Wednesday 14 December 2011

Bertandak di Sarawak

Hola. ! Last week aku pergi Sarawak, semangat gila ni nak cerita juga. Memang excited nak pergi sana, sebab utama nak makan dekat top spot ( seafood ) & pisang goreng cheese chocolate. hahah padahal pisang goreng je kot. Ok jap lagi aku tunjuk lah gambo makanan sikit, tapi ni nak cerita pasal budaya perkahwinan melayu die sarawak. Memang lain sikit daripada di semenanjung.

♥ Welcome To Sarawak 

Majlis perkahwinan  tuh dekat Kota Samarahan,kiteorang pulak stay kat Kuching, memula ingat majlis macam dekat semenanjung lah start jam 11am sampai lah ke petang, so dah planning lah nak pegi lewat sikit, Rerupanya di Sarawak ni, majlis bermula seawal jam 9am dan berakhir jam 12pm. Kira jam 12pm tuh dah sesiap nak kemas lah sennag cite. Disebabkan jam 9am start, dan perjalanan dari Kuching ke Kota Samarahan lebih kurang 1 jam, kiteorang bertolak dari Bandar Kuching jam 7am. Kiteorang kira beruntung jugak lah sebab ada kawan dekat sana, so transport semua dia yang aturkan, kalau naik taxi, mungkin RM30-RM40 jugak.

Kampung yang nak pegi ni dekat Kampung Tambirat,Asajaya Kota Samarahan, nak pegi kampung die ni ada 2 options samada nak lalu jalan darat atau naik ferry ( jimat 30minit ) , ferry pulak ada masa-masa die,sebab tengok air pasang surut. Sebab kiteorang gerak pagi, so dapatlah merasa naik ferry sarawak hehe. Waktu operasi Ferry ialah jam 4.30am hingga 8am dan petang jam 4pm hingga 9.30pm ni pun bergantung pada faktor air lah.
♥ Perkhidmatan Ferry ke Asajaya 


Sampai seberang, dalam 30 minit jugak perjalanan nak sampai ke Kampung Tambirat , Asajaya ni. Sesampai je memang dah siap sedia lah semua. Ini majlis menyambut menantu belah lelaki. Jam 9 tepat tetamu dah ramai dah datang ke rumah pengantin. Bayangkan makan nasi minyak pepagi. This is new to me ekeke. Ye lah biasanya makan nasi minyak tengah hari. Kat kampung ni takda buffet-buffet, semua dihidangkan kat atas meja makan. memang syok lah, mengimbau kenangan pergi rumah orang kawin dulu-dulu. Masih mengamalkan rewang atau gotong-royong memasak. Setiap 4 orang akan dapat 1 hidangan nasi dan lauk-pauk.

♥ Nasi Minyak 

♥ Pertandingan Bertandak 


Setelah habis makan,pengantin sampai semua macam biasalah kan ada kompang semua. Menepung tawar pengantin. Sebelum menepung tawar pengantin, ada satu pertandingan yang dianjurkan oleh tuan rumah, kawan aku kata, pertandingan ni namanya Bertandak, memang menjasi tradisi orang Sarawak untuk bertandak di majlis-majlis perkahwinan. Bertandak ni macam menari, kalau kat Johor Bahru macam berzapin. memang seronok tengok, kebanyakan peserta semua yang veteran, yang muda-muda adalah lah 2 orang. Ini aku rasa macam acara yang ditunggu-tunggu penduduk kampung , sebab memang ramai orang yang tengok pertandingan bertandak ni di rumah pengantin, meriah dengan sorakan mereka. Pakcik-pakcik yang masuk pertandingan ni semua segak-segak berbaju melayu. Setiap kumpulan diwakili 2 orang. Pastu ada lah kumpulan muzik  ( ada gendang, violin dan penyanyi ) yang mengiringi tarian mereka.

Ok tu je nak cerita. haha. By the way, datang sarawak of course lah kena makan mee kolok kan. Dekat sini aku dapat try dekat 2 tempat, satu dekat pasar satok, kedua dekat medan selera belakang pullman hotel , muhamad Lim's Kolo Mee. memang sedap dan terbaik serta halal so don't worry . Sapa peminat ayam penyet, mungkin akan frust sikit dengan ayam penyet kat sarawak ni  memang berbeza dengan yang dekat semenanjung.

♥ Mee Kolok Muhamad Lim 

♥ Pisang Goreng Cheese Chocolate 


Sesapa peminat pencuci mulut boleh lah try Pisang Goreng Cheese Susu . Basically dia just pisang goreng, cuma ditabur dengan cheese & susu manis, kalau dekat area waterfront dia tak guna susu tapi guna chocolate syrup . Boleh buat kat rumah sebenarnya :) Dan roti pisang cheese chocolate dekat RJ Ayam Penyet memang terbaik.



♥ Kerang Berlada Top Spot 

♥ Oyster Pancake Top Spot 

p/s: Datang Kuching ni memang kena sediakan tambang transport yang banyak. Kalau ada saudara mara dekat sana syoklah. Kalau jalan kaki lagi lah syok.ehe.

p/s/s: make sure beli kak lapis sarawak ada tanda halal ok :)

No comments:

Post a Comment