Saturday 2 July 2011

• Sambutan Bulan Penuh •

Assalamualaikum semua. Ceh ceh perayaan amenda laa plak kan amy ni. ekek.


Ok aku kan kerja kat tempat yang majoriti nya chinese, so telah menjadi tradisi, kalau ada sesiapa staff yang dah nak dapat baby, kiteorang kumpul-kumpul duit beramai-ramai untuk belikan hadiah untuk baby yang baru nak kenal dunia tu. Selalunya kan kalau bagi hadiah mesti lah kita bagi macam gift set untuk baby tu kan, tapi kalau chinese ni dieorang akan belikan barangan kemas untuk baby tu. Tapi zaman sekarang ni, macam-macam jenis dah hadiah dieorang bagi.


♦ Ini the gift box ♦


Sambutan bulan penuh ni, ialah untuk menyambut kehadiran baby tu genap pada hari ke 30 selepas dilahirkan, celebrate kehidupan sebulan dia camtu, so satu sambutan akan diadakan untuk memperkenalkan baby tu kepada ahli keluarga jauh dan juga rakan-rakan parents dia.



♦ Red Eggs ♦


Semasa celebration, makanan tradisional yang wajib ada ialah Ang Ku Kueh dan juga telur bewarna merah. Kenapa telur bewarna merah? ok sebab merah kan dianggap sebagai warna yang bertuah di kalangan orang cina, dan telur pula dianggap sebagai kesuburan dan harmony. Kalau anak lelaki bagi telur dalam angka ganjil contoh 3 biji, kalau baby girl bagi angka genap contoh 2 laa kan.



♦ Ang Ku Kueh- kenyal macam kuih koci & ada peanut paste dalam dia ♦


Kalau Ang Ku Kueh pun ada perbezaan die , kalau untuk baby boy, ang ku kueh berbentuk bulat biasa akan diberikan, kalau dapat baby girl, ang ku keuh akan ada bentuk-bentuk macam kura-kura.Kira yang macam aku dapat ni bentuk kura-kura la pastu telur merah die ade 2 biji, sebab baby girl kan. :smile:



♦Salah Satu full month yang officemate aku dapat ♦



♦ Ha yang ni da moden sikit laa, comel gila ♦


Sekarang ni dah jadi macam trend bagi cake skali dengan ang ku kueh dan telur merah. Macam-macam packaging ada, cantik-cantik.ada juga yang bagi cupcake, chocolate, ikut lah mak ayah die nak bagi apa dan juga budget .



♦ Ms Lai Leng And her princess. ♦


♦ Ini isi kangdungan kotak atas tadi, butter cake, 2 Ang Ku Keh, 2 Red Eggs ♦


Ini lah ibu dan baby girl yang bagi aku box set tuh ekeke. comel nyum2 geram tengok rambut die lebat nye alahai.


Ok itu sahaja. Tata take care.  kalau orang melayu selalu nya lepas 44 hari laa kan, ada cukur jambul, makan pulut kuningm doa selamat. :smile: