Thursday 31 May 2012

Memori with sara

Assalamualaikum semua. Tajuk macam konon-konon nak meyusuri kenangan lama laa kan. Tapi sebenarnye tak pun. Cuma aku jumpa balik dengan room mate , partner in crime , dan semuanya lah sepanjang aku di PLKN 1st batch pada tahun 2003.



Cantik kan sara ni, masa memula aku jumpa dia dekat PLKN Teluk Sari Mersing dulu pun dia orang yang pertama tegur aku, sangat lah peramah, pastu berani,active, semua  lah, kebetulan kiteorang satu kumpulan pulak. Memang tak berenggang lah lepas tuh. Dengan sara ni lah memacam aku buat kat PLKN tuh haha. Antara yang aku ingat lah, time instructor tengah bagi ceramah macam mana nak guna compass, kiteorang tidur atas pokok. Almaklumla, time tuh tepi pantai, pokok besar-besar kat sana, memang syok lah tido ditemani angin sepoi-sepoi bahasa. Then setiap hari mesti lah ada aktiviti kan dari pagi sampai ke malam. Tapi kietorang time tengah hari je hilang, duk lepak dalam khemah tido hahaha. Tido je keje kan.

Ada lagi satu spot tido yang best kat sana, time ni kiteorang pegi main kayak kat area2 teluk kat tanjung resang, memang cantik lah pemandangan kat sana, tapi kitaorang time tuh mana lah nak ada bawak camera bagai. Aa bebalik ke spot tido yang best,time orang tengah angkut2 kayak tuh kan, ada lah beberapa kayak yang tak leh guna kat tepi pantai tu, kiteorang pun cari lak spot yang cun dengan beralaskan rumput hijau dan kayak tu sebagai bantal, memang lena lah tido ahaha. Bas nak gerak balik kem baru tersedar. Nasib baik lah tak kena tinggal.Banyak lagi cerita, tapi nanti lah aku rajin aku story mory.

Aku panggil sara ni kakak, dia panggil aku adik, aku pun tatau lah apsal walhal dia lagi muda daripada aku hahahaha, muda bulan je . Anyway sekarang dah tahun 2012, aku kenal dari tahun 2003, lama kannn, memang lepas plkn jarang berjumpa, die tak berubah, macam dulu jugak. Bersemangat dalam apa jua kerja yang dia buat :)

Semoga kau fly g jejauh ko ingat lah beli sebinier untuk aku . ok tuh je bye.haha

5 comments:

  1. baguskan. friendship forever gitu. moga terus berkekalan..;)

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah persahabatan tu kekal lama
    bukan senang nak pertahankan silaturahhim tu
    :-)

    ReplyDelete
  3. itu lah kan alhamdulillahh :)

    ReplyDelete
  4. Salam Kenal. bahagia kan aimi...dapt jumpa kawan lama.

    ReplyDelete