Tuesday, 26 October 2010

• Food chapter 1.0 •

Assalamualaikum . Waalaikumsaalam. Pekabo smua. hope sehat je la eh. Memang la aku ada banyak benda nak update. Tapi biasalah aku kan pemalas kuasa dua. ha-ha-ha. gambar dalam camera pun banyak tak simpan lagi. Ateh convo, Family datang melawat. dan lain-lain. Cewah macam sibuk sangat.


Sebab aku diet, nah korang amik gambar makanan lagi! hahah aku diet tipu je la weh. takde maknanya aku nak tinggal kan makanan yang sedap-sedap ini, kang aku berjaya diet, korang rasa tercabar plak. hahaha poyo seot!





♥ Cheese Foccacia - yang ni sedap weh rupa macam biasa2 je ♥


Foccacia ni sejenis roti yang macam pizza, sedap & sangat lembut, roti memang laa lembut kan,tapi ni lembut lagi lah haha. Mengikut kajian aku kat wikipedia, " Focaccia (Italian pronunciation: [foˈkatʃːa]) is a flat oven-baked Italian bread,[1] which may be topped with herbs or other ingredients.



Focaccia is related to pizza, but not considered to be the same." Sangat terkenal dekat Itali dan selalu dimakan dengan minyak zaitun, ala-ala macam appertizer macam dekat Itallianies. Dan sekarang anda-anda diluar sana boleh dapatkan di Cone Pizza . IOI Boulevard Puchong.



♥ Ini biasalah macam baked rice tuh tapi die tuka fettuccine ♥



♥  nyum tengok gambar menyelerakan tak? eheh seekor rm25, boleh didapati di Souq Putrajaya, kat bawah Masjid Putra. Ada juga terdapat ketam goreng ye ♥

♥  Dan yang ni bukan makanan- muka teruja bila dah kenyang- Sekian ♥

Terima kasih semua. Selamat menjamu mata di waktu tengah hari :grin:

Wednesday, 20 October 2010

• Protein Diet •

Assalamualaikum semua. Hari ni aku nak cerita pasal protein diet. Sebenarnye aku tatau laa sangat kan, yang aku tau  protein diet nie tak boleh makan benda-benda yang berkarbohidrat , contohnya macam nasi, roti, benda-benda yang diperbuat daripada tepung. Buah-buahan pun tak boleh makan sepanjang orang tu buat protien diet. Kira yang mudah nye, kau boleh makan ayam,daging, susu, cheese, kacang-kacang contohnya macam badam.


Ade officemate aku ni die buat protein diet, then aku pun join-join laa dia, haha aku memang tak makan nasi & roti semua, tapi aku makan ni



♥ CHicken CHop. Tapi aku tak makn laa mashed Potato tuh (konon nye laa kan )-checkered flag restaurant Puchong ♥



♥ Spagetti Meatball @ glitters GSC One Utama ♥


♥ Ini paling favourite - mini hazelnut tart @ crossover bridge ikano-the curve. ♥


So, agak-agak berjaya ke aku follow Protein diet nie? hahahaah takde nasi yeah right! Semoga berjaya. cewah. :mad:

Wednesday, 13 October 2010

• 09101010 •

Assalamualaikum semua. :) Tajuk entry kali ni ialah nombor! yeah nombor laa kan 09101010. Tuh tarikh weekend arituh, ehe di mana pada 101010 tuh yang semua orang pakat2 nak kawen,nak tunang, & yang ada kes accident bas & kereta kat Simpang Ampat Melaka,yang ngeri sesangat. Al-fatihah untuk mangsa-mangsa yang meninggal dunia.


Ok masa 09.10.10 tu aku dengan semangat nye telah pergi ke Muar Johor, untuk jumpa akak angkat aku. Seronok & time tu gak laa kira macam 1st time in this year aku drive jauh. Penat kot, selalunya kalau balik kampung adik aku yang drive, aku dah biasa tidur je sepanjang perjalanan. Tapi masa hari sabtu tu aku sorang-sorang je drive. Phew penat rupanye ye. Kat Muar tak pegi memana sangat,just petang tu kiteorang pegi jenjalan kat Melaka. Dekat gila Muar & Melaka lalu jalan dalam, 30minit je. Kereta pun tak banyak, jalan pun cantik. Ala-ala macam federal highway laa kan.


Pagi 10.10.10 aku bersiap-siap laa nak balik Puchong semula. Memula akak angkat aku tu macam nak suh aku balik lewat-lewat skit, tapi disebabkan aku ade janji ngan kawan aku yang lagi sorang ni kat klang, aku pun gerak laa dalam kul 12 tengah hari.


Malam tuh,masa tengah lepak-lepak,makan cake,tengok wayang,minum-minum tetiba dapat berita yang ada accident dekat Highway Plus tuh. Fuhh bederau darah, kalau lah aku balik petang daripada Muar, kemungkinan aku terlibat sekali atau tersekat dalam jem tu adalah besar. Syukur alhamdulillah aku gerak pagi. Sedih dengar berita macam tuh. Sebab masa lalu kat jalan tu,memang takde lah expect akan jadi menda-menda tak baik kan.fuhh.. tarik nafas lega aku. Pulak tu ayah aku call, dia kata masa dia tengok bawah bas tuh Myvi merah, die dah risau dah, tapi bukan kereta aku, lega dia.


Alfatihah sekali lagi & takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat. :cry:


Lupakan sebentar perkara yang sedih. Disini aku juga nak ucapkan Selamat hari jadi kepada kawan aku, Dr.Noel ewah dah 26 tahun. Pegi Klang sebab nak beraya dan sambut beday dia. Sian sambut sorang-sorang dengan Dee je. Kawan aku ni dia gila kan Panda. Cake,perhiasan,meja,muka dia pun da macam panda hahaha.Then we went to Jusco Bukit Tinggi & watched Sammy's Adventure. Weee seronok rasa macam nak pegi travel round the world & experience the adventure for ourself. Huhuh kalau laa kan kalau.



♥ Nyum2 Kak yati & Dina ♥



♥ Birthday girl @ Panda's lover ♥


♥ Special by Dr.Noel ♥



Sorry quality gambar iphone kurang memuaskan. Gituwww kan! haha poyo ok.


Ok semua.Jumpa lain kali, dengan gambar2 dari camera baru,ehe.


Tuesday, 5 October 2010

• Free iphone •


Assalamualaikum. Sehat semua? ehe saja aku update time-time dah nak balik nie. Hari ni happy kot!. *kot bunyi macam tak sure je happy* tapi,ye lah happy. Why leh? hahah sebab harini boss aku kasi iphone yeay! tapi bukan lah iphone 4, gila ke apa boss nak bagi iphone 4,lawan tokey nampak. haha tapi agak-agak kalau aku pegi digi ke maxis ke,boleh swap tak iphone 3gs ni dengan iphone 4? Aku nak pegi try tanye. Mana tau kot-kot boleh kan. Feewwit. Tamak haloba guna bb & iphone. Whauauahuahauahauah * gelak riak nak mati *. orang lain da lama pakai kot amy! hahah sorry la aku excited lebih,benda free maa :razz:


*Istighfar banyak2* woi amy tak baik laa riak. apa laa nak jadi. tapi bukan tujuan nak riak guna iphone, tapi sebab kerja aku sekarang mewajibkan aku guna iphone.*wajib takleh blah* Disebabkan aku ni takde duet, so boss pun bagi laa pakai satu. Bagus boss i ni kan. I janji akan kerja rajin-rajin ehe.Sila upkan lagi gaji i puhleaseee eheh *gedik tak hingat bai! *



Nanti kalau dah cukup tabung aku beli la sndrik yang ni :



haha berangan je la aku kan, telefon pun jarang-jarang sekali berdering. Takde nye aku nak beli telepon2 nie, aku simpan duet untuk benda lain. :eek: poyo seot!


Ok sekarang aku tengah fikir nak subscribe line apa? Maxis ke Digi ke? any idea? YANG PALING MURAH LAH PLEASEE eheh kang budget aku utk shopping lari lah seh. :oops:


Ouh and thanks again boss!!



nanti boleh la aku install iSalah ni! :grin:

Friday, 1 October 2010

• Respect the artist •

Assalamualaikum. Selamat pagi semua. Hari ni hati aku tak berapa sihat.tatau lah kenapa.dup dap dup dap gituh. haih * mengeluh panjang * maybe sebab selalu mengeluh kot. Jadi takde kerja * banyak kerja sebenarnye,tapi kurang mood*  masuk ke sini smashing magazine dan download semua wallpaper untuk bulan Oktober * kiasu gila * hahahaha. Pilihan pertama untuk hari pertama bulan Oktober ialah : Smart Crow yang telah direka oleh Sixlightyears dari Reunion Island (France).



Apa pilihan anda? cewah tanye takleh blah haha.oK bye smua, nak pergi check hati. =_____+