Sunday, 28 June 2009

• If You Could See Me Now •

Friends come in all different shapes and sizes, and the important thing is not what we look like but the role we play in our best friend's life.



Tajuk posting aku kali ni adalah pasal sebuah novel yang aku baru selesai baca. Dah lama mula baca, tapi disebabkan banyak halangan, tak dapat aku nak abiskan. Novel yang dimaksudkan ialah If You Could See Me Now by Cecelia Ahern.


Korang pernah tak rasa ada seorang rakan yang tak pernah dilihat oleh orang lain ? Cakap sorang-sorang, gelak sorang-sorang, main sorang-sorang. Kalau ada, tak korang bukan gila. Itu cuma rakan imaginasi korang yang wujud antara korang je, untuk bantu korang jadi lebih yakin dan berani. Bila dah datang keyakinan pada diri, perlahan-lahan rakan anda itu akan hilang. Korang baca lah novel ni, nanti korang paham. :lol:


Novel ni menceritakan tentang Elizabeth, seorang wanita yang perfectionist dalam kerjaya dan hidupnya, tetapi dibebani dengan masalah keluarga yang telah ditanggung sejak kecil. Elizabeth masih single tetapi terpaksa menjaga Luke, anak kepada adiknya yang sering menghilangkan diri dan suka hidup sendirian tanpa ada bebanan.


Hidup Elizabeth adalah sangat membosankan, pagi bangun kerja,malam balik tidur. Penuh dengan warna-warna hitam dan coklat. Masa bersama Luke juga tidak ada. Oleh kerana Luke ni keseorangan, jadik datang lah Ivan dalam hidup Luke. Ivan ni hanya boleh dilihat oleh Luke sahaja, orang lain tak nampak. Bila Luke mula cakap sorang-sorang, aunty die ni Elizabeth rasa anak sedara dia ni ada masalah mental. Tapi dilayankan juga, hinggalah pada satu ketika tu, Elizabeth sendiri nampak Ivan , tanpa menyedari Ivan dah jadik rakan imaginasi dia. Orang di sekeliling ELizabeth ni tak nampak pun Ivan, cuma Luke je yang nampak. Walaupun Elizabeth cakap dia buat semua perkara dengan Ivan, takde sorang pun percaya kat die, tapi mereka layankan je, sebab nak nengok Elizabeth ni happy .


Life's kind of like a painting. A really bizarre abstract painting. You could look at it and think that all it is is a blur, or you could focus on it and use your imagination - life can become so much more.


Ivan banyak mengubah hidup Elizabeth, menjadikan dia seorang yang lebih ceria, tidak terikat dengan rules, seorang yang lebih bertenaga,kreatif dan berani serta lebih mudah menunjukkan kasih sayang. Lama-kelamaan, Ivan terjatuh cinta kepada Elizabeth, begitu juga dengan Elizabeth. Tetapi cinta mereka ni terpaksa dihalang kerana, Ivan hanya datang untuk membantu, dan Ivan ni kan imaginasi je, so dia tak akan tua dan tak akan mati, jadi adalah mustahil bagi mereka untuk hidup bersama.


Ivan pada mula nya berkeras untuk bersama Elizabeth, tetapi akhirnya dia sedar bahawa jika dia meneruskan percintaan mereka, ianya akan mendatangkan lebih banyak kesedihan daripada kegembiraan. Kalau mereka bersama dan berkahwin , Ivan terpaksa melihat Elizabeth tua dan akhirnya mati sedangkan dia masih tetap sama. Jadi pada hari jadi Elizabeth, Ivan telah menyuruh Luke menjemput semua jiran dan rakan-rakan Elizabeth ke rumah untuk adakan birthday party, dia juga telah menjemput rakan kerja Elizabeth iaitu Benjamin datang. Benjamin ni kira macam ada hati gak la kat Elizabeth ni. On that day, Ivan pun slow-sloa jadi invisible kepada Elizabeth. Pada malam nya pula, Ivan mengucapkan selamat tinggal pada Elizabeth dan Luke. Tapi walaupun Ivan tak nampak di mata, tapi dia tetap ada untuk memerhatikan kekasihnya itu. Part ni sedih weh.


Begitulah ceritanya. Kesimpulannya Elizabeth ni berkawan dengan rakan imaginasi Luke, bernama Ivan, jatuh cinta tapi tak boleh bersama kerana Ivan ni akan jadi halimunan selepas beberapa ketika bersama dan memberikan beberapa pengajaran hidup kepadanya serta membuka mata hati Elizabeth untuk dia lihat apa yang dia telah hilang selama ini.


Selamat membaca :lol: untuk dapatkan sinopsis dan buku lain sila ke web Cecelia Ahern.


1 comment:

  1. 93SOaC ktpyevpupxwu, [url=http://mfgwqxsntlia.com/]mfgwqxsntlia[/url], [link=http://wtcifnageoso.com/]wtcifnageoso[/link], http://dqbevpdhmqmb.com/

    ReplyDelete