Friday, 19 November 2010

• Today is yesterday tomorrow •

Assalamualaikum. Nothing much to update although there's a lot of things happend now and then. Just trying to survive and of course be a good 3d animator, though still need a long journey to reach there, but will try my best to keep the positive vibe in me. Yeah. So till then, take care all.



Monday, 15 November 2010

• Free Free Free •

Assalamualaikum. Hye semua. Hari ni aku nak bagitahu kat korang yang bukan susah nak dapat barang free ke, discount ke apa ke kan. Apa yang korang semua boleh buat ialah pergi ke iTunes, download satu aplikasi nama iStage, iStage ni medium yang menyenaraikan nama-nama kedai yang berada di Malaysia, terutamanya Kuala Lumpur. Tapi aplikasi ni hanya untuk pengguna iPhone je. Sorry yerp.. :oops:




Bukan sahaja memberitahu jarak & alamat kedai tuh, tapi ada gak kedai yang ada bagi digital voucher, contoh macam Vanity Hairven dekat Sunway Giza, die bagi 15% discount for partial highlight, exclusive for iStage users only, so best kan? jadi jangan lepas kan peluang untuk dapatkan iStage di iTunes harini.


iStage boleh didapati di sini : iTunes Link untuk maklumat lanjut boleh pergi ke Fling Rock Studio atau Profrabjous.

Friday, 12 November 2010

• Itulah, kan dah bagitahu •


Assalamualaikum. Eheh.Emosi ye ayat aku tulis atas tuh, menyampah tau emosi-emosi ni. Tapi biasalah manusia, semua perasaaan tu mesti ada. Walau kau seceria mana pun, tetap akan ada satu hari yang akan rasa tak best, yang kau rasa nak diam je, yang kau akan rasa nak duduk sorang-sorang bawah meja ke belakang langsir ke bawah katil ke. Asalkan jauh dari semua orang, tapi perasaan ni kejap je, lepas 2-3 jam mempoyo-poyo emosikan diri, terus huha huha balik gelak sana gelak sini, lupa masalah.


Tapi sebenarnye, masalah tu ada, cuma malas nak fikir.Lain orang lain caranya. :smile:


Ok lah nanti aku update lah gambar pergi Pangkor. Yea Serawak , aku nak pergi jumpa kau lagi :smile: Tahun ni kita cuti-cuti Malaysia je lah ok.

Thursday, 11 November 2010

• Oi •

Assalamualaikum. kurang ajar kot ber-oi oi , ish ish. Yeah nak cuti lagi. :) tolong lah ramaikan duit cepat.

Wednesday, 3 November 2010

• Happy Deepavali •

Assalamualaikum, halu . :) Yeah dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Happy Deepavali kepada rakan-rakan yang menyambut perayaan ini, exspecially kepada officemate aku Harsha . Jangan lupa bawak maruku banyak-banyak. Bila sebut deepavali aku rindu woh nak makan capati free hahaha. Dulu masa masih tinggal dekat Johor Bahru, time deepavali mesti sibuk-sibuk ikut abah pergi open house rakan-rakan beliau yang menyambut perayaan deepavali, best woh, boleh makan capati sampai banyak-banyak, jumpa macam-macam jenis maruku, kuih raya dia orang pun lain juga. nyum-nyum ada juga yang bagi makan nasi atas daun pisang. Best gila! Walaupun raya untuk kaum lain, aku excited lebih hahaa. Sebab utama : makanan. :mad:


Baik mari lupakan makanan sebentar. Jadi, Deepavali jatuh pada hari jumaat 5th November, maknanya satu Malaysia la cuti. Hari jumaat tuh, sesiapa yang hari sabtu memang tak kerja, memang lah best, hari minggu yang panjang sikit. Aku lah orang yang best tuh hahahah. Sebab hari sabtu aku memang tak kerja, maka aku dan adik angkat aku telah merancang untuk cuti-cuti Malaysia. Lokasi kena lah agak-agak dekat dengan Kuala Lumpur, sebab cuti tak lama. Kami telah memilih Pulau Pangkor di Perak. Ye sekali lagi dalam tahun ni aku pergi Pangkor. Semangat! hahah harap-harap  dekat perak bukan musim banjir seperti di Kelantan, Kedah ,Perlis & Terengganu. :!: Percutian kali ini, aku cuba untuk kekalkan percutian dalam budget.Tapi selalu nya tak berapa nak berjaya. Haha mesti ada terlebih. Tapi insyallah boleh kot. Nak buat macam cerita Destinasi Bajet kat 8tv yang ada Qushairi Mohammed Razali . Destinasi Bajet ni perbelanjaan mesti bawah rm300 kan? aku rasa macam dah terlebih ni herm herm. Harap perjalanan kami ke sana lancar di musim-musim perayaan ni.


♥ Aku memang suka berjalan, Bon Voyage ♥


Ok lah, insyallah nanti aku update lah lagi. Hope pergi Pangkor dapat jumpa Hornbill.


Tuesday, 2 November 2010

• I'm a small bird •

Assalamualaikum. Hye minggu ni aku suka dengar lagu 我是一只小鸟 - I'm a small bird - saya seekor burung kecil by 丁噹 (della). aku tak ingat la sama ada aku da pernah post pasal lagu ni ke tak. rasanya tak lagi kot. Takpe la kalau terpost dua kali pun. Dapat korang belajar mandarin banyak sikit haha. Tapi aku tak letak semua lah lagu dia. Chorus je ok kot. :) Kalau ada tersalah translate sila betulkan aku ye.Ada juga perkataan yang aku tak translate terus dari perkataan kanji ni, aku translate ikut kesesuaian ayat.




每次到了夜深人静的时候
mei ci dao le ye shen ren jing de shi hou

Setiap kali sampai waktu malam senyap




我总是睡不着
wo zong shi shui bu zhao

Saya selalu tidak dapat tidur nyenyak




我怀疑是不是
wo huai yi shi bu shi

Saya curiga adakah




只有我的明天没有变得更好
zhi you wo de ming tian mei you bian de geng hao

Hanya esok saya yang tidak akan bertambah baik?




未来会怎样究竟有谁会知道
wei lai hui zen yang jiu jing you shei hui zhi dao

Apa akan jadi masa hadapan, siapa akan tahu?




幸福是否只是一种传说
xing fu shi fou zhi shi yi zhong chuan shuo

Adakah kegembiraan itu hanya satu cerita dongeng?




我永远都找不到
wo yong yuan dou zhao bu dao

Selamanya tidak akan saya jumpa



我是一只小小小小鸟
wo shi yi zhi xiao xiao xiao xiao niao

Saya ialah seekor burung yang kecil




想要飞呀飞
xiang yao fei ya fei

Hendak terbang




却飞也飞不高
que fei ye fei bu gao

tetapi tidak mampu terbang tinggi




我寻寻觅觅寻寻觅觅一个温暖的怀抱
wo xun xun mi mi xun xun mi mi yi ge wen nuan de huai bao

Saya mencari-cari suatu pelukan yang selesa




这样的要求算不算太高
zhe yang de yao qiu suan bu suan tai gao

Permintaan begini adakah terlalu melampau? ( tinggi-高-gao )


Lagu ni sangat best. pada aku lah.haha kalau korang nak tengok pinyin atau lyrics ni yang penuh, boleh la ke sini . Translation boleh mintak kat aku lah kalau dalam bahasa.Lagu ni pun ada yang version lelaki yang nyanyi, Richie Ren. Not bad gak. K lah bye semua. :wink: