecik je, ok bukan bandar,tapi lebih kepada pekan kecik. Sebenarnya,tujuan kietorang pergi ke Portugal ni sebab, abah & kawan dia incharge untuk pelumba-pelumba basikal dalam dewan malaysia. So dieorang dapat invitation untuk bertanding di UCI Indoor Cycling World Championship, alang-alang dah ke Portugal tuh,tambah lah beberapa hari untuk tour kan.




The next day,awal pagi dah bangun. Nak tengok kawasan sekeliling,sebab semalam sampai dah malam,so tak nampak. Lepas breakfast smua,kami bergerak ke stadium Dr Eduardo Masinho. Tapi tak masuk ah, gila weh , tiket satu orang 30euro. so kalau dah 15 orang, baik pegi makan. So peserta & pengurus je yang masuk,dieorang masuk free coz ada pas,memula memang cadang nak masuk semua,so bermula taktik2 tipu pergi sorang-sorang kat kaunter pendaftaran bawak pas peserta,tapi last-last kantoi sebab ramai sangat pesertanya.Peserta yang betul-betul amik bahagian 5 orang je. Kami-kami yang tak nak masuk stadium ni, mula la panjangkan langkah untuk explore pekan Tavira.Satu shopping complex, the grand plaza Tavira yeah ni tempat yang kiteorang asyik pergi je. sebab yang nampak ni je paling dekat dengan Stadium.


The next day at Tavira, kiteorang pergi ke town dia, kat sana ada pusat pentadbiran dia smua lah.So ramai sikit penduduk, pemandangan pun cantik nak dibandingkan dengan kawasan Stadium yang memula kiteorang pergi.Tapi pekan ni mengingatkan aku pada Melaka,mungkin sebab penjajahan orang portugis kat melaka dulu,dats why macam lebih kurang sama je kan.



♦ Homage to the citizens of Tavira who defended the city againts the french invasions.♦


Apa yang menarik ada di Tavira ni? Kalau Lisbon,mesti korang agak familliar kan. Tavira terletak di Algarve, berdekatan dengan Faro & Olhao, sesiapa yang suke Golf mungkin pernah dengar nama tempat-tempat ni, sebab kat sini banyak golf resort.Penduduk di sini terdiri daripada the Greeks, Romans and Muslim and prior to the Portugese conquest in 1249, we can see the their influence on the region's monuments,church and of course the castles. Kalau nak sentuh pasal sejarah dia,memang panjang. But since i've had only went to Tavira,and dont have the chance to explore all Algarve,so i'll tell u more about what you guys can see in Tavira, and places that u can go here.



♦ View of Tavira city ♦




♦ The Roman Bridge ( Ponte Romana ) ♦


Tavira town is crossed by the Gilao River,which had divides the town into 2 parts that communicate with each other over stone bridge.And from the bridge,one can see the church of santa mario do Castelo which lie the bones of the seven knights who died during the conquest of Tavira town from the moor on year 1242. Kira bersejarah jugak la ni,tapi kiteorang tak pergi pun church tuh,just tengok dari jauh je. Then u can go lepak at the Bandstand Garden ( Jardim do Coreto) , while enjoying the view of the Gilao river. Here u can also found a shop that sells stuff for Forca Portugal, portuguese football club kot. Baju bola banyakjual kat sini. By the way, aku kenal satu nama je, Christiano Ronaldo haha.



♦ Bandstand garden ( Jardim do Coreto ) ♦



♦ Infront of Jose Pires Padinha ( Yang jual2 jersey, football stuff ) ♦


Then,if korang sampai ke Tavira, dont forget to drop by at the salt-pans,dan tengok betapa banyak nya garam kat sana,korang pijak pun atas bukit garam. Tapi kietorang tak sempat pergi pun, nengok gambar peserta Malaysia je,coz dioerang sampai awal daripada kiteorang. Pastuh pusing bandar dia sampai habis, then cari sculpture yang shows a woman waving to her partner from across the road,unik woh. Ni aku tengok gambar je, tak pegi pun haha, tapi korang pegi la ye,jangan lupe bergambar. Singgah ke Santo Amaro Square, sebab kat sini ada Weathervane. Amik gambar kat sini pun cantik.



Sepanjang jalan ke bandar Tavira, banyak ada pokok kurma, pokok limau & pokok buah delima, tayah susah-susah nak arrange pergi fruit picking ke apa,sebab bleh je pick kat tepi-tepi jalan.





And last but not least, orang-orang Tavira ni suka hias dinding rumah mereka dengan tiles-tiles yang berwarna warni,ada sedikit unsur arab-arab dalam senibina rumah mereka ni. So nampak lain dari yang lain.Rumah pun dibina ikut bentuk muka bumi,semua sama je warna putih. Bila tengok dari jauh nampak cantik, macam rumah lego pun ada gak.ehe.



♦ Ni macam cold storage kat Malaysia ♦


Makan kat sini takde masalah,sebab kiteorang bawak bekalan dari Malaysia.so masak je pakai rice cooker kat dalam bilil hotel,tapi if tak bawak makanan pape, boleh jugak beli kat supermarket yang ada. Atau pun pegi je bandar makan kebab. Selalu breakfast,seperti biasa makan roti & butter je, or cereal, nak makan nasi lemak ke mee goreng ke memang takde lah. Tapi pepagi adik-adik aku makan maggi. Haha kat malaysia maggi pun taknak makan,kat sini siap chop-chop lagi maggi cup tuh.


Ok lah aku rasa cukup la kot,pengalaman di portugal selama 3 hari 2 malam,later aku update pasal journey to spain plak k :wink:


Obrigado : Terima kasih/ Thank You :lol:


p/s: nanti aku buat entry lain bout basic portuguese words k.



Thursday 17 December 2009

• Selamat Pengantin Baru Ain •

AssalamualaiKum,selamat pengantin baru kepada cuzzin aku Noor Ain dengan pasangan-nya Haszly,tahniah diucapkan kerana telah selamat di-ijabkabulkan pada 12 disember 2009. Tambah sorang lagi cuzzin aku yang dah berkahwin.Wewit yang single tinggal baper orang je? hahaha masa kecik-kecik comot-comot je muka,skang dah jadi isteri orang dah.Omaigad! kenot percaya lah,tapi percaya je la,orang da kawen da pun,lagik konon tak bley caya.drama betol ish!


pape pun nah layan gambar, yang mostly wasn't captured by me, segan sebab ada ramai penangkap gambar yang terer.So, aku gunakan je la gambar-gambar mereka Abg Jijie, Kak faezah, Abg Shahril dan lain-lain,aku tak ingat nama lah,sorry haha .



♥ Aku tumpang je,pinjam camera orang ♥



♥ Pengantin & flower girl ,time snap2 gambar outdoor ♥



♥ Cousin-cousin & niece-niece bersama pengantin ♥


Ok Congratulation again to ain & her husband,for more pic,sila drop by at my cousin page Azizi Liow & Cahayaeza .

Sunday 13 December 2009

• Nomination •

AssalamualaiKum. hari ni baru aku ter-ada mood nak update blog.dah lama gila tak berupdate.lebih sebulan rasanya. Last update time dah siap thesis.ehe memacam jadi sepanjang sebulan nie. tapi nanti aku akan cerita laa sikit-sikit apa jadi. Tajuk entry ni,takda maksud pape pun,nama gelang aku pakai skang nie. Sebab dah buntu fikiran tatau nak letak tajuk entry apa haha.


Tatau la apsal dah abis blajar ni aku malas gila nak update blog @ on laptop, dah duduk rumah asyik layan tv je. Ni pun aku tergerak nak update coz skang ni kat rumah cousin aku ada wi-fi,so on je laptop terus boleh online kan,tayah nak cucuk RJ45 @ broadband apa semua.


Apa aku nak buat lepas abis belajar ni? aku pun tak pasti. Sama ada nak kerja dengan orang atau teruskan tolong abah dengan bussiness. Buntu beb buntu ehe. Tapi yang penting, aku nak pergi travel. Jalan-jalan tengok tempat orang, tak kisah laa dalam atau luar negara. Masalahnya, kalau nak jalan kene la ada duit,tapi kalau tak kerja mana dak dapat duit? kan kan.buntu-buntu hahahah.




Gambar atas ni ialah creme brulee. My fav dessert for the time being hahaha. Di snap masa lunch at Thistle Regency Jb, dessert kat situ best sebab menepati citarasa aku yang suke benda-benda manis dah berkrim ehe. So kalau sesapa nak try, boleh pergi ke Thistle Regency Johor Bahru yang terletak di Jalan Sungai Chat ( Berhadapan dengan Dataran Bandaraya Johor Bahru, the old hyatt hotel ).


Till then nanti aku update lagi pasal cuti-cuti aku & ain's wedding ( my cousin ) & kehidupan di Mersing :smile:

Wednesday 4 November 2009

• Hoorey •

Alhamdulillah abis dah smua.hopefully dah takde pape rintangan dah lepas nie.Then skang nak buat apa?


haha satu pun tak pikir lagik. Yang penting kita enjoy dulu. hoYeah.



♥ lil present for my frends : nini.as.aina.farah.jiedah . terima lah lollipop badges daripada aku ♥


Kepada kengkawan aku, thanks for all the memory sepanjang 5 tahun setengah ni,setiap saat akan aku ingat sampai bebila.hope persahabatan kita tak sampai disini je,sampai lah bila-bila anak cucu cicit. Good luck dengan apa pun yang korang ceburi after this. anything sila facebook hahaha.


Gambar di bawah ialah gambar sepanjang Amalina & Amalia lepak kat Johor Bahru. Suke a tuh dah habis UPSR & PMR. semoga korang dapat result yang best-best. Jangan main-main macam along huhuu :roll:




To Angah & Ateh , good luck juga untuk final exam. Do d best. Jangan nakal-nakal time kita orang takde ye :wink:

Monday 26 October 2009

• malas •

. dah malas dah .




jam boleh beli kat hommy @ city square & tebrau city johor bahru


. masa pun dah suntuk .


. harap sempat insya Allah .

Thursday 15 October 2009

• Masa dulu-dulu semua lah comel •

Thanks to abg jijie sebab rajin scan gambar-gambar lama. Seronok nya time kecik-kecik dulu hahah.skang smua dah besar.ada yang dah jadik ayah dah. :mad:




masa kecik-kecik
Amirah.Akmal.Zila.Aimi.Azizi.Suhayl.Kauthar.Maya

Ni gamba tangga ke apa tatau la,smua muka comot-comot masa dulu haha. Yang pakai baju sama color lain-lain tuh adik bradik aku lah. Then yang paling tinggi tuh abg jijie,yang aku pelok tuh,jiela,adik abg jijie.yang 3 dari kanan eh tuh anak sedara kiteorang,yang sama umur dengan aku hahaha. Suhayl.Kauthar & Maya.


Suhayl & Maya dah kahwin, (anak sedara kawen dulu weh ! ) haha Suhayl dah dapat baby girl pun. Then Jiela dah tunang. Tunggu masa je la tuh nak kawen.yang lain tuh er..blaja lagik tak bley kawen hahaha :!:



Gambar raya tahun bila tatau @ depan rumah nenek @ paya pulai,Segamat

Ni gambar raya bersama-sama,tapi tatau lah tahun bila.Tapi kalau tak silap aku time ni aku umur 6 tahun kot. Skola tadika lagi time nie. Dalam gambar ni ada aku adik bradik,abg jijie & jiela, Suhayl,Ain,Dayat & Diyana.


Rindu zaman kecik-kecik.malam raya main bunga api .Nanti baju raya ada lubang sebab kene bunga api.Then raya dengan sedara mara yang masa tuh anak-anak dieorang semua lebih kurang sebaya je, so seronok la kan ramai kawan . Skang smua dah besar-besar,dah jadik suami orang,isteri orang,tunang orang,ayah orang.


Semoga cousin-cousin & anak-anak sedara aku happy-happy alwayz.



Sekarang birthday sambut sendiri-sendiri,dulu seronok kan? (=

p/s: Esok present Thesis.Hope smua bejalan lancar & aku boleh grad! insyallah..:eek: