Thursday 31 May 2012

Memori with sara

Assalamualaikum semua. Tajuk macam konon-konon nak meyusuri kenangan lama laa kan. Tapi sebenarnye tak pun. Cuma aku jumpa balik dengan room mate , partner in crime , dan semuanya lah sepanjang aku di PLKN 1st batch pada tahun 2003.



Cantik kan sara ni, masa memula aku jumpa dia dekat PLKN Teluk Sari Mersing dulu pun dia orang yang pertama tegur aku, sangat lah peramah, pastu berani,active, semua  lah, kebetulan kiteorang satu kumpulan pulak. Memang tak berenggang lah lepas tuh. Dengan sara ni lah memacam aku buat kat PLKN tuh haha. Antara yang aku ingat lah, time instructor tengah bagi ceramah macam mana nak guna compass, kiteorang tidur atas pokok. Almaklumla, time tuh tepi pantai, pokok besar-besar kat sana, memang syok lah tido ditemani angin sepoi-sepoi bahasa. Then setiap hari mesti lah ada aktiviti kan dari pagi sampai ke malam. Tapi kietorang time tengah hari je hilang, duk lepak dalam khemah tido hahaha. Tido je keje kan.

Ada lagi satu spot tido yang best kat sana, time ni kiteorang pegi main kayak kat area2 teluk kat tanjung resang, memang cantik lah pemandangan kat sana, tapi kitaorang time tuh mana lah nak ada bawak camera bagai. Aa bebalik ke spot tido yang best,time orang tengah angkut2 kayak tuh kan, ada lah beberapa kayak yang tak leh guna kat tepi pantai tu, kiteorang pun cari lak spot yang cun dengan beralaskan rumput hijau dan kayak tu sebagai bantal, memang lena lah tido ahaha. Bas nak gerak balik kem baru tersedar. Nasib baik lah tak kena tinggal.Banyak lagi cerita, tapi nanti lah aku rajin aku story mory.

Aku panggil sara ni kakak, dia panggil aku adik, aku pun tatau lah apsal walhal dia lagi muda daripada aku hahahaha, muda bulan je . Anyway sekarang dah tahun 2012, aku kenal dari tahun 2003, lama kannn, memang lepas plkn jarang berjumpa, die tak berubah, macam dulu jugak. Bersemangat dalam apa jua kerja yang dia buat :)

Semoga kau fly g jejauh ko ingat lah beli sebinier untuk aku . ok tuh je bye.haha

Thursday 24 May 2012

Time To Bla Bla Bla

Assalamualaikum.

Hye aku malas nak kerja sekarang. herm tatau lah apsal down sangat sejak dua tiga menjak ni. Tapi kalau tak kerja mana nak dapat duit kan.ish ish ish dah la nak kawin ni, untuk sebelum kawin aku tak risau sangat, tapi kehidupan selepas kawin tuh, mesti nak guna banyak $$$ (terus jadi mata duitan) hahaah . Tetiba memacam masalah pulak datang, tension kepala iolls. tapi nak buat macam mana, just go with the flow.Heharap semua masalah ini dapat diselesaikan secepat mungkin, dan aku takyah nak pening-pening kepala lagi.Aku juga yang datangkan masalah ni, padan muka awak amy.Harap ada orang betepuk tangan di belakang sana.

Kekadang aku fikir, bagus juga kalau jadi orang yang heartless, tak payah pening-pening kepala fikir masalah. Relax je. Tapi tak beperasaan ni macam robot je kan? Anyway, boss aku selalu kata aku takda kerja, padahal die tak ingat kerja yang die bagi betimbun-timbun itu. Nampak sangat aku buat kerja die selalu tak nampak. Patut lah semalam tetiba datang tempat aku bagi kerja baru buat catalogue, padahal kerja kat tangan  aku ada lah dalam 6-7 kerja yang semua dalam proses nak siap. Yes kene multitasking, sebab nanti tak sempat. Tapi itu pun kekadang orang tak faham.

Dah malas nak fikir panjang-panjang, kekadang rasa macam nak lari dari realiti kejap kekeek tapi tak kesampaian,so lari ke singapura je lah selalu. Terima lah gambar makanan ni yang aku sebenarnye nak hantar dekat #instacharity tapi tak menepati syarat pulak. Dia nak satu A4 ada 4 keping gambo je, aku ni letak sampai 40 keping satu A4 hahaha memang terus disqualified lah kan.  Semua gambar ni aku amik guna iPhone je, tapi amacam cun tak? hahah

Aku ni suka makan tapi aku tak reti masak.Harap bakal suami terima seadanya.

Wednesday 23 May 2012

Projek #instacharity oleh AidaSue

For more info korang boleh pegi ke wanista.com dan hantar kan karya creative korang kat sana ok :) murah je , cuma RM 5 satu slot size A4 , disamping dapat buat charity, dapat juga kita tunjuk bakat amik gamba kita kan. Tapi kalau tatau amik gambar pun takpe, asalkan ada gamba haha.



Ok kat atas ni ada cara-cara macam mana korang nak turut serta, Ini semua aku amik kat wanista.com. :)  Aku pun dah hantar jugak,tadaaa macam kat bawah ni, tapi aku ada hantar 2 set :) jangan lelambat okeh. Tarikh tutup penyertaan 31/5/2012.


Friday 18 May 2012

Singapore 2012: Part 2 ( Underwater world & siloso beach )

Assalamualaikum. Hye amacam rajin tak aku update hahaha. Ok harini aku nak cerita pasal 2nd day percutian di sentosa island, time ni dah tatau nak pegi, so aku & as pun becadang nak pusing-pusing kat siloso beach. Memula fikir nak naik cable car, tapi time tu hujan, so kiteorang pun terus pegi beli ticket untuk ke Underwater World Singapore, yang teletak dekat siloso beach, sentosa. memula tu aku macam ok lah nak pegi sana tgk ikan macam kat Aquaria kan, sekali dapat tau boleh tengok pink dolphin terus rasa excited nye lah hahaa.
Kiteorang beli ticket kat imbiah station,sini kalau korang nak naik lookout point
pun boleh, naik atas kepala merlion tuh
Ok dekat signage tu boleh tengok nak pegi beach mana satu bila dah sampai beach station :)
dan gambar bawah tuh gambar cable car above our hotel room 
Ini peta untuk ke siloso beach,Korang boleh pilih nak naik
red line / blue line bus or tramp, dont worry semua ada papan tanda.
taken from here 

Nak pegi ke underwaterworld ni senang je, korang dah sampai sentosa nanti kan, pergi naik mrt ke station terakhir sekali iaitu beach station, kat sana nanti ada counter untuk korang beli  ticket ke Underwater world , or other sentosa island attraction macam cable car etc2. Dah sampai kat beach station, korang tunggu tramp atau pun boleh naik bus utk ke checkpoint underwater world. Kalau tatau korang tanye je pekerja-pekerja kat sana, confirm dieorang akan tolong. 

Excited nak pegi tengok pink dolphin uolls.
some of the creature dkeat underwater world singapore. Yang seahorse tu paling
pelik lah aku tengok.serious macam seaweed eh.ke apa ntah
Ticket untuk masuk ke Underwater World ni S$ 25.90 untuk org dewasa & S$17.60 untuk kanak-kanak, kalau anak korang 3 tahun ke bawah free je. Tapi , pada pendapat aku, ikan dekat aquaria klcc lagi best, kat sini pun best jugak, sebab ada dolphin show kan. Time kiteorang pegi tu memang penuh tempat duduk nak tgk dolphin show, ada yang datang dari China, India, Australia. Ada banyak gorup budak sekolah rombongan,ada satu group ni comel je bebudak sekolah tadika rombongan datang ke singapore daripada Tian Jin, China. Untung kan kecik-kecik dah dapat pegi rombongan jauh-jauh hehe.

Itu dia pink dolphin kita. Comel kannnn 

Persembahan bemula, aku & ask paling excited wakakakaa. Aku tak penah tengok dophin color pink maka haruslah excited kan. Kat sini korang boleh bayar juga kalau nak amik gamabr dekat2 & pegang dolphin tuh,  then bukan je ada dolphin ada juga singa laut buat pesembahan. tapi kecik je lah comel2 cuddly,nakal eheh.
Ala-ala tourist, datang siloso kene la begambo kat sini. ekekk 

sementara beratur menunggu tram :) 
Lepas besuka ria tengok dolphin, kiteorang pun jalan kaki ke siloso beach,jalan-jalan tengok orang memandi manda picnic semua, pastu naik tramp balik semula ke beach station :) itu je cerita kami di siloso beach ekkekee. sorry takde gamba org pakai 2 pieces , sebab nak balik hotel cecepat time tuh hahhaa. Nanti kite tengok pulak hotel yang boleh korang stay masa kat sentosa occaay :)

Boleh pegi sini for more info about Underwater world Singapore 

Thursday 17 May 2012

Singapore 2012 : Part 1 ( Universal Studio )

Assalamualaikum. Harini aku merajinkan diri untuk becerita tentang trip aku & aslina ke pulau sentosa, untuk pergi ke Universal Studio & exploring Sentosa Island. Since kami berdua akan menjadi isteri orang tak lama lagi, so konon-konon macam bachelorette trip lah kan ekeek.

Di pintu masuk USS, kung fu panda datang greet
Kiteorang stay sini 3 hari 2 malam di Michael Hotel Sentosa Singapore, i will tell u guys bout the hotel in another post k. Harini kita focus pada Universal Studio je. Aku suka pergi universal studio ni, sebab setiap kali datang mesti ada perubahan. Masa 1st time ke sini, tempat ni baru bukak, so tak banyak benda yang boleh dimain. 2nd time pergi dengan family,seronok sebab dah ada banyak permainan , dan yang paling best pergi pada kali ke 3 ni, sebab ada Transformers 4D, ini sebab utama aku pergi lagi USS haha.Tak boring.

props yang terdapat di sekitar kawasan USS, terdapat juga booth2
yang jual souvenier kat tepi-tepi kaki lima.
Sampai pintu masuk USS seawal 9am, memang antara peserta terawal lah nak masuk, kene beratur dulu dekat gate masuk dia. Ticket dah ada awal-awal,kiteorang dapat ticket free weehoo! pergi pulak weekdays, so tak berapa nak ramai orang sangat. Dapat je masuk, aku & as terus pergi dapatkan peta theme park & show time. Penting ye kalau nak pegi uss make sure korang amik die punya map & show time. senang nak arrange masa nak main apa dulu, nak amik gambar dengan characters, nak tengok show etc. Sebab kalau weekdays, uss bukak dari jam 9am sampai 7pm je, kalau weekend  9am-9pm.
Ni gambar kat area madagascar.kat sini ada
game yang sesuai dimain oleh kanak-kanak
Ini di kawasan far-far away & rumah shrek , notice the uniform of the staff, comel.
Setiap permainan kalau nak main kene beratur,biasalah kan ni, tapi kalau hari yang ramai orang, beratur untuk naik rollercoaster yang 5 minit tu mungkin ambil masa 30minit hingga sejam, kalau nak dapat main semua game kat USS, time management kene betul lah. ekkeek Kalau taknak beratur, korang tambah S$30 untuk setiap ticket untuk dapatkan fast lane. Tapi fast lane pun korang boleh guna sekali je, maksudnye lepas dah skip tayah beratur untuk 1st time ,dah main huhahuha, nak pegi main 2nd time game yang sama, yes kau kene beratur balik. Fast lane tix tidak berguna lagi.

Antara charaters yang sempat di kejar & snap gambar.
Character meetup & greet, ini memang akan sentiasa ada dari bukak je USS sampai lah tutup , tapi ikut nasib juga kekadang sebab character  ni dia keluar kejap je dalam 10minit camtuh, pastu dieorang masuk balik bilik rehat kot, pastu character lain pulak datang belegar-legar disekeliling USS  ni. Nak amik gambo dengan character ni tak boleh main redah je, kau kene beratur lah ye. Ikut orang yang bertugas tuh kalau die suh beratur kat situ,beratur je, nak amik gambar ( tayah bayar), kau beratur, sampai turn kau, pass je camera dekat person in charge tu, pose, snap ! ok dah amik camera, pegi tempat lain. Jangan amik masa yang lama untuk begambar, sebab kesian orang lain. Selalunya person in charge tu akan cakap, amik gambar in group lagi bagus drpd sorang-sorang. Contohnya kau pegi ngan kawan kau, tapi nak amik gamba sorang-sorang guna satu camera,memang kekadang dieorang tak layan.

Di water world,kat sini korang boleh pilih nak duduk
dekat tempat yang soak wet, wet atau tak basah langsung.
tunggu sampai habis pesembahan, nanti boleh bergambar dengan
pelakon nya.
Dekat USS ada banyak show juga ye, kalau korang datang weekend, korang bepeluang tengok Parade dia. tapi kalau weekdays, takde parade tapi boleh tengok show lain (ini ada jadual dia) . Contohnya seperti Lights,Camera, Actions , Monster Rock, WaterWorld (ada 2 masa sahaja) , Madagascar Boogie-boogie ( Characters meet up), Donkey Show,Transformers 4D, Shrek 4D. 


New attraction : Transformers
Aku belakon je tuh naik tempat duduk dia. aku tak berani
naik rollercoaster ni, nak tecabut jantung masa 1st time naik dulu.
Dekat USS korang nak main apa semua free kecuali rock climbing dekat area jurassic park , sebab ada juga yang pernah tanya aku, kene bayar berapa plak nak naik rollercoaster semua. Satu ticket masuk tuh dah meliputi semua game& show& amik gambar dengan caharacters, kecuali kalau kornag nak makan , beli souvenier, beli gambar masa naik rollercoaster etc. Ada juga tempat yang ada sediakan bergambar bebayar, maksudnye dia amik kan gambar kau, siap cuci skali pakai camera dia, satu gambar tu S$12 sekali dengan frame kertas ikut theme, tapi kalau korang taknak beli pun tak apa, pass je camera korang kat person in charge.Nanti dia akan snapkan. Tempat yang ada service ni dekat Madagascar, Jurassic Park & Transformers. 


Di kawasan Jurassic Park , kat sini kene pakai baju hujan tuh.
nanti ada naik bot bulat time tuh lah kita basah.Kasut semua lah basah.
Kawasan Revenge of the mummy , kalau nak try naik rollercoaster
begerak secara reverse (gostan) sini lah tempatnya.
Halal Restaurant in USS ok yang ni korangjangan risau, kat dalam USS ada restaurant yang halal yang korang boleh masuk. Nanti ambil peta USS , kat sana ada tunjuk Mana satu restoren halal, ada simbol. Mel’s Drive In, Friar’s, Goldilocks, Celebrity Café & Bakery, Oasis Spice Café and Marty’s Casa Del Wild. Ini restoran yang korang boleh masuk makan bagi yang muslim. Harga makanan dia standard  contoh macam set nasi beryani ada ayam masak merah + air + desert semua S$14.90 kot . Nak makan nasi-nasi pegi ke Oasis Spice Cafe kat bahagian Return of Mummy, kalau nak ayam goreng Pegi kat Far Far away Restoran Friar's, kalau nak makan burger pegi kat Mel's Drive In kat area new york. 

Nasi beriyani S$14.90 ( kalau tak silap)
Beg kekadang dia tak check pun, so korang boleh bawak air ke apa. Tapi jangan obvious sangat bawak makanan banyak-banyak kan. Ini aku copy & paste daripada website dia.
Acceptable items:
  •  Bottled water
  •  Any food required for medical purposes and medically–indicated nutritional supplements
  •  Any food required for special dietary needs
  •  Baby food/baby formula
  •  Soft-sided insulated bags no larger than 8.5” wide x 6” high x 6” deep (216mm x 152mm x 152mm)
Prohibited items:
  •  Picnic lunches
  •  Alcohol
  •  Hard-sided coolers and glass containers
  •  Soft-sided coolers larger than 8.5” wide x 6” high x 6” deep
  •  Coolers, suitcases, and bags with wheels
Please be advised that all bags and personal items are subject to inspection.
 Sesiapa yang ada anak kecik ada bawak stroller, jangan risau stroller korang boleh bawak masuk, siap ada tempat parking stroller lagi. Kemudian ada beberapa permainan yang akan buat korang basah. Kalau nak bawak baju hujan siap-siap dari rumah pun boleh, kalau nak beli pun boleh, set untuk kanak-kanan dan dewasa, ada 2 raincoat S$3 , boleh beli dekat vending machine. Ride yang mungkin buat korang basah ialah dekat Jurassic Park Rapids Adventure® (The Lost World®) , dan juga masa tengok show dekat water world.


For more info korang boleh check dulu kat website Resort World Sentosa : Universal Studio ni dulu kalau nak check apa-apa.


Tips: 
1. Pakai pakaian yang selesa. kalau boleh bawak lah baju spare.Kot-kot nanti baju basah ke.
2. Pakai kasut yang selesa atau selipar je, jangan pakai heels, kekeke. Ada few rides, yang korang kene    
    bukak kasut contohnya macam naik Battle Galattica Human & cyclon rollercoaster.
3. Bawak bekal air mineral banyak-banyak kalau taknak beli. Tapi kalau nak refil boleh je.
4. Bawak camera hahaha. amik gambar kat setiap ceruk kawasan. ewahh