Showing posts with label food. Show all posts
Showing posts with label food. Show all posts

Thursday, 24 May 2012

Time To Bla Bla Bla

Assalamualaikum.

Hye aku malas nak kerja sekarang. herm tatau lah apsal down sangat sejak dua tiga menjak ni. Tapi kalau tak kerja mana nak dapat duit kan.ish ish ish dah la nak kawin ni, untuk sebelum kawin aku tak risau sangat, tapi kehidupan selepas kawin tuh, mesti nak guna banyak $$$ (terus jadi mata duitan) hahaah . Tetiba memacam masalah pulak datang, tension kepala iolls. tapi nak buat macam mana, just go with the flow.Heharap semua masalah ini dapat diselesaikan secepat mungkin, dan aku takyah nak pening-pening kepala lagi.Aku juga yang datangkan masalah ni, padan muka awak amy.Harap ada orang betepuk tangan di belakang sana.

Kekadang aku fikir, bagus juga kalau jadi orang yang heartless, tak payah pening-pening kepala fikir masalah. Relax je. Tapi tak beperasaan ni macam robot je kan? Anyway, boss aku selalu kata aku takda kerja, padahal die tak ingat kerja yang die bagi betimbun-timbun itu. Nampak sangat aku buat kerja die selalu tak nampak. Patut lah semalam tetiba datang tempat aku bagi kerja baru buat catalogue, padahal kerja kat tangan  aku ada lah dalam 6-7 kerja yang semua dalam proses nak siap. Yes kene multitasking, sebab nanti tak sempat. Tapi itu pun kekadang orang tak faham.

Dah malas nak fikir panjang-panjang, kekadang rasa macam nak lari dari realiti kejap kekeek tapi tak kesampaian,so lari ke singapura je lah selalu. Terima lah gambar makanan ni yang aku sebenarnye nak hantar dekat #instacharity tapi tak menepati syarat pulak. Dia nak satu A4 ada 4 keping gambo je, aku ni letak sampai 40 keping satu A4 hahaha memang terus disqualified lah kan.  Semua gambar ni aku amik guna iPhone je, tapi amacam cun tak? hahah

Aku ni suka makan tapi aku tak reti masak.Harap bakal suami terima seadanya.

Saturday, 2 July 2011

• Sambutan Bulan Penuh •

Assalamualaikum semua. Ceh ceh perayaan amenda laa plak kan amy ni. ekek.


Ok aku kan kerja kat tempat yang majoriti nya chinese, so telah menjadi tradisi, kalau ada sesiapa staff yang dah nak dapat baby, kiteorang kumpul-kumpul duit beramai-ramai untuk belikan hadiah untuk baby yang baru nak kenal dunia tu. Selalunya kan kalau bagi hadiah mesti lah kita bagi macam gift set untuk baby tu kan, tapi kalau chinese ni dieorang akan belikan barangan kemas untuk baby tu. Tapi zaman sekarang ni, macam-macam jenis dah hadiah dieorang bagi.


♦ Ini the gift box ♦


Sambutan bulan penuh ni, ialah untuk menyambut kehadiran baby tu genap pada hari ke 30 selepas dilahirkan, celebrate kehidupan sebulan dia camtu, so satu sambutan akan diadakan untuk memperkenalkan baby tu kepada ahli keluarga jauh dan juga rakan-rakan parents dia.



♦ Red Eggs ♦


Semasa celebration, makanan tradisional yang wajib ada ialah Ang Ku Kueh dan juga telur bewarna merah. Kenapa telur bewarna merah? ok sebab merah kan dianggap sebagai warna yang bertuah di kalangan orang cina, dan telur pula dianggap sebagai kesuburan dan harmony. Kalau anak lelaki bagi telur dalam angka ganjil contoh 3 biji, kalau baby girl bagi angka genap contoh 2 laa kan.



♦ Ang Ku Kueh- kenyal macam kuih koci & ada peanut paste dalam dia ♦


Kalau Ang Ku Kueh pun ada perbezaan die , kalau untuk baby boy, ang ku kueh berbentuk bulat biasa akan diberikan, kalau dapat baby girl, ang ku keuh akan ada bentuk-bentuk macam kura-kura.Kira yang macam aku dapat ni bentuk kura-kura la pastu telur merah die ade 2 biji, sebab baby girl kan. :smile:



♦Salah Satu full month yang officemate aku dapat ♦



♦ Ha yang ni da moden sikit laa, comel gila ♦


Sekarang ni dah jadi macam trend bagi cake skali dengan ang ku kueh dan telur merah. Macam-macam packaging ada, cantik-cantik.ada juga yang bagi cupcake, chocolate, ikut lah mak ayah die nak bagi apa dan juga budget .



♦ Ms Lai Leng And her princess. ♦


♦ Ini isi kangdungan kotak atas tadi, butter cake, 2 Ang Ku Keh, 2 Red Eggs ♦


Ini lah ibu dan baby girl yang bagi aku box set tuh ekeke. comel nyum2 geram tengok rambut die lebat nye alahai.


Ok itu sahaja. Tata take care.  kalau orang melayu selalu nya lepas 44 hari laa kan, ada cukur jambul, makan pulut kuningm doa selamat. :smile:

Saturday, 25 June 2011

• Makanan Yaman Di Johor Bahru •

Assalamualaikum semua. Harini aku nak share pasal satu restaurant ni. aku tak try lagi pun ekeke. Tapi nampak macam menarik.

Nama die Hadramawt , lokasi restaurant ni dekat Puter Pan Pacific Johor Bahru, and sekarang boleh pergi Singgah Selalu Danga Bay . Kire ade 2 cawangan lah kat JB ni. Waktu Operasi: 11am hingga 12 midnight, tapi aku rasa yang kat Singgah Selalu Danga Bay tu mesti bukak sampai lewat lagi kot.



Harga makanan takde lah mahal sangat aku tengok around RM 8- RM 40 , kira affordable la kan. Aku tengok menu online die, memang yummylicious laa kan. hahaha Walaupun pagi, tapi memang dah lapar macam waktu tengah hari dah ni.

kalau nak tengok menu online boleh pergi ke website dieorang : Hadramawt . ok bai.

Location in JOHOR BAHRU : SInggah Selalu Danga Bay. &  B1 floor of the Puteri Pacific Hotel.

Business Hour: 11am – 1am on weekdays, 11am – 2am on weekends.  ( ini copy paste from their website )



ok gambar semua aku amik kat web dia ehehe. ok bye. kali kedua.

Thursday, 16 June 2011

• Selamat hari bapa •

Assalamualaikum. Aku bukan nak karangkan ucapan hari bapa utk ayah aku kat sini, sebab ayah aku bukan baca pun blog ni. maka dekat sini aku nak share ini je :) kot-kot korang nak belanja ayah korang makan sesedap makanan swiss ke kan. rosti best weh! tapi malangnya, kat jb takde marche, mungkin kene pegi singapore kalau nak ke marche, lagi satu masalah nye pulak tatau kat sana halal ke tak. ehehe. was-was gituh.



Ok semua tata take care.


Tuesday, 14 June 2011

• Cake comel-comel sedap dimakan •

Assalamualaikum. Heyho. malas nak type bye ekeke. takde lah, harini aku nak share gambar cupcake & mini cake yang ada satu budak office ni bagi sebab die baru kawin.


Chinese people ni dieorang suka bagi macam cake ke tart ke bila dieorang dah sudah majlis perkahwinan, die bagi pada semua yang bagi dieorang hadiah or duit or pergi majlis dieorang. Kalau yang nak dapat anak pun ada bagi jugak bila anak dieorang dah cukup sebulan. macam full moon lah dieorang panggil. Yang ni pun bagi kat kengkawan yang ada bagi hadiah time baby baru lahir.


Bila tengok dieorang beli cake ni kecik-kecik comel dalam kotak, nanti time aku kawin pun nak bagi goodies letak cake camni lah. comel dan sedap pulak tu. tapi tatau lah lagi bila nak kawin ekekek. Sekarang pun memang popular kan goodies bagi cupcake, kek kawin pun cupcake. Tapi cake kecik-kecik ni lain sikit. Nah tengok gambar ok.



♥ ada banyak flavour, pastu theme mmg lah love2 baru kawin la katakan ♥


♥ Cake yang belah kanan tuh ok ekek. Tulisan cina tuh bermaksud happiness. Tuh white chocolate. Yummyliciousss ♥


♥ Nanti nak suruh mak buat macam ni banyak-banyak untuk bengawan solo eheh, comel kann nak makan pun sayang ♥


Pada pendapat aku, cake-cake kecik camni sesuai lah nak bagi time tunang ke, time nikah ke or even baby showe, letak satu-satu dlm box kecik bagi kat orang, takde laa bagi cake butter plain je kan. :) aku rasa sekotak camtuh 12pcs cake harga die RM 14.90 ke RM 12.90 camtuh lah.


Kalau kat jb ni korang boleh tempah kat season ke lavender ke, kalau kat mersing, korang boleh pegi tempah dekat Bengawan Solo Cafe ok , insyallah memuaskan hati :smile:

Friday, 10 June 2011

• Murtabak Mengkasar Pekan Pahang •

Assalamualaikum. Heyho semua, sehat ? hhehe harini aku nak cerita sikit pasal murtabak yang glamour ni. (tapi aku baru tahu) hahaha . Murtabak yang aku cerita ni berasal daripada Bandar diraja Pekan Pahang. Uiceh macam nak buat bidota diri untuk murtabak tuh. haha.


Ok cerita  die camni, last week kebetulan pulak ada kerja kawin dekat Pekan ni, maka kami sekeluarga pun pergi lah, ye lah orang dah jemput mesti pegi ye tak. Then masa nak balik tuh, mak aku tetiba cakap


Mak : " mana laa kedai murtabak mengkasar yang femes amos kat pekan ni ek? yang masuk jalan jalan cari makan tuh?"


Angah: " ouh angah tau, takpe nanti angah belikan."


Maka kiteorang pun singgah laa kat kedai murtabak ni. Die kedai kecik je, tak salah aku sebelah sekolah kat traffic light ke apa camtuh lah. Kalau korang berkesempatan nak pergi Pekan Pahang tuh, singgah lah kedai murtabak ni, confirm tak menyesal.Sedap. Kaya dengan daging. cewaah.


Murtabak Mengkasar ni ada yang special ada yang biasa, yang special die tebal sikit harga dia RM 8.00, kalau yang biasa dia biasa lah, nipis sikit tapi tetap banyak rencah dan daging harga dia RM 6.00. Hoi memang berbaloi baloi laa , bau pun sedap gila. Aku cerita ni pun aku lapar tahu! ahhahaha. Jap-jap aku google sikit pasal murtabak mengkasar ni.



♣ Haa tengok tuh budak tu buat penuh satu pan tuh. ada laa dapat dalam 20 murtabak kot, ini baru step one, nanti die balut lagi dengan doh roti canai tuh ♣


♣  Close up sikit. aa ni kire bahagian dalam murtabak tuh lah , laju gila budka ni buat, muka memang takde senyum punya. haha ♣



hasil aku google : tadaaaa daripada blog http://www.azwananuar.com



Perniagaan Murtabak Mengkasar di asaskan oleh Hj. Ahmad Tajudin Abd Hamid (Pak Din Murtabak) bermula sejak 1980 terletak di Jalan Batu Balek iaitu jalan utama Kuantan-Pekan berhampiran Sekolah Menengah Sains Sultan Ahmad Shah Pekan. Setiap hari sebanyak 1000 biji telur ayam, dua guni gandum dan 30 kilogram rempah ratus yang diadun sendiri digunakan untuk membuatnya dengan menggunakan mesin khas, dan rempahnya yang digunakan amat berkhasiat kerana ia boleh memanaskan badan.

melalui blog die juga aku dapat tahu kat kl pun ada lah, so korang tayah la sesuah nak g pekan pahang ye tak. ( bagi yang duk kl lah ) " Kedai murtabak mengkasar cawangan KL ini terletak di alamat 12-A, Jln Rampai Niaga 4, Medan Niaga Rampai, KL." kat Sri Rampai je weh, memang dah dekat da dengan kolej kedua UTM setapak kekeke.

So apa lagi, mari serbuuu! ecewahh. lapar ni lapar . jom la pasni makan murtabak kampng melayu majidee kat Johor Bharu pulak ok :cool:

Wednesday, 25 May 2011

• weekend getways 21.05.2011 •









Mula-mula je dah gambar makanan hahahaha. Ini di teluk sepang, desaru kota tinggi. :) Bye. Nnati will story later bout the chalet k. Take care

Saturday, 14 May 2011

• It's Her Birthday •

Assalamualaikum semua. Hello :) tajuk sangat penting ye haha. macam birthday aku laa konon, tapi bukan lah,11 may birthday adik aku yang ke 23 tahun. tapi aku takde bagi die pape pun. doa yang ikhlas je mampu aku berikan. cewah kompiden hahaa. tapi adik aku ni gigih pos macaroons ke macarons on her birthday kat aku. fuhyooo teharu. eeccece.



♥ Akmal Laili ♥


Tapi malangnya, beberapa keping je selamat sampai dengan canik, yang lain hancur. Jauh kot pos laju tuh , dari kl ke jb.



♥ Macaroons yang selamat pecah ekek makan lahh


Takpe lah pecah pun, tetap selamat masuk dalam perut aku, ada flavor durian, terbaik lah, terima kasih  angah :lol:. Ok lah aku tatau  nak tulis apa dah ni, biasalah pepagi camni, otak mcm jem sket , sejuk, tambah-tambah kat jb ni berejerebu. hoi kabus gila, macam kat oversea, tapi tak sejuk la, panas. haha


ok mari kita sebarkan kasih sayang yang lebih pada hari ini. Pergh takde kene mengene langsung, tak paham lah amy. ok lah bye.



♥ Ecece love2 gitu, cococino at monsta cafe fewwit ♥



♥ Apple crumble pie with vanilla ice cream at El-migos Tebrau City. Homaii ♥



♥ Kerja seminggu kat sini, design aku dah naik, fewwitt hahaha  ♥



Selamat ber hari minggu. ye hari sabtu aku kerja. tata take care.



Ouhh btw baru aku teringat, semalam aku pergi laa makan seafood fried rice yang "Glamor" sangat tuh kat stulang, memula memang laa excited, tapi malangnya, customer service zero! Tak friendly langsung, dari awal sampai akhir aku duk kat kedai tuh, suara menengking je. Dah laa aku ni 1st time g makan situ, mana laa nak tau menu apa ada, siap  kene marah mintak nasi goreng biasa. Cis Cis spoil mood terus! Apa laaa orang suka sangat pegi kedai macam tuh. Kalau pegi kedai yang pwner die senyum meleret, tak suka pulak kutuk-kutuk, tapi kalau kedai yang owner dia tengking-tengking marah-marah customer, suka pulak pergi. Tak faham tak faham. 0% for service. Seafood fried rice tempat lain lagi sedap lah.

Friday, 6 May 2011

• Donate a smile today, and live longer •

Assalamualaikum. tajuk dalam bahasa inggeris, cam terel je ekkeke. tapi blog post aku tulis dalam bahasa melayu. Tahniah amy. Tapi apa yang aku cuba sampaikan di pagi jumaat yang indah ini ialah, senyum selalu, kalau korang ada masalah pun senyum je. Ok, marah kejap pastu senyum lah balik. Senyum kan sedekah.


Lagipun kalau kita senyum, automatik mood kita akan berubah jadi positive balik. Tapi sebenarnye tak semua senyum tuh bermaksud gembira, tapi ada macam-macam kisah disebalik senyuman tuh.


Senyum pun boleh buat korang nampak muda tau. Kira macam contohnya aku laa kannn semua orang cakap aku macam bebudak skolah lagi, padahallll dah 25 tahun kot. hahah weh serious lahh tak pecaya plak. ekleh. takpe laa tak caye nak wat camne kan. ekeke haa aku tengah senyum ni tulis ni, kira macam sedekah aa kat korang dan juga ini aku kasi skali kat korang. Enjoy tengok gambar tahan lapar :grin:



♥ Cheesy Chiken Grilled or Chicken Chop I forgot hahah at El Migos Tebrau City RM11.90 ♥



♥ Banana Crepe with Ice Cream at El Migos Tebrau City RM10.90 ♥


Haaa lapar tak? ok aku lapar. Tata Take care .

Wednesday, 23 February 2011

• Rosti bukan Roti •

Assalamualaikum. Sehat semua? harap smua sehat dalam keadaan pink. eh? ape? takpe.


By the way hari ni aku tetinggal telefon dekat rumah, maka aku jadi tak senang duduk.Sebab patutnya dah plan nak telefon abah pada 23 haribulan dua. Birthday abah kot! makin begaya lah abah di usia sekarang. ! semoga dikurniakan kesihatan yang baik. semakin kachak begaya. happy sentiasa, jangan runsing-runsung pasal kami 5 beradik ni :cool: amy tatau nak bagi abah hadiah apa ni, runsing. Sebab macam semua abah dah ada, and its better kalau abah beli sendiri kan.Nanti amy belanja makan, harap abah baca ini.  eheheh


kesimpulan perenggan kat atas nak bagitahu : telefon aku tertinggal kat rumah & hari ni birthday ayah aku 23.02.2011



Berbalik kepada tajuk. Rosti. Apa tuh rosti, ouh macam roti tapi ter-typo ke apa? bukan laa rosti ni sebenarnye kentang, macam hash brown kat mcdonald's yang kalau korang pegi makan pepagi time breakfast. Ye itu bukan Rosti, rosti jumlah kentang die lagi banyak, dan boleh ditambah perisa dengan keju, daging-daging, bawang, herbs dan lain-lain ikut kesesuaian dan kesukaan masing-masing. Rosti merupakan salah satu makanan yang glamour di Switzerland, aku tau makanan ni pun sebab smalam pegi makan dekat Marche di The Curve, budak yang jaga kaunter Rosti ni tak berputus asa nak suruh aku rasa Rosti ni, sementara aku masih runsing nak pilih Grilled Chicken Breast ataupun Salmon Steak. Sibuk je nak suh aku rasa Rosti tuh, sebab aku memula tengok bende ni macam bawang je semata, pastu aku takut lah tak kenyang kan kalau aku makan. Dah laa nafsu makan time tuh memang tahap paling zero skali lah, lapar gila. Tapi akhirnya, aku kalah dengan pujuk rayuan dia, saje je laa tuh nak tambah order kan. Aku tau sangat taktik die. haha takpe la senyuman comel awww~


Tunggu sepuluh minit, siap, ditambah keju kat atas Rosti, mayonis dan juga sos cili, aku pun dengan perasaan dup dap dup dap makan lah. Ouhhhhh not bad! macam makan hash brown, nasib baik aku suka kentang. Dan makanan ini sangat mengenyangkan, ye lah sebab kentang & keju kot. mana tak kenyang kan,walaupun nampak macam sikit.



Ini untuk pemahanan yang lebih lagi , aku copy bulat-bulat daripada wikipedia, so korang tayah susah-susah nak search lagi kan ? :smile:




Rösti (German pronunciation: [ˈrøːsti]; often spelled Röschti in Switzerland according to the Swiss German [ˈrøːʃti]) is a Swiss dish consisting mainly of potatoes. It was originally a common breakfast eaten by farmers in the canton of Bern, but today is eaten all over Switzerland and also in many restaurants in the Western World. Many Swiss people consider rösti a national dish. Today, rather than considering it a complete breakfast, it is more commonly served to accompany other dishes such as Cervelas or Fleischkäse.


Rösti is made with roughly grated potato, either cooked or raw. Depending on the frying technique, butter or another fat may be added (and usually salt and pepper). If not, oil will be used for the frying. The grated potatoes are then shaped into rounds or patties, which come in different sizes, usually measuring between 3–12 cm (1 to 5 inches) in diameter and 1–2 cm (0.5 inch) thick. Often Rösti is simply shaped inside of the frying pan. They are most often pan fried, but can also be baked in the oven. Although basic Rösti consists of nothing but potato, a number of additional ingredients are sometimes added, such asbacononioncheeseapple or fresh herbs. This is often considered to be a regional touch.


There are different views on what makes a perfect Rösti. The greatest difference of opinion is whether to use raw or boiled potatoes as the main ingredient. Also, the kind of potato which makes the best Rösti dish is widely disputed. Traditionally a special type of potato, the Rösti potato, is used.



Panjang jugak lah penerangan die. Tapi kalau korang tak nak pergi try dekat Marche tuh, boleh je buat sendiri. aku rasa senang je kot. ehehe Kentang je kannn. Tapi, teknik menggoreng tuh kene betul la, baru jadi. Ok itu sahaja harini, patutnye ada laa 2-3 keping gambar daripada tepon aku dah ready nak letak kat blog ni, tapi kan tetinggal kat rumah. takleh buat pe lah. Amik gamba kat google je smua ehehe.


Smalam pun merupakan hari yang best bagi aku , sebab lunch dinner semua ada orang belanja ! Terima kasih. rezeki bulan dua la katakan. Memula lunch dekat Bumbu Bali, kemudian malam kat Marche pulak. Dan nasib baik lagi kenal akak masriani, ewahh manager kot, maka dapat lah 50% untuk semua makan-makan kat sana, daripada 80++ dapat 40++ je, berbaloi. ouhh teharu ekekek. Bab makan je memang mudah terharu. Dan sekarang tengah lapar rindu benda ni. Herb Pesto Chicken Crepe. Yummehh



Malam ni jom pergi the curve lagi layan Drive Angry lakonan Nicholas Cage. Yeah free ticket. Senyum je laa orang dah bagi kan kan :smile: Thanks to google for all the pictures ! xoxo

Friday, 11 February 2011

• Whisk . macaron. red velvet •

Assalamualaikum. Semakin menjadi-jadi kegilaan terhadap benda manis. Macam mana nak kururs? hahah elak dapat kencing manis je phew. Mintak dijauhkan lah. Semalam ajak angah pergi ke Empire Shopping Gallery semata nak cari benda manis.



♥ comel tak tulisan ni .? haha . apa ntah nama die, nnt aku bitau ♥


ok laa tipu je, sebenarnye ada hal la sket kat sana, dah alang-alang sampai, makan laa kan. Setelah settle hal-hal yang sepatutnya disettle kan, jenjalan laa cari benda manis. Kat sini banyak benda manis ok pastu tak ramai orang sangat tuh yang best. (atau mungkin time aku pergi tak ramai orang,aku tatau laa kan) By the way, ok angah suggest kat aku pegi try kat Whisk Bake Shop, di mana kawan aku juga pernah lah sebut-sebut nama kedai ni.   Kedai ni bebetul kat sebelah Jaya Groceries kat Ground floor tuh.



♥ Ini pintu depan. tapi xde pintu belakang.♥


Kedai die takde la besar.Kecik kot! memula aku diri kat cashier, sebab kene pegi order sndrik, style ala-ala macam starbucks kan, kalau sorang-sorang takpe, cuba kalau 3-4 orang nak oreder skali, ok memang boleh lemas. Tapi ada banyak pilihan cake korang boleh order, contoh nya Red Velvet cake, Apple cake, carrot cake. Then cupcake smalam aku nampak red velvet je. Kemudian ada macaron 3 size, small,large dengan extra large.



Harga  untuk satu slice cake ialah rm 11.90 , tapi puas laa weh nak makan,manis gila. hahah ye puas hati.



Ini macaron tu, kiteorang amik yang medium ke large size tatau lah, tapi mcm normal size lah kot. Yang small tuh kecik gila, macam skali ngap je dah habis. Yang ni harga RM 5.5/pcs, kalau yang extra large tuh RM 8, yang small tuh aku rasa RM 2.50 kot. Ini pun tak habis ok. Aku take away satu kasik kat kawan aku hahaha.



Ini biasalah peneman aku kat Kotaraya ni hahaha. Adik aku ni tak kuat makan , die slalu pun teman je, tu laa die kurus. hahaha aku ni pantang nampak. Air tu pun kiteorang share 2 orang, tapi aku rasa air die agak mahal lah. RM 17.80 maybe guna caramel mahal ke apa tatau la.


Ok itu sahaja aku nak kongsi dengan korang hari ini. Kali ni aku tulis sesiap harga, sebab nanti kalau korang nak try makan kat sana, dah tau lah harga die. Senang sikit takde tertanye-tanye. Ok bubye semua. Hari ni aku ada order macaron dekat fb, tapi nanti la dah dapat baru aku bitau korang k.


Tuesday, 8 February 2011

• Rabbit Wabbit 2011 •

Assalamualaikum. Hye. Camne cuti raya cina korang? harap-harap best la k. Cuti aku macam biasa, balik Mersing,makan-makan. Tapi tak pergi jalan-jalan pun, sebab mak banyak dapat tempahan kek kawin lah birthday lah,almaklum je la kedai cake chinese semua tutup, nasib baik Bengawan Solo bukak tau, kalau tak mesti kesian pengantin-pengantin yang last minute baru cari cake kawin ke cake hantaran kan.Ok itu cerita di Mersing.


♥ Tadaaaa ubi kayu & ikan masin ♥


♥ Aku rasa kat johor je makan pisang goreng dengan sambal kicap ni ♥


Di Puchong plak,sebelum cuti haritu, officemate aku yang tiga orang ni dah plan nak makan Yee Sang beramai-ramai. hah padahal tak ramai mana pun.campur aku ada 4 orang je la, 2 chinese,1 indian, and me myself a malay. Berbilang kaum kan. welllll ~



♥ Yee Sang with them : Carson,Sim & Harsha ♥


Gambar kat bawah ni pulak masa baru naik kerja hari tu. Hehe of coz laa ada angpow kan.kata pun belom kawin.Tapi dapat 3 je , alhamdulillah :grin: Then kat office ,masa hari 1st kerja tu, ada lion dance & chai shen ( 财神  )God of wealth untuk bagi ong la kat office tahun baru ni kan.




♥ See the lion &  财神 ♥


Ok tu je. Tata take care.