Assalamualaikum semua, harap sihat lah selalu.
Orang selalu tanye,apa software aku guna untuk nak model 1 model 3d. memandangkan company aku ni baru, so boss taknak lah invest utk 3d software yang mahal kene bayar puluh-puluh ribu.Makanya, aku guna blender 3d. Blender 3d ni free source.so tayah bayar.tapi kene banyak keje sket lah kalau nak dibandingkan guna 3d max or maya.
•Ini logo Blender 3D•
Blender memang lah maksud dia pengisar, yang kita selalu guna untuk nak kisar bawang ke pape rencah nak masak kan. Ice blended pun guna blender gak.Tapi ni blender nama software nak buat 3d model.Memula nak blajar guna blender ni, alahai susah nye, tapi dah lelama, kacang je. hahah #belagak? takde la once korang dah arif dengan shortcut keys memang lah laju nak modelling. Ini bukan model yang buat catwalk macam Hanis Zalikha ke Amber chia ke. No no no * buat gaya jari sket* pergh bapak gedik. hahah. ini model 3d. mcm contoh gambar bawah ni.
• 3d model - Peti harta karun •
Dedulu masa belajar, aku memang takde belajar 3d modelling, ada laa tapi basic gila, time buat game FPS dulu pun model semua cari kat internet. Takde satu pun yang kiteorang kene model sendiri. Mengikut fahaman aku sendiri lah, *kalau salah boleh betulkan* 3d model ni terbahagi dua iaitu low-poly & high-poly. Beza antara dua ni ialah satu tu kurang detail jumlah polygon yang digunakan, yang lagi satu tuh memang kene detail gila polygon dia ( banyak) .
• Contoh High Poly Modelling - sini •
Contoh Low Poly Modelling - sini
Ok tuh je laa yang aku nak share, nanti bebila senang aku share shortcut keys plak. Aku rasa bagus lah blender 3d ni, die macam pengenalan kepada dunia 3d modelling sebelum korangg melangkah guna 3d max or maya, kita kene mula dari susah dulu kan?
Tapi sejak beberapa minggu aku belajar 3d modelling ni, aku rasa yang penting tetap dengan texturing sesuatu objek tuh, tak kisah model kau bentuk tak berapa smooth as long as masa texturing uv mapping tuh kene cun. nanti lah aku terangkan lagi.
Kalau nak download blender 3D ni boleh ke sini : http://www.blender.org
Ini salah satu contoh 3d modelling menggunakan Blender 3D, nice kan? aku amik kat sini kalau nak dapat lebih banyak idea, boleh lah pergi kat site yang aku bagi tu :)
Insyallah kalau kita usaha, kita pun boleh buat macam tuh kan.