Showing posts with label save amp; learn. Show all posts
Showing posts with label save amp; learn. Show all posts

Monday, 17 January 2011

• Blender bukan setakat pengisar sahaja •

Assalamualaikum semua, harap sihat lah selalu.

Orang selalu tanye,apa software aku guna untuk nak model 1 model 3d. memandangkan company aku ni baru, so boss taknak lah invest utk 3d software yang mahal kene bayar puluh-puluh ribu.Makanya, aku guna blender 3d. Blender 3d ni free source.so tayah bayar.tapi kene banyak keje sket lah kalau nak dibandingkan guna 3d max or maya.


•Ini logo Blender 3D•



Blender memang lah maksud dia pengisar, yang kita selalu guna untuk nak kisar bawang ke pape rencah nak masak kan. Ice blended pun guna blender gak.Tapi ni blender nama software nak buat 3d model.Memula nak blajar guna blender ni, alahai susah nye, tapi dah lelama, kacang je. hahah #belagak? takde la once korang dah arif dengan shortcut keys memang lah laju nak modelling. Ini bukan model yang buat catwalk macam Hanis Zalikha ke Amber chia ke. No no no * buat gaya jari sket* pergh bapak gedik. hahah. ini model 3d. mcm contoh gambar bawah ni.


• 3d model - Peti harta karun 



Dedulu masa belajar, aku memang takde belajar 3d modelling, ada laa tapi basic gila, time buat game FPS dulu pun model semua cari kat internet. Takde satu pun yang kiteorang kene model sendiri. Mengikut fahaman aku sendiri lah, *kalau salah boleh betulkan* 3d model ni terbahagi dua iaitu low-poly & high-poly. Beza antara dua ni ialah satu tu kurang detail jumlah polygon yang digunakan, yang lagi satu tuh memang kene detail gila polygon dia ( banyak) .

• Contoh High Poly Modelling - sini


Contoh Low Poly Modelling - sini


Ok tuh je laa yang aku nak share, nanti bebila senang aku share shortcut keys plak. Aku rasa bagus lah blender 3d ni, die macam pengenalan kepada dunia 3d modelling sebelum korangg melangkah guna 3d max or maya, kita kene mula dari susah dulu kan?


Tapi sejak beberapa minggu aku belajar 3d modelling ni, aku rasa yang penting tetap dengan texturing sesuatu objek tuh, tak kisah model kau bentuk tak berapa smooth as long as masa texturing uv mapping tuh kene cun. nanti lah aku terangkan lagi.


Kalau nak download blender 3D ni boleh ke sini : http://www.blender.org


Ini salah satu contoh 3d modelling menggunakan Blender 3D, nice kan? aku amik kat sini kalau nak dapat lebih banyak idea, boleh lah pergi kat site yang aku bagi tu :)


Insyallah kalau kita usaha, kita pun boleh buat macam tuh kan.

Friday, 25 December 2009

• Portuguese Basic Words : Part 1 •

Nah amik ni pegi belajar. Nanti dah pandai, kita belajar part 2 plak.


Pasni sapa nak request blajar basic mandarin, bley bitau aku nak blaja apa,nanti aku ajarkan. tata



Berguna time nak adakan perbualan ringkas bila terserempak dengan orang portugal. Rasa lebih mesra la kot hahaha :lol:


Saturday, 10 October 2009

• Warna Dalam Mandarin is yán sè •

Tadi pagi,aku pergi tolong mak aku kat Bengawan Solo Cafe yang terletak kat sebelah Maybank Mersing ( Signboard belum tukar ye,still amin jaya , jgn confuse ). Pepagi pegi,memang la semangat kan.Tapi mood aku spoil sket sebab ada satu insiden yang buat aku rasa menyampah betol.


Cerita nya camni,ada la satu family ni datang breakfast kat sini,dah duduk-duduk makan-makan,then tetiba ada lah sesat seekor kucing kaler kelabu-putih, mundar mandir kat kerusi si anak perempuan ni. Then mula la adengan sebabak, die buat muka la konon yang takut sangat dengan kucing,dah halau datang balik sebab si emak pergi campak tulang ikan kat bawah kerusi,memang la kucing tu taknak blah kan.kecoh jap, then si anak tolak-tolak pakai kaki, cucuk-cucuk badan kucing dengan toothpick. Pastu dengan kereknya,pandang aku suh aku halau kucing tuh. aku angkat la gak si kucing,sebab ko customer kedai mak aku.kang tak layan kang complain plak.ishh dah di angkat kucing ke luar kedai,tapi masuk balik,pergi port yang sama bawah kerusi si anak.memang kucing suka tengok anaknya kot.Padanmuka sebab sapa suh ko cucuk-sepak dia. malas nak layan kerenah camtuh.




[caption id="" align="aligncenter" width="526" caption="Terompah Magnet - Pijak tangan ko ngan terompah ni baru tau! "]Terompah Magnet[/caption]

Pada pendapat aku la kan kalau tak suka kucing pun,jangan lah cucuk-cucuk dia,jangan la sepak-sepak dia, kesian.Kalau awak taknak kucing tuh duduk lagi kat awak,jangan lah buang tulang ikan kat bawah kerusi tempat duduk awak.nanti pandai lah kucing tuh nak blah. Ye betol memang ada orang yang takut dengan kucing,fobia dengan kucing,sebab apa tatau lah,tapi tak perlu kot nak gedik-gedik jerit macam kucing tuh nak telan awak kan,tak perlu nak sakit-sakit kan kucing tuh,makin dia datang dekat lagi adalah. Ish tak paham betul.:oops:


Sebab naksejukkan hati,meh la aku ajar korang Warna-warna dalam Mandarin.



http://img.photobucket.com/albums/v469/street86/color.png

Semua tulisan ni dengan traditional kanji words,sebab kalau guna yang simplified,ade yang tak boleh tengok.tapi ni aku dah jpeg kan dia,kira takde la tak boleh baca. Setiap pinyin ada 4 sebutan, sebutan pertama (suara mendatar ),kedua ( suara dari mendatar naik sikit,macam daki bukit),ketiga ( macam turun bukit,then naik bukit balik) dan keempat ( sebutan pendek dan cepat macam kita sebut "up"). Die ikut baris-baris yang ada kat atas huruf aeiou, contoh seperti ' yán sè ',


yán disebut dengan sebutan kedua, sè dengan sebutan ke-empat.


Kalau korang tak dapat gak tangkap cara-cara nak sebut,boleh google dan cari cara menyebut perkataan-perkataan ni. Selamat mencuba & jangan buli kucing.


Kucing dalam Mandarin =  猫 māo


p/s: kalau ada salah,tolong betulkan ye.


p/s/s: tQ ghost betulkan sebutan aku utk entry yang lepas2. yang haoxinfenshou , kalau hati sebutan dia= xin, kalau bintang sebutan nya= xing.