Thursday, 8 April 2010

• Granada.Spain •

Hye, ini cerita dah lama,tapi baru rajin nak cerita sebab aku malas nak edit gambar,ni pun malas so aku cincai je la oke haha.Cerita ini so last year,tapi nak share jugak sebab mana tau kot-kot korang nak pegi sini. haha takpe sharing is caring bak kata mereka. Let's move on.



♥ Granada here we come!.Bengkel kereta.View sebelum masuk ke Bandar Granada ♥


Ini sedikit cerita di Granada & banyak gambar di Al-Hambra. ehe :lol: Granada terletak di Andalusia,Spain. Terbahagi kepada beberapa district iaitu Realejo,Cartuja,Bib-Rambla,Sacromonte,Albayzín dan Zaidin ( glemer zaidin u olls ), setiap districtnn nie populasi die berbeza-beza la kan contoh macam Realejo ramai orang Jewish & Bib-Rambla ramai orang Arab,siap ade arab street smua. Kat Granada ni ada ramai orang Arab sebab die ada pengaruh dinasti Nasrid. Oke kalau nak tau lebih lanjut pasal sejarah-sejarah Granada yang aku rasa menarik, boleh ke wikipedia k. Kang cakap aku cite sejarah plak kat sini kan. :oops:


Kami disini selama 2 hari satu malam sahaja. Kejap gile tak sempat nak beramah mesra dengan penduduk dan jenjalan.Memang terhad masa kat sini. Takpe Insyallah lain kali kalau ada rezeki sampai lagi di sini. So,sesampai di Granada, kami tinggal di Marcia Condor II ( ala-ala apartment ) so senang lah sebab ade dapur dan alatan memasak. Itu penting sebab time kiteorang pergi,memang masak. biasalah ade yang tak bleh tinggal langsung masakan malaysia, eventho pakai sardin cap sepanyol haha. Sebab yang kedua ialah dah muak makan kebab.But dont worry,kat sini ada banyak minimart ala-ala 7 eleven yang jual macam-macam makanan mentah seperti sayur-sayuran dan buah-buahan. Ok daging tayah la belikan sebab tak halal.



♥  Suasana Granada Waktu malam. Di Medina's Souvenier . Infront of the hotel.Ni bangunan lah.Gambar group harus la kan at the triunfo garden.bunga-bunga aku tatau nama ♥



♥ Kiosk jual paper & magazine. Lampu jalan yang unik.Bangunan lawa tapi dinding smua pun kene conteng♥



♥ Ade jugak lah mural yang cun. Suasana lorong-lorong yang ade kedai makan & souvenier. Tong sampah ice cream kat kedai ice cream.beli air apa eh sedap (medina ni kaya la aku rasa kat sana) ♥



♥ Kami di jalan San Juan De Dios. Sardin Spain ( Packaging Comel ). ehem wanna ride? ♥


Kiteorang sampai dalam waktu tengah hari jam 2.30pm waktu die la kan, waktu Malaysia aku taktau. After dah setel makan tengah hari secara berjamaah,solat apa smua, kiteorang pun pegijenjalan kat sekitar bandar Granada ni, luckily hotel yang kiteorang duduk tuh berada di tengah bandar,so tak de la jauh sangat nak jalan-jalan. Time ni lah jumpa Arab Street,memang sepanjang jalan orang arab yang berjual.Kebab,Seesha,barang-barangan dari arab. Kekedai die takde lah macam kedai kite,ade tempat parking depan kedai smua,tapi die macam kat lorong-lorong sempit belakang bangunan rumah orang. Kedai-kedai souvenier pun banyak. Kalau korang pegi jenjalan,make sure time jumpa barang korang nak tu,terus beli je,jangan pikir :"takpe nanti jumpa lagi." ish ish tak mungkin ok, nanti kalau tak beli  time jumpa 1st time memang menyesal.Kecuali la kalau korang memang nak duduk sana terus,tayah lah beli souvenier kan hahah.



♥ Yeah dah on the way. View of the city time nak naik the red hill. The ticket : Euro 13 ♥


Hari kedua, last day la ni kat Granada, kami telah pergi ke The Alhambra & Generalife . Sebab utama kami ke Granada. Alhambra ni tersenarai dalam UNESCO World Heritage, dan ia bermaksud MERAH atau RED dalam bahasa omputih nye.



♥ Kami di entrance before memulakan perjalanan masuk ke Alhambra ( penat weh ) ♥


Kenapa merah? sebab bangunan ni atau istana ni di bina pada kawasan bukit yang tanah die bewarna merah  ( the red hill ) dan juga ada kene mengena dengan nama founder dinasti Nasrid Muhammed ibn al-Ahmar ibn Nasr. ( see al-Ahmar = al-Hambra ) ok nak dekat la tuh kan. Al-hambra ni bukan terus-terus ada, ia dibina sikit-sikit sampai la jadi macam sekarang ni. Menurut buku yang aku beli ni ( semangat u olls beli buku sebab teruja dengan sejarah dia ) it is much more a product of 3 centuries of construction. Ok 3 centuries bukan masa yang pendek ye. Just imagine je lah. Dekat dalam buku ni ade satu table yang tunjuk tahun-tahun pemimpin dia.Malas aku nak salin lah. kesimpulan nye ia mula wujud pada zaman pemerintahan Nasrid, islam sebelum di rampas oleh orang kristian pada tahun 1429 dimana pemerintahan islam di spain telah gagal. sedih ye. tapi peninggalan tuh yang penting ye. walaupun begitu ada satu bangunan yang dulunya adalah masjid, tapi sekarang dah jadi church dalam kawasan al-hambra tuh.sedih ye.



♥Palacio de Carlo V.luar petak dalam bulat macam collosium.Houses the Alhambra Museum and is used during the Festive Of Music and Dance to stage concerts ♥



♥ Jeng-jeng-jeng,ok dah masuk ke bahagian dalam.Tapi tak ingat ni bahagian yang mana ♥



Susah aku nak explain tentang bangunan dan dinding-dinding kat dalam Al-Hambra tuh. Dinding dia semua terukir dengan ayat-ayat alquran dan kalimah-kalimah Allah.Luar dan dalam. Semua ukir satu persatu. Memang dapat rasa pada dinidng dia. Amazing gila kot. The view dari atas ni pun cantik,dapat tengok satu bandar Granada. ( Al-Hambra ni terletak di atas bukit, ye ) ok now let's the pictures do the explanation ( bukan talk sebab korang bukan bley dengar pun kan ish)



♥ Ukiran berbentuk kubah ♥



♥ Seluruh ruang dipenuhi ayat-ayat memuji Allah & Islam ♥



♥ Terpelihara selama beribu tahun ♥



♥ Tiling atau alicatado : terdapat macam-macam bentuk ( bintang,ombak ) menunjukkan elemen-elemen yang ada. It consists of mathematical formula such as division,multipilcation etc. ♥



♥ See the shadow of the roof? ye itu menunjukkan cuaca adalah sangat terik tapi sejuk woh ♥



♥ yang last skali tu,ialah ukiran di atas siling. korang pandang atas dan nampak ukiran ni smua.nyum2 ♥




♥ Pandangan dari luar.pun berukir juga ♥



♥ Comars tower.This use of water to mirror the tower was used some 3 centuries later in the Taj Mahal at Agra in India. Nice kan,my fav pic among the rest nieh ! ♥


Apa yang tertulis pada dinding-dinding ni? yer sekumpulan spanish research team telah membuat macam encryption eh apa tuh yang untuk tau apa makna tulisan-tulisan tuh,dan buat masa sekarang (hingga masa aku tulis ni ) mereka dapat menterjemahkan dan mengkatalogkan lebih kurang 3116 daripada anggaran 10,000 inscriptions that cover the World Heritage site. Ayat yang paling banyak kali muncul ialah " There is no victor but Allah", dan juga terdapat messages such as " perpetual happiness".Tapi yang pasti setiap ruang menceritakan sesuatu yang berbeza.



♥Tower of the ladies. Ok bila sampai disini,kite dah nak sampai dekat Generalife,apa tuh? tengok gambar seterusnya ok ! ♥



♥ It's a garden. :grin:. wild lavender.roses♥


Generalife was a retreat where the Granadan monarchs could relax,away from the daily toil and bustle of the court.Nevertheless,its proximity to the Alhambra meant that the sultan could still be close enough to palace affairs to attend to any urgent matter which might arise,whilst at the same be far enough away to enjoy the intimacy of the courtyard. ni aku copy paste daripada buku yang aku beli nie, apa ingat aku tulis sendrik? takde maknenye.tapi kat bahagian taman ni pun ade banyak lagi bangunan-bangunan dan singgah sana yang cantik-cantik.Tapi aku rasa macam dah banyak kot gambar aku letak,rasa macam nak letak semua je, nak kasik korang tengok and feel skali.Tapi kang over la plak kan letak gambar haha.Ouh ye kat taman ni ada memacam jenis bunga,ade cockscomb,rosemary,cidonia,spirea,snowball,scarlet sage uish memacam kot.tapi ikut musim gak laa kan die berbunga.



♥ Ni je la yang termampu nak amik.hahah nak amik dari hujung ke hujung,aku takde wide lense. :razz:


Taman ni kira penghujung bagi istana alhambra nie,terus ade jalan keluar.So from here,korang boleh nampak keseluruhan Alhambra dari pintu masuk pertama hingga terakhir,boleh nampak semua tower. Cantik.Kalau berkesempatan memang aku nak pegi lagi sini,and spend time explore alhambra.


Ok tuh je la kot untuk hari ni,nanti aku sambung lagi about our next location after Granada k.Sebelum meneruskan perjalanan,kami sempat pergi ke bandar untuk carik makan.haha lapa gile kot,kat dalam tu takde makanan. Till then enjoy all of the pictures! and hope korang dapat lah sedikit ilmu disini.cewah ilmu tentang jalan-jalan. ekke :evil:



♥ Having lunch at Doner Kebab Nemrut. Kebab & rice ( tak sedap,tapi sedap sebab lapar).Kedai buah yang tak boleh disentuh ( kalau nak kene panggil pekerja die amikkan , bersih woh). Granada Hoy tata ♥

6 comments:

  1. sungguh indah.... cantek 2..teruja2

    ReplyDelete
  2. ko ni mcm minat sejarah jugak lah yer. mahal tak buku tu? hadiahkan kat aku blh??

    arab street tu ada sama petaling street??

    ReplyDelete
  3. hahaha.tade la minat.tapi bleh la..aa buku tuh eh ko g belik sndrik aa.sayang woo..mahal plak tuh aku beli kat sana.

    nanti la kalau aku g lagi aku belikan utk ko la ye.

    arab street tuh tak sama macam petaling street die macam lorong2 gelap je.

    ReplyDelete
  4. sungguh sonok jalann2 gi sepanyol kanns,

    salamm,

    ReplyDelete
  5. :lol: cm besh je..~ teringin nk g honeymoon sane. hehehe~

    ReplyDelete
  6. wah5 best nyer jalan2 mkn angin
    :grin: :?:

    ReplyDelete