♥ calling-calling @ Roost Juice Cafe ♥
Assalamualaikum hye semua. Last week aku stay kat umah ayah aku sambil ditemani gadis cantik, cik Nor Intan Ezreena. Excited uolls! haha ok since intan pun dah abis blajar, aku pun kerja sambil bercuti,so kami telah plan untuk pusing-pusing Johor Bahru,sambil cari cafe-cafe yang macam dekat Shah Alam. Contohnya seperti macam dekat Monrods etc sesambil tengok Shrek ( tade 3d ah sini ).
♥ Lomography @ Roost Juice Cafe ♥
♥ Intan Cek Duet nak shopping @ Roost Juice Cafe ♥
1st-1st, aku sebagai tuan rumah ( tuan rumah sebab aku kan kaum nomad hidup pindah randah,Kejap mersing kejap johor bahru ) , memula aku bawak intan pegi makan kat Roost Juice Cafe di Jalan Dhoby. ala yang dekat Jb Bazaar tuh. kan sebelah kedai keranda. ok agak-agak laa kan nak bagi clue. Ok kat sini seperti biasa, minuman dihidangkan dalam baldi-baldi kecik.
♥ The Mirror's Menu @ Roost Juice Cafe ♥
♥ Minuman dalam baldi @ Roost Juice Cafe ♥
♥ Nasi ayam thai @ Roost Juice Cafe ♥
♥ Main telephone lagi, jakun tengok telephone dulu-dulu ehe @ Roost Juice Cafe ♥
aku rasa aku penah cite la pasal cafe ni masa makan dengan erin dulu. Kat sini lampu dia suam-suam kuku. tak cerah sangat.sebab aku rasa kalau dia pakai lampu pendaflour yang biasa kaler putih mesti nampak kedai ni tak cantik. tapi sebab lampu oren.so ade la macam zaman-zaman dulu.bernostalgia. hehe. Makanan kat sini not bad lah.sebab aku lapar kan. tapi service kat sini bagus! ye bagus sebab friendly. Aku tak suke pegi kedai yang waiter die kerek walaupun aku da senyum sampai ke telinga. memang aku tak pegi lagi la kot.Harap korang paham haha.
♥ The Beach Danga Bay ♥
♥ Danga Bay ♥
Kemudian, City Square untuk menonton Shrek. Abis tengok Shrek, pusing-pusing di Jb Bazaar. Tapi al maklum je la, malam selasa, weekdays, kedai yang ada pun tak menarik. So dah jalan-jalan, aku pun ajak Intan pegi lepak di The Beach Danga Bay. Aku rasa live band yang nyanyi open-open camnie ade kat sini je kot.selain dekat cabana, tuh pun die nyanyi dalam bangunan kan. The Beach ni ayah aku yang kenalkan, dia kata kalau memalam nak dengar live band datang la sini, makanan pun not bad lah jugak. Kuey Teow Kerang & ice Blended Chocolate die sedap. ( Sebab aku selalu order tuh ). Disamping mendengar lagu-lagu yang sedap dan makan-makan,kita juga boleh mencuci mata tidak kira lelaki atau perempuan. hahahaha ok tuh sampingan lah. kalau taknak cuci mata tengok manusia, boleh pergi cuci mata dekat petting zoo Live band dekat sini aku rasa setiap bulan akan tukar yang baru, sebab bulan lepas aku pegi orang lain.Bulan lepas-lepas pun orang lain.biasaah duduk merantau,sebulan sekali je dapat pergi haha. Ye abang suara serak-serak basah muka ala-ala hero hindustan tu da takde. pasrah ye. Kul 12 semua abis nyanyi,balik boleh terus tido atau sambung lepak di Aliff .
♥ Sunset @ Lost Malaya Johor Bahru ♥
♥ Pemandangan di dalam restaurant @ Lost Malaya Johor Bahru ♥
♥ old cameras @ Lost Malaya Johor Bahru ♥
The next day, aku tak ingat pegi mana. Hahah ouh sebelum Intan balik ke Pontian, aku ajak dia pergi Lost Malaya,terletak di jalan skudai,berhadapan pantai lido,sebaris dengan Msuite hotel.dulu bangunan ni international school,sebelah dengan bangunan club japanese. Saje nak tengok apa ade kat situ, selalu lalu-lalu depan tuh je, tak berkesempatan nak singgah. So, Lost Malaya ni sebenarnye adalah macam gallery gambar dengan bar. Ada juga group photography kat sini dengan nama JOHO,tapi aku tak berapa nak familliar sangat, kalau nak tau lebih lanjut korang google je oke.Kalau sesapa yang lapar tak lapar sangat boleh lah datang kat sini lepak-lepak main pool ke snooker aku tatau. ehe sebab kat sini boleh minum-minum,duduk-duduk menikmati sunset (kalau datang petang lah) ,gambar-gambar dan deco dalam kedai. makanan yang disajikan hanya snack-snack ringan seperti nuggets dan fries. Lost Malaya tutup setiap hari isnin. So jangan datang ari isnin dan tekejut sebab tak bukak. ( macam aku ). malu tau.harap takde orang nampak haha.
♥ Ali Cafe, Bukit Indah Johor Bahru ♥
Then ada lagi satu cafe,AliCafe,ye yang power root saya menang motor tuh. Kat sini pun deco die cantik,makanan pun not bad la, ada yang berpatutan,ada yang aku rasa mahal. Tapi aku paling tak bleh blah sebab ade menu mee cintan. ehe pelbagai mee cintan ade.nak tau tengok sndrik lah. Kat sini sambil korang nak tunggu makanan korang,die ada sediakan macam permainan tradisional lah atas meja. kira korang bleh la memain sambil kiasu2 sikit. Kedai ni 2 tingkat, tapi aku tak pernah naik tingkat atas, dieorang cakap kat tingkat atas ada sudut internet dengan men game. cuba lah korang try tengok. Makanan semua ok, cuma satu je aku tak berapa nak selesa kat kedai ni, pekerja-pekerja die macam tak best je,macam adik-adik baru lepas SPM datang kerja nak main-main. Bila tanye apa makanan yang best kat sini, suruh tengok menu. Bila tanye nasi lemak die macam mana, suruh tengok menu. kalau die terangkan sikit kan lebih elok. Ni pendapat aku lah. Sebab kalau tengok menu pun, bukan nye sama gambar dengan makanan sebenar kan. Pastuh sebok orang makan sebok lah nak kumpul ramai-ramai belakang kerusi kiteorang, Ish meeting tergempar ke. Mungking pada hari kiteorang pergi je kot. Hari lain mungkin tak macam nie. Pape pun try lah pergi Cafe nie, mana tau kot-kot boleh menang motor ke . Ali Cafe la katakan.
Sekian hari aku dan Intan di Johor Bahru bersama.
Kalau singgah ke Mersing,JOhor.kot ada hari keluarga kat air papan ke kan. sudi-sudi lah datang ke Bengawan Solo Cafe bersebelahan dengan Maybank Mersing. Sarapan pagi,makan tengah hari.makan petang,dan makan malam semua ada. Western food dan cake juga ada. See you there !
♥ The foods at Bengawan Solo Cafe ♥
Aku selalu lapar lepas update blog! bye nak makan nasi goreng cendawan.