Tuesday 27 November 2012

roost salad bar

harini nak share satu tempat untuk relax dekat jb ni, tempat ni nak kata baru takde lah baru, dah lama juga ada. kalau korang penah dengar roost juice cafe, ini adalah cawangan die lagi satu, roost reproduce & recycle, salad bar.


ini adalah beberapa keping gambar interior yang terdapat kat dalam roost salad bar ni. semua kat sini diperbuat daripada barangan recycle, contoh mcm kerusi ada yang diperbuat daripada toilet paper roll, ada daripada newspaper, kalau tak caya boleh pegi tengok dekat sana heheh.then die ada satu rak buku yang sangat unik, bila tengok memang macam nak roboh rak buku tu, tapi tidak, memang pattern die macam tu. Sambil2 duduk minum makan froyo, boleh juga baca magazine ke apa semua. Dah baca letak balik dekat rak ok.


Atas ni korang boleh tengok rak tu kat belakang adik aku tu, pastu gambar last adik aku duduk atas troley untuk kanak-kanak yang macam kat ikea tu, cuma die macam dah transform jadi kerusi.makanan kat sini tak variety,kalau korang betul-betul lapar jangan datang kat sini, kecuali korang diet ataupun korang nak minum-minum. korang boleh order salad, drinks & froyo je ( frozen yogurt) kalau nak relax santai2 bebual dengan kawan2 ok lah, nak dating pun sesuai ok kat sini sebab senyap je, lagu pun oldies ekke. Ada 2 section kat sini, tempat duduk semua kat bahagian atas, ada outdoor ( boleh smoke semua) & indoor (air-cond).

cafe ni terletak di jalan dhoby ( dekat pasar karat yang famous amos kat jb tu)

ok bye

Posted using BlogPress from my iPhone

Friday 16 November 2012

legoland malaysia




semua pun becerita pasal legoland, benda baru kan, kitaorang pun tak lepaskan peluang nak pegi sana hehe. alhamdulillah abah bagi annual pass legoland, kalau nak tunggu beli sendiri mungkin tak lah heheeh sini aku listkan beberapa point tentang legoland ni pada padangan aku ok :

1. legoland ni aku rasa sesuai untuk kanak2 umur 5-15 tahun kot, sebab permainan dia banyak yang macam educational sikit.

2. masuk untuk 1st time ok lah nak tengok apa ada dalam tu, nak ambil2 gambar. tapi takde tarikan lain untuk nak pegi sana kali kedua.
3. sehari boleh habis untuk nak explore satu legoland tu, snap pictures with all the models & main game yang ada. so annual pass mungkin tak perlu. tapi kalau dapat harga annual pass murah apa salahnya.

4. kat dalam legoland, barang2 souvenier dia semua comel-comel, tapi harga die macam mahal.maybe sebenarnye sama je harga dengan theme park lain, contoh mcm uss, tapi tak terasa mahal sebab guna sing dollar kan. nampak tshirt just $24.90 wah murah, kat legoland nampak polo tee plain rm79.90 < mahal 😱 padahal harga lebih kurang je ye tak heheh, ini atas masing2 lah nak beli ke tak kan.

5. kalau nak pegi legoland, adalah lebih seronok pergi beramai-ramai, bawak mak ayah adik abang akak sedara mara smua ipar duai, the more the merrier, kalau pegi bedua je mmg tak rasa meriah sangat (dating sesuai pegi snap2 gambar je lah)

6. customer service dekat legoland ok baik2 murah dengan senyuman, cuma time kiteorang pegi tu, yang jaga entrance scan ticket tu macam nak tak nak je kerja, pada aku kalau takut takde mood sebab penat, jangan kerja bahagian tu, boleh pegi kerja bahagian lain kan?

7. ok pergi sana pun ada photographer yang akan snap gambar korang dengan lego punya character kan, ataupun gambar masa naik ride, sekeping gambar rm30, jangan risau, softcopy korang boleh dapatkan online, masukkan nombor gambar korang dekat website ini : www.pictureair.com

ok tu je yang terlintas dalam kepala sekarang, next week nak pegi lagi sebab haritu pegi untuk amik gambar sahaja ekek. dah alang2 ada annual pass kan, pegi setiap minggu, sekali masuk sejam sahaja 😋nah gambar kat taj mahal ewah


- Posted using BlogPress from my iPhone

Saturday 10 November 2012

macam ni lah

dah lama tak update. ni lah dia ayat pertama setiap kali nak update blog kah kah kah.

saja nak bagitahu, sejak dah begelat isteri orang ni, aku daripada zero taktau masak apa-apa tetiba dah pandai lah masak beberapa jenis lauk , meh aku listkan konon2 terer :



1. kari ayam ( senang je rupanye, kalau tau time belajar dulu mmg aku masak je kat rumah)
2. masak kurma'
3. asam pedas
4. masak kicap
5. sweet sour
6. sup ( ofcoz laa ni paling senang)

hahah ok tu je, nnt aku nak belajar masak ikan stim, pavlova dengan rainbow cake. tapi yang manis2 untuk aku, ikan stim je untuk si jantung hati kekekek.

btw masak tu senang je ! aku je tak confident takut tak sedap, tapi husband kita kata sedap, nak amik hati laaa tu *blushing* hahaha


teringin nak makan ice cream ni lagi, kat jb takde, nak ke kl jauh, nak g beli kat singapore, macam semata-mata samgat hahahaha

nak nengok gambar-gambar boleh lah pegi instagram iolls : @aimilaili 😍


- Posted using BlogPress from my iPhone