Monday, 30 August 2010

• Cuti •

Assalamualaikum. Takde hati untuk menulis. Gambar yang tak seberapa ni je aku sajikan untuk korang k :smile:



♥ Ini masa yang ditunggu-tunggu kan? ♥



♥ Kenapa tak boleh ? sebab real? kenapa? ♥




♥ Vanilla crepe - rindu nutela crepe at  venice. 10 tahun lagi baru dapat rasa kot ♥



♥ in their own world.. ♥



♥ more free friday for longer weekends ♥


p/s: Biarlah orang nak buat jahat kat kita,takpe jangan balas,siapalah kita nak balas-balas.Tu semua kerja tuhan.Biar orang tak tau cerita sebenar.Takpe.Biar orang salah faham.Takpe. Yang penting kau tau diri kau sebenar macam mana. :smile:


Keep singing.smiling.laughing.hoping.noticing kindness.love n love some more.

Monday, 23 August 2010

• Peminat buku mari dekat •

AssalamualaiKum.happy monday! selamat berpuasa pada hari yang ke 11 (if i'm not mistaken) ehe.aha tadi salah tulis yang ke 22  plakkkk.mekaseh erin sebab bitau ekeke


Baru je beberapa minit yang lepas,( excited nak sharing,terus update blog hahahahahah ) my colleague tadi bagitahu ade book fest at KLCC Convention centre. Bukan minggu ni,tapi next week daripada 4th sept sampai 12th sept 2010.


Kalau korang peminat buku,tak kisah buku cerita,buku ilmiah,kamus ke ,any books lah kan, boleh la singgah kat sini, sesambil shopping untuk raya kan ehe.shopping buku untuk baca time raya nanti. Semangat ehh. Untuk mengetahui lebih lanjut, boleh la ke laman sesawang ini : http://www.bookfestmalaysia.com/ so boleh tengok floor plan dia semua.Tapi aku rasa dia under popluar book store kot, banyak buku dalam bahasa cina dari luar negara.



pic taken from here


Teruja tak peminat-peminat buku sekalian. Kumpul duit dari hari ni sempat lagi.:wink: Ok bye.


Wednesday, 18 August 2010

• Just in case •

Assalamualaikum.ehe just in case aku lupa,ingatkan aku eh yang raya dah nak sampai.! haha puasa pun belom abis,dah sebok nak raya kan. Semangat gila kot ! Bulan ramadhan ni kene rajin beribadah,kene kejar semua peluang menambah pahala yang ada. Jangan lupa okeh.


Ouh sebut tentang raya,tahun ni mesti aku akan kekurangan kewangan ni,mesti dah tak dapat duit raya,dan kene memberi duit raya kepada adik-adik tersayang. :roll: Tapi,jangan risau adik-adik ku, along confirm akan bagi duit raya kat korang sebab abah kan dah support beli keperluan raya, tu belom tambah keperluan kerja lagi hahahahahaha ( gelak gembira ) . Ok sebenarnye aku nak letak gambar je ni, dengan pantas skali aku mengupdate blog semasa semua officemate aku pegi keluar makan . ( dieorang bukan islam ye, tak puasa , ,jangan salah faham ehe )


Ok disebabkan aku ni baru kerja,so cuti aku tak banyak,semua pun save untuk raya hahaha, jadi untuk still dapat berbuka bersama keluarga, family aku datang aa kat sini ,untuk jumpa aku & angah. Bagus ye,nasib baik tak duk kat London ke mana kan. gila nak suh datang sana tetiap 2minggu ehe. Sesambil tu, dieorang shopping raya skali, sempena mega sale ni kan,sila jangan lepaskan peluang haha, exspecially encik Abah ikut sekali, sangat heaven berbelanja. :mad: ( rasa bersalah pulak ) ehehe .



♥ melepak di iCity - Thanks mak ehe ♥



♥ jangan sentuh weh,kalau tak serious wesel tak behenti bebunyi - annoying haha ♥



♥ angah mungkin dapat duit raya lebih dari along,sebab banyak membantu eheheh - At wangsolo Sec7 Shah alam, tayah pegi jejauh nak minum alpokat oke,nasi ayam penyet pun sedap ♥



♥ Meneruskan operasi mencari baju & kasut raya ♥


Ok ah tuh je, cerita lain nanti along update lain kali aa eh korang,take care, jangan tinggal puasa sesuka hati, jangan lupa tunaikan solat 5 waktu, terawikh dan baca al-quran, banyakkan berzikir, jangan dengar lagu lady gaga je. Ok assalamualaikum :grin:

Friday, 6 August 2010

• Friday •


AssalamualaiKum.


woo sekejap je dah jumaat weh! kejap gila aku rasa. mungkin terlalu bz ke kan..mungkin laa kot hahaa. Next week dah start puasa. Aku jeles laa negeri-negeri yang bercuti pada satu Ramadhan. Apsal aku kene kerja kannn! ouh takpe, hari rabu je pon. bukan direct ehe.


Next week mesti petang-petang nak balik jalan jam.mesti aku kene berbuka dalam kereta. kesian ye. mesti mak,abah & adik-adik makan sedap-sedap dekat rumah,aku makan roti gardenier je. sadis! dah lah malas nak pikir makan apa.


Saje je aku update sebab testing-testing lukis guna bamboo touchpad nie, aku rasa tulisan aku comel la hahahahah :neutral: aku je la rasa. eheh dalam bulan Ogos ni,akan bertambah bz laa,sebab dah nak kene create game baru!. omg macam nak pening-pening lalat je pikir. Tapi seronok lah!


aku bitau korang aa yang suka sangat main game tuh, main game memang seronok weh.senang,boleh release tension etc2, tapi nak buat satu game yang bagus, susahlah weh! boleh jadi tension sebab nak fikir ke-logik-kan game tersebut,graphic yang perlu digunakan dan banyak lagi. Jadi hargailah game-game yang ada sekarang hahaha :grin: ok tata.


weekend ni akan berpeleseran bersama 5 ex-fsksm utm phew,lama tak jumpa, apa cite?

Thursday, 5 August 2010

• Makan-makan moments •

AssalamualaiKum.


Pejam celik,meredah macet di kota, tak sangka kejap je sebulan berlalu. Seronok tak? ye seronok, tapi at the same time aku rindu masa aku dekat Mersing dulu. Walaupun kerja yang berbeza, kat sana tayah nak mengejar masa dan berebut-rebut. Tapi, what to do, hahahaha ( poyo gila macam redha je lah beserah ).


Aku bz, ye betul, bz dengan kerja 5 hari seminggu dan memanjangkan langkah 2 hari seminggu. hahaa. Nothing much to say. But then it's a lot actually,just that i don't have the mood to write  :sad: so here goes the gambo! ehe smua date end of July k.





Dragonfruit's Lolo ( macam abc but with fresh fruit , with no added sugar )



Mango's Lolo ( We had it at Jusco Maluri )




Laksa Penang at Nyonya's Imperial Bandar Putri Puchong




Ini special sebab kait sendiri ! ye banyak lagi yang diangkut bawa balik. Thanks to my kakak yang berada di Muar,sebab bawak ke Lenga mencari buah-buahan tempatan.





This is Toriniku to Kinoko no Cream Sauce & curry pizza at Pasta Zanmai, Empire Gallery Subang.


Belanja my sister angah, with my 1st salary haha excited ye,sekarang gaji dah habis,baru 5th August kot. haha.fail money planning.


Ok so try lah pergi makan kat Pasta Zanmai. Die makanan Itali tapi ala-ala jepun style. kalau nak rasa kelaianan cubalah. :smile: Take care peeps~


p/s: Susah kalau pernah berkawan dengan orang yang cantik ni, serba serbi dia je yang betul. Ouh ya lupa, mestilah kan, dah la hot stuff. Of coz la kamu je baik. Kan semua orang suka kamu sebab kamu ni macam angel baiknya. Tapi takpe, bukan kamu dibuang, tapi kamu yang membuang. :cool: