Sunday, 30 August 2009

• Seminggu dah berlalu •

Ramadhan kali ni rasa macam kejap je, pejam celik dah seminggu nieh. Dalam masa seminggu ni, aku bebuka sndrik takde lagik,paling kesian pun berbuka berdua dengan abah kat rumah Jb, hari minggu gedik-gedik ikut abah balik Mersing,sebab nak berbuka dengan family. Cuma angah je tak dapat balik selalu,sebab die kira paling jauh la kan hahaha. Sian.



1st day puasa, alhamdullilah kiteorang dapat sambut puasa besama-sama, satu family ada.cuma tak sambut dekat Mersing.time tuh smua pun dah plan nak g sambut puasa dengan angah kat kl. So destinasi berbuka, kat hotel kiteorang stay je,malas nak g carik tempat lain. Berbuka kat Prince Hotel ok la kot,makanan biasa je,sama lah macam hotel-hotel lain .ade sushi,ada makanan barat,ada la nasi bagai jenis.Tapi aku rasa bebuka kat umah gak best woo.sebab kalau dah makan kenyang leh benti jap,pastuh sambung balik,then makan kuih sambil tengok tv smua. feel die lain.


2nd day puasa dapat bebuka kat rumah, aha kan aku kata feel die lain,sebab mak yang masak.Ko nak makan apa ko cakap je, mak mesti buatkan.Kuih pun kalau boleh smua mak nak buat, taknak beli kat bazar ramadhan. BEST kan? ehe memacam mintak tapi takde la yang melampau-lampau.


3rd day dah balik jb, hari ni berbuka sorang kat rumah,eh aku tak ingat sangat la pasal hari ketiga nie,mesti sebab sedey so aku dah buang jauh-jauh kenangan berbuka pada hari ketiga haha. tayah la ingat.


Hari ke-4, yeah hari ni hari selasa,semangat waja pegi faculty sebab nak pegik class,last-last takde class,kalau tau tayah balik jb hari selasa kan. tapi hari ni gak aku dapat berbuka dengan kawan-kawan aku kat kolej. Reramai (7 orang je) pegi bazar ramadhan kat FAB dalam UTM, beli itu ini untuk sajian waktu berbuka. Tahun ni sama gak macam tahun-tahun lepas bazar die, tapi macam takde ayam percik.eh tahun lepas ade ke tak ek? tak ingat la saya.hahaha.Then dah siap beli,smua berkumpul kat bilik Aina untuk bebuka besama. Seronok berbuka reramai nie, teringat aku kenangan dulu2 berbuka reramai kat UTM KL smua cite balik,jalan kaki kuar gate UTM sebab nak beli juadah berbuka kat tepi jalan semarak tuh,jammed je ari2 sampai belaga-laga lutut dengan tayar motor sebab memang sempit gile jalan kat situ. Tak caya tanye nini kawan aku. Ouh kenangan tuh smua. :lol: rindu la !weh skang bazar tuh still kat depan kolej telekom tuh ke? ish ish.Btw thanks Aina kasik tumpang bilik ko untuk berbuka.Sorry lah air tumpah ehehe.



Hari ke-5 , ni hari rabu, gerak terus ke rumah azza, sebab die ajak aku bebuka sesama ngan family die.ouh teharu ai, eheh berbuka kat rumah azza dah macam mini open house dah. Sebab ada buat BBQ smua n makan kat luar rumah beramai-ramai besama jiran-jiran die. So setiap orang akan bawak juadah berbuka yang berbeza-beza.Makanan malam tuh fuh memang best.Ikan,udang,ayam,daging smua la ada. Tomyam pun ada. Terima kasih azza & firdaus serta keluarga sebab ajak aku join skalik tumpang makan. Biasalah di perantauan hahaha.


Hari ke-6, hari ni aku berbuka kat rumah je ngan abah, sunyi je rumah haha sebab berdua. Smua lauk & kuih aku beli kat bazaar ramadhan je. Aish susah la nak masak kat rumah bujang :razz: , beli pun kat bazzar dalam UTM gak haha,smua beli kat dalam UTM, sebab tuh je macam dekat,walaupun sebenarnye bazar ramadhan yang kat Bandar Baru Uda yang best aku rasa,tapi sebab malas. Beli ngam-ngam utk 2 orang makan,sebab kalau lebih comfirm tak makan dah lepas berbuka. Esok berbuka kat mana plak?


Ho yeah da balik rumah aa ari jumaat,berbuka kat rumah la sampai hari Ahad.Cuti-cuti jangan disia-siakan. Kalau bebuka kat umah macam taknak bangun dari meja makan ,walaupun dah kenyang.dah cakap alhamdullilah smua,tapi still tongkat dagu lagik duk tengok kuih atas meja.Apsal pun tatau lah..


Seminggu wo diary minggu pertama bulan ramadhan 2009, haha minggu depan kalau rajin aku update laa,tapi aku rasa banyak bebuka sndrik kot kat rumah Jb.:cry:


k lah later yap. nak beramah mesra dengan ahli keluarga.


p/s: jangan membazir masa beli belah kat bazar ramadhan.~ beli yang nak makan je weh.esok masik ada :lol:

2 comments: