Friday 13 January 2012

Mendaki Tembok Besar China.


 Assalamualaikum. Waalaikumsalam.

Great wall, mesti semua orang pun tau kan, sejarah-sejarah dia aku takde lah tau sangat, time si John tu explain-explain aku duk sibuk tengok jalan kat luar bas, musim sejuk, semua pokok kering & rumput warna kuning-kuning gold, berhabuk tapi angin sejuk. Sambil tu layan mata tidur , sebab time jam kul 7am kot.Memang awal bertolak dari pusat bandar Beijing nak ke arah daerah Badaling ni, sebab nak elakkan jam semua.Pastu perjalanan dia lebih kurang sejam lebih jugak lah.

Jalan nak ke arah Great Wall ni tak banyak kereta sangat, dia kira lalu highway lah kan,tapi masuk area-area perkampungan,luar bandar Beijing.Rumah-rumah kat situ style-style tanah liat lagi yang macam Hutong house.Walaupun matahari terpacak kat atas kepala, tapi sejuk dia boleh tahan jugak -2 ke -1 camtuh lah.Pastu great wall ni dia ada banyak jalan masuk, tapi yang glamour dekat Badaling ni lah, tourist ramai datang sini, kalau tempat lain tuh, jarang sikit, sebab katanya view tak cantik sangat dan banyak pencopet. 3 kali aku pegi sini, 3 kali masuk ikut Badaling. Tempat lain tak pernah try lagi. Mungkin jauh sikit & kerajaan dia tak repair lagi great wall kat sana. Tiket untuk masuk Great Wall Badaling aku perasan arituh ialah 45 RMB. ( RMB - Ren Min Bi ) .

List-list jalan masuk ke Great Wall : ini aku jumpa kat page Beijing Made Easy ni .For more details boleh lah ke sini.

  • 1 ) Badaling Great Wall : paling famous dan terpelihara ekek.
  • 2) Gubeikou Great Wall .
  • 3) Huanghua Great Wall .
  • 4) JinShanLin Great Wall.
  • 5) JuyongGuan Great Wall : ini dekat dengan Badaling, 2nd famous.
  • 6) MuTianYu Great Wall : Entrance fee termahal 85RMB
  • 7) Simatai Great Wall 

Jalan nak kearah Great Wall lalu Badaling
Yang ni pulak melalui Juyongguan ( kira pintu mausk berbeza, akan bawak korang ke tower yang berbeza,
sebab great wall kan panjang ) 
Ini permandangan sepanjang nak kearah Great Wall tu, Kalau dah nampak bangunan2 macam ni,
great wall dah tak jauh dah eheh.

Time ni awal lagi tapi hari dah terang. Lake yang korang nampak tu dalam proses nak membeku. Tapi ni kitaorang tak turun pun, aku snap dari atas bus je. Sesampai je Badaling Great Wall, orang tak ramai sangat. Maybe sebab pagi lagi.

View yang korang akan nampak sebaik sahaja turun bus. Memang panjang.

Ini sebelum pendakian bermula. sebenarnya aku tak naik pun hahahaa.malas lah seot.tangga dah laa tak sekata.
so aku stay je kat bawah amik-amik gambar ngan mak aku ekkeke.lagipun dedulu dah penah naik * kerek* 

bagunan bumbung hijau tuh aku rasa baru buat agaknya, die bukan guna batu asal.

Ini memang glamour dekat Great Wall, kira macam pasangan-pasangan baru kawin ke apa,
pasang kunci kat sini ,macam good luck ke,
 kau kunci hatiku  sampai bebila  camtuh lah.
 ( aku malas nak baca dia punya penerangan haha ) 

At Beacon Tower No 7. ini je mampu sampai hahahaha 

tangga dia tak sekata. Kalau tengok bebetul bahagian hujung tepi tanga kiri kanan semua dah ternggelam,
sebab semua orang naik lalu tepi, tengah-tengah ni cantik lagi.
Adik aku ni setiap kali pegi sini memang semangat nak mendaki.

Yeah dah berjaya.Seriau bila ingat balik tengok jalan nak turun ni.

Kami dah berjaya mendaki tembok besar china! yeay ! - kalau korang bejaya sampai kat tower ke  3 ke 4 camtuh lah,
nanti boleh buat kad ni,boleh leak gambar, mcm ic kita, harga dia 40RMB. Boleh lah nak buat kenang-kenangan kan,
kang oran tak pecaya pulak kekeke.

Ok itu je. Kalau nak baca pasal aku pegi Great Wall time musim panas boleh lah ke entry Beijing yang  ni , kat post yang tu banyak sikit info. Sebab tengah rajin ekekek

No comments:

Post a Comment