Wednesday, 11 July 2012

door-gift & wedding card

Assalamualaikum semua. dah july 11, phew ~ last month semua barang yang parents kita tempah dekat jakarta dah sampai. ekekek. maka penuh lah ruang tamu depan, semua kotak letak kat sana. dengan kad kahwin nya, door gift nya, surah yassin lagi.

Gambar door-gift memang lah tak boleh tunjuk kan, konon-konon surprise! ahaha kang dah  tunjuk kat sini nanti, dah tak meriah lah kan. Memang bersepah lah rumah, tapi takpe, ni nanti semua akan disusun balik, masa hari kejadian nanti confirm-confirm lah nak bagi orang semua kan. Kepada kawan-kawan yang dah bagi alamat aritu, insya allah next week aku start lah pos kad-kad tu semua. Yang mana dedekat jb aku bagi by hand je lah ok. :) Aku harap semua pun dapat lah datang, walaupun Mersing tu jauh. :) (aku senyum ada makna ni)




Abis cerita situ,nak cerita pasal Sallihin dah dapat pindah Pasir Gudang hoyeah. walaupun bandar baru uda & pasir gudang tuh amik masa setengah jam nak sampai ( kalau tak jem & 2 jam kalau jem), tetap gembira juga sebab takde lah sejauh macam kat Sabah tuh kan. Awal-awal arituh rasa macam hari-hari nak jumpa makan sama, punya lah gedik iolls ni kan haha. Tapi ni dah tak lah, weekend je keluar (baru sekali je kot) , sebab mak & abah pesan jangan keluar selalu, darah manis katanya. Aww sangat haha.

Pastu bagi seorang yang dah biasa pergi mana sensorang (aku lah tu), bila dah ada partner ni rasa lain pulak. Ye lah kalau balik dari Mersing naik bas, sampai kat Larkin dah tak payah susah-susah naik taxi balik rumah, tetiba tunang kita dah tunggu. Pastu siap bawak pegi makan bawak pegi jalan. Tak biasa iolls. Tetiba rasa macam menyusahkan pulak, padahal takde apa pun, orang yang ada boyfriend tuh relax je hari-hari keluar kan, aku je excited sorang-sorang. hahahah , maafkanlah aku yang naive ini ewah.

Aku harap photographer time majlis aku ni tak macam photographer masa bertunang haritu, aku harap abang tuh tak buat masalah. Tapi awal-awal ni tengok macam "herrmmm.." buat aku risau je. Kekadang pelik tengok diaorang ni, nak buat bussiness tapi macam tak reti jaga customer, mungkin customer dah ramai sangat, pastu aku ni mungkin amik package yang termurah ke apa kan, so layanan tuh macam so-so je. But still , aku customer kot, kamon lah !. kalau aku sms ke call ke sila lah balas. Ini senyap je manjang. Aku ni dah la suka buat andaian sendiri, kang jadi awkward time majlis tu nanti kan rasa tak best. Sigh...apa lah nasib. Kalau aku ni sambil sanding sambil boleh amik gambo sendiri, memang tak lah aku nak pegi cari orang amikan gambo kan, tapi cemana nya, sambil duduk sanding nak sesenyum pastu kene bangun set timer sendiri, pastu lari-lari duk bersanding balik haha. Harap semua berjalan lancar.Amin.

10 comments:

  1. Replies
    1. kekeke sri, ko lagi best, dah ada Aleesya yang comel gituu

      Delete
  2. new blog huh??! hehe..anyway, jaga diri..darah manis sweet gitueww~ :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. ekekeke. amy transfer semua post dulu masuk kat blogspot ni, dah tak guna domain sdnrik dah :p tq tq

      Delete
  3. Hehe, rilek saja. Nina hari2 pun naqib anta keje. Lol :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ekekek biasalah nina, tak penah ada bf cenggini lah reaction die ekekek :p

      Delete
  4. wah kalau dekat ni nak jugak kad jemputan. hehe.. anywy moga semua urusan dipermudahkan. Amin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheh tu lahh kalau akak kat malaysia, boleh datang sekali bawak anak2 ke majlis amy. Terima kasih kak :) insya allah semoga allah permudahkan semua urusan ehhee

      Delete