Wednesday 25 May 2011

• weekend getways 21.05.2011 •









Mula-mula je dah gambar makanan hahahaha. Ini di teluk sepang, desaru kota tinggi. :) Bye. Nnati will story later bout the chalet k. Take care

Tuesday 24 May 2011

• Up Up in the air - Singapore Flyer •

Assalamualaikum. Hye *wink*. Nah weekend di Johor Bahru dihabiskan dengan pergi ke negara jiran tengah-tengah malam buta. ekek . More to come. Biasalah curi-curi update blog time kerja memang macam ni.





One of the place yang kita singgah. Singapore Flight. Tapi of course lah time ni dah tutup, eksyen-eksyen je snap gambar ekek. So sesiap yang nak try naik Singapore Flyer ni ticket boleh beli online dekat sini , harga tiket





  • orang dewasa( adult) ialah S$29.50

  • Kanak-kanak( children) S$20.65

  • senior citizen ( 60 tahun ke atas) S$23.60


Waktu operasi ialah dari jam 8.30 am hingga 10.30pm. Ha korang agak-agak aku sampai kul bape. hehe. Tetiap hari bukak, ticket booth pun bukak tetiap hari dari jam 8am hingga 10pm. Dinasihatkan supaya datang awal 30 minit sebelum waktu berlepas. Cewah. Macam nak naik flight ke apa ekkekeke. Ok sambung kemudian . Till Then :)


thanks to Azza and her husband Firdaus, sebab bawak pusing satu singapore in one night ekeke.

Thursday 19 May 2011

• You had done what you could •

Assalamualaikum. Hello semua. Yeah dah sebulan laa genap aku kerja kat tempat baru ni. So far semua ok, officemate , bos semua ngam ho. ( baik lah kira ) .


Tapi aku lemah satu je, bila kene deal or call-call orang printing, sebab nak proceed artwork tuh kan. Dieorang ni ( takde laa ramai ada 2 orang je , tapi kerenah alahai, suka provoke siot ) bila nak print sesuatu barang ni contoh macam bunting lah, dieorang akan call cakap nak print, tapi kita kat sini mesti lah cakap suh tunjuk contoh dulu, sebab takut lah warna tak sama ke apa kan. Nanti dieorang ni mesti cakap : " ok nanti kalau dah print, kalau ada salah pape, korang tanggung sendiri, kita dekat company printing taknak tanggung ." hoi tekanan kau tahu tak. Buat aku cuak je, malam tido tak lena, sebab takut bunting dieorang print tuh senget ke apa.


Dah laa eksyen, pastu siap mintak vector-vector aku plak tuh, suh email bagai. hekleh, kata terer, buat lah sendiri kan. Cakap mesti nak marah-marah, da memang kerja kau kot kedai printing check dulu artwork letak crop mark apa semua. Tu laa malas nak check. Nanti end product keluar tak cantik, customer taknak tau plak nak merungut.



pergh aku nak cerita apa pun aku dah tatau lah. ok bye. ni inspirational words yang sesuai dengan kejadian semalam, tapi hari ni aku dah ok. tata take care.


Tuesday 17 May 2011

• We Heart It •

Assalamualaikum. So I'm in love with this site. aku takde tumblr, die mcm tumblr kot. I'm not sure. Nama site ni weheartit.com. Sebab kat dalam ni ada banyak gambar-gambar, inspirational words yang best-best. Kan macam tumblr kannn kann. ekkeke


Tapi gambar kat bawah ni adik aku mms kat aku, gambar di snap area Langkawi kot, coz die pegi bercuti kat sana. Cantik.  By the way korang pernah tengok pelangi bentuk selain pelangi? contoh macam pelangi bergerak macam naga?



Ok tata take care. Aku kene kerja on Wesak Day. Hoi ntah pape! kekeke dah la, tak sabar nak pergi desaru.bye.

Saturday 14 May 2011

• It's Her Birthday •

Assalamualaikum semua. Hello :) tajuk sangat penting ye haha. macam birthday aku laa konon, tapi bukan lah,11 may birthday adik aku yang ke 23 tahun. tapi aku takde bagi die pape pun. doa yang ikhlas je mampu aku berikan. cewah kompiden hahaa. tapi adik aku ni gigih pos macaroons ke macarons on her birthday kat aku. fuhyooo teharu. eeccece.



♥ Akmal Laili ♥


Tapi malangnya, beberapa keping je selamat sampai dengan canik, yang lain hancur. Jauh kot pos laju tuh , dari kl ke jb.



♥ Macaroons yang selamat pecah ekek makan lahh


Takpe lah pecah pun, tetap selamat masuk dalam perut aku, ada flavor durian, terbaik lah, terima kasih  angah :lol:. Ok lah aku tatau  nak tulis apa dah ni, biasalah pepagi camni, otak mcm jem sket , sejuk, tambah-tambah kat jb ni berejerebu. hoi kabus gila, macam kat oversea, tapi tak sejuk la, panas. haha


ok mari kita sebarkan kasih sayang yang lebih pada hari ini. Pergh takde kene mengene langsung, tak paham lah amy. ok lah bye.



♥ Ecece love2 gitu, cococino at monsta cafe fewwit ♥



♥ Apple crumble pie with vanilla ice cream at El-migos Tebrau City. Homaii ♥



♥ Kerja seminggu kat sini, design aku dah naik, fewwitt hahaha  ♥



Selamat ber hari minggu. ye hari sabtu aku kerja. tata take care.



Ouhh btw baru aku teringat, semalam aku pergi laa makan seafood fried rice yang "Glamor" sangat tuh kat stulang, memula memang laa excited, tapi malangnya, customer service zero! Tak friendly langsung, dari awal sampai akhir aku duk kat kedai tuh, suara menengking je. Dah laa aku ni 1st time g makan situ, mana laa nak tau menu apa ada, siap  kene marah mintak nasi goreng biasa. Cis Cis spoil mood terus! Apa laaa orang suka sangat pegi kedai macam tuh. Kalau pegi kedai yang pwner die senyum meleret, tak suka pulak kutuk-kutuk, tapi kalau kedai yang owner dia tengking-tengking marah-marah customer, suka pulak pergi. Tak faham tak faham. 0% for service. Seafood fried rice tempat lain lagi sedap lah.

Monday 9 May 2011

•beratur panjang gila nak beli frappucino •

Assalamualaikum. Pergh gile rajin amy update hahaha. takde la aku sebenarnye kesejukan ni (motif ?) aku tau takde kene mnegene, tapi sebab sejuk aku tak boleh fokus buat keje, haa nampak tak die punye kaitan kat sini. haha.

Ni skang tajuk aku nak citer pasal smalam kan aku pegi lah tebrau city,konon-konon nak redeemed air free kat starbucks. ( aku minum benda free je ekek ) semangat gila laa ni lepas kerja, drive terus pegi tebrau city. Takde la jauh mana, kalau tak banyak kereta ada lah dalam 8 minit camtu. Sesampai je kat Tebrau City , excited jalan ke arah starbucks tu, skali ...

" eh eh apsal macam ramai gila orang beratur? " - ini aku bermonolog dalam hati. " starbucks Tebrau City mana penah ramai orang sampai beratur-beratur ni, dapat teddy bear free ke apa !? "



Sebab macam tak puas hati, aku pun pegi je laa depan starbuks tuh, skali tengok green board die tulis " Happy Hour 5pm-7pm Every weekdays,50% to all Frappucino drinks. Hurry today is last day! " no wonder laa kan ramai orang. Pergh korang ingat aku beratur ke? takde weh , malas kot nak tunggu lelama, sampai turn aku confirm dah jam 7.01 pm, hahah. Nampak sangat kann kat sini aku dah lama tak pegi membeli minuman kat sini ekke. padahal benda alah happy hour ni dah start masa 26th April camtuh lah. Smalam last day dia. Sebab kecewa tengok orang  ramai beratur sampai ke depan pintu kedai Guess,maka aku pun terus lah melangkah ke El-migos nak pegi mengubat hati yang lara. ecewah. lara laa sangat ekeke.

ok bye.

p/s: patutnye entry ni aku post hari sabtu.Telupa plak tersimpan dalam draft ekeke.

Friday 6 May 2011

• Donate a smile today, and live longer •

Assalamualaikum. tajuk dalam bahasa inggeris, cam terel je ekkeke. tapi blog post aku tulis dalam bahasa melayu. Tahniah amy. Tapi apa yang aku cuba sampaikan di pagi jumaat yang indah ini ialah, senyum selalu, kalau korang ada masalah pun senyum je. Ok, marah kejap pastu senyum lah balik. Senyum kan sedekah.


Lagipun kalau kita senyum, automatik mood kita akan berubah jadi positive balik. Tapi sebenarnye tak semua senyum tuh bermaksud gembira, tapi ada macam-macam kisah disebalik senyuman tuh.


Senyum pun boleh buat korang nampak muda tau. Kira macam contohnya aku laa kannn semua orang cakap aku macam bebudak skolah lagi, padahallll dah 25 tahun kot. hahah weh serious lahh tak pecaya plak. ekleh. takpe laa tak caye nak wat camne kan. ekeke haa aku tengah senyum ni tulis ni, kira macam sedekah aa kat korang dan juga ini aku kasi skali kat korang. Enjoy tengok gambar tahan lapar :grin:



♥ Cheesy Chiken Grilled or Chicken Chop I forgot hahah at El Migos Tebrau City RM11.90 ♥



♥ Banana Crepe with Ice Cream at El Migos Tebrau City RM10.90 ♥


Haaa lapar tak? ok aku lapar. Tata Take care .

Wednesday 4 May 2011

• Untuk kaki-kaki Fashion . the world is your runaway •

Assalamualaikum. Sehat semua? harap sehat-sehat lah macam aku. Sebenarnye aku memula tadi nak tulis pasal faucets yang mahal nak mati RM 16,000, faucets tuh water tap atau pili air. ko bayangkan pili air harga RM16,000 ke RM18,000 memang pegang takde kesan jari langsung la aku rasa. haha.


Tapi tetiba tadi , aku terbukak laa email aku. Pastu ada laa email-email notification facebook yang tu biasalah kan. korang pun mesti dapat gak. bajet macam bz laa banyak email, padahal semua pun email sampah. pastu dalam selang-selang notification tuh semua ada la terselit email daripada one utama & la senza. Dieorang ni memang time aku dah pindah kat Johor Bahru laa baru nak email aku bagai semua. Time aku kat Kuala Lumpur dulu, takde pun. Saje nak suruh aku makan dalam agaknye.


Ok skang baru masuk kepada tajuk utama. kepada kaki-kaki fashion kira macam peminat la jugak, pegilah membeli belah atau jenjalan kat One Utama sebab skang ni dieorang macam ada buat Fashion week ke apa ntah. Aku sebenarnye malas jugak nak amik port2 pasal mende ni, biasalah sebab dah jauh. maka aku share je la ngan korang yang kebetulan baca blog aku ni kan.kot-kot tengah boring bleh aa pegi cecuci mata kat sana.



Siap jadual ONE UTAMA bagi. For further details boleh laa ke laman web One Utama ni. Korang pun ada dapat jugak kot newsletter ni. Sama je. Dan lagi satu kepada peminat La senza yang sebenarnye memang dah tutup kat JB ni. Ntah pape ntahhh. boleh laa ke La Senza Pavillion 7 may ni sebab ada amende ntah, 100 guest terawal dapat goodie bag. Ha pegilah apa lagi. Aku ni jauh, mana bleh pegi. ( pergh bajet macam kat oversea ke apa, padahal 3 jam je pejalanan hahahah )



Bring your BFF, pergh sapa laaa BFF yang nak bawak aku ni. ouhh em geee ! Heharap aku menang laaaaa body kiss contest kat facebook arituh.. fuhhhhh ! ok bai. aku ni banyak keje ekceli. tapi biasalah malas.


Assalamualaikum.


p/s: sapa nak one card aku . hahah ad alaa sploh ringgit je. lepas laa nak parking kan kan .