Showing posts with label johor bahru. Show all posts
Showing posts with label johor bahru. Show all posts

Wednesday, 4 July 2012

One Step Closer

Assalamualaikum semua. eherm tajuk nak omputih je haha.Ok lah kali ni nak cerita pasal apa yang korang perlu buat sebelum nak dapatkan borang kebenaran nikah terutamanya bagi negeri Johor.

1. Sijil Kursus Kahwin
2. Borang ujian HIV
3. Borang 1 (bagi lelaki) dan borang 2 ( bagi perempuan) borang-borang ni kena beli dekat pejabat  
    agama negeri masing-masing harga setiap satu ialah RM5.
4. IC bakal pengantin + Wali + 2 orang saksi untuk borang (lelaki & bukan keluarga)
5. Sijil nikah ibu bapa bagi pengantin perempuan kalau anak sulung.
6. Borang perakuan wali.(ni perempuan je dapat)
7. Surat perakuan status bujang daripada majikan/ketua kampung.
8. Surat perakuan bermastautin kalau alamat nak nikah & alamat dekat ic berbeza ( dapatkan daripada  
    ketua kampung juga)

Masa memula aku tengok list ni pun aku rasa, OMG malas nye nak setelkan bornag-borang ni, apsal lah banyak sangat benda nak kena setel. Punya lah pemalas kan, tapi alhamdulillah, sebenarnye senang je, aku amik masa sehari je nak setelkan semua yang diperlukan ni. Efisyen gila diri ini ewah, padahal orang lain pun buat senang je. Overacting sangat amy ni. Jangka hayat untuk borang-borang ini ialah 90 hari ( 3 bulan dari tarikh pernikahan korang). Yang sijil kursus kahwin tuh seumur hidup lah kan.
Ujian HIV tu adalah dalam 5 minit, kemudian sepatutnya keputusan ujian ni rahsia, tapi nurse tu selamba je suruh kitaorang masukkan sendiri dalam sampul. Rahsia lah sangat kan haha. Tapi ofcourse lah dedua pun negative .

Ok ni nak cerita pasal Interview Kahwin pulak. Kalau korang tanye orang negeri lain mesti dieorang takde kan interview ni semua, dia ada kat Johor je kalau tak silap aku. After korang dah siap isi semua borang tu, dah lengkap ic semua, sijil nikah parents, maka pegi lah ke pejabat agama untuk menghantar semua borang-borang tuh.

Macam aku & tunang aku dua-dua memang orang Mersing, Johor , maka kiteorang pegi hantar sesama untuk di-interview sesama jugak. Kalau contohnya yang lelaki orang mersing, perempuan orang kota tinggi, maka lelaki kene interview dulu, pastu pass kan borang dia kat bakal pengantin perempuan, pastu baru yang perempuan tuh pegi submit borang & interview dekat pejabat agama kota tinggi.Cenggitu lah yang aku faham.

Membuat urusan dekat bandar kecik macam Mersing ni senang. kejap je dah siap semua sebab tak ramai orang, masa pergi kursus kahwin pun, boleh pegi on the spot tak payah nak booking-booking tempat macam kat Johor Bahru ke apa kan. Bebalik kepada inteview tadi, ok once semua borang dah hantar, dah buat pendaftaran online semua, nanti dia akan suruh pergi jumpa orang yang berkenaan lah ustaz ke ustazah itu ikut siapa yang available time tuh. Dah siap isi nama apa semua, soalan pun die tanye lah. Soalan tuh ada yang dia tanya direct, ada yang macam bagi nasihat dulu baru soalan muncul. Macam-macam cara. Soalan yang aku & tunang aku dapat ada 6, iaitu :

1. Shahadah & makna.
2. Bacaan Al- fatihah
3. Doa Qunut
4. Taharoh
5. Soalan berkaitan munakahat.
6. Tanggungjawab suami isteri.

ini lah soalan nya. mudah je, sebab benda-benda ni memang hari-hari korang buat. Cuma bacaan tu kalau boleh biar jelas & tajwid dia betul. Kekadang ikut mood ustaz & ustazah tu jugak kot. Setel interview, dah lulus semua, proceed beli borang & buku panduan akad nikah ( seorang je kene beli, total RM 25) borang ni nanti yang korang kene bawak pergi jumpa Tok Imam yang korang dah pilih nak nikahkan korang, booking tarikh & masa. Kalau boleh pergi awal-awal sebab takut fully booked. Maklum lah ramai orang nak bernikah. keke ok tu je pengalaman aku dalam proses nak mendirikan rumah tangga ni. Dari kursus kahwin hingga ke proses interview. Alhamdulillah semua dipermudahkan amin. Pasni tunggu tarikh yang dah ditetapkan je lah hahaa. Excited , bedebar semua lah ada.



Tinggal nak pos je ni. Susah betul nak mintak alamat weh hahahaa.Kang ada yang telepas pandang tak pos kang kecik ati pulak. Saya dalam dilema tahu! haha


Thursday, 8 March 2012

Makan.Gambar

Assalamualaikum. terimalah gambar makanan yang ada di #twtupJohor last weekend. Aku tak amik banyak pun, sebab biasa lah aku terlupa nak snap gambar sebelum makan. Hahah. Btw time #twtupJohor tuh memang banyak makanan-makanan yang asal dari johor contohnye macam laksa johor, mee bandung ke mee rebus aku tak sure lah, pastu ada nasi beriyani, kemudian soto yang begedil die sedap nye lahh, then ada juga sup merah singapore yang famous itu. Tapi sorry takde gambar .

Aku sempat snap 2 je gambar makanan ini, itu pun bukan aku punya hahaha

Laksa Johor #twtupJohor

Mee bandung #twtupJohor
amboii semua nama makanan nak ada tag #twtupJohor kan. over tau. anyway, harga makanan ni smua takde lah mahal, dam rm4.50 je.sedap pulak tuh.Memang tak sesia lah aku spend time dekat bawah khemah makanan je. Tak berusaha nak bermingle langsung haha. And thanks to the organizer, #twtupJohor memang best ! Ramai tweep yang datang dari Kuala Lumpur untuk join #twtupJohor ni, meriah gila. Ramai juga yang aku jumpa, ada yang kenal ada yang tak, ada yang tegur, ada juga yang selisih bahu je. Tapi  kalau kau friendly, kau tegur je lah semua orang, insya allah akan ditegur kembali, kalau malas, ko perhatikan je laa ye tak ekeke.

Melepak di Singgah Selalu buat kali kedua malam yang sama.with @shlashhzrn @nininell,@shahgiller,@yatrehayati,@chefddj 
Tadaa with them yang aku kenal la hahaa. 
Ok dah terima kasih semua.Bye

Saturday, 3 March 2012

Taroyami - Mount Austin

Assalamualaikum. Sejak 2-3 menjak ni, banyak pulak restaurant / cafe yang jual dessert-dessert daripada Taiwan ni. Kebanyakkan ada beroperasi dekat area-area Taman Sutera & Mount Austin.Aku pun tau bila ada sorang officemate aku ni, memang rajin pergi makan dessert, dia yang bagitahu aku pasal tempat-tempat makan yang best. Contohnya macam haritu aku ada cerita pasal Sweet Hut kan? So harini aku nak cerita pasal kedai sebelah dia, nama Taroyami.



Taroyami ni merupakan kedai yang jual dessert berasaskan Taro dan Yam . Sedap ok. Ingredients die ada taro & yam of course, pastu ada grass jelly ( cincau ) kemudian boleh pilih nak letak red bean ataupun pearl yang macam dalam coolblog tuh ataupun benda lain ,agar-agar ke apa. Kemudian kat bawah bahan-bahan tuh ada snow ice air tauhu, best gila. Ada macam-macam lagi perisa sebenanrnya korang boleh pilih, cuma aku pilih yang famous lah kan. Disebab kan aku tak suka red bean, so aku mintak tukar kepada pearl.

1. Order number ★  2. signboard taroyami mount austin ★   3. decoration dekat counter. ★   4.ini counter dia.

Ok gambar kat atas ni yang no 1 tuh, benda bulat hitam tuh ialah number oder kita, kalau makanan korang order dah siap, nanti benda ni akan berbunyi pastu menyala lampu merah. Coolio kan. kemudian dekat counter dia pun menarik, die hias dengan racket tenis tapi takde string dia. Cara-cara nak order kat taroyami ni senang je, dia semua self service macam kornag pergi starbucks or KFC , sampai je pegi kat counter, tengok nak pilih makan apa, bayar, kemudian tunggu. Lampu menyala, benda bulat bunyi boleh pegi amik order. Senang kan?

Antara deco di dalam restaurant Taroyami. 
Unik kan lampu dia? 

Ok yang ni pun singnature dish juga. Crispy Banana. Pisang dibalut dengan kulit popia.

Overall kedai ni sesuai kalau nak melepak minum petang, satu mangkuk taroyami tuh boleh nak share 2 orang sebab mengenyangkan sangat. Macam kita makan bubur chacha. Harga semangkuk Taroyami ni around RM6.90-RM8.90. Kalau untuk yang crispy banana tuh RM 4.00. Dia ada juga side dish yang lain macam fries,calamari etc. Air pun ada jugak, tapi macam air bubble tea tu lah . Design kedai pun comel je, tapi aku dengar cite taroyami branch taman sutera punya lagi comel. Tak bekesempatan pulak nak pergi ke sana.

Kalau nak try ke Taroyami boleh pegi ke Taman Sutera or Mount Austin Jb ok.

Taroyami ( Taman Sutera)
37, Jln Sutera Tanjung 8/3
Tmn Sutera Utama
81300 Johor Bahru (Skudai)
Johor Malaysia.

Taroyami ( Mount Austin) 
51, Jalan Austin Height 3, 
Taman Mt Austin, 81100, 
Johor Bahru . 
(sebelah dengan Domino's pizza)

Ok tuh je till then bye.

Saturday, 25 June 2011

• Makanan Yaman Di Johor Bahru •

Assalamualaikum semua. Harini aku nak share pasal satu restaurant ni. aku tak try lagi pun ekeke. Tapi nampak macam menarik.

Nama die Hadramawt , lokasi restaurant ni dekat Puter Pan Pacific Johor Bahru, and sekarang boleh pergi Singgah Selalu Danga Bay . Kire ade 2 cawangan lah kat JB ni. Waktu Operasi: 11am hingga 12 midnight, tapi aku rasa yang kat Singgah Selalu Danga Bay tu mesti bukak sampai lewat lagi kot.



Harga makanan takde lah mahal sangat aku tengok around RM 8- RM 40 , kira affordable la kan. Aku tengok menu online die, memang yummylicious laa kan. hahaha Walaupun pagi, tapi memang dah lapar macam waktu tengah hari dah ni.

kalau nak tengok menu online boleh pergi ke website dieorang : Hadramawt . ok bai.

Location in JOHOR BAHRU : SInggah Selalu Danga Bay. &  B1 floor of the Puteri Pacific Hotel.

Business Hour: 11am – 1am on weekdays, 11am – 2am on weekends.  ( ini copy paste from their website )



ok gambar semua aku amik kat web dia ehehe. ok bye. kali kedua.

Tuesday, 14 June 2011

• Cake comel-comel sedap dimakan •

Assalamualaikum. Heyho. malas nak type bye ekeke. takde lah, harini aku nak share gambar cupcake & mini cake yang ada satu budak office ni bagi sebab die baru kawin.


Chinese people ni dieorang suka bagi macam cake ke tart ke bila dieorang dah sudah majlis perkahwinan, die bagi pada semua yang bagi dieorang hadiah or duit or pergi majlis dieorang. Kalau yang nak dapat anak pun ada bagi jugak bila anak dieorang dah cukup sebulan. macam full moon lah dieorang panggil. Yang ni pun bagi kat kengkawan yang ada bagi hadiah time baby baru lahir.


Bila tengok dieorang beli cake ni kecik-kecik comel dalam kotak, nanti time aku kawin pun nak bagi goodies letak cake camni lah. comel dan sedap pulak tu. tapi tatau lah lagi bila nak kawin ekekek. Sekarang pun memang popular kan goodies bagi cupcake, kek kawin pun cupcake. Tapi cake kecik-kecik ni lain sikit. Nah tengok gambar ok.



♥ ada banyak flavour, pastu theme mmg lah love2 baru kawin la katakan ♥


♥ Cake yang belah kanan tuh ok ekek. Tulisan cina tuh bermaksud happiness. Tuh white chocolate. Yummyliciousss ♥


♥ Nanti nak suruh mak buat macam ni banyak-banyak untuk bengawan solo eheh, comel kann nak makan pun sayang ♥


Pada pendapat aku, cake-cake kecik camni sesuai lah nak bagi time tunang ke, time nikah ke or even baby showe, letak satu-satu dlm box kecik bagi kat orang, takde laa bagi cake butter plain je kan. :) aku rasa sekotak camtuh 12pcs cake harga die RM 14.90 ke RM 12.90 camtuh lah.


Kalau kat jb ni korang boleh tempah kat season ke lavender ke, kalau kat mersing, korang boleh pegi tempah dekat Bengawan Solo Cafe ok , insyallah memuaskan hati :smile:

Friday, 29 April 2011

• No more La Senza at Johor Bahru •

Assalamualaikum semua. haha apakebende tajuk camtuh kan. tapi betul laa weh La senza memang da takde kat Johor Bahru. Takkan semata-mata nak membeli belah kene pegi beli kat Kuala Lumpur or Singapore kan? Ini tidak adil !! hahaha

Ok walaupun takde dah La senza ni kat Johor Bahru, jangan risau orang-orang jb. Korang tetap boleh menang hadiah jugak . Pegi masuk facebook then like page La Senza Malaysia, pastu join la contest dia. Tadaaaaaa benda free sapa nak bagi kan ekek. Comel plak tuh. Awww ~ :wink: Ok no more typing, let the picture do the talk. Ok bye tataaaaaaa. ( akak kat opis ni lalu lalang plakk kat blakang, nak skodeng laaa tuh ! )



ok goodluck everibadii. ! :cool:

Tuesday, 26 April 2011

• Hai semua orang-orang Johor •

Assalamualaikum semua.

Hye hye hye. ni hye utk 3 bulan sekali . eheh. lama gila da ni tak update. macam-macam jadi dalam masa beberapa bulan yang lepas ni. Alhamdulilah semua nya semakin baik, im getting happier staying in Johor Bahru, yeah balik semula ke jb ekek, dah goodbye Kuala Lumpur.


Setelah 7 bulan aku stay kat Kuala Lumpur, aku decided nak pindah balik Johor Bahru sebab aku rasa kat sana sesuai untuk nak pegi jenjalan je, mungkin jiwa aku tak sesuai nak bermastautin kat sana. Aku bukan orang KL weh. ekek mungkin juga sebab nak dekat dengan family. Anak mak abah laa katakan :razz:


Maka dengan ini bermulah pencarian makanan yang manis kat JB ni, macam konon-konon aku buat masa kat KL dulu ekeke. Tapi haritu, aku dengan kawan aku , nama dia syikin, pegi lah that's cafe yang kat belakang jalan dhoby tuh kan, jalan tan hion nee ke apa ntah, aku tengok dah banyak berubah laa, kedai kat atas + saloon tu dah takde, decorations dalam kedai pun dah tak semeriah macam dulu. Aku rasa dieorang dah banyak jual laa barang-barang kat kedai tuh. ni aku syak je la. Pastu baru aku perasan, ye lah aku dah 2 tahun kot tak datang sini. Haha over lah kalau takde perubahan. Ok tu je nak bitau.


Boring la aku takde letak gamba ke apa kan. Macam mana nak kasi korang yang singgah baca blog aku ni nak rehatkan mata dengan menatap gambar-gambar, kasi relax-relax. sorry lah, kat office baru ni tak boleh on facebook, biasalah kene block ekke, gambar-gambar baru kene tag semua kat facebook la macma biasa.. dieorang takut aku hanyut la tuh. padahal bleh je on pakai telepon kan. Ouh mai. shh ini sepatutnya rahsia. harap takde orang bagitahu pihak atasan office aku ni.


Maka sebab taknak kasik plain dull, aku pun check email, dan ada gambar ini. Sesuai juga laa nak bagi kat korang yang duduk kat Kuala Lumpur, ataupun yang duduk dekat-dekat dengan One Utama macam adik aku sorang tuh, umah kat belakang OU (tatau laa apsal nak bagitau, mungkin aku rindu kat die) . ok sekian terima kasih bye.




Pergh tebakor je laa kan hati tengok mende ni, ye lah takkan semata-mata aku nak pegi kl pegi ou kan. hahah. 3x upoints kot. sapa nak onecard aku angkat tangan? eekek. ok lah lupa tadi dah bye.