Tuesday, 28 February 2012

Assalamualaikum semua. hye hari rabu. amboi dah nak akhir bulan baru nak rajin update blog kan. nak buat camne, bz dengan kerja katanya hahaa, padahal memang malas pun. Aritu pun update gambar tak berapa  nak jelas, aku malas betul nak tukar gambar baru, tapi takpe lah kan.

Ok lah disini. mari aku nak cerita sedikit apa yang aku rajin buat sekarang. Time dulu masa aku guna iPhone 3gs, memang setiap masa akan update gambar kat Instagram,biasalah jakun memang macam ni hahaa.tapi lepas dah tak guna, terbehenti kejap aktiviti instragaming aku. selepas setahun dapat guna iPad, maka semangat lah ni install instagram, amik gamba pakai ipad gabak-gabak tuh , pergh memang batak. Tapi kini tidak lagi setelah saya bejaya menggunakan iPhone4s ewah ( sebeanrnye memang nak bagitahu dah guna iPhoen 4s) amacam tekejut tak? hahah belagak nye awak ni. ouch! Ok cerita sebenarnya ialah, lepas dah guna iPhone balik, makin rajin lah aku mengupdate gambar dekat instagram, sikit-sikit amik gambar edit upload, begitu lah ceritanya.

Kompilasi ( wow macam nama album -kompilasi mega max 14) hahah


Tapi kalau upload je camtu tak syok jugak kan, maka aku pun google2 lah kot2 ada pertandingan ke apa kan. Secara tiba-tiba ( ewah) aku jumpa satu hastag ni dekat instagram #febphotoaday. ok ini macam menarik, search dengan lebih mendalam, ok dah jumpa dah siapa yang mereka cipta hashtag ini . it's fatmumslim  ini blog dia, check out her instagram (@fatmumslim) rupanye, seorang blogger daripada australia,dia buat mende macam setiap bulan punya entry lah kan, setiap hari dalam bulan tuh akan ada satu tajuk untuk kita post contohnya macam harini 28 haribulan kan, so tema ialah #money . nanti korang snap gambar , pastu upload kat instagram dan sertakan hashtag #febphotoaday, dia takde apa pun , just for fun je kau dapat tengok gambar daripada perspektif yang berlainan tapi dengan tema yang sama.

Pic taken from : fatmumslim's blog 
                        

Bulan february dah habis, maka ada March photo a day pulak #marchphotoaday pulak jeng jeng jeng. Korang boleh check it out at fatmumslim's blog for more details k

Pic taken from : fatmumslim's blog 
Have fun being creative with all the #hashtag & theme. :) Ok kepada sesiapa yang nak install Instagram boleh pergi ke appstore then click Instagram - it's free and fun ! Ada banyak filter korang boleh guna, tayah sesusah edit gambar kat adobe photoshop ehe.Nanti bila aku rajin aku update pasal filter-filter yang dia ada ok. :) 



Monday, 20 February 2012

cahaya baru

Alhamdulillah,tahun baru 2012 memberikan aku banyak kejutan. daripada dirisik,bertunang dan insyallah dalam masa 5 bulan lagi akan bergelar seorang isteri. yeah aku pun mcm tak pecaya, ehehe bila aku memang dah tak fikir tentang mendirikan rumahtangga, berkahwin, ye lah rupa tiada harta pun kurang,tumpang gembira dengan kebahagiaan rakan-rakan je.tapi alhamdulillah Allah memang sentiasa dengar doa hambanya. syukur alhamdulillah itu je yang mampu aku ucapkan.




Posted using my ipad

Sunday, 22 January 2012

token from korea

My friend went to korea last week and bought me this! skin food body care set and 1 tee,as what she said skin food products prices in Korea are much more cheaper than in Malaysia,2 to 3 times cheaper, yeah i think its because they made it there,hence the price.I cant use them until my birthday,and will be next month but nevermind i can wait. haha

am so nervous today,coz it will be my very 1st time to meet my future fiance, but will blog bout itlater. hope he will landed in johor bahru safely.bye gotta rush to the airport now and wish me luck guys !



Posted using my ipad

Thursday, 19 January 2012

Swatch Madness

Assalamualaikum.Jom aku cite sikit hobi adik aku yang angah ni. Tengok tajuk pun agak-agaknye boleh tahu dah kan? eheh. Yes her hobby is collecting swatch watches. Semangat kumpul duit sebab nak beli latest punya series.Sekarang ni dia tengah gigih nak kumpul semua kidrobot. Jumlah semua collection ada 8 , skang  ni aku rasa die baru ada 4, takpe angah, usaha tangga kejayaan ekek.

Source : Google - Ini sebenarnye yang angah nak collect, tapi 1 set camni harga mahal.
maka beli lah satu-satu :) 


Harini aku nak share ngan korang her January 2012 swatch collection yang die beli or family bagi. Kebanyakkan jam angah ni selalunya dia beli kat swatch City Square Johor Bahru je. Kalau ayah aku ada outstation ke apa, tau lah mesti ada jam untuk dia. Tapi harga kat oversea ngan kat Malaysia sama je takde beza apa pun. Kecuali kalau beli kat outlet-outlet, itu murah lah sikit 30%-40% , tapi season lama punya lah ye tak.

Ini yang pertama untuk permulaan 2012 ,ewah. Sempena tahun naga ni,
Swatch ada kuarkan jam Year Of the Dragon ni Price : RM 210 . Tapi packaging tahun Harimau
paling cantik, siap dapat plush toy lagi. Nanti lah kalau aku jumpa gambar aku tunjuk.
Ok yang ni KIDROBOT series. Nama dia korang bleh tgk tuh aku dah tulis sesiap.
Kalau yang ni harga dia RM 230 Comel kan dapat patung apa semua.


Ini the latest New Gent Lacquered, kalau yang ni aku tak sure harga dia berapa, sebab ni
ayah aku beli time kat macau tuh.tapi aku agak-agak lebih kurang 200+ jugak kot,
sebab die ni sama collection dengan New Gent Collection yang warna warni.
Warna dia memang menarik lah. Striking! eheh.

Ok itu je untuk kali ni, kalau swatch ada buat apa-apa promosi ke limited edition ke, aku bagitahu korang k. ( budget macam kerja kat swatch lahh kan) hahaha tapi takpe, sebab aku suka swatch die colourful, pastuh nampak macam bertenaga ewah.Till next time ok !

p/s: semua gambar aku edit pakai ipad application called : phoster. best gila! ala2 macam poster lah die buat gambar kau.

Tuesday, 17 January 2012

When i'm hungry.

I upload food picture so that everyone can feel how i'm feeling right now hahahahahaah



elmigos grilled chicken + fish - sutera mall johor bahru.



smoked salmon - george & dragon , jpo, johor bahru




ini tatau lah apa, macam tart biasa tu - sutera mall johor bahru


Posted using my ipad

Page 17 of 366

Assalamualaikum. Dedulu aku tak tau pun amende page 17 lah page 8 lah. pastuh bila dihayati, baru lah faham, punya lah #slowpork gila hahaha. So dah 17 hari dalam tahun baru omputih, amacam? dah tercapai apa-apa azam ke? hehee. AKU DAH CAPAI 1 - punya lah belagak ni, padahal aku takda azam pun. Sama je tetiap tahun, cuma nak jadi lebih baik & tak banyak buang masa je lah kan.

Maka pada hari ke 17 tahun 2012, aku dah tak gigit kuku lagi. WOW amazing ! ye lah aku ni habit gigit kuku, tak kira lah tengah tension ke, gembira ke, sedih ke, mesti nak gigit. padahal takde lah hilang kemana perasaan tu, kuku makin tak cantik adalah.pastu aku sedar bahawasanya, perlu menjaga kebersihan dan of course kecantikan kuku .Dedulu aku dah nak stop dah habit ni tapi tetiba je jari dah kat mulut.

Macam mana aku buang habit ni? haha aku pegi manjakan diri dengan membuat manicure , sebab bila dah buat manicure kan kuku jadi cantik, licin je, pastu kalau boleh pegi yang mahal punya, so bila nak gigit tu, kau terfikir : " eh mahal ni aku buat manicure. takkan nak rosakkan ! *kiasu mode on* " haha. tapi itu cara aku , nampak nye berkesan jugak ni. Hopefully kuku akan akan sihat selepas ni dan jadi cantik macma kuku korang di luar sana. Awas! hahaha

Dan alhamdulillah tahun 2012 banyak beri kezutann kat iolls. Baru masuk 17 hari tahun baru dah ada kejutan bagai kan. Aku pun tak sangka, macam cerita dalam novel ada juga, tak pernh terfikir akan ada hari macam sekarang ni dalam hidup aku. Excited pun ya, takut & bedebar-debar pun ada juga, harap semuanya die permudahkan dan diberkati oleh Allah . Insya Allah. Amende berita tekejut itu? ekkeek nanti dah confirm baru lah aku story mory dekat sini ok. Konon-konon nak suprise lah. Padahal, takde sapa kisah ok amy. Kamon lah . Betullah orang kaa, kita tatau apa Allah dah tentukan untuk kita pada masa hadapan. Syukur syukur.

Dah ready nak raya cina? Ah aku bedebar-debar ni, nk tunggu 22 January pun berdebar ekeke. Aww menyampah tau.ok tu je. terimalah beberapa keping gambar yang aku amik dari instagram aku sendiri. Harap maklum ekekke.


Kalau rajin boleh follow instagram aku : kezitikus & twitter : aimiClans  < nama taknak kalah kau haha.





Sunday, 15 January 2012

lazy sunday

 Testing the blogpress application on the ipad.not bad btw all picture are edited with instagram and text with PixiTag Lite (free) . these pic are taken at Universal Studio Singapore . never get bored with  uss,am going there for the 3rd time soon






Posted using BlogPress from my iPad