Sunday, 31 May 2009

• Happy Beday Adam •

Yeah hari ni  beday adam.Patut la awal-awal pagi da kol aku, ingat apsal,rerupanye bley call free sepajang hari sebab beday die. kalau tak harapan la kot. ahahah.pape pun aku nak ucapkan selamat hari jadi yang ke 26, smoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. happy-happy always. Gonna mish yew la adam! ehe. 3 bulan kat jb,rasa cam kejap je ek. dah balik penang da ko. nanti bebila senang datang la jb lagik :) leh melepak kat danga bay oke.



♥ ini muke beday boy ( weh da tak boy dah weh ) hahaha ♥



♥ Ye bayang-bayang ko dekat depan court - bile pikir balik kite jalan jauh- oi penat! :grin:




Selamat Ulang Tahun Yang Ke 26 !


Kalau ko tak call aku tatau hahaha

Saturday, 30 May 2009

• Selamat Pengantin Baru •

Esok kawan aku, encik se7en akan melangsungkan majlis perkahwinan die kat Batu Berendam Melaka. Aku kenal die ni kat portal Mnet. Kecik je die nie, kachak begaya. ramai peminat die ni dulu kat portal Mnet,alhamdulillah dah kawen skang ni. Smoga happy-happy and berkekalan hingga ke anak cucu. Sorry sebab aku tak dapat pegi hari Ahad ni, sebab nak hantar mak aku ke airport nak g umrah. Nanti aku pos hadiah je la oke.  :smile: nak cuti-cuti ni memang ramai orang kawin.



♥ Kek yang ditempah oleh customer mak aku, curi2 amik gamba lam esbok ♥



Sebut pasal umrah, hari semalam kawan mak aku call, die bagitahu yang die nye flight ke umrah yang sepatutnye pada hari ni, dibatalkan dengan alasan oleh pihak pengurusan travel agency tuh, mereka tak dapat visa. Kesian gile kat kawan mak aku ni, dah la dah prepare smua barang-barang sebulan before tuh. Orang kat travel agency tuh ( dekat kotaraya johor bahru ) kata, derang tak dapat visa sebab kes Virus H1N1, tapi bile siasat-siasat lagik, rerupanye pihak derang tersalah hantar information,dats y tak dapat buat visa. info tentang apa aku pun taktau lah,sebab ni pun dgr dari cerita mak aku je. Tapi kesian laa kan, orang dah prepare smua awal-awal,mcam teraniaya plak. Duit takmo pulang plak tuh. Kepada aunty D, takpe ni dugaan smua. Hope esok,flight,tiket,visa mak & adik-adik aku takde masalah,semoga semua bejalan lancar.Insyallah.



♥ 2 minggu je derang pergi,bukan 365 hari  tapi will miss them badly. Aaaa kenapa laaa aku kene g tempat lain :cry:


Thursday, 28 May 2009

• Penat sampai nak tercabut kepala lutut beliau •

Aha kepala lutut beliau pinjam ayat nazri jap. ala kawan-kawan tayah bekira oke. haha


weh tapi serious aku penat cam nak tecabut kaki. padahal takde la buat apa sangat. mungkin tak biasa. ye mungkin juga ngada-ngada. tapi duduk kat kedai tepi fryer dan juga oven dan juga microwave dan juga ntah tatau apa nama ntah memang penat tambah panas. habis minyak dimuka bertambah-tambah.:mad:


walaupun aku poyo-poyo cakap penat, tapi aku enjoy ! ye aku rasa aku dah pandai masak skang! tapi bukan lah nasik goreng kampung ataupun nasik goreng udang special ngan udang yang banyak mahupun mee hoon sup ala-ala hong kong. haha tapi ok la kalau stakat korang nak oder chicken chop ke, steak ke, apa-apa yang berkaitan ngan makanan barat ( aku bukan saje nak eksyen, kenyataan nie hahah ) boleh je oder kat aku :razz:



♥ Ni ice cream goreng untuk korang. Konon-konon ada love spesel la kan haha ♥


tapi dengan syarat semua bahan-bahan tersedia la kan. haha kalau tak hampeh la gak. mana la aku tau nak buat black pepper sauce, kang aku kasik korang lada itam je la kalau takde sauce tuh kan. ok tuh je nak cite. sebab rasa teruja dah boleh handle sndrik fryer tuh goreng ice cream dan lain-lain bahan yang boleh digoreng. Sekian terima kasih atas sokongan anda smua ( ditujukan khas kepada adik-adik yang keje kat Bengawan Solo Cake House )  ngEe~ jemput-jemput datang Mersing. ( Mersing tuh kat Johor , dekat ngan jeti nak ke pulau tioman ) , okeh bye. AssalamualaiKum.



♥ Eksyen gambar sambil pegang pisau potong pizza, nak potong kepala pun boleh, sesuai gile ! mata makin sepet, selepas cuti 2 bulan ni, bila senyum pun mata dah tak nampak &  sebab pipi dah tembam sangat sampai tutup mata :sad: duk keje kedai makan, makan aje la apa nak, siap tuka-tuka menu ikut suka hati cth: roti bakar dengan pisang. ( ala-ala roti canai letak pisang tapi pakai roti biasa) ♥


Nota last last : naqiuddin aku malas nak diet aa weh! haha rugi la sebab puding kat kedai best waaah! :eek: setiap hari kene makan. hahah

Tuesday, 26 May 2009

• Party Liar dengan Intan •

Ya allah apa la nak jadik ngan intan nie hahaha berparti je tau . takde la tajuk tuh konon2 je aku nak sakat kawan aku, dia tak penah pun pegi party liar ( kecuali kelab dangdut aje ) - ok ni pun gurau kasar hahahah, nanti intan remove aku dari friendlist die :cry: .



♥ Amy & Intan - gamba diambil oleh angah ♥



♥ Sesapa nak pegi ke Paris, boleh dapatkan peta paris di The Undershop haha - time gila tade keje ♥


Takde lah cite die camni, ari ahad arituh, aku g date sama intan, kawan time skola menengah dulu, ( skang pun kawan lagi la ), venue yang dipilih ialah cs ( city square jb ) tempat lepak time muda remaja skola-skola dulu. Setelah beberapa kali tarikh  utk dating berubah, akhirnya jumpa gak kiteorang. Ye lah sorang duk shah alam,sorank duk jb, then time cuti bila intan balik jb, aku balik mersing. Mungkin tiada jodoh di antara kita kan. Kalau erin ade pun mesti best, sebab mesti lagik banyak gossip yang boleh kiteorang keypochi. hahaha tapi erin tak dapat join. ok takpe ( erin sila jeles tengok gamba, tapi takde la banyak pun) .



♥ Intan dan make up bag yang tengah offer 70% from the body shop - konon2 model make up bag la nie ♥


Kat cs kiteorang tak jalan sangat, sebab time weekend orang super ramai. serabut ehe. so jalan-jalan sambil bergossip. g makan kat season's cafe sambil usha mamat hemsem rambut pacak-pacak kat meja bersebelahan & mat saleh hemsem kat blkg aku ( intan je usha-ish ish anak sapa la nie ) serta lepak kat dalam mph ( lepak lam kedai buku wooo :cool: ) sambil cerita tentang novel-novel. Oho sebab teruja ngan cite intan, aku dah beli novel set by cecelia ahern. ehe nanti agak-agak dah buhsan baca , aku jual la kan ( idea dicuri daripada intan ).



♥ Ready to melantak !! ♥


Bila jumpa kawan-kawan lama, teringat masa zaman sekolah, zaman-zaman jadi jahat sesama. homework tiru-tiru, haha. muke smua macam ala-ala nanti dah abis skola duk umah jadi bibik. tapi alhamdulillah dapat gak jejakkan kaki ke universitas, walaupun memasing ada satu sem lagi ( kecuali erin yang dah bekerjaya ). Kepada Intan good luck praktikum ko eh. kalau ada cikgu hemsem, kem salam kan please haha.



♥ Ni keychain yang dibeli daripada mat saleh hemsem yang kurang upaya ( tapi die hemsem ) ♥



♥ Cik kak ni dahaga je huhuh ♥


Kepada rakan-rakan skola aku dulu ( teknik jb & seta ), kalau korank ada kat johor bahru pada musim-musim bukan cuti semester, boleh la contact aku kalau nak ajak lepak ataupun bergossip. eheh nanti leh aku amik gamba korank cam ala-ala model tanpa bayaran yer :razz:.



♥ Ok ni mini donut from jco untuk korang yang sudi datang singgah blog aku, jemput2 makan smua perasa ada haha - bebaloi- baloi ♥


Untuk tatapan intan,bila time cuti sem, kalau aku balik jb, aku da jadi macam kaum nomad. pindah sana-sini. tuh malas nak duk jb time cuti hahaha :grin:

Friday, 22 May 2009

• Britney Spears Datang Malaysia •

Tengok tajuk kat atas tuh, britney spears pernah datang Malaysia tak? Hahah tak pernah aku rasa. Kalau die datang korang nak beli tiket concert die tak? ehehehe cececece konon-konon tanye soalan macam aku nak pegi la kan. ok sebenarnye aku nak tulis pasal perfume. Antara perfume-perfume yang aku minat ialah koleksi daripada Britney, sebab fragrance die smua rasa macam nak makan, manis-manis. ( morgan pun manis yer ).



♥ Sebahagian perfume Britney yang ada kat rumah ni, nampak yang in control tuh,macam zaman dulu-dulu spray-spray.klasik yew~ ♥


Fragrance Britney ni adalah di bawah rangkaian Elizabeth Arden, bermula pada tahun 2004 , dan sehingga sekarang dah ada 7 jenis fragrance Britney di pasaran yang terdiri daripada :



1. Curios ( 2004 )



" Do you dare ? "




The fragrance is a white floral scent. Its notes are Louisiana magnolia, golden Anjou pear, lotus flower, tuberose, star jasmine, pink cyclamen, vanilla-infused musk, sandalwood and blonde woods



2. Fantasy ( 2005 )



" Everybody has one."




"Fantasy" was created by Jim Krivda, and its notes are red lychee, golden quince, kiwi, cupcake accord, jasmine petals, white chocolate orchid, musk, orris root and sensual woods. It has been described as initially smelling fruity, then very sweet, showing the promised smells of cupcake and white chocolate, with a very light floral smell.



3.Curios in Control ( 2006 )



" Are you ?"




Sweet and sexy.Loquat fruit, midnight orchid, creme brulee, black vanilla bean, sugared sandalwood and musk.





4. Midnight Fantasy ( 2006 )


" Magic begins at midnight "




The bottle is a dark blue version of the original pink bottle. Midnight Fantasy is described as having a black cherry accord.



5. Believe ( 2007 )



"The greatest freedom is to believe in yourself"




Sensual and warm. Delicate and feminine. A sparkling blend of exotic fruits, soft florals and seductive amber.



6. Curios Heart ( 2008 )



"Live yours to the fullest"




The Collector's Edition packaging of curious ♥ heart BRITNEY SPEARS is a unique twist on the original curious BRITNEY SPEARS. The bottle has the same multi-faceted glass silhouette, but is designed in a shade of pale pink. Along the rim are alternating fleur de lis and heart symbols, and embossed on the pale pink bottle is an image that resembles a tattoo: a heart with sprawling wings. The magenta atomizer remains in keeping with the bottle's timeless Hollywood look.


The fragrance entitled curious heart smells similar to the original it's notes are Pear, lotus flower, magnolia, vanilla, morning tuberose, flowers, jasmine, musk, sandalwood. its bottle is a pale pink rather than the original this is a collectors edition bottle witch is limited.



7. Hidden Fantasy ( 2009 )



"What do you have to hide?"




A seductive scent that is all about expressing the many mysterious sides of a woman. include sweet orange, tangerine, grapefruit blossom, verbena, jasmine, stargazer lily, sweet Napolitano cake, vanilla bean, jacaranda wood, fluid sandalwood and amber.



Semua info diatas aku amik kat wikipedia :grin:


Ok sesipa yang nak try perfume britney nie , aku recomend kan yang No 2 :: Fantasy bagi yang suke bau manis dan muda remaja ( still lompat-lompat kat skola ). Kepada yang lebih kepada manis dan ladylike,korang boleh try No 5 :: Believe, sebab bau die lebih matang sket . Yang suka bau buah-buah oren boleh cuba yang No 7:: Hidden Fantasy , memang sweet bau tangerine. Kepada yang nak bau strong, sweet dan rasa sexy , boleh cuba No 3:: Curios in Control, tengok nama perfume ni pun dah boleh rasa lega, sebab walaupun rasa sexy, tapi masih boleh dikawal lagik hahah :lol: . Kebanyakkan perfume-perfume Britney ni adalah limited edition, tapi dont worry, aku rasa ada jual lagi di pasaran kecuali yang No 6 :: Curious Heart, yang ni aku dah tak nampak.


Ok selamat mencuba new perfume :smile: lain kali kite crita perfume J.Lo plak k.

• Mercy •

Tralalala tajuk tuh saje je letak, sebab skang ni saya tengah baca novel tajuk Mercy by Jodi Picoult. Lom abish baca lagi, tapi cerita die mengisahkan persoalan tentang apa yang seseorang itu akan buat jika mereka dikehendaki membantu orang yang mereka sayang untuk mati. ha lebih kurang camtuh la, tapi saya lom abish baca so saya tak dapat lagik bagi sinopsis, nanti dah habis baru la saya bagi oke.


Cerita seterusnya : nobody's perfect. Betol tak ?



Gambar diatas diatas diambil ketika saya dan angah pergi ke Kerteh, on the way ke Kuantan.  Angah yang nampak kulit cengkerang ni. Setelah tambah mood dan edit-edit gune photoshop, tambah lirik " Nobody's Perfect" by Hannah Montana ( lirik boleh tengok di sini ), saya rasa cengkerang ni menggambarkan diri saya yang tak sempurna ni. Kenapa ? ouh susah nak diperjelaskan disini perasaan tu, walaupun sebenarnya takde la makan dalam sangat, tapi buat saya tersentak juga. Tapi takpe, jadikan ia sebagai pemangkin untuk jadi lebih berjaya.


Ok tuh je, selamat berjaya semua kawan-kawan. Nak pegi beli yong tau fu jap . haha :eek: Btw saja je gune kata ganti diri saya . sangat bukan diri aku ke? hahaha


Sunday, 17 May 2009

• Terengganu Trip 3: Tasik Kenyir •

Aaaa maap lah, lambat sket nak sambung cerita. tak rajin ( malu nak ngaku malas ) hahahaah . Bejumpa lagi kita dalam rancangan Zoom Terengganu. Ye pada hari ni, saya akan menceritakan pengalaman saya ke Tasik Kenyir, kira destinasi terakhir lah nie. Port last di terengganu before nak pegi ke Kuantan.


Tapi aku tatau nak tulis apa ni. Aa naik bot untuk 2 orang RM 150, package termasuk :




  • Pusing satu Tasik Kenyir

  • Pergi ke Saok Waterfalls

  • Taman Herba

  • Kawasan Pokok Kayu Mati



Walaupun nampak sikit je tempat-tempat yang kiteorang pegi, tapi sehari memang rasa tak cukup. Sebab korang boleh duduk seharian di Saok Waterfalls, dan lepak-lepak begossip sambil minum air tongkat ali dan kacip fatimah di taman herba. Pemandu bot kami pun best, sebab sanggup layan kerenah dan tunggu kiteorang kat setiap destinasi ni.


Serba sedikit informasi tentang Tasik Kenyir ni k. Ia terletak di dalam Terengganu, merupakan tasik buatan manusia terbesar di south east asia. Ia juga merupakan satu jalan untuk ke Taman Negara. Terdapat lebih kurang 340 pulau yang ada di sekitar kawasan tasik kenyir ni, termasuklah Pulau Jkr, Pulau Gawi ( ni je yang aku ingat ) . Kat sini popular dengan aktiviti memancing, semasa dalam bot, kiteorang banyak terserempak dengan bot-bot lain yang membawa para pelancong yang nak memancing. Jenis-jenis ikan yang terdapat kat Tasik Kenyir ni adalah :




  • Kelah ( Malaysian Mahseer)

  • Lampam Sungai ( Barboides )

  • Toman ( Snakehead)

  • Kelisa ( Green Arowana - bukan kete kelisa yer )

  • Kalui ( Giant Gouramy )

  • Kawan ( Friendly Barb)



Tempat-tempat yang popular nak memancing kat Tasik Kenyir ni adalah di Cacing, Leban, Petuang, Saok, Sg,Terengganu dan banyak lagi. Sesapa yang berminat nak memancing boleh lah arrange kan trip ni dengan pengusaha chalet atau pun boat operators for the best fishing location and jangan lupa amik fishing permit kat wildlife department for fishing. ( kalau tak nanti kene tangkap kot ).


Terdapat juga gua kat area Tasik Kenyir ni, tapi kami tak berkesempatan nak pegi, sebab lokasi gua adalah jauh daripada jeti ( pangkalan gawi ), lagipun kiteorang just pergi sehari je.Gua-gua yang ada termasuklah gua taat dan gua bewah.  Herm itu sahaja yang dapat aku kongsikan di sini, untuk keterangan lanjut korang boleh lah pergi ke laman web-laman web di bawah nie :




Jom tengok gambar pulak! ehe



♥ Naik bot rm150, aku n angah je berdua ♥



♥ Destinasi pertama saok waterfall ♥



♥ pemandangan di saok waterfall ♥



♥ Antara serangga yang terdapat di sekitar saok waterfall - cantik ♥



♥ Jalan turun dari saok waterfall nak ke bot ♥



♥ Destinasi kedua - herb park ♥



♥ Angah action minum air kacip fatimah free - tapi blakon je ♥



♥ Angah dan tongkat ali nya ♥



♥ tukang jaga beg hahahah ♥



♥ Tuan tanah herb park ♥



♥ Kawasan kayu mati di Tasik Kenyir ♥



♥ Menu: Steak Kertas Hitam - nak cuba? :razz: , warung di tepi jalan turun dari Tasik Kenyir ♥


Ada banyak lagi gamba actually, tapi cukup lah ni kami meng-expose-kan diri ehe. Kiteorang berada di Tasik Kenyir ni daripada jam 12pm sehinggalah jam 5pm. Time tuh hari dah nak hujan, so kiteorang pun amik keputusan untuk balik ke Dungun sebelum bertolak ke Kuantan pada keesokkan harinya.


Dalam perjalanan balik, kami sempat singgah di Lapangan Terbang Sultan Mahmud ( sebab tatau bile nak naik fl8 g KT ), dan juga monumen batu bersurat. Siap berbasah dalam hujan dan lari lintang pukang masa nak lintas jalan sebab nak amik gamba kat batu bersurat ni. haha tapi puas ati.


Overall, kunjungan kiteorang ke Tasik Kenyir memang BEST! rasa tak puas, sebab tak dapat mandi air tejun,disebabkan oleh masa yang tak mencukupi. Insyallah lain kali kiteorang sampai lagi kat sini. stay lelama sket. buat lebih banyak aktiviti. tiill then, nnty kite sambung cite ke pejalanan ke Kuantan pula.



♥ On the way pergi ke Dungun, singgah jap kat Airport baru Terengganu ♥


Dekorasi dalaman yang menarik, ukiran-ukiran kayu yang cantik di sini



♥ Dan juga di monumen batu bersurat tengah bandar Kuala Terengganu ♥


overexposed sebab spotlight tepi-tepi tuh banyak sangat :mad: