Ini cerita last 2 weeks. Masa pergi bersuka ria di Kuala Lumpur. Penat jalan-jalan & sementara tunggu untuk masuk ke cinema, kami telah menjamu selera di FRAMES Cafe yang terletak di Oasis Boulevard Sunway Pyramid.
Makanan dia not bad. Tapi apa yang menarik ialah hiasan cafe ni ialah bingkai-bingkai gambar hence the cafe's name la kan. Macam-macam gambar ada kat sini. Ade yang dalam Malaysia, ada yang dari luar negara. Kira sambil makan tuh,boleh laa mata juga dijamukan dengan gambar-gambar yang cantik.
Menurut pekerja kat situ,sesapa yang berminat nak letak gambar mereka kat cafe ni,boleh lah hantar gambar yang dah siap di print,nanti die akan framekan ikut size dia . Glemer laa kan sebab nanti boleh laa letak nama sekali. haha. Ok sila menjamu mata dengan gambar yang tak seberapa ni
♥ Frames ♥
♥ Interior deco cafe ni ♥
♥ Sebelum makanan sampai,bergambar lah dulu ♥
♥ Setiap dinding pun ada gambar ,pusing-pusing lah kot2 ada gamba candid muka korang ke,mana tau ♥
♥ Muka excited dapat makanan hahah ♥
♥ Carbonara ♥
♥ House chicken = grilled boneless chicken ♥
Itu sahaja hari ini ehe. kalau nak buat reservation ke apa boleh pegi sini. Ade juga menu on9 boleh pilih makanan siap2.
Kalau sesiapa yang dekat Mersing Johor, nak makan western food & local food of course lah boleh pegi Bengawan Solo Cafe sebelah dengan Maybank Mersing, senang je nak cari. :)
saje kasik tulisan besar so korang singgah time datang Mersing haha. Mersing tuh dekat Johor,sempadan Johor & pahang.merisng bukan last la,aku rasa endau yang taman negara tuh last. Kalau sesapa nak pergi Pulau Tioman, boleh naik bot dekat jeti Mersing ni.