Wednesday, 29 July 2009

• 30 minit yang lepas •



1. Apakah yang anda sedang lakukan 30 minit yang lalu?



♦ duduk kat pc yang sama,kat cc taman u



2. 2 jam yang lalu?



♦2 jam lalu kul 10 la kan.tido kat umah



3. Minggu lepas?



♦ Di gombak.tolong persiap kan persiapan abg ayie kawen.



4. Tiga lagu yang boleh anda dengar berulang-ulang kali?



♦ Uncle kracker-smile



♦ Lonestar-amazed



♦Rascall Flatts- what hurts the most



5. 3 binatang yang anda tak suka?

♦ Tikus


♦ Ular


♦ulat gedik





6. 5 fakta tentang anda?



♦Suke novel



♦ Suke jalan sorang



♦ Aku gigit kuku aku. so aku takde kuku. bwah!



♦ Suka amik gamba



♦ Mengemas & memasak : aku lebih suka pilih mengemas.



♦ Suke perfume





7. Tahun depan mungkin anda?

♦ Habis blaja, kumpul duet jadik kaya.





8. Saya tak reti sangat…



♦ Masak.



9. Saya pandai …

♦ Makan.





10. Kawan saya…



♦ Ramai.



11. Saya ada…

♦ 4 orang adik


♦ Camera yang boleh tangkap gamba orang





12. Saya seorang…



♦ pengrisau yang berjaya.



13. Adik saya…

♦ ada 4 orang,semua perempuan.walaupun derang kekadang mensakitkan hati,tapi mereka nyawa saya.





14. Saya tak pernah bosan dengan (senaraikan 3)…

♦ Camera


♦Novel


♦ Perfume





15. Bilakah pertama kali bercinta?



♦ Awal 2004



16. Perkara yang selalu orang tak percaya tentang anda?

♦ Aku ni serius, bila aku serius.


♦ Bila aku cakap aku anak sulung.





17. Saya rindu…

♦ Family saya.





18. Saya tak sabar…



♦ ni soalan tanye, apa yang buat kite jadik tak sabar @ tak sabar nak buat sesuatu? ok tayah jawab sbb compius.



19. 5 laman yang anda slalu layari?

♦ Google


♦ Facebook


♦ blog-blog orang lain.


♦ Yahoo


♦ google lagik





20. Anda mahu tag?



♦ Smua dah buat lah ni.

• musim-musim orang kawin •

phew lama tak update ni. banyak dah gamba nak upload. tapi tak sempat.


last week abg ayie kawin, seminggu bekampung kat gombak, alhamdullilah smua dah selamat & settle.


This week kekasih gelap a.k.a my super duper best fwend aku plak nak kawen!. o m g! da nak kawen da azza, pas ni da takleh nak gossip-gossip laga-laga pipi. mesti si firdaus jeles. tak boleh nak tipu firdaus cakap kita tengah kiss-kiss,mesti die jeles gak. mesti pas ni korang dua orang je yang men-jeleskan aku!. ok takpe, aku redha. hahaha semoga korang berdua happy-happy bila dah menempuh alam berumah tangga ( ceh ceh ) kalau g honeymoon sila jangan lupa ajak aku skali hahaha.


kepada kengkawan aku yang kenal azza, jemputlah ke rumah beliau di kg bakar batu. ada joget lambak malam ahad. jangan lupe bawak adiah untuk aku hahah.mekaseh bye bye.gamba nanti aku add lain :smile:



hari-hari terkahir pptb gi shopping barang dapor.


nanti sesapa antara korang (nini,as,aina,fara,jiedah) yang kawen dulu,jangan lupe jemput aku. jemput aku time korang nak buat goodie bag! aku paling suka packing2 barang nie hahahahah. will miss korang.muAh sayang korang ketat-ketat.

Thursday, 16 July 2009

• Where Rainbows End •

Another book from cecelia ahern. Just finished reading it yesterday . which im supposed to do my thesis.but i just cant get off the bOok. It was so romantic and sweet and exciting and funny ( all of cecelia ahern novels are great ). Those who loves novel should really grab one of this.( konon aa rojak wahahah ) Sure tak regret aahhh! Nah summary cite ni,aku copy paste je aaa.kang if aku cerita, satu buku abis aku ceritakan.




From naughty children to rebellious teenagers, Rosie and Alex have stuck by each other through thick and thin. But just as they're discovering the joys of teenage nights on the town and dating disasters, they're separated. Alex's family moves from Dublin to America – and Alex goes with them. For good.

Rosie's lost without her best friend. But on the eve of her departure to join Alex in Boston, Rosie gets news that will change her life forever – and keep her at home in Ireland.

Their magical connection sees them through the ups and downs of each other's lives but neither of them knows whether their friendship can really survive the years and miles – as well as new relationships. And at the back of Rosie's mind is whether they were meant to be more than just good friends all along. Misunderstandings, circumstances and sheer bad luck have kept them out of each others' arms, but when presented with the ultimate opportunity, will they gamble everything – including their friendship – for true love?

Destiny, Alex and Rosie discover, is a funny thing and fate isn't quite done with them yet…

Harper Collins Publisher

Ok bayangkan dieorang ni kawan dari umur 5 tahun.sampai la dah kawin. bercerai,kawin lagik,dapat anak. pindah sana sini. dan akhirnya dieorang bersatu gak after bertahun-tahun mereka nafikan yang mereka ni sebenarnye saling sayang menyayangi. Pada umur bape dieorang bersatu ? korang baca la sendiri. nanti tak suprise. ehe bEst cerita berkisarkan tentang kepercayaan,kesetiaan, kejujuran. dan lain-lain sifat yang positif ehe :lol:


so skang ni ada lagik 2 buku daripada cecelia ahern yang aku lom baca. The gift & Thanks for the memory. Nanti aku dah baca aku bitau korang k dia tentang apa. Selamat membaca. Ok sambung buat assignment haha.


p/s: asp.net , php, CAD fusion & HTML :: Korang prefer guna yang mana ? Kenapa ?


Tuesday, 14 July 2009

• Tajuk tadi tajuk novel la •

A place called here, a novel by cecelia ahern. aha ni cite best.pasal benda,orang,barang yang hilang dan pegi ke satu tempat yang smua orang tatau. kat tempat tuh, semua bebende yang hilang ada. Bertahun-tahun.



Try la baca oke. Cuba bayangkan kalau seseorang yang korang sayang gila hilang dari sisi korang. Ok kalau tak seseorang pun.barang yang korang paling sayang lah. What will u do? nangis? or just let it be..


kalau aku hilang ada orang nak carik ke? ish ish emosional plak tetibe. kalau tetibe la terhilang. bukan saje hilangkan diri,tapi tetibe je, bangun pagi esok. tengok kat tempat yang tak pernah singgah, tak pernah jejak, tak pernah tau kewujudan. Nak rasa takut ke nak rasa eksaited? fuh scary. tak la tak la aku gurau je. hahah ok la nak balik bye.:roll: abah tepon dah! wohhhh

Monday, 13 July 2009

• A place called here •

Fuh cam dah lama tak update ni. Super duper bz argh! ( padahal baru seminggu je pun :p ) banyak mende nak tulis,tapi smua dah lupa. sorry la.sebab lama sangat simpan lam kepala.jadik bercampur aduk plak cam rojak. so kalau tulis kang,takut smua dongeng semata-mata. hahaha


skang kat fakulti, tengah nak pikir langkah pertama yang nak dilaksanakan untuk siapkan thesis. dari minggu lepas pikir, ( alasan je ni smua,padahal malas) .Tapi takpe, takde rasa takut sangat bila dah jumpa penyelia aku yang disayangi. Haha sayang sebab die dah dapatkan digitizer,bamboo by wacom so tayah la aku beli. tapi tak dapat pegang xplore lagi mende alah tuh.


Tetibe pikir tak buat lagik application tuh,tetiba rasa cuak. tetibe rasa cam " weh amy apsal bazir masa datang fakulti online tgk flickr aje! ", tapi pikir balik, takpe kelas aku hari isnin dan selasa. Rabu sampai Ahad free. So bley la mengerah tenaga untuk cuba siapkan game tu dulu. insyallah. boleh2 yakin2. kalau tak siap tak leh sambut awal ramadhan dengan family,takleh raya,takleh g jepun .whaurghh tekanan  :cry:


yakin yakin boleh! ok bye smua.Next week jom jumpe kat kl jom.soping2. ish ish tak sedar keje tak siap!


kawan-kawan tayah sms @ call la, aku taknak guna hp lah. hahah ( concentrate thesis :p)

Wednesday, 1 July 2009

• Kene tembak lagi •

Ok teruskan tag daripada Syed Azman


FOUR NAMES THAT FRIENDS CALL YOU :




  1. amy

  2. kezi

  3. kezitikus

  4. aimi




FOUR MOST IMPORTANT DATES IN YOUR LIFE :


  1. 170286

  2. 230260 - abah

  3. 021160 - mak

  4. 051188,291289,160994,121198 ( adik-adik aku satu )




FOUR THINGS YOU'VE DONE IN THE LAST 30 MINUTES:


  1. Baru bangun tido. ( haha mind me )

  2. On laptop

  3. Telefon mak

  4. Kemas katil




FOUR WAYS TO BE HAPPY :


  1. Tengok langit dan awan

  2. senyum juga macam syed azman

  3. Think positive

  4. Look at the bright side,walaupun sebenarnye mendung gila




FOUR PEOPLE YOU MISS FROM YOUR PAST :


  1. Kuchalana.

  2. Semua member-member yang dah lost contact,ramai lah.

  3. Semua yang telah pergi jauh,jauh sangat

  4. Jahlive Bushman. sama la ngan no 1 ehe




FOUR GIFTS YOU WOULD LIKE TO RECEIVE :


  1. Canon Speedlite & lenses

  2. 1 terabyte external hard-disk

  3. Bangun tedo terus kurus.

  4. 500D canon yang ada video skali.




FOUR OF YOUR FAVOURITE HOBBIES :


  1. Read Novels

  2. Photography

  3. Cartoons

  4. Collect erasers ( ni sambung hobby adik & mak )




FOUR PLACES OR COUNTRY YOU WANT TO GO FOR VACATION :


  1. Switzerland

  2. Madinah & Makkah ( boleh kan vacation sini )

  3. Budapest

  4. Holland ( aku nak pindah duk sini lah )




FOUR FAVOURITE DRINKS :


  1. Caramel frap

  2. Chocolate Chip Frap

  3. Caramel frap

  4. Gakaxy Caramel




FOUR THINGS ALWAYS FOUND IN YOUR PURSE/WALLET :


  1. Duit

  2. Discount card ( penting ni hahah )

  3. Driving License & My card

  4. Atm card




FOUR FAVOURITE COLORS :


  1. Hitam

  2. Biru

  3. Orange

  4. Merah




TOP FOUR HANGOUTS :


  1. Pantai di Mersing

  2. Jb

  3. Jb

  4. Jb




TOP FOUR U LOVE SO MUCH :



  1. My Family

  2. My Family

  3. My Friends

  4. My stuff




TOP FOUR "THINGS" SPECIAL TO YOU :


  1. My 400D

  2. Myvi merah abah kasi pinjam ( pinjam je kot haha )

  3. Memori-memori

  4. Gambar-gambar dalam simpanan.


TOP FIVE WHO YOU WILL TAGGED:
Tade a,semua dah buat gak tagged nie.

TOP FOUR REASONS WHY YOU ANSWERED THIS SURVEY :

1. Sebab rasa macam bersalah kat kawan-kawan aku ni.
2. Sebab skang tengah rajin
3. Sebab buhsan
4.Becoz aku belom lapar. ( ok tak? ) haha

• Mati kat dalam bilik hostel gemparkan pelajar •

Tajuk post aku kali ni tak tipu.betul.ada orang mati dekat kolej aku. So nak balik ke tak? alasan untuk  tak balik ke? huhuhu banyak la. Future kita bukan mati bersama-sama dia kan. Takpe balik dari shah alam baru pikir. :smile: nak tau lebih lanjut baca Metro tarikh 1 Julai 2009. Aku nak cerita pun tak berapa nak tau sangat.


Btw, al fatihah kepada arwah & her baby.


Ouh disini aku sertakan sekali keratan akhbar tentang perkara nie.




Tragedi di bilik asrama UTM


Oleh Intan Mas Ayu Shahimi
imas@hmetro.com.my

JOHOR BAHRU: Sedih dan menyayat hati! Itu nasib malang seorang bekas pelajar wanita berusia 26 tahun yang ditemui mati dipercayai akibat pendarahan serius selepas melahirkan anak dalam keadaan serba kekurangan di sebuah bilik asrama di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai dekat sini, petang kelmarin.



Lebih malang lagi, bekas pelajar tahun empat itu dipercayai menderita keseorangan ketika melahirkan anak dan hanya ditemui kira-kira jam 5 petang, selepas lebih dua hari Allahyarham menghembuskan nafas terakhir.

Kejadian disedari ketika minggu orientasi pelajar baru berlangsung apabila beberapa pelajar mengadu kepada ahli jawatankuasa (AJK) minggu orientasi ada sebuah bilik asrama berbau busuk.

Berikutan itu seorang daripada AJK minggu orientasi memeriksa bilik berkenaan yang berkunci dari dalam itu.

AJK terbabit membuat aduan kepada pengetua kolej kediaman sebelum pengawal keselamatan diarah menyiasat.

Sebaik pintu dibuka, pengawal keselamatan terbabit terkejut melihat sekujur tubuh tanpa seurat benang terbaring kaku dengan percikan darah di lantai.

Lebih mengejutkan, penemuan bayi lelaki yang sudah tidak bernyawa tidak jauh dari mayat wanita itu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Ruslan Hassan, berkata pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan mayat wanita berkenaan sebelum bergegas ke tempat kejadian.

“Berdasarkan siasatan, mangsa berasal dari Kelantan dan belum berkahwin. Dia disahkan meninggal dunia sekurang-kurangnya dua hari sebelum ditemui.

“Kami percaya besar kemungkinan kematian mangsa berpunca daripada pendarahan serius selepas bersalin.

“Namun, kita tetap meneruskan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kematian mangsa dan melihat sama ada wujud kemungkinan ada unsur jenayah,” katanya.

Ruslan berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan pasangan wanita terbabit pelajar di kampus sama.

“Buat masa ini kami dalam proses mengenal pasti pasangan wanita berkenaan bagi membantu siasatan, manakala mangsa sudah dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk bedah siasat.

“Sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi polis Johor di talian 07-2212999 atau tampil ke balai polis untuk membantu siasatan,” katanya.

Sementara itu, Penolong Pendaftar Perhubungan Media UTM, Sabri Ahmad, ketika dihubungi memberitahu mangsa sudah ditamatkan pengajiannya pada Januari lalu selepas gagal pada peperiksaan akhir Semester 1 sesi 2008/2009.

Menurutnya, bilik berkenaan disewa wanita terbabit sejak 11 Mei lalu kerana polisi UTM membenarkan orang luar menyewa bilik asrama ketika cuti semester.

Ditanya tindakan seterusnya berhubung kes itu, Sabri berkata, pihak kampus tidak dapat menangani kes berkenaan seperti kes biasa membabitkan pelajar memandangkan mangsa tidak lagi berstatus pelajar selepas ditamatkan pengajiannya.

“Bagaimanapun, kita akan berusaha membantu pihak berkenaan berhubung urusan berkaitan dengan kejadian ini,” katanya.

Berhubung dakwaan kemungkinan teman lelaki mangsa pelajar UTM, Sabri berkata, pihaknya tidak dapat mengesahkan perkara itu kerana buat masa ini belum ada maklumat mengenainya.

Artikel di ambil daripada myMetro. Bertarikh 1 Julai 2009

• Kene tembak dekat dahi •


Untuk korang berdua ekeke.


Hutang peluru daripada Nur Najihah ( aku tak ingat la nur ke nor haha ) Dan juga Azrul Shah


1. Kekasih saya adalah : Keluarga


2. Saya sedang mendengar : Lagu kat blog sapa ntah. Dah tatau nak detect


3. Mungkin saya patut : Tutup satu-satu blog yang terbukak ni ( ter la sangat )


4. Saya baru sudah : Call mak tanye mak kat mana.


5. Beza rakan, sahabat, kawan : Dari semua segi dan komitmen yang sanggup diberikan.Kawan sampai mati dari semua hal atau kawan bila time susah aje. So bley di kategorikan kepada 3 ni la.



6. Saya tidak faham : Kenapa saya tak kurus-kurus hahahaah
7. Saya perlu mencari : keyakinan diri untuk percaya mampu siapkan projek final year

8. Ayat terakhir yang dikatakan kepada saya : Along,tadi kat sekolah ada soal jawab , cikgu tanye adik sape nama,then adik jawab,then cikgu cakap : oh so sweet. ( adik aku yang last baru balik sekolah )


9. Makna kehidupan : Susah nak explain.Aku pikir gambar je dalam kepala otak ni.Ada pelangi warna-warni.Ada manusia-manusia sedang happy-happy,langit biru banyak awan.bunga-bunga warna-warni.pokok hijau.


10. Cinta itu adalah : Sesuatu yang indah,tapi bila dah hilang kepercayaan pada cinta, jadi tak indah.kekadang jadi satu pekara yang paling dibenci.kecuali cinta kepada allah,rasul,keluarga, sahabat yang sudi susah dan senang bersama.


11. Saya paling suka : amik gambar.


12. Saya akan cuba : belajr amik gambar dengan lebih sempurna,untuk kepuasan sendiri & habiskan degree skang.



13. Mengapa rakyat Malaysia suka menggunakan LAH di akhir ayat mereka : Penyedap ayat.

14. Telefon bimbit saya : abah yang bagi.


15. Katil saya : kaler pink ( ape tak caye ke )


16. Soalan yang bagi saya tidak perlu ditanya : Ada duit tak? ( sebab memang selalu takde duet haha )


17. Teknologi adalah : tangan yang tak nampak tapi rajin membantu.



18. Bagaimana saya boleh memasak masakan yang saya paling pandai masak : Dengan menjadi pekerja sambilan di kedai mak saya. ( apa je aku reti haha,roti bakar :p)

19. Semalam : Penat dan happy sebab balik Rompin jumpa sedara mara & tempah baju raya. haha eksaited la konon.


20. Hari ini : Tengah pikir camne nak jadik rajin untuk kurus kan badan. Leceh btol la banyak orang cakap-cakap. Ok la aku kuruskan la badan untuk korang. :roll:



21. Malam ini saya akan : Kemas baju.Kemas bilik.Cuba duduk depan tv dan bukan laptop.
22. Esok pula saya akan : Esok hari khamis, tolong mak buat apa yang patut, luangkan masa dengan family.

23. Saya betul2 inginkan : Canon speedlite .


24. badminton atau futsal : Dedua pun boleh.


25. Karaoke : Aa ada kedai karaoke baru bukak kat sebelah kedai mak aku.


26. Kereta : baru je berani bawak kete abah.


27. Bilik yang terang atau gelap : Gelap


28. Makanan jepun adalah : cantik.


29. Ayat terakhir yang nak anda katakan pada seseorang : Ok,adik.


30. Siapa yang anda tag: Takde sesapa,sebab macam semua orang dah jawab ni.

• Makan-makan •

Aku admit weh aku tak tere amik gambar, so bila abg fuad ( tukang masak bengawan solo restaurant mersing ) suh aku amik gamba makanan, cuak weh. Cuak sebab tak confident. Tapi amik je la, daripada g hire fotographer kan, baik aku tolong mak aku free je. Tak kesah lah hasil dia macam mana. Asal nampak makanan sudah. Dari jam 1pm sampai 4pm , sambil tunggu abg fuad masak-masak makanan yang nak disnap gambar,sambil tuh snap-snap gambar makanan yang dah siap. Tak benti.weh amik gambar ni penat lah seh. nampak je macam tekan-tekan ehe.


Lepas smua dah siap snap gambar, masa untuk makan la kan haha. Herm, tapi hasil tangkapan tak memuaskan la. Kan dah kata bukan pro. :mad: Background smua clear nampak.haha. sedey-sedey.:cry:





Macam mana nak amik gamba cantik-cantik nie!! Urgh! Meh la ajar, bagi cadangan ke apa...:sad:



takpe-takpe.Usaha tangga kejayaan! ok cuba lagi di lain masa.



Jemput lah datang ke Bengawan Solo Cake House & Western di Taman Wawasan Mersing Johor. Kepada yang tinggal di Mersing, if nak order pelbagai jenis kek juga boleh la datang ke sini. Terima Kasih.