Tuesday 20 July 2010

• Comel gila •

Assalamualaikum + halu semua. Aku takde bahan untuk nak update blog kali ni,tapi sebab aku ade masa free kat office ni, so aku tulis je la. Apa yang comel? korang laa kot..ehe ye tapi ada benda lagi comel. Jap mari kita mula daripada awal.


Aku ada banyak gila hobi, biasalah tamak hahaha. Salah satu hobi aku ialah kumpul kasut. Selalu kan orang kumpul heels je ke, sneakers je ke, tapi aku kumpul dedua. Kan da cakap tamak.tapi tak pakai pun haha :eek: Tapi aku bukan nak cerita pasal kasut aku kumpul pun, skang aku nak cita pasal kasut yang comel-comel untuk baby-baby comel baru lihat dunia - eEe geram :smile:- . Takkan aku nak kumpul infant's shoes plak kan, tapi kalau dah kawin ada anak bleh la ehe. So sebab aku suka tgk kasut baby, aku slalu akan pilih bagi kasut kat kengkawan aku yang baru dapat baby.


Aku paling suka infant's stan smith adidas. Cool gila, kasut lain pun comel gak contoh macam GAP. Macam yang Sue Anna Joe belikan baby boy die, Gap sandals macam yang gambar bawah nie. Comel gila kot. Tapi kalau aku nak  beli pun,aku nak kasi sapa pakai? anak kucing? urghh geram.!



Masa Saffiya was born, aku tatau nak bagi apa kat anak abg ayie ni, so pusing-pusing masuk gap jumpa satu kasut baby color pink comel gila. kecik pastu comel haha , die ala-ala macam ni laa



♥ Saffiya ♥


Then ade lagi satu aku belikan untuk Fanea Jauza anak kepada kak Jen & abg Joe , baru je 2 minggu kot aku rasa baby ni. Yang ni aku paling suka ah sebab die bulu-bulu pastu comel ada muka boleh gerak-gerak.arghh geram jugak yang nie!




♥ Fanea Jauza ♥


haha semua baby girl.baby boy takde lagi. So sesapa kawan aku yang nak dapat baby, bitau laa aku, nanti aku kasik adiah kasut! eheheh mungkin nnti aku akan belikan anak korang kasut-kasut dibawah ni ke kan.





ok ni pilihan aku laa buat masa ni. Tapi ade banyak lagi aku suka la. OMG. Nak kawen nak dapat baby! hahahah gila gedik seot! Gambar semua aku amik kat google,kecuali gambar baby-baby :wink:

Thursday 15 July 2010

• Touch & Feel •

Assalamualaikum semua. :grin: hope semua sehat-sehat kat luar sana. ehe agak lah dah 2 minggu aku tak update. bukan ape, bila kemalasan tu datang pepaham je laa kan. Diam tak diam,bising tak bising dah dekat 2 minggu gak la aku dah start kerja. Erm before aku kerja, smua orang yang aku tanye pendapat kata kerja ni tak best. So aku agak cuak juga laa masa 1st day nak start keje, tapi on the 1st day aku rasa happy gila hahaha. Tatau la apsal,mungkin aku ni tak penah kerja kot. Perasaan ni mungkin akan bertahan dalam sebulan awal je ke..who knows kan. Tapi kalau kita kerja apa yang kita suka, mesti la kita happy kan. Kita jadi tak happy bila kita kerja benda yang kita tak suka. Betol tak? betol la kot. :lol:


Banyak yang jadi dalam masa 2 minggu ni. daripada ade 10 kawan baik,skang tinggal 9 kawan baik.(anggaran je ni) ni yang part sedih la. well mungkin salah aku, tapi aku tatau lah.Mungkin memang takde keserasian untuk berkawan. Bila hilang kawan ni, sakit die lebih sakit kau hilang kekasih. ish tu yang aku rasa la,tatau la apa korang rasa kan mungkin berbeza pendapat masing-masing. Aku doakan dia bahagia dan berjaya dalam hidup :oops: .


Yang best nye, well boleh jalan-jalan banyak tempat,last week dah pergi floria kat putrajaya,kalau aku duk mersing mungkin aku tak berpeluang pegi sini. ( tapi ni bukan tujuan utama laa nak kerja) , boleh pergi explore memacam jenis kedai makan. haha tapi duet pun mengalir dengan lebih laju, awal-awal baru kerja ni,mungkin masih memerlukan bank daddy mommy ( mengada ye) hahah tapi kalau dah berbulan-bulan tatau lah perlu lagi ke tak. Kalau orang da nak bagi wang saku,takkan nak tolak kan hehe :cool: aku harap raya tahun ni dan tahun-tahun akan datang aku dapat lagi laa duet raya.AMINNNNNNNN :eek:


Dapat gadget baru kat office.weeehuu ok nak pegi main-main dengan buluh. Later smua.


p/s: mood sedih lagi ni.Terkilan

Sunday 4 July 2010

• Ayai Kumpulan Ilusi Sporting •

PKK singkatan bagi Pusat Khidmat Kontraktor. PKK ni bukan kontraktor tapi merupakan satu organisasi kerajaan di bawah Kementerian Kerja Raya yang membantu selesaikan masalah untuk kontraktor bumiputera. Kira macam kalau korang nak jadi kontraktor,kene pegi sini mintak lesen apa bagai. Kalau tak salah aku kalau korang nak buat lesen kontrak kelas A,B,C kene pegi PKK Ibu Pejabat, tapi kalau lesen kelas D,E,F boleh je pegi PKK Negeri. Kalau Johor, pejabat PKK terletak kat Wisma Persekutuan, Jalan Air Molek.


Oke tu je serba sedikit tentang PKK.Sebab selalu kalau aku sebut kerja kat pusat khidmat kontraktor,mesti orang akan ingat kerja sebagai kontraktor la tuh.Tak,bukan ye kawan-kawan. Kontraktor lain.untuk info lebih lanjut boleh pegi laman web rasmi PKK .


Kenapa tiba-tiba je kan cerita pasal pkk? haha mukadimah panjang. Sebenarnye nak update pasal Family Day PKK negeri Johor untuk tahun 2010 ni. Bertempat di Air Papan,Mersing 11 family telah mengambil bahagian. ye tak ramai pun, sebab bukan kontraktor nak ramai-ramai kan . :smile: Ni la gambar-gambar kat sana, kot-kot korang suka,boleh buat family day kat air papan jugak. :smile:



Diatas adalah gambar chalet yang kiteorang duduk.Ni chalet baru,kira cawangan Sri Mersing Air Papan Resort punya gak. Cantik sebab die guna kayu pine, lain dari yang lain kan :smile:



Gambar kat atas ni pulak adalah makanan yang dihidangkan, biasalah kalau datang Mersing mesti lah ada seafood. Makanan yang ada seperti udang bakar,sotong telur masin,ikan bakar,kambing bakar pun ada. memang puas dan sedap lah makanan semua.



Gambar yang ni pulak adalah barisan staff-staff pusat khidmat kontraktor negeri Johor.Then warna tema untuk family day kali ni ialah color orange, dari ke topi hingga baju semua pun oren,meriah uolls~ ehe. Setiap keluarga yang datang akan dapat satu doorgift macam dalam gambar tu,bakul yang ada macam-macam makanan dalamnya, ada roti,kek,muffin,jajan dan lain-lain. Yang gambar encik pakai baju belang tuh pulak ialah artis jemputan yang juga menjadi pengacara majlis pada malam tu - Encik Ayai dari kumpulan Ilusi. sedap lagu dia exspecially lagu Puisi Cinta :grin: Thanks to his family too for joining our family day . Sporting!



Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Semua seronok,ada jugak yang kelakar. Yang penting semua happy dan sporting. Takde sorang pun yang kata tidak,smua pun redah je ! Best.hadiah yang ada pun semua best-best, menang dapat hadiah,kalah pun dapat.bagus kan ehe.



Perserta-peserta semua semangat-semangat belaka. eke dan yang bertudung pink tu salah seorang ajk pada hari tersebut. Ok tu je laa yang aku boleh share. semoga PKK Johor buat lagi aktiviti macam ni, mengeratkan lagi hubungan antara staff-staff dan ahli keluarga,disamping dapat release tension dengan kerja . :cool:




p/s: tak,aku bukan kerja di PKK, aku ni tukang amik gambar je.cheers :smile:



Saturday 3 July 2010

• Sunset •


♥ Sunset at Soekarno-Hatta Airport Jakarta ♥



♥ sunset while on the way to Amsterdam from Rome - terlepas nak nampak matahari,color je tempias sempat snap ♥


Kesimpulannya disini.mana pun kita pergi semua pun sama. ciptaan yang maha esa paling indah. subhanallah. :smile: sunset kat Mersing takde plak aku snap.maghrib weh kene balik rumah ehe.