Wednesday 4 July 2012

One Step Closer

Assalamualaikum semua. eherm tajuk nak omputih je haha.Ok lah kali ni nak cerita pasal apa yang korang perlu buat sebelum nak dapatkan borang kebenaran nikah terutamanya bagi negeri Johor.

1. Sijil Kursus Kahwin
2. Borang ujian HIV
3. Borang 1 (bagi lelaki) dan borang 2 ( bagi perempuan) borang-borang ni kena beli dekat pejabat  
    agama negeri masing-masing harga setiap satu ialah RM5.
4. IC bakal pengantin + Wali + 2 orang saksi untuk borang (lelaki & bukan keluarga)
5. Sijil nikah ibu bapa bagi pengantin perempuan kalau anak sulung.
6. Borang perakuan wali.(ni perempuan je dapat)
7. Surat perakuan status bujang daripada majikan/ketua kampung.
8. Surat perakuan bermastautin kalau alamat nak nikah & alamat dekat ic berbeza ( dapatkan daripada  
    ketua kampung juga)

Masa memula aku tengok list ni pun aku rasa, OMG malas nye nak setelkan bornag-borang ni, apsal lah banyak sangat benda nak kena setel. Punya lah pemalas kan, tapi alhamdulillah, sebenarnye senang je, aku amik masa sehari je nak setelkan semua yang diperlukan ni. Efisyen gila diri ini ewah, padahal orang lain pun buat senang je. Overacting sangat amy ni. Jangka hayat untuk borang-borang ini ialah 90 hari ( 3 bulan dari tarikh pernikahan korang). Yang sijil kursus kahwin tuh seumur hidup lah kan.
Ujian HIV tu adalah dalam 5 minit, kemudian sepatutnya keputusan ujian ni rahsia, tapi nurse tu selamba je suruh kitaorang masukkan sendiri dalam sampul. Rahsia lah sangat kan haha. Tapi ofcourse lah dedua pun negative .

Ok ni nak cerita pasal Interview Kahwin pulak. Kalau korang tanye orang negeri lain mesti dieorang takde kan interview ni semua, dia ada kat Johor je kalau tak silap aku. After korang dah siap isi semua borang tu, dah lengkap ic semua, sijil nikah parents, maka pegi lah ke pejabat agama untuk menghantar semua borang-borang tuh.

Macam aku & tunang aku dua-dua memang orang Mersing, Johor , maka kiteorang pegi hantar sesama untuk di-interview sesama jugak. Kalau contohnya yang lelaki orang mersing, perempuan orang kota tinggi, maka lelaki kene interview dulu, pastu pass kan borang dia kat bakal pengantin perempuan, pastu baru yang perempuan tuh pegi submit borang & interview dekat pejabat agama kota tinggi.Cenggitu lah yang aku faham.

Membuat urusan dekat bandar kecik macam Mersing ni senang. kejap je dah siap semua sebab tak ramai orang, masa pergi kursus kahwin pun, boleh pegi on the spot tak payah nak booking-booking tempat macam kat Johor Bahru ke apa kan. Bebalik kepada inteview tadi, ok once semua borang dah hantar, dah buat pendaftaran online semua, nanti dia akan suruh pergi jumpa orang yang berkenaan lah ustaz ke ustazah itu ikut siapa yang available time tuh. Dah siap isi nama apa semua, soalan pun die tanye lah. Soalan tuh ada yang dia tanya direct, ada yang macam bagi nasihat dulu baru soalan muncul. Macam-macam cara. Soalan yang aku & tunang aku dapat ada 6, iaitu :

1. Shahadah & makna.
2. Bacaan Al- fatihah
3. Doa Qunut
4. Taharoh
5. Soalan berkaitan munakahat.
6. Tanggungjawab suami isteri.

ini lah soalan nya. mudah je, sebab benda-benda ni memang hari-hari korang buat. Cuma bacaan tu kalau boleh biar jelas & tajwid dia betul. Kekadang ikut mood ustaz & ustazah tu jugak kot. Setel interview, dah lulus semua, proceed beli borang & buku panduan akad nikah ( seorang je kene beli, total RM 25) borang ni nanti yang korang kene bawak pergi jumpa Tok Imam yang korang dah pilih nak nikahkan korang, booking tarikh & masa. Kalau boleh pergi awal-awal sebab takut fully booked. Maklum lah ramai orang nak bernikah. keke ok tu je pengalaman aku dalam proses nak mendirikan rumah tangga ni. Dari kursus kahwin hingga ke proses interview. Alhamdulillah semua dipermudahkan amin. Pasni tunggu tarikh yang dah ditetapkan je lah hahaa. Excited , bedebar semua lah ada.



Tinggal nak pos je ni. Susah betul nak mintak alamat weh hahahaa.Kang ada yang telepas pandang tak pos kang kecik ati pulak. Saya dalam dilema tahu! haha


3 comments:

  1. Omg omg omg x sabar nak bukak peti surat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ekekeke kita nak hantar pastu mcm awak kata nnt orang lupa sebab antar awal sangat.so aku pun besabo nak pegi pejabat pos hahaha. ( kejap kita kejap aku , takpe yang penting msg sampai) hahahaa

      Delete
  2. Amy....
    Baca komen blog kak Elly jmpa blog Amy..
    hehehe..

    ReplyDelete