Friday 30 December 2011

Panda in Beijing - Pins Lover

"You Know Where To Go "


Headphone Panda in green uniforms. Pin number 57983. For pin lover , get more info on HRC Pin Club . Tetiba macam semangat nak collect HRC pin pulak. ekeke. Good bye uss pins ewah. Belagak betul. hahaa

Thursday 15 December 2011

Fly Higher.

Assalamualaikum. Hari ni last aku kerja then akan cuti seminggu. Last week aku dah spend time with my friend, this week aku akan spend time cuti-cuti with my family pula. Fuh tak sabar rasanya. Mana destinasi kali ni ?



Yep yep, dah terpampang kat gambar tuh. hahah gambar kat atas ni masa aku pergi beijing tahun 2009, tahun ni nak pergi lagi yeah. Harap-harap ada banyak lah perubahan contohnya seperti kat tandas dah ada air. ..... mungkin itu hanya harapan sahaja. Anyway, nanti dah balik aku update mana tempat kiteorang explore k. like last year, aku ada lah cite pasal tempat-tempat shopping kat blog lama aku. This year destinasi mungkin berubah sikit.Pape pun tak sabar nak pergi tembok besar china lagi. Wohoo. tahun ni pergi time winter, heharap tembok besar diliputi salji ehe.



Wednesday 14 December 2011

Bertandak di Sarawak

Hola. ! Last week aku pergi Sarawak, semangat gila ni nak cerita juga. Memang excited nak pergi sana, sebab utama nak makan dekat top spot ( seafood ) & pisang goreng cheese chocolate. hahah padahal pisang goreng je kot. Ok jap lagi aku tunjuk lah gambo makanan sikit, tapi ni nak cerita pasal budaya perkahwinan melayu die sarawak. Memang lain sikit daripada di semenanjung.

♥ Welcome To Sarawak 

Majlis perkahwinan  tuh dekat Kota Samarahan,kiteorang pulak stay kat Kuching, memula ingat majlis macam dekat semenanjung lah start jam 11am sampai lah ke petang, so dah planning lah nak pegi lewat sikit, Rerupanya di Sarawak ni, majlis bermula seawal jam 9am dan berakhir jam 12pm. Kira jam 12pm tuh dah sesiap nak kemas lah sennag cite. Disebabkan jam 9am start, dan perjalanan dari Kuching ke Kota Samarahan lebih kurang 1 jam, kiteorang bertolak dari Bandar Kuching jam 7am. Kiteorang kira beruntung jugak lah sebab ada kawan dekat sana, so transport semua dia yang aturkan, kalau naik taxi, mungkin RM30-RM40 jugak.

Kampung yang nak pegi ni dekat Kampung Tambirat,Asajaya Kota Samarahan, nak pegi kampung die ni ada 2 options samada nak lalu jalan darat atau naik ferry ( jimat 30minit ) , ferry pulak ada masa-masa die,sebab tengok air pasang surut. Sebab kiteorang gerak pagi, so dapatlah merasa naik ferry sarawak hehe. Waktu operasi Ferry ialah jam 4.30am hingga 8am dan petang jam 4pm hingga 9.30pm ni pun bergantung pada faktor air lah.
♥ Perkhidmatan Ferry ke Asajaya 


Sampai seberang, dalam 30 minit jugak perjalanan nak sampai ke Kampung Tambirat , Asajaya ni. Sesampai je memang dah siap sedia lah semua. Ini majlis menyambut menantu belah lelaki. Jam 9 tepat tetamu dah ramai dah datang ke rumah pengantin. Bayangkan makan nasi minyak pepagi. This is new to me ekeke. Ye lah biasanya makan nasi minyak tengah hari. Kat kampung ni takda buffet-buffet, semua dihidangkan kat atas meja makan. memang syok lah, mengimbau kenangan pergi rumah orang kawin dulu-dulu. Masih mengamalkan rewang atau gotong-royong memasak. Setiap 4 orang akan dapat 1 hidangan nasi dan lauk-pauk.

♥ Nasi Minyak 

♥ Pertandingan Bertandak 


Setelah habis makan,pengantin sampai semua macam biasalah kan ada kompang semua. Menepung tawar pengantin. Sebelum menepung tawar pengantin, ada satu pertandingan yang dianjurkan oleh tuan rumah, kawan aku kata, pertandingan ni namanya Bertandak, memang menjasi tradisi orang Sarawak untuk bertandak di majlis-majlis perkahwinan. Bertandak ni macam menari, kalau kat Johor Bahru macam berzapin. memang seronok tengok, kebanyakan peserta semua yang veteran, yang muda-muda adalah lah 2 orang. Ini aku rasa macam acara yang ditunggu-tunggu penduduk kampung , sebab memang ramai orang yang tengok pertandingan bertandak ni di rumah pengantin, meriah dengan sorakan mereka. Pakcik-pakcik yang masuk pertandingan ni semua segak-segak berbaju melayu. Setiap kumpulan diwakili 2 orang. Pastu ada lah kumpulan muzik  ( ada gendang, violin dan penyanyi ) yang mengiringi tarian mereka.

Ok tu je nak cerita. haha. By the way, datang sarawak of course lah kena makan mee kolok kan. Dekat sini aku dapat try dekat 2 tempat, satu dekat pasar satok, kedua dekat medan selera belakang pullman hotel , muhamad Lim's Kolo Mee. memang sedap dan terbaik serta halal so don't worry . Sapa peminat ayam penyet, mungkin akan frust sikit dengan ayam penyet kat sarawak ni  memang berbeza dengan yang dekat semenanjung.

♥ Mee Kolok Muhamad Lim 

♥ Pisang Goreng Cheese Chocolate 


Sesapa peminat pencuci mulut boleh lah try Pisang Goreng Cheese Susu . Basically dia just pisang goreng, cuma ditabur dengan cheese & susu manis, kalau dekat area waterfront dia tak guna susu tapi guna chocolate syrup . Boleh buat kat rumah sebenarnya :) Dan roti pisang cheese chocolate dekat RJ Ayam Penyet memang terbaik.



♥ Kerang Berlada Top Spot 

♥ Oyster Pancake Top Spot 

p/s: Datang Kuching ni memang kena sediakan tambang transport yang banyak. Kalau ada saudara mara dekat sana syoklah. Kalau jalan kaki lagi lah syok.ehe.

p/s/s: make sure beli kak lapis sarawak ada tanda halal ok :)

Friday 9 December 2011

Sweet Hut

Happy Friday to all earthlings * make peace sign * . I'm going to share a new ( not so new now ) place to lepak and eat dessert for all the Johorian. It's called the Sweet Huts ( hence the title of this post.) *smile*

Sweet Huts ni ada dekat Mount Austin Johor Bahru, sebenarnye dekat Kuala Lumpur ada banyak aku rasa, tapi kat JB ni baru sampai. Mount Austin ni kalau korang tatau, die berdekatan dengan Taman Daya atau dekat area Tebrau Johor Bahru. Korang Google Map je cari Sweet Huts Johor Bahru .Masuk kat area Sunway College JB ni, korang cari kedai yang ada signboard warna merah dan putih, tulis Sweet Huts.

Jenis-jenis pencuci mulut dekat sini semua unik-unik dan semestinya sedap. Kalau korang jenis yang suka makan santan, ataupun suka makan jenis-jenis makan sago gula melaka tuh memang sesuai lah nak datang makan kat sini. Kawan aku kata makanan kat sini ada influence daripada Hong Kong & Taiwan. Tapi aku pun tak pasti.

Antara menu yang popular ialah Caramel Pudding in coconut , Steam white egg with papaya ( aku sebenarnye tak sure pun nama makanan ni haha, sebab die dalam bahasa cina , kira aku direct translate je ni ) , dan segala jenis macam sago, ada juga creme brulee dan egg tart. Untuk lebih memahami, marilah kita tengok gamba.

♥ Almond Pudding with Longan  ♥ 

♥ Steam Egg White with papaya & aloe vera 

♥ Caramel pudding with coconut 

♥ Ms Loo - orang yang bertanggungjawab memperkenalkan kedai ni 

Ini adalah makanan yang kiteorang order, kalau macam ni die ada 3 jenis deesert sekali dalam 1 set. Harga lebuh kuran RM 27.90. Portion memang banyak, kiteorang makan bertiga & sharing so dapat lah rasa tiga-tiga kan.

Kalau nak tengok menu yang lain, boleh lah pergi blog sweet hut tu k

Ok semua, Take care nak pergi cari makanan lagi :)