Pada 10th June, seramai 28 pelajar dari fakulti sains komputer, Universiti Teknologi Malaysia telah bertolak ke Beijing China dari KLIA, diiringi dengan 2 orang pensyarah iaitu Dr. Othman dan PM. Azlina . Rombongan ( macam rombongan cik kiah plak nieh) kami ke Beijing adalah bersempena dengan Delegasi Akademik dan Teknologi atau juga dikenali sebagai BARA selama seminggu yang dianjurkan oleh Persatuan Sains Komputer UTM ..... .....
Bergambar time baru sampai. *mata tak bley bukak,matahari terik woo*
Gile skema la aku type macam nak buat skrip baca berita haha ok back to normal style. So kiteorang pun belepas la dari KLIA, sampai kat Airport Beijing jam 6.40am camtuh la, gile pagi weh, tapi sesampai je hari dah cerah dah macam kul 9 am. sampai je smua gile semangat pakai mask, ye lah untuk langkah-langkah keselamatan kan H1N1 da berleluasa skang. Macam apa je jalan beramai-ramai dengan baju pilot ape bagai, pakai mask. Orang sana tengok seyes pelik. Kami telah disapa oleh pemandu pelancong kami yang berasal dari indonesia, tapi die cina la, cakap melayu pun melayu indonesia. ( bisa lihat ya bangunan-bangunan di sekitar, ya bisa bisa .. ) .
Tarik beg masing-masing yer, jangan lupa pakai topeng gaban
Memandangkan waktu awal lagi, nak check in hotel pun awal sangat, kul 2 baru bley check in, so Ah Hua ni bawak kiteorang pusing-pusing di Tian An Men Square dan Forbidden City.On the way pegi ke 2 tempat ni ( Bersebelahan je tempat ni ) , Ah Hua pun terangkan la serba sedikit tentang bandar Beijing ni. Menurut beliau, Beijing tahun 2009 adalah sangat berbeza dengan Beijing pada 10 tahun yang lepas. Sekarang ni, bangunan semua tinggi-tinggi dan canggih-canggih, tahap kebersihan bandar pun dah meningkat. Sebab kerajaan mereka dah kuat kuasakan denda kepada mereka yang buang sampah merata-rata, sekali buang sampah denda 25 yuan, 2 kali 50 yuan, 3 kali masuk lokap. Penduduk di China adalah seramai 1.3 billion orang, dan besar Beijing adalah 5 kali besar Kuala Lumpur. Bandaraya Beijing merupakan bandar pembangunan politik, manakala Shang Hai pula merupakan bandar pembangunan ekonomi China . ( baca ikut nada pembaca berita ye ) .
Pastuh, Ah Hua cite apa pun macam sayup-sayup je sebab layan mata tido, dengan traffic jam nye lagik. Ah Hua cakap, kat sana kalau orang kata lagi setengah jam nak sampai, makna nya lagik 1 jam, kalau lagik 15 minit nak sampai maknanya lagik setengah jam.Traffic kat sini lagi gila daripada traffic jam kat Malaysia. Di Beijing, pemandu-pemandu tak ikut sangat traffic light, jalan je, hon je manjang. Kereta dan basikal berlumba-lumba. Orang lintas jalan pun selamba je lintas, kereta hon pun buat muka dunno. Kat sini korang takkan nampak motorsikal, sebab penggunaan motorsikal dilarang. Basikal ramai lah orang guna. Yang jalan kaki pun ramai.
Group photo di Tian An Men Square dan di depan pintu masuk utama Forbidden City
Lebih kurang sejam lebih, kami pun sampai ke destinasi pertama lawatan kami iaitu TIAN AN MEN SQUARE & THE FORBBIDEN CITY , cuaca adalah sangat panas pada waktu ni, ye skang ni pun musim panas di China. Baru kul 9 lebih, orang dah ramai dah kat Lapangan Tian An Men tuh, semua bangsa ada, cina, omputih, melayu etc. Kat sini lepas diterangkan serba sedikit pasal sejarah Tian An Men Square ni, agenda seterusnya amik-amik gamba la kan. So Ah Hua bagik la masa dalam setengah jam untuk begambar kat kawasan sekitar Tian An Men Square before masuk ke Forbidden City. Tengok gamba dulu ya.
Museum Mao Zhi Dong. Ramai orang beratur nak masuk dalam museum tuh.
Lepas ni kita terus masuk ke Forbidden City yang ada 7 pintu kesemuanya. Ada lagik pintu yang tak masuk.Sebab da penat jalan.Aku malas nak type dah nie, nanti esok kite tengok apa aktiviti hari kedua.
Sekitar Tian An Men Square. Bunga-bunga macam tuh banyak di sepanjang jalan di Beijing.Ada gak bunga rose. Memacam warna ada. Kat sini agaknye nak bunga rose tayah susah-susah beli. petik je kat tepi jalan.save budget!
Pintu pertama di dalam Forbidden City. Setiap pintu ada nama masing-masing dan akan membawa korang smua ke ruang bilik yang berbeza bagi maharaja ketika itu. Seperti ruang meeting,ruang kerja,ruang salin baju,ruang tidur, ruang istirehat,tempat nak simpan sutera dan emas pun ade ruang masing-masing. Imagine je la 7 pintu. Ada lagik tapi atas bukit dan jauh sikit. Sangat la penat nak daki, so tak pegi.
Di hadapan toilet berbintang tiga * Tengok Kat papan tanda kat dinding tuh *. Di Beijing toilet dia ade bintang, ade bintang satu sampai bintang 7, tapi walau sebanyak mana pun bintang, air tetap kene bawak sendiri. Setiap tandas ada air di sinki je, dalam toilet takde.
Selesai jalan, semua muka dah lepak, so Ah Hua pun bawak la kiteorang g hotel untuk check in and makan ( Nanti aku cite pasal makanan plak k). Kami smua tinggal di Majesty Hotel ( Lou Ding Hua Hotel ) , hotel ni kira dekat gak laa ngan tempat-tempat nak jalan-jalan dan pasar. So boleh jalan sendiri.
Sempat rehat 2 jam je kat hotel, tepat jam 4.30pm kami smua dibawa pula ke kilang sutera. Ha kat sini la duet aku start abis banyak. phew menyesal tak sudah. haha lepas ke Kilang Sutera pegi makan malam pula. Lebih kurang jam 8pm, kami pergi ke Beijing Arts School ( lebih kurang la nama,tak ingat nie ) untuk menonton persembahan acrobatics. Di China tedapat 2 show yang terkenal iaitu acrobatics show dan juga kungfu show. Chinese opera tak dikira show, tuh kira macam music.
Awek ni bukan tidur, aku tersnap gamba die time die pejam mata. Gamba lain yang ok smua corrupted virus durjana makan. * sedey aku , takpe la redha walaupun lebih kurang 100+- gamba yang corrupt * Gadis cantik ni, walaupun badan die kecik, tapi die boleh angkat satu pasu yang gila besar guna kaki dia, dan guling-guling kan buat macam roda. Bukan pasu kosong, tapi pasu yang ada orang duduk dalam dia. Imagine je la ekh korang,takde gamba ni. Tere ah amoi ni. Fewit
Abish show malam balik bilik, jalan-jalan kat sekitar hotel, kenal pasti ada kedai apa smua, baru lah balik bilik tedo. Esok ada aktiviti lain plak. Ok later ya. nanti aku cite pasal g Greatwall dan summer palace plak.
wahhh bestnyeeeeeee!!
ReplyDeletebyk x port menarik d sana along? :evil:
aa banyak.memang tempat pelancongan kan.so memang banyak port2 menarik. nnty amy update lagik
ReplyDeleteWhoo... menarik btol Beijing... :cool:
ReplyDeleteyeah menarik kan.nnty tunggu cite pasal bird's nest sama greatwall
ReplyDeleteBeijing nampak menyelerakan! :) sudah pandai pakai tudung bagai-bagai pesen skg ya..err, ada tak beruang panda China yg makan buluh tu? :P
ReplyDeletekak aimi..
ReplyDeletepembetulan..
bukan matahari terik..
tp mmg mate sepet..ehehe
ceccece tau aa mata die bulat sebab spek kan hahaha :lol:
ReplyDeletehey.. yeker.. dok hotel sama ek.. aser ada la perasan waktu breakfast.. group you ramai2... budak2 UTM ker.. fuhh.. buat trip pergi beijing.. tp yna pergi 9hribln sampai 14 aribln...
ReplyDeletegambar2 you serious cantik2.. huhu.. rugi la kan kalo betul2 kenal boleh tegur and ambil gambar.. hik hik..
hai..saya skarang di beijing bercuti..blog u byk membantu..:)..hemm mana tempat beli silk n souvinear yg murah yek?? hehe
ReplyDeleteaaa glad to hear dat its help..
ReplyDeletebtw i dah email kat u tempat2 yang kteorang pergi utk beli souvenier & silk :)
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete