Tuesday 12 May 2009

Terengganu Trip 2: TTI

Bersambung kembali kita dalam rancangan ZOOM Terengganu ( sila baca ala-ala pengacara howt gituh ) haha. k  k so pada hari yang sama gak 2 Mei, lepas melawat muzium Terengganu yang gile huge itu, kami pun meneruskan perjalanan ke Taman Tamadun Islam ( TTI) dan Masjid Kristal yang sering diperkatakan oleh rakyat Malaysia dewasa ini. ( karangan tahun 6 ) Ingatkan jauh,rerupanya dekat je ngan Muzium tuh, kat sini juga ada diesediakan Feeder Bus bentuk Rumah Kampung untuk pelancong yang nak pergi ke muzium atau TTI, aku tak snap gambar, sebab aku takut time aku snap,pakcik tuh benti bus sebab ingat aku nak naik. ehe :!:


Jalan sikit, dah sampai TTI, masa lalu tepi kawasan tuh, aku dah macam "wow,wow angah wow" ( gaya jakun ) kite kene amik gamba kat setiap masjid yang ada oke. ehe, dah siap park kete, kami pun g la beli tiket. Tiket untuk  masuk ke Taman Tamadun Islam ni RM10 termasuk RM3 coupon makanan. so kira RM7 je la. Sebelum masuk, pihak TTI akan bagi buku macam pasport, so nanti masa kat pintu masuk.dia akan cop, konon-konon macam kita pergi la negara tuh. Dalam pasport tu, ada la tersenarai nama-nama masjid yang ada, so kita jalan ikut turutan masjid tu.Terdapat 21 buah monumen Islam kat dalam tu. Ada disediakan perkhidmatan basikal dan tren, tapi memandangkan aku n angah akan byk behenti dan amik gamba, so kiteorang pilih untuk jalan kaki je ( walaupun kaki macam nak tercabut time tuh, tapi ku gagahi jua ) .



♥ Muka makin bulat dan berkilat haha :!:


Memula masuk ke dalam Taman tersebut, dah nampak kerusi rehat yang cumel. ok amik gamba dulu. then baru teruskan perjalanan. Masjid pertama ialah National Mosque Malaysia ( Masjid Negara ) . Memang sama rekaan dan bentuk dia dengan yang sebenar. Kalau nak tau pasal monumen2 ni smua, ada sedikit sejarah dalam pasport yang mereka bagi tu. Haih.. kalau nak tulis smua ni panjang, so aku listkan je lah monumen-monumen yang ada kat sini dan berasal dari mana ye.





  1. National Mosque, Malaysia ( 1965 )

  2. Kudus Minar, Central Java, Indonesia ( 1549 )

  3. Pattani Central Mosque, Thailand ( 1954 )

  4. Sultan Omar Ali Saifuddin, Brunei Darussalam ( 1958 )

  5. Taj Mahal, Agra, India

  6. Badashi Mosque, Lahore, Pakistan ( 1673 M )

  7. Kubbah As-Sakhrah, Jerussalem ( 692 M )

  8. Great Mosque of Samarra, Iraq ( Abad ke-9 ) - sangat unik

  9. Sheikh Lutfallah Mosque, Iran ( Abad ke-17)

  10. Abu Nasr Parsa, Afghanistan ( Abad ke-17 )

  11. Al-Haram Mosque, Mecca, Saudi Arabia

  12. Aleppo Citadel,Syria ( Abad ke-10 )

  13. Mosque of Mohamed Ali, Egypt ( Masjid Alabaster )

  14. Nabawi Mosque, Madinah, Saudi Arabia.

  15. Suelyman Mosque, Turkey ( 1557 M )

  16. Geat Mosque of Qairawan, Tunisia ( 670 M)

  17. The Palace of Al-Hambra, Granada, Spain ( 1238-1354 M )

  18. Kalyan Minaret, Uzbekistan ( 1127 M )

  19. Great Mosque of agadez, Niger ( Abad ke-16)

  20. Kul Sharif Mosque, Kazan, Russia.

  21. Xian Mosque, China ( 1392 M )


Long story short ( cam betul je la kan ) , kita tengok la gambar. Tapi aku tak letak la smua gambar kot. Korank nak tau, kene la g sndrik kan. Tapi gamba smua macam best ( macam je la ). ishhh susah ni.. :mad:



♥ Dibina oleh Laksamana Haji Cheng Ho pada Zaman Dinasti Tang , walaupun nampak macam kuil, tapi kedudukannya mengadap kiblat ♥



♥ Diperbuat daripada bata yang dibakar, gabungan kejuruteraan awam dan rekaan senibina yang sempurna ♥



♥ Muka angah kepenatan di hadapan Pattani Central Mosque ♥



♥ Masjid yang menempatkan tempat paling suci bagi semua umat Islam iaitu Kaabah ♥



♥ Takde orang time nie, buat je macam umah sndrik ♥



♥ Kat bahagian Utara masjid ni ada Menara Berpusing ( tapi aku tatau katne ) ♥


♥ Kota yang membuktikan kecanggihan teknologi umat islam pada abad ke 10 SM ♥


♥ Diperbuat daripada tanah yang dikeringkan. Ada 13 baris perancah kayu untuk kukuhkan sturktur masjid ♥


Last but not least, oleh kerana hari dah nak ujan time tu, kami pun ambil keputusan untuk pulang, walaupun tak puas berjalan. so daripada dalam kereta, behenti depan masjid kristal, snap gamba satu buat kenangan. kalau t ak hujan memang dah turun dah. Lain kali kot.



♥ Masjid Kristal Terengganu : Nampak tak orang pakai payung biru, maknanye hujan la tuh ♥


Ya tamatlah journey kami pada hari ini. Dan pada malam nye plak, aku n angah pegi singgah rumah nini. TQ to nini n family sebab layan kiteorang dengan baik dan superb skali ehe. Nasik bukhari tuh sedap, ye acar tuh pun sedap walaupun ko tolong potong timun je :razz:.Seb baik tak sesat time nak g umah nini tu,  1st time pegi ( bangga aa angah ! - sebab die drive ) haha orang terengganu la katakan ehem2



♥ Kampung Cina ( glemer ni,sebab kat muzium ada pasal Kg ni ) sebelahan Hotel Sri Malaysia ♥



♥ Pusing-pusing di bandar Kuala Terengganu ♥


Ok lah, nanti aku sambung cerita pasal kiteorang pegi ke Tasik Kenyir pulak k. later. :evil:


3 comments:

  1. :cool: meriah2.. ada posisi masjid tu yg cukup unik sekalik..... arrrgghhhh sila datang lagi kezii.... jangan segan2 berkelah makan2 kat tepi pantai tu best jugak.. seberang sana kampung duyung.. tempat org buat kapal tersohor seantero dunia.. depan kg duyung tu kg seberang takir tempat org buat keropok lekor paling ramai.. murah dan digemari ramai selain dari kg losong.........

    ReplyDelete
  2. haa kampung duyong tuh aku g.tapi waktu malam.saje jalan2.memalam gelak gulita kat sana. adik aku kata die tempat monsoon cup kan? insyallah lain kali aku pegi lagik, dengan list2 tempat yang lebih banyak dan menarik ehe. + stamina yang kuat ( cewah ) bnyk kene jalan nieh.

    ReplyDelete
  3. aku dah sampai gok kat muzium terengganu tue..busar gila kan..
    amy..~ agak2nya kan istane mlayu kita zmn dulu de x busar tue..hmm :?:
    :lol:

    ReplyDelete