Tuesday 8 January 2013

a week of 2013

pejam celik dah seminggu dah kita masuk tahun baru 2013, taktau lah tapi masa kecik-kecik rasa lambat je masa berlalu, hari-hari rasa tak sabar nak masuk tahun baru sebab dapat naik kelas kan. Tapi bila dah dewasa ni rasa macam " omg, apsal kejap sangat dah tahun 2013 ni? rasa macam baru semalam sambut birthday tahun 2012" camtu lah lebih kurang terkejut dia. Mungkin masa kecik takde nak fikir banyak masalah , just tau belajar, time exam dapat good result dah. Tapi bila dah dewasa ni, macam- macam kene fikir, nak bayar bill, fikir tentang kerja, fikir tentang bila nak balik kampung, bila nak pergi beli groceries, and the list go on and on.List berhenti bila waktu kita tidur je, itupun kadang-kadang terbawa dalam mimpi.

05012013 Celebrate Birthday Ana at La Gourmet Dessert Johor Bahru. Dinding kedai ni cantik,aku rasa die memang buat untuk tempat bergambar .

Seminggu berlalu di tahun 2013,tiada apa yang berbeza pun, sama je macam last year. Azam aku nak datang awal je pegi office macam tak berapa nak berjaya, sebab haritu dah terlambat. Frust betul, terus bercita-cita nak datang awal je bulan depan. Insya allah hehe.


Aimi, Sallihin & Ana with our dessert, mine is Durian+ Mango+cincau ( grass jelly) with  sagu + santan,
Pearl + green tea ice cream & last tu yang banyak isi dia tu mango+ banana+pearl + jelly apa ntah + mata kucing with sgau and santan la jugak ehee sedap & mengenyangkan 
Sister in law bergambar di barisan kasut yang Banyak gila dekat Cotton on yang baru bukak di Jusco Tebrau Johor Bahru. Dah murah, murah lagi bila sale.

dan tahun ni, aku harap aku dapat explore Malaysia with Sallihin. berangan nak road trip, tapi kene fikirkan pro & cons jugak, tengok ada org siap road trip pusing Thailand lagi, macam best, harap berjaya lah kali ni :) yang penting duit kene ada lah tu je aku rasa hehe . btw gambar aku letak ni tak ada kene mengena pun dengan apa aku tulis. Cuma ni antara aktiviti hari minggu, pergi makan dessert haha.


- Posted using BlogPress from my iPhone

Saturday 5 January 2013

its been friday

bila ada kawan-kawan or adik-adik datang jb, aku mesti akan bawak pergi lepak kat roost salad bar ni, i just love to be in that cafe, so relaxing. and love all the deco. its vintage style + recycle furniture. but as i told u guys before, they only served salads , frozen yogurt & very limited drinks, so kalau planning nak lepak untuk makan kenyang2 boleh pergi makan kedai lain dulu.


so semalam, since sis in law aku datang bercuti, aku pun bawa laa dia ke roost (again) . sesuai nak melepak & gossip session kan . ajak our niece untuk join melepak sekali, kesian lepas SPM boring duk rumah hehe, kidnap kejap bawa jenjalan.


before ke roost, pergi lah jalan kat pasar karat tu kejap, fenomena tribal melanda, kebanyakkan kedai yang jual baju, mesti ada jual aztec tribal punya peplum lah, tshirt lah, leggings , and they also have tribal pashmina. masa tribal fashion ni baru mula2 nak famous, susahnya nak cari kat malaysia ni. sekarang ni dah berlambak-lambak. tapi kalau kat overseas, especially winter time memang sentiasa in je aku tengok tribal pattern ni, ingat lagi masa pergi Beijing, sehelai legging tribal yang comfy tebal gebu ( khas untuk winter wear) murah je dalam rm10-rm20, pattern macam-macam. kini rasa menyesal sebab buta fashion tak beli banyak-banyak kat sana and jual kat malaysia hahah.


ok lepasni kita tengok apa pattern yang paling in pulak. walaupun aku takde nak fashion2 tapi aku suka tengok & aku suka nak belikan adik-adik aku sebab diaorang pakai heheeh.

lastly happy birthday to my dearest sister in law , Siti Aisyah Abdullah :)

gambar biasalah semua stok sama macam dalam instagram, nanti sudi-sudi lah stalk gallery igers iolls hahaha , gallery katanya igers: aimilaili, plus aku dah deactivate twitter, sebab aku rasa aku tak productive time kerja ,tahun baru kene lebih focus ( heharap dah tak activate balik lah kan kekeke)

Posted using BlogPress from my iPhone