Sunday 17 May 2009

• Terengganu Trip 3: Tasik Kenyir •

Aaaa maap lah, lambat sket nak sambung cerita. tak rajin ( malu nak ngaku malas ) hahahaah . Bejumpa lagi kita dalam rancangan Zoom Terengganu. Ye pada hari ni, saya akan menceritakan pengalaman saya ke Tasik Kenyir, kira destinasi terakhir lah nie. Port last di terengganu before nak pegi ke Kuantan.


Tapi aku tatau nak tulis apa ni. Aa naik bot untuk 2 orang RM 150, package termasuk :




  • Pusing satu Tasik Kenyir

  • Pergi ke Saok Waterfalls

  • Taman Herba

  • Kawasan Pokok Kayu Mati



Walaupun nampak sikit je tempat-tempat yang kiteorang pegi, tapi sehari memang rasa tak cukup. Sebab korang boleh duduk seharian di Saok Waterfalls, dan lepak-lepak begossip sambil minum air tongkat ali dan kacip fatimah di taman herba. Pemandu bot kami pun best, sebab sanggup layan kerenah dan tunggu kiteorang kat setiap destinasi ni.


Serba sedikit informasi tentang Tasik Kenyir ni k. Ia terletak di dalam Terengganu, merupakan tasik buatan manusia terbesar di south east asia. Ia juga merupakan satu jalan untuk ke Taman Negara. Terdapat lebih kurang 340 pulau yang ada di sekitar kawasan tasik kenyir ni, termasuklah Pulau Jkr, Pulau Gawi ( ni je yang aku ingat ) . Kat sini popular dengan aktiviti memancing, semasa dalam bot, kiteorang banyak terserempak dengan bot-bot lain yang membawa para pelancong yang nak memancing. Jenis-jenis ikan yang terdapat kat Tasik Kenyir ni adalah :




  • Kelah ( Malaysian Mahseer)

  • Lampam Sungai ( Barboides )

  • Toman ( Snakehead)

  • Kelisa ( Green Arowana - bukan kete kelisa yer )

  • Kalui ( Giant Gouramy )

  • Kawan ( Friendly Barb)



Tempat-tempat yang popular nak memancing kat Tasik Kenyir ni adalah di Cacing, Leban, Petuang, Saok, Sg,Terengganu dan banyak lagi. Sesapa yang berminat nak memancing boleh lah arrange kan trip ni dengan pengusaha chalet atau pun boat operators for the best fishing location and jangan lupa amik fishing permit kat wildlife department for fishing. ( kalau tak nanti kene tangkap kot ).


Terdapat juga gua kat area Tasik Kenyir ni, tapi kami tak berkesempatan nak pegi, sebab lokasi gua adalah jauh daripada jeti ( pangkalan gawi ), lagipun kiteorang just pergi sehari je.Gua-gua yang ada termasuklah gua taat dan gua bewah.  Herm itu sahaja yang dapat aku kongsikan di sini, untuk keterangan lanjut korang boleh lah pergi ke laman web-laman web di bawah nie :




Jom tengok gambar pulak! ehe



♥ Naik bot rm150, aku n angah je berdua ♥



♥ Destinasi pertama saok waterfall ♥



♥ pemandangan di saok waterfall ♥



♥ Antara serangga yang terdapat di sekitar saok waterfall - cantik ♥



♥ Jalan turun dari saok waterfall nak ke bot ♥



♥ Destinasi kedua - herb park ♥



♥ Angah action minum air kacip fatimah free - tapi blakon je ♥



♥ Angah dan tongkat ali nya ♥



♥ tukang jaga beg hahahah ♥



♥ Tuan tanah herb park ♥



♥ Kawasan kayu mati di Tasik Kenyir ♥



♥ Menu: Steak Kertas Hitam - nak cuba? :razz: , warung di tepi jalan turun dari Tasik Kenyir ♥


Ada banyak lagi gamba actually, tapi cukup lah ni kami meng-expose-kan diri ehe. Kiteorang berada di Tasik Kenyir ni daripada jam 12pm sehinggalah jam 5pm. Time tuh hari dah nak hujan, so kiteorang pun amik keputusan untuk balik ke Dungun sebelum bertolak ke Kuantan pada keesokkan harinya.


Dalam perjalanan balik, kami sempat singgah di Lapangan Terbang Sultan Mahmud ( sebab tatau bile nak naik fl8 g KT ), dan juga monumen batu bersurat. Siap berbasah dalam hujan dan lari lintang pukang masa nak lintas jalan sebab nak amik gamba kat batu bersurat ni. haha tapi puas ati.


Overall, kunjungan kiteorang ke Tasik Kenyir memang BEST! rasa tak puas, sebab tak dapat mandi air tejun,disebabkan oleh masa yang tak mencukupi. Insyallah lain kali kiteorang sampai lagi kat sini. stay lelama sket. buat lebih banyak aktiviti. tiill then, nnty kite sambung cite ke pejalanan ke Kuantan pula.



♥ On the way pergi ke Dungun, singgah jap kat Airport baru Terengganu ♥


Dekorasi dalaman yang menarik, ukiran-ukiran kayu yang cantik di sini



♥ Dan juga di monumen batu bersurat tengah bandar Kuala Terengganu ♥


overexposed sebab spotlight tepi-tepi tuh banyak sangat :mad:





7 comments:

  1. walaupon aku cume tipu2+acah2 je mium...amy telah minum begelas2..
    hasilnye..
    abes satu kenyir dy drift boat..
    haha

    ReplyDelete
  2. hahaah pentipu gile cite dongeng ko ni .
    aku minum air 100 plus aje oke :razz:

    ReplyDelete
  3. erm cantik2nye pic...
    suka tgk..caya lah amy :lol:

    ReplyDelete
  4. Wah...layan kenyir ye....
    emmm...rugi kalau tak ge ke air terjun kalau tak mandi mande...
    saya baru minggu lepas ke kenyir bawak group putrajaya (cikgu) masuk ke sana layan mancing ngan mandi manda...hehhe...
    Kami lepak kat dalam 3h 2m.....
    Layan habis....Kalau minat nak tahu leh la email kat saya...
    Anyway...cantik gambar yang u amik tu...
    pakai camera pe....?

    ReplyDelete
  5. gtMfei zuuxcxhftbsh, [url=http://vucwwjtrmogr.com/]vucwwjtrmogr[/url], [link=http://onkrotnuljtz.com/]onkrotnuljtz[/link], http://gxchkxtwwvrq.com/

    ReplyDelete
  6. saya nak g gak end on this month...
    best baca pengalaman ni..xsabar rasanya nak g sana

    ReplyDelete