Thursday 24 May 2012

Time To Bla Bla Bla

Assalamualaikum.

Hye aku malas nak kerja sekarang. herm tatau lah apsal down sangat sejak dua tiga menjak ni. Tapi kalau tak kerja mana nak dapat duit kan.ish ish ish dah la nak kawin ni, untuk sebelum kawin aku tak risau sangat, tapi kehidupan selepas kawin tuh, mesti nak guna banyak $$$ (terus jadi mata duitan) hahaah . Tetiba memacam masalah pulak datang, tension kepala iolls. tapi nak buat macam mana, just go with the flow.Heharap semua masalah ini dapat diselesaikan secepat mungkin, dan aku takyah nak pening-pening kepala lagi.Aku juga yang datangkan masalah ni, padan muka awak amy.Harap ada orang betepuk tangan di belakang sana.

Kekadang aku fikir, bagus juga kalau jadi orang yang heartless, tak payah pening-pening kepala fikir masalah. Relax je. Tapi tak beperasaan ni macam robot je kan? Anyway, boss aku selalu kata aku takda kerja, padahal die tak ingat kerja yang die bagi betimbun-timbun itu. Nampak sangat aku buat kerja die selalu tak nampak. Patut lah semalam tetiba datang tempat aku bagi kerja baru buat catalogue, padahal kerja kat tangan  aku ada lah dalam 6-7 kerja yang semua dalam proses nak siap. Yes kene multitasking, sebab nanti tak sempat. Tapi itu pun kekadang orang tak faham.

Dah malas nak fikir panjang-panjang, kekadang rasa macam nak lari dari realiti kejap kekeek tapi tak kesampaian,so lari ke singapura je lah selalu. Terima lah gambar makanan ni yang aku sebenarnye nak hantar dekat #instacharity tapi tak menepati syarat pulak. Dia nak satu A4 ada 4 keping gambo je, aku ni letak sampai 40 keping satu A4 hahaha memang terus disqualified lah kan.  Semua gambar ni aku amik guna iPhone je, tapi amacam cun tak? hahah

Aku ni suka makan tapi aku tak reti masak.Harap bakal suami terima seadanya.

1 comment: