Showing posts with label ronda. Show all posts
Showing posts with label ronda. Show all posts

Wednesday, 25 May 2011

• weekend getways 21.05.2011 •









Mula-mula je dah gambar makanan hahahaha. Ini di teluk sepang, desaru kota tinggi. :) Bye. Nnati will story later bout the chalet k. Take care

Tuesday, 24 May 2011

• Up Up in the air - Singapore Flyer •

Assalamualaikum. Hye *wink*. Nah weekend di Johor Bahru dihabiskan dengan pergi ke negara jiran tengah-tengah malam buta. ekek . More to come. Biasalah curi-curi update blog time kerja memang macam ni.





One of the place yang kita singgah. Singapore Flight. Tapi of course lah time ni dah tutup, eksyen-eksyen je snap gambar ekek. So sesiap yang nak try naik Singapore Flyer ni ticket boleh beli online dekat sini , harga tiket





  • orang dewasa( adult) ialah S$29.50

  • Kanak-kanak( children) S$20.65

  • senior citizen ( 60 tahun ke atas) S$23.60


Waktu operasi ialah dari jam 8.30 am hingga 10.30pm. Ha korang agak-agak aku sampai kul bape. hehe. Tetiap hari bukak, ticket booth pun bukak tetiap hari dari jam 8am hingga 10pm. Dinasihatkan supaya datang awal 30 minit sebelum waktu berlepas. Cewah. Macam nak naik flight ke apa ekkekeke. Ok sambung kemudian . Till Then :)


thanks to Azza and her husband Firdaus, sebab bawak pusing satu singapore in one night ekeke.

Wednesday, 9 March 2011

• Spain.Italy in 14 days •

Assalamualaikum. Well benda ni da lama sebenarnye. December 2009. haha tapi aku malas nak letak kat dalam blog. Tapi semalam tengah sesedap tengok gambar, tetibe ternampak folder gambar pegi sana. Maka ini lah serba sedikit. Aku sebenarnya nak kongsi pasal tempat tuh, history, the buildings everything. Tapi biasalah malas. ekekek

• While in the bus. on the way to Granada Spain from Portugal •

• Plaza Mayor - Madrid •

• Metropolis Madrid •



• Plaza De Toros - Madrid - nak tengok bull's fight boleh datang sini oke , tapi ada season dia• 

• ini trademark when nak sampai madrid, spain•



• Upon arrival at Milan Airport - taking easy jet from Rome •

• The colloseum - Rome  •



• One of the many statues in Rome. This is the one which is not naked statue. Most of them are naked phewww •
• Old city of Rome •

• One of the many street artist there. (oi betul ke ? hahah ) •



• Sempat singgah ke Vatican City , tapi pope takde lah tido kot •



• View of the Venice's river alley  •


• Ambulance in venice  •


• Thaqif & abang main kejar-kejar pigeon yang banyak amat •

• Nutella yummeh in venice- makan2 ice cream & crepe terbaik ( kot ) •

• Souvenier to bring home hehehe #gelakjahat •

• Gondola - ada murah ada mahal, yang cantik 80 euro: 5 person/ gondola. yang murah 50sen je.• 

Friday, 11 February 2011

• Whisk . macaron. red velvet •

Assalamualaikum. Semakin menjadi-jadi kegilaan terhadap benda manis. Macam mana nak kururs? hahah elak dapat kencing manis je phew. Mintak dijauhkan lah. Semalam ajak angah pergi ke Empire Shopping Gallery semata nak cari benda manis.



♥ comel tak tulisan ni .? haha . apa ntah nama die, nnt aku bitau ♥


ok laa tipu je, sebenarnye ada hal la sket kat sana, dah alang-alang sampai, makan laa kan. Setelah settle hal-hal yang sepatutnya disettle kan, jenjalan laa cari benda manis. Kat sini banyak benda manis ok pastu tak ramai orang sangat tuh yang best. (atau mungkin time aku pergi tak ramai orang,aku tatau laa kan) By the way, ok angah suggest kat aku pegi try kat Whisk Bake Shop, di mana kawan aku juga pernah lah sebut-sebut nama kedai ni.   Kedai ni bebetul kat sebelah Jaya Groceries kat Ground floor tuh.



♥ Ini pintu depan. tapi xde pintu belakang.♥


Kedai die takde la besar.Kecik kot! memula aku diri kat cashier, sebab kene pegi order sndrik, style ala-ala macam starbucks kan, kalau sorang-sorang takpe, cuba kalau 3-4 orang nak oreder skali, ok memang boleh lemas. Tapi ada banyak pilihan cake korang boleh order, contoh nya Red Velvet cake, Apple cake, carrot cake. Then cupcake smalam aku nampak red velvet je. Kemudian ada macaron 3 size, small,large dengan extra large.



Harga  untuk satu slice cake ialah rm 11.90 , tapi puas laa weh nak makan,manis gila. hahah ye puas hati.



Ini macaron tu, kiteorang amik yang medium ke large size tatau lah, tapi mcm normal size lah kot. Yang small tuh kecik gila, macam skali ngap je dah habis. Yang ni harga RM 5.5/pcs, kalau yang extra large tuh RM 8, yang small tuh aku rasa RM 2.50 kot. Ini pun tak habis ok. Aku take away satu kasik kat kawan aku hahaha.



Ini biasalah peneman aku kat Kotaraya ni hahaha. Adik aku ni tak kuat makan , die slalu pun teman je, tu laa die kurus. hahaha aku ni pantang nampak. Air tu pun kiteorang share 2 orang, tapi aku rasa air die agak mahal lah. RM 17.80 maybe guna caramel mahal ke apa tatau la.


Ok itu sahaja aku nak kongsi dengan korang hari ini. Kali ni aku tulis sesiap harga, sebab nanti kalau korang nak try makan kat sana, dah tau lah harga die. Senang sikit takde tertanye-tanye. Ok bubye semua. Hari ni aku ada order macaron dekat fb, tapi nanti la dah dapat baru aku bitau korang k.


Tuesday, 8 February 2011

• Rabbit Wabbit 2011 •

Assalamualaikum. Hye. Camne cuti raya cina korang? harap-harap best la k. Cuti aku macam biasa, balik Mersing,makan-makan. Tapi tak pergi jalan-jalan pun, sebab mak banyak dapat tempahan kek kawin lah birthday lah,almaklum je la kedai cake chinese semua tutup, nasib baik Bengawan Solo bukak tau, kalau tak mesti kesian pengantin-pengantin yang last minute baru cari cake kawin ke cake hantaran kan.Ok itu cerita di Mersing.


♥ Tadaaaa ubi kayu & ikan masin ♥


♥ Aku rasa kat johor je makan pisang goreng dengan sambal kicap ni ♥


Di Puchong plak,sebelum cuti haritu, officemate aku yang tiga orang ni dah plan nak makan Yee Sang beramai-ramai. hah padahal tak ramai mana pun.campur aku ada 4 orang je la, 2 chinese,1 indian, and me myself a malay. Berbilang kaum kan. welllll ~



♥ Yee Sang with them : Carson,Sim & Harsha ♥


Gambar kat bawah ni pulak masa baru naik kerja hari tu. Hehe of coz laa ada angpow kan.kata pun belom kawin.Tapi dapat 3 je , alhamdulillah :grin: Then kat office ,masa hari 1st kerja tu, ada lion dance & chai shen ( 财神  )God of wealth untuk bagi ong la kat office tahun baru ni kan.




♥ See the lion &  财神 ♥


Ok tu je. Tata take care.




Tuesday, 1 February 2011

• Semua pun manis-manis belaka •

Assalamualaikum semua. Seperti biasa banyak nak cerita,banyak yang buat aku sakit hati memaki-maki tapi dalam hati . Tapi tu semua sekejap je, 2-3 hari aku lupalah. Insyallah. Maka dengan itu mari aku sajikan korang semua benda yang manis-manis sahaja.



♥ Fatal attraction ♥


Nama tak bleh blah kan, nak makan pun pikir-pikir jugak lah. Ini korang bleh dapatkan di cupcake chic kat sunway pyramid ada, pavillion ada. Rasa die ok la not bad, tapi aku tak berapa suka sangat, sebab cake die tak manis. Walaupun coklat die tuh manis, tapi kan aku jenis makan layer by layer, maka cake die tak dapat lah rasa manis coklat tuh. ok sekian.



♥ Red Velvet ♥


Ok kengkawan ini bukan red velvet cupcake yang selalu hanis zalikha twitpic tuh, bukan juga aku oder daripada ibu die puan nani tuh kan, tapi sebab asyik tengok twitpic cik hanis tuh laa aku tetiba macam nak pegi rasa lah red velvet ni. Maka dengan semangat nye pegi cari kat cupcake chic. haha ofcoz laa ada, biasalahh aku ni mana laa pandai nak baking2 nie.makan terer lah. :) nak balik rumah suh mak tercinta buatkan pun tak berkesempatan nak balik, how lah ! ok tayah nak emo sangat lah amy!


Baideway,semua harga cupcake kat cupcake chic ni ialah RM 4.90,tapi sedap. okbai. ouh ada lagi satu, smalam malam baru lepas jumpa adik-adik yang comel,cun,hemsem smua ni hahah, dieorang ni satu junior club foto UTM skudai dulu, lagi 3 orang ni aku baru kenal laa from twitter. Nice to know u guys, ok kalau nak blanje lagi nanti panggil lah hahaha. ok patutnye aku yang belanje sebab korang adik-adik kan. nanti laa ada rezeki tak kemana cewah.


♥ Gambar blur,biasalah aku snap daripada pc je nie. lagi sorang takde dalam gambar,lelaki melayu terakhir hehe. sebenanrnye kiteorang tak offer nak amik gambar die, mesti die patah hati. sorry weh ♥


Dari kiri: @naomiashikin, yang mata tak nampak tuh aku lah as usual, pipi terlebih, then @AyongQiela & adik manis yang belanja kiteorang makan *malu tutup muka * @Reenamuhamad, yang takde dalam gambar ialah @fzren.


Aku tatau laa dieorang ni bagi ke tak aku tulis twthandle dieorang ni. haha takpe la agak tak bagi kang aku remove. ok thanks semua. Panjang umur murah rezeki jumpa lagi. Insyallah.


Tuesday, 21 December 2010

• Bearry Xmas •

Assalamualaikum. hehu. Harini aku sampai office gila awal kot, sebab takut jam katanya. Sebab aku tak tau kalau dari bandar Kuala Lumpur nak ke Puchong waktu sesak awal pagi jam berapa, maka dengan gigih nya pagi tadi drive keluar jam 6.30am itu pun jalan dah banyak kereta. Kalau dari Puchong, jam 8.15am sempat lagi nak sampai office jam 8.30am. Semangat gitu! hahah


Oleh sebab keluar awal, sampai pun awal, sempat lah aku tedo 45 minit dalam kereta. Mantap lah. sampai pening-pening kepala aku. Apa jadah aku cerita semua ni, aku pun tak tau lah. Tujuan nak letak gambar je hahah. ok tata.


♥ Deco Christmas di Midvalley - meriah uolls, rasa mcam nak angkut bawak balik barang satu dua teddy bear ♥


♥ Ini bukan Christmas giveaway tapi early birthday present untuk ateh 29th Dec - sepatutnya rahsia- tapi mungkin tak rahsia dah ni. ♥


♥ Selamat Malam Kuala Lumpur - ceh2 haha - view from our room last night ♥


Ok lah sampai disini sahaja.oho tapi semalam aku ada satu benda tak puas hati dengan promoter yang kerja dekat isetan the gardens, bahagian kasut Lewre < ko tengok betapa semangat aku tulis kat department mana semua, sebab promoter kat situ dia kerja hanya untuk berdiri macam patung je, bila tanya-tanya ( dengan sopan ye aku tanya ) macam tanya dengan dinding ke cermin ke. 3-4 kali juga lah aku ulang soalan tu, tapi hampa... cewah, so korang kalau pergi shopping kat sana, doa lah dapat promoter yang baik hati suka senyum iman penuh didada. Ok aku marah sebenarnya. Tu je bye.

Monday, 6 December 2010

• Bisou. Ferrero •

Assalamualaikum. Nah aku sajikan korang smua dengan pencuci mulut yang manis-manis belaka. Kek Cawan dan juga Aiskrim ferrero rocher. OMG - ouh mee goreng, semua pun manis sampai ke tekak dan sampai ke hari ni terasa lagi manis nya. Maka esok merupakan tahun baru islam dan aku dapat cuti dan akan pergi ke klcc lagi untuk membeli kek cawan yang manis terlebih gula. Esok sebaik-baiknya berpuasa ye.


♥ aku tamak, taknak makan ferrero rocher yang sebijik2 tuh,tapi aku nak makan aiskrim die,banyak hahah♥


♥ Sebab jauh diperantauan,tak boleh suruh mak buatkan cupcake, maka terpaksa pegi kedai je beli. Manis die sampai ke tekak oke.nyum2♥


Ini cupcake dekat Bijou Klcc, depan tgv klcc tuh. Memacam flavour ada, ni aku beli dark secret kot, aku pun tak ingat lah.hahah satu cupcake harga dia rm5, agak besar gak lah. Ade 2 cawangan Bisou ni satu kat Bangsar Village & satu kat KLCC, kalau nak more info boleh pegi sini lah kan Bisou Bake Shop .


Kalau korang duduk kat Mersing , ehe ye rumah ku syurgaku Mersing Johor, Boleh lah pergi ke Bengawan Solo Cake House & Cakemania Cafe untuk makan cake-cake beraneka jenis cewah.


♥ Selamat hari natal . semua raya pun aku nak raya hahah ♥

Friday, 3 December 2010

• December 02 •

Assalamualaikum semua. Bulan ni aku dah nekad tak nak pegi holiday mana-mana, sebab last month dah pergi pangkor & kuching, patutnye sebulan sekali je. Tapi apa kan daya. Cewah. So bulan ni bulan untuk pusing-pusing shopping complex tengok deco untuk christmas & movie. Maka movie pertama bulan ini yang akan ditonton (cewah) Rapunzel. Ye lah aku macam ketinggalan sikit ah sebab ramai orang pun dah pegi tengok. eheh Social network pun officemate aku duk cerita-cerita, takpe takpe man man lai. Yang penting aku dah tengok Hachiko okeh! Untuk tatapan semua aku trace balik si cameleon rapunzel ni, saja tadi sebelum balik - Tadaaaaa - ok bye semua.



Wednesday, 1 December 2010

• 4 Hari 3 Malam •

Assalamualaikum semua, halo2. Harap sehat la semua hendaknya.




4 hari 3 malam di Kuching. Now back to Kuala Lumpur. Kerja-kerja. Nanti aku update lagi, tentang aktiviti selama 4 hari di Kuching oke

Wednesday, 3 November 2010

• Happy Deepavali •

Assalamualaikum, halu . :) Yeah dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Happy Deepavali kepada rakan-rakan yang menyambut perayaan ini, exspecially kepada officemate aku Harsha . Jangan lupa bawak maruku banyak-banyak. Bila sebut deepavali aku rindu woh nak makan capati free hahaha. Dulu masa masih tinggal dekat Johor Bahru, time deepavali mesti sibuk-sibuk ikut abah pergi open house rakan-rakan beliau yang menyambut perayaan deepavali, best woh, boleh makan capati sampai banyak-banyak, jumpa macam-macam jenis maruku, kuih raya dia orang pun lain juga. nyum-nyum ada juga yang bagi makan nasi atas daun pisang. Best gila! Walaupun raya untuk kaum lain, aku excited lebih hahaa. Sebab utama : makanan. :mad:


Baik mari lupakan makanan sebentar. Jadi, Deepavali jatuh pada hari jumaat 5th November, maknanya satu Malaysia la cuti. Hari jumaat tuh, sesiapa yang hari sabtu memang tak kerja, memang lah best, hari minggu yang panjang sikit. Aku lah orang yang best tuh hahahah. Sebab hari sabtu aku memang tak kerja, maka aku dan adik angkat aku telah merancang untuk cuti-cuti Malaysia. Lokasi kena lah agak-agak dekat dengan Kuala Lumpur, sebab cuti tak lama. Kami telah memilih Pulau Pangkor di Perak. Ye sekali lagi dalam tahun ni aku pergi Pangkor. Semangat! hahah harap-harap  dekat perak bukan musim banjir seperti di Kelantan, Kedah ,Perlis & Terengganu. :!: Percutian kali ini, aku cuba untuk kekalkan percutian dalam budget.Tapi selalu nya tak berapa nak berjaya. Haha mesti ada terlebih. Tapi insyallah boleh kot. Nak buat macam cerita Destinasi Bajet kat 8tv yang ada Qushairi Mohammed Razali . Destinasi Bajet ni perbelanjaan mesti bawah rm300 kan? aku rasa macam dah terlebih ni herm herm. Harap perjalanan kami ke sana lancar di musim-musim perayaan ni.


♥ Aku memang suka berjalan, Bon Voyage ♥


Ok lah, insyallah nanti aku update lah lagi. Hope pergi Pangkor dapat jumpa Hornbill.