Tuesday 25 January 2011

• gigi manis ? •

Assalamualaikum hahah ok semangat nak update ke apa? tatau lah. Tapi tadi rakan sekerja aku, cakap orang yang hari-hari pegi beli makanan manis ialah seorang yang mempunyai "sweet tooth", dan kemudian dia tanya aku macam mana nak translate dalam bahasa melayu. Dengan confidentnya aku jawab ok Gigi manis ! Direct translation terus. Kalau mulut manis pandai berkata-katakan? herm mungkin juga sweet tooth bagi aku bermaksud kuat makan benda manis :cry: sekian. Terima kasih.



♥ Cheese tart - RM 1.20 ♥


♥ Chocolate Walnut Mini Muffin - RM 1.60 - saiz die kecik je, jangan terpedaya ♥


Semua anda boleh dapatkan di PastryCocoa Bandar Puteri Puchong, tata

• Jom tengok Rocky Balboa •

Assalamualaikum. Aku suka tengok cerita yang based on true story, movie yang ada cerita tentang kehidupan, jatuh bangun semula, cerita yang mampu buat kita bersemangat nak teruskan hari-hari kita. Cerita yang mengisahkan how a person sacrifice themselves for other people. Satu daripada banyak-banyak movie yang aku suka tengok adalah Rocky Balboa. Kenapa? sebab aku suka semangat dia.









"Let me tell you something you already know. The world ain't all sunshine and rainbows. It is a very mean and nasty place and it will beat you to your knees and keep you there permanently if you let it.....


You, me or nobody is gonna hit as hard as life. But it ain't how hard you hit. It's about how hard you can get hit and keep moving forward. How much you can take and keep moving forward. That's how winning is done....


Now, if you know what you're worth, then go out and get what you're worth. But you gotta be willing to take the hits and not pointing fingers saying you ain't where you are because of him or her or anybody. Cowards do that and that ain't you. You're better than that!....



I'm always gonna love you no matter what. No matter what happens, you're my son and you're my blood. You're the best thing in my life. But until you start believing in yourself, ya ain't gonna have a life. Don't forget to visit your mother."




Rocky Balboa's speech ni aku ambil kat sini : saifulzamandzulkifly .




Monday 17 January 2011

• Blender bukan setakat pengisar sahaja •

Assalamualaikum semua, harap sihat lah selalu.

Orang selalu tanye,apa software aku guna untuk nak model 1 model 3d. memandangkan company aku ni baru, so boss taknak lah invest utk 3d software yang mahal kene bayar puluh-puluh ribu.Makanya, aku guna blender 3d. Blender 3d ni free source.so tayah bayar.tapi kene banyak keje sket lah kalau nak dibandingkan guna 3d max or maya.


•Ini logo Blender 3D•



Blender memang lah maksud dia pengisar, yang kita selalu guna untuk nak kisar bawang ke pape rencah nak masak kan. Ice blended pun guna blender gak.Tapi ni blender nama software nak buat 3d model.Memula nak blajar guna blender ni, alahai susah nye, tapi dah lelama, kacang je. hahah #belagak? takde la once korang dah arif dengan shortcut keys memang lah laju nak modelling. Ini bukan model yang buat catwalk macam Hanis Zalikha ke Amber chia ke. No no no * buat gaya jari sket* pergh bapak gedik. hahah. ini model 3d. mcm contoh gambar bawah ni.


• 3d model - Peti harta karun 



Dedulu masa belajar, aku memang takde belajar 3d modelling, ada laa tapi basic gila, time buat game FPS dulu pun model semua cari kat internet. Takde satu pun yang kiteorang kene model sendiri. Mengikut fahaman aku sendiri lah, *kalau salah boleh betulkan* 3d model ni terbahagi dua iaitu low-poly & high-poly. Beza antara dua ni ialah satu tu kurang detail jumlah polygon yang digunakan, yang lagi satu tuh memang kene detail gila polygon dia ( banyak) .

• Contoh High Poly Modelling - sini


Contoh Low Poly Modelling - sini


Ok tuh je laa yang aku nak share, nanti bebila senang aku share shortcut keys plak. Aku rasa bagus lah blender 3d ni, die macam pengenalan kepada dunia 3d modelling sebelum korangg melangkah guna 3d max or maya, kita kene mula dari susah dulu kan?


Tapi sejak beberapa minggu aku belajar 3d modelling ni, aku rasa yang penting tetap dengan texturing sesuatu objek tuh, tak kisah model kau bentuk tak berapa smooth as long as masa texturing uv mapping tuh kene cun. nanti lah aku terangkan lagi.


Kalau nak download blender 3D ni boleh ke sini : http://www.blender.org


Ini salah satu contoh 3d modelling menggunakan Blender 3D, nice kan? aku amik kat sini kalau nak dapat lebih banyak idea, boleh lah pergi kat site yang aku bagi tu :)


Insyallah kalau kita usaha, kita pun boleh buat macam tuh kan.

Thursday 13 January 2011

• Selamatkan bumi sekarang dekat office anda ! •

Assalamualaikum & salam sejahtera semua. ok tak bleh blah tajuk nak panjang kan. Sebenarnya cerita nya begini, aku kene buat flash pasal save the earth untuk annual dinner company kiteorang  February nanti. Memula semua department @ sub company kena buat macam nyanyian , drama or fashion shows, tapi bagi kiteorang orang computer ni memang laa kayu semua, takde makna nye lah nak nyanyi ke apa, pastuh terlebih talented kalau nak berlakon hahaha. * poyo yer *, so kita buat keputusan buat lah something yang related to what we are doing.


Maka tajuk pun dah bagi sesiap, aku & rakan kerja aku just kene fikirkan jalan cerita yang terbaik untuk flash kiteorang nanti, memula nak buat 3d tapi , oi macam susah pulak, dengan 3d game kiteorang lagi, banyak betul benda semua nak 3d, so nak senang buat je laa 2d flash. Tapi sebanrnye entry post ni bukan nak cerita apa kitaorang nak buat. hahah sorry ter melencong plak. eksaited ke apa ni? :mad:


Ok ni cerita sebenarnya , cecara nak selamatkan bumi . Walaupun korang dekat office, ye skang cite dekat office bukan dekat class, sebab aku dah abis belajar, korang boleh juga bantu untuk menyelamatkan bumi kita dengan :





  1. Kitar semula kertas-kertas terpakai.Cth kalau salah print ke photostat ke, jgn buang kertas-kertas tuh boleh guna balik kalau nak catat nota ke apa.

  2. Gunakan email daripada guna kertas. * ok apa kau pikir nak snailmail lagi? kecuali memang perlu lah*

  3. Backup data korang virtually, tayah guna kertas-kertas dah binding simpan dalam laci. Pakai hard disk ke or cloud computing.

  4. Kalau da abis keje, jgn lupa tutup lampu & semua peralatan yang da tak digunakan. Jangan pergi tutup server plak.

  5. Go green with ypur office computer. Bukan suh cat jadi hijau , tapi kasik laa komputer tuh rehat dengan hibernate kan mereka.ini boleh kurangkan tenaga.

  6. Gunakan semua kemudahan teknologi yang ada, Cth nya: time nak bagi pembentangan *presentation* takyah la macam dulu kita bagi sorang satu kertas module powerpoint tuh kan, tapi emailkan je dekat mereka2 yang confirm nak datang meeting. So senang boleh je on ipad tengok.

  7. Lasttly pakai lah baju hijau selalu. * ok ni tipu je *



Sebenarnya banyak lagi cara korang boleh buat untuk selamatkan bumi kita.Nak dengan taknak je. Semoga kite dapat menuju ke arah office yang hijau! er =____+ hahahaha

Selamatkan bumi, selamatkan pokok, selamatkan kertas, dan selamatkan diri kita sendiri oke. :wink:

aku banyak tengok info-info ni dekat sini 101 things designers can do to save the earth and green paperless.


p/s: Gambar aku amik kat sini dan sini

Friday 7 January 2011

• This is not a food blog •

Assalamualaikum. Wazzzup peopleeeee * ceh bajet macam cool gila ah cakap mcm tuh haha- ok memang cool =___= *


Ape bende tajuk bukan food blog? ye lahhhh blog aku ni kekadang aku malas tulis so aku letak je gambar-gambar makanan yang biasa-biasa je, so jangan salah anggap ini hanya blog ntah pape, aku suka letak gambar makanan bukan apa, bukan sebab aku nak suruh korang lapar jugak sambil imagine makan-makan,tapi sebab utama nya ialah aku selalu lapar kalau kat office, maka di office, aku takde simpan stok makanan, jadi bila lapar, aku akan bukak blog aku dan menghayati gambar-gambar makanan yang aku letak, SEDIH kan! hahah tapi apa nak buat... begini lah nasib , exspecially kalau time-time akhir bulan, memang berkicap sket lah. Tapi definisi berkicap disini bukan " bila dah takde duit baru makan nasi dengan kicap je " tapi aku memang berkicap hari-hari sebab kicap merupakan bahan utama kat nasi aku. Sekian sahaja explanation tentang tajuk penulisan saya pada hari ini. Jemput lah tengok gambar-gambar yang i snap guna tepon murah ini dan diedit guna application yang free je :eek: * baru aku pasan laa aku da lama tak snap gambar pakai camera.ishhhh *


Amaran: Sila jangan menangis sambil mengenang nasib. Bersyukur dengan apa yang ada. Alhamdulillah. (jadah amaran pebende? )



♥ Love Note ♥


♥ Buku Change of heart tuh hard cover tapi murah gila rm 16.90 je kat popular, sale chinese new year kot ♥


ok tu je gambar untuk hari ni, hahahah kene tipu mana ada gambar makanan. tayah sedih-sedih la. ishhhh sebut-sebut lapar perut aku yang bunyi2 lagu canon rock. ceh lagu takleh blah nak canon rock. hek eleh. ok laaaaaaa poyo tajuk cakap bukan food blog, tapi nak letak gambar food jugak. Camni cite nye, tadi aku telupa nak cerita masa pemulaan ayat,semalam aku pegi try kedai baru dekat IOI Mall Puchong, nama kedai Little Pantry , design ala-ala macam fullhouse yang kat sunway tuh kan, tapi kedai ni die collaborate dengan kedai Miss Whatever, yang kedai baju kekanak tuh. Ok so itu sahaja cerita nya. SIla lah tengok gambar, kot-kot nak try makan sana ke kan, dia western food lah, depan wendy's & fitness first.



♥ Aku pegi Little Pantry ni dengan kawan aku ni yang jauh dari cheras je. Cik izatul Azrin


♥ Ni je laaa menu yang selalu nak dioderkannn pasta je manjang ♥


♥ sedap tak sedap takkkk? hehehe ♥


♥ Ini pumpkin tartlet best wohh rm2.50 ♥


Ok itu sahaja untuk tatapan korang semua. Aku nak balik dah. Assalamualaikum Take care all. kem salam kawan-kawan.

Monday 3 January 2011

• Hari ketiga 2011 , apa yang boleh disimpulkan disini? •

Assalamualaikum. Jawapan bagi soalan di atas, sempena hari ketiga dalam bulan pertama tahun 2011, yang tersimpul di dalam hati aku sekarang, ialah aku sangat lapar. Pagi hari ketiga bulan baru aku dah start lapar, lapar gila! aku boleh jadi gila sekarang ! Help.


Kemudian orang lain cerita pasal azam, aku pun nak cerita gak ah, azam tahun 2011 aku yang dah aku tetapkan masa awal muharam aritu, aku nak beli katil. harap hari ni dapat laksanakan azam tu. Insyallah kalau gaji aku masuk hari ni, apa kes tatau la lambat plak bulan ni gaji masuk. Tu sebab aku lapar ! Ok la bye. Kepala aku pening, hati sebak tengok gambar-gambar kat bawah ni.



♥ Butter chicken rice at Nyonya Kopitiam.♥