Friday 10 June 2011

• Murtabak Mengkasar Pekan Pahang •

Assalamualaikum. Heyho semua, sehat ? hhehe harini aku nak cerita sikit pasal murtabak yang glamour ni. (tapi aku baru tahu) hahaha . Murtabak yang aku cerita ni berasal daripada Bandar diraja Pekan Pahang. Uiceh macam nak buat bidota diri untuk murtabak tuh. haha.


Ok cerita  die camni, last week kebetulan pulak ada kerja kawin dekat Pekan ni, maka kami sekeluarga pun pergi lah, ye lah orang dah jemput mesti pegi ye tak. Then masa nak balik tuh, mak aku tetiba cakap


Mak : " mana laa kedai murtabak mengkasar yang femes amos kat pekan ni ek? yang masuk jalan jalan cari makan tuh?"


Angah: " ouh angah tau, takpe nanti angah belikan."


Maka kiteorang pun singgah laa kat kedai murtabak ni. Die kedai kecik je, tak salah aku sebelah sekolah kat traffic light ke apa camtuh lah. Kalau korang berkesempatan nak pergi Pekan Pahang tuh, singgah lah kedai murtabak ni, confirm tak menyesal.Sedap. Kaya dengan daging. cewaah.


Murtabak Mengkasar ni ada yang special ada yang biasa, yang special die tebal sikit harga dia RM 8.00, kalau yang biasa dia biasa lah, nipis sikit tapi tetap banyak rencah dan daging harga dia RM 6.00. Hoi memang berbaloi baloi laa , bau pun sedap gila. Aku cerita ni pun aku lapar tahu! ahhahaha. Jap-jap aku google sikit pasal murtabak mengkasar ni.



♣ Haa tengok tuh budak tu buat penuh satu pan tuh. ada laa dapat dalam 20 murtabak kot, ini baru step one, nanti die balut lagi dengan doh roti canai tuh ♣


♣  Close up sikit. aa ni kire bahagian dalam murtabak tuh lah , laju gila budka ni buat, muka memang takde senyum punya. haha ♣



hasil aku google : tadaaaa daripada blog http://www.azwananuar.com



Perniagaan Murtabak Mengkasar di asaskan oleh Hj. Ahmad Tajudin Abd Hamid (Pak Din Murtabak) bermula sejak 1980 terletak di Jalan Batu Balek iaitu jalan utama Kuantan-Pekan berhampiran Sekolah Menengah Sains Sultan Ahmad Shah Pekan. Setiap hari sebanyak 1000 biji telur ayam, dua guni gandum dan 30 kilogram rempah ratus yang diadun sendiri digunakan untuk membuatnya dengan menggunakan mesin khas, dan rempahnya yang digunakan amat berkhasiat kerana ia boleh memanaskan badan.

melalui blog die juga aku dapat tahu kat kl pun ada lah, so korang tayah la sesuah nak g pekan pahang ye tak. ( bagi yang duk kl lah ) " Kedai murtabak mengkasar cawangan KL ini terletak di alamat 12-A, Jln Rampai Niaga 4, Medan Niaga Rampai, KL." kat Sri Rampai je weh, memang dah dekat da dengan kolej kedua UTM setapak kekeke.

So apa lagi, mari serbuuu! ecewahh. lapar ni lapar . jom la pasni makan murtabak kampng melayu majidee kat Johor Bharu pulak ok :cool:

3 comments:

  1. wah..bestnya. dapat makan kat tempat asal murtabak mengkasar.

    ReplyDelete
  2. ekeke tu lahh, tak sangka jugak tu tejumpa. :)

    ReplyDelete
  3. murtabak yang lemak berkrim dan disukai ramai huhuhu :cool:

    ReplyDelete